29 January 2018

SET HADIAH ENCHANTEUR ; SERLAHKAN WANGIAN CINTA

ha ? susah ke nak cari hadiah untuk wanita kesayangan korang ? tak kira lah untuk mak ke, mak mertua ke, kakak ke, adik perempuan ke, sepupu perempuan ke, kawan perempuan ke.. serius la susah ? hee~ 

enchanteur_paris_malaysia_london_newyork

ntah.. pada kakak, yang juga seorang wanita.. menerima hadiah dari yang tersayang adalah moment terindah walaupun harganya tidak seberapa tapi ingatan itu yang menjadikan memori indah.. wah !! gittew—kalau korang pening pening lalat, ni ha.. kakak cadangkan Set Hadiah EDT Enchanteur Paris..

wangian mewah yang didatangkan dalam bentuk hadiah dibungkus rapi dengan kotak ini mempunyai pelbagai pilihan bau, seperti :

  • Set Belle Amour & Mon Amie
  • Set Mon Amie & Adore
  • Set Mon Amie
  • Set Mon Amie & Charming
  • Set Belle Amour & Romantic

yang setiap satunya mempunyai bauan bunga dan buah-buahan unik.. waa.. makin wangi – lah penerima nanti kan dan makin naik la seri wajah nanti.. hee~

set_hadiah_minyak_wangi_enchanture
mon amie – my friend

set_hantaran_minyak_Wangi_murah_enchanture
belle amour – beautiful love

dalam satu kotak cantik ni, didatangkan dengan 2 ( dua ) botol minyak wangi Enchanteur bersaiz 15ml yang mempertaruhkan bauan flora yang sangat lembut tetapi wangi.. sesuai dengan keperibadian wanita yang sememang asalnya lembut dan berkarisma tinggi..

kakak berani jamin, lepas korang sembur jek mesti mood korang helok sepanjang hari.. set yang cantik ini sangat sesuai dijadikan hadiah mahupun koleksi peribadi.. kenapa ? haa.. tengok la botol comel dia tu.. hee~ cantik !! siap ada bentuk reben segala semua..

kalau minyak wanginya dah habis pun, tak ralat nak simpan dan jadikan hiasan..

enchanteur_perfume_set

disebabkan saiznya yang MINI, kakak boleh bawa kemana sahaja.. hee~ letak jek dalam beg tangan, boleh sembur bila perlu.. al-maklum la.. sejak bekerja yang memerlukan kakak sering berjumpa dengan orang ramai dan entah siapa-siapa, kadang-kadang tu sehari suntuk tak jumpa rumah tapi dengan adanya set mini ni kakak dapat elakkan kemungkinan yang bakal terjadi.. kan ? siapa tahu.. kiranya botol mini semburan dari Enchanteur ni macam firstaid kit la untuk orang yang kerja macam kakak..

korang boleh jek beli online kat mana-mana portal jualan seperti Lazada dan Shopee tapi kalau nak walkin mana-mana farmasi seperti Watsons dan Guardian pun sama jek.. harganya tetap RM 23.50 untuk semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak..

nah !! untuk rujukan korang..


haa.. masih pening kepala nak cari hadiah buat yang tersayang ? hee~ kan kakak dah bagi jalan terbaik ni.. walaupun murah tapi MAHAL tau--


26 January 2018

SIRI MANDIAN CARRIE JUNIOR SELEKSI SUKAN UNTUK KANAK-KANAK AKTIF

ehem.. ehem.. tengok tajuk pun dah tau kakak nak cerita apa.. kan ? hee~ memang tak sah kalau sabun mandian anak-anak sedikit special berbanding sabun mandian untuk orang dewasa lagi-lagi siri mandian Carrie Junior yang baharu ni.. sangat sesuai untuk bayi dan kanak-kanak..

bintang_carrie_junior

baru-baru ni ketagihan kakak terhadap mandian kanak-kanak semakin memuncak bila Nur Aiman dah pandai memilih sabun yang wangi dan banyak buih.. maklum la.. sejenis yang suka duduk dalam bilik air berjam jam tak reti nak masuk.. hee~ memang rezeki dia jugak ni, Carrie Junior sudi ‘belanja’ stok sabun mandian sebotol besar ha.. boleh la tahan 2 – 3 bulan kalau mandi berdua..

CARRIE JUNIOR

Carrie Junior telah berada dipasaran selama 20 tahun dan masih utuh memberi perkhidmatan dalam membekalkan produk penjagaan diri bertaraf premium untuk kanak-kanak sering meningkatkan kualiti produk yang menggalakkan amalan kebersihan yang baik disamping memberi keseronokan semasa mandi..

cuma kali ni, packaging Carrie Junior didatangkan dengan seleksi Sukan Ria yang sedikit sebanyak membantu mempertingkatkan perkembangan imaginasi kanak-kanak.. umum tahu, minda kanak-kanak menjadi semakin kuat apabila mampu berimaginasi dengan baik.. bersama Carrie Junior yang sentiasa menggalkkan keseronokan semasa mandi turut menekankan interaksi positif semasa bermain termasuk mengeratkan hubungan kekeluargaan dengan cara lebih kreatif..

mainan_carrie_junior
sesekali main board game.. hee~ kelakar..
carrie_junior
family time !!

terkenal dengan figura comel dengan identiti tersendiri :

  • Carrie Junior – si gajah yang suka bermain bola sepak
  • Speedy Tommy – si kura-kura yang pantas di atas trek larian
  • Tuffy Teddy – si beruang yang kuat
  • Dribbly Minky – si racoon yang mahir selok belok sukan hoki
  • Smashy Macky – si monyet yang tangkas bermain ping pong
dan !! trofi yang bakal menjadi rebutan !! hee~ kat mana ? korang boleh tengok dibelakang botol mandian Carrie Junior bersaiz 700ml ni.. kiranya dalam pertandingan board game antara Nur Aiman – Nur Aina – Encik Suami, yang menang akan diberi mandat untuk buka hadiah kat botol ni haa.. ternyata !! kemenangan milik Nur Aiman !! yeay !! trofi berpindah milik dari Carrie Junior kepada hero kami..

sabun_mandi_carrie_junior

kalau sebelum-sebelum ni ada jek koleksi mainan yang ‘disorokkan’ tapi untuk seleksi Sukan Ria ni nampak lebih GAH sebab ada trofi kan.. selain meransang perasaan ingin tahu dalam diri anak-anak, aktiviti sebegini mampu mendidik mereka nilai-nilai murni orang Asia khususnya yang penuh dengan tatasusila dan adab.. dah kalau main board game camni, tak sabar ; boleh bergaduh tau.. hahahah~

carrie_junior_malaysia

anak korang memang gemar mengumpul pelbagai koleksi mainan ? haa.. inilah masanya korang pun sertai minat anak-anak sebab dengan setiap pembelian Carrie Junior Baby Bath, Carrie Junior Baby Hair & Body Wash dan Carrie Junior Kids Shampoo bersaiz 700ml, korang akan dapat mainan tersembunyi tu.. comel weyh !! sabun / syampu dapat, mainan pun dapat ; kan dah jimat tu..

nah !!

untuk informasi terkini..


Nur Aina merengek nak jugak hadiah tersorok kat botol tu.. alamak.. nampak gayanya kena beli lagi sebotol 700ml ni.. hee~


PETUA / TIPS UNTUK IBUBAPA YANG BARU MENERIMA CAHAYA MATA BUAT PERTAMA KALI

kehadiran orang baharu untuk pasangan pengantin baharu menjadi impian pada setiap perkahwinan.. kan ? tapi.. dah ready ke ? hee~ kakak bukan la berpengalaman sangat, anak BARU 2 ( dua ) kot tapi ni antara tips yang kakak amalkan semasa menjadi ibu buat pertama kali – lapan tahun yang lepas.. hahahaha~ lama nya !!

tips_hamil_pertama_kali

kehadiran Nur Aiman memang tak plan lansung dan kami anggap ianya sebagai rezeki paling bernilai yang pernah Dia bagi.. cuak ? gile tak cuak.. memang masa tu kakak tak de knowledge nak handle segala macam ragam semasa hamil.. em.. nasib baik lah Encik Suami kakak rajin kumpul kan info dan ajar kakak macam-macam.. dan yang pastinya, kehidupan kakak berubah 360 darjah.. penat – takut – gembira semua bercampur baur..

nah !

pengalaman pertama yang banyak mengajar kakak erti SABAR dan BERTANGGUNGJAWAB gais.. tak susah tapi tak senang jugak.. cuma niat membuatkan hari hari kakak indah.. hee~ Nur Aina ? oh !! ini eksiden terok.. hahahaha~ dan kesemua tips kat bawah ni memang kakak buat dengan bantuan dari orang sekeliling kakak..

mana tau berguna jugak untuk korang..


1 : MINTA BANTUAN


  • tak pe jek kalau korang penat pun, amik masa untuk rehat.. tak payah belagak nak jadi superwoman kengkonon mampu nak buat semua benda dengan baik.. haa.. masa ni la korang kena terima hakikat, bukan semua benda yang korang mampu buat dan kena akui sesetengah perkara korang masih perlukan bantuan orang lain.. kalau 2 ( dua ) tangan korang tak cukup, minta bantuan orang sekeliling dan jangan segan terutamanya dari pasangan korang..

    2 : JAUHI AURA NEGATIF


    • ini yang kakak buat dari awal kehamilan sampai la sekarang.. hee~ kakak memilih untuk singkirkan orang-orang negatif dari hidup kakak dan hanya memilih pemikiran dan tindakan yang positif SAHAJA.. susah ? serius susah tapi tindakan awal akan membuatkan semuanya jadi mudah sebab kita bukan hidup untuk diri sendiri, kita buat keputusan untuk anak kita juga.. persekitaran positif juga dapat membentuk sahsiah awal anak-anak yang sedang melalui proses membesar..

      3 : AMBIL MASA UNTUK BEREHAT


      • ada peluang tu, tido lah.. tak payah nak beriya kengkonon OCD bagai.. hee~ rehat.. kakak pun alami benda yang sama, masa #duanur kecik dulu dorang kuat berjaga malam, waktu rehat kakak memang tak tersusun.. tapi !! masa dorang berjaga tu la kakak mengemas / masak / membasuh segala.. sampai masa dorang tido, kakak bantai la tido sekali.. tapi kena la bincang dengan pasangan korang jangan nanti pasangan berbunyi..


        ”asyik tido jek—“


        haa.. kena bagi para suami faham yang jaga anak-anak tak senang okay.. perlu mental dan emosi yang kuat disamping ilmu supaya tidak berlakunya pilih kasih terhadap anak.. eh !! takkan tak boleh rehat lansung kan ? jangan korbankan diri korang terlampau sangat..

      4 : GEJALA SELEPAS BERSALIN


      • selepas bersalin, CONFIRM akan berlaku gangguan emosi.. kalau tak banyak, sikit mesti ADA dan masa ni la korang kena mantapkan ilmu keibubapaan supaya tiada yang tercicir.. semasa berpantang, pastikan korang jelas dan peka dengan keadaan tumpah darah, pulmonary embolism dan meroyan.. semua ni akan memberi kesan jangka masa panjang terhadap kesihatan mental korang.. kalau mental koyak, apatah lagi kesihatan harian korang.. ni nak jaga baby lagi.. haa..

      meroyan

      • elakkan berpantang sensorang dan kalau terpaksa, carilah midwife yang boleh jaga korang bila suami korang pergi kerja dan tak payah perasan kuat sangat sampai semua kerja pun korang nak buat.. lepas bersalin, masa untuk berpantang adalah masa untuk berehat.. tau !!

      ** nanti kakak cerita pasal tumpah darah, pulmonary embolism dan meroyan dengan lebih detail ya..


      5 : “BIARKAN JEK ANAK TU MENANGIS..”


      • mesti kelam kabut kan kalau dengar anak menangis.. hee~ sebab minda kita sendiri dah set, kalau anak menangis mesti ada yang tak kena.. haa.. korang kena tahu dan faham, baby boleh jek menangis tanpa sebab.. hahaha~ ye.. serius.. kata mak bidan yang jaga kakak dulu ;


        ”anak menangis sikit sikit tak pe, ada muzik.. tapi kena tau melodinya macamana..”


        korang kena tau bezakan suara tangisan sebab setiap tangisan baby mewakili pelbagai keperluan dan selalunya berbeza-beza..

      6 : JANGAN SEGAN BERTANYA


      • jangan bergantung sepenuhnya dengan Google.. tolong.. sebaliknya, kalau ada sebarang masalah sebaiknya rujuk kepada yang lebih pakar ; paediatric yang sememangnya lebih mahir mengendalikan sekecil-kecil masalah kanak-kanak sehinggalah ke sebesar-besarnya.. jangan risau dengan soalan BODOH korang tu, dah tak tau dan mencari jawapan.. tanya.. okay ? hee~ biasa la kalau pertama kali jadi ibuayah mesti banyak soalan dan kebimbangan yang menyesakkan dada.. chill.. ramai pakar boleh bantu.. okay ?

        untuk anak-anak kakak, kakak serasi dengan Klinik Pakar Wanita & Bersalin Subang Permai.. masa Nur Aiman dan Nur Aina dalam perut, semua buat check up kat klinik ni sampai dah 7 bulan baru transfer ke klinik kesihatan kerajaan.. kes malas nak menunggu benonye.. hee~ tapi rekod yang doktor buat memang cantik dan konsultasi pun tiptop.. kalau kakak ada soalan, memang kakak akan rujuk dengan yang pakar, Google adalah pilihan kedua..

      dari hari ke hari, akan lebih banyak kejutan yang korang akan terima cuma nasihat kakak.. kawal emosi korang sebaik mungkin.. tak kira la kejutan tu adalah kejutan yang baik mahupun sebaliknya, percaya kepada naluri korang.. kakak percaya, orang sekeliling korang tak keberatan untuk membantu memberi sokongan ataupun menghulurkan bantuan meringankan bebanan korang.. jangan segan meminta bantuan dan bermanis mulut..

      jaga kesihatan korang yang paling penting.. tau !!

      kenapa ?

      sebab anak-anak memerlukan korang untuk menjalani hari-hari bermakna mereka..


      25 January 2018

      5 APLIKASI ANDROID YANG WAJIB DIMILIKI OLEH SEORANG BLOGGER

      ya !! 99.9 % kerja kakak adalah menggunakan laptop dan sangat jarang untuk kakak update blog melalui tablet / smartphone.. haa.. jangan tanya kenapa tapi itulah kakak.. tapi !! dalam perbincangan kakak dengan seorang rakan blogger yang juga pengguna android, kami memilih 5 aplikasi android yang sangat diperlukan oleh seorang blogger untuk terus mantap dalam industri.. nah !! perasan lebih diva nih.. hahahaha~



      disebabkan kami menggunakan Blogspot sebagai platform utama, kakak senaraikan aplikasi yang sesuai aje la ye.. Wordpress ? hee~ tunggu kakak hadam cemana gaya nak guna Wordpress dulu la ye.. tapi banyak jek aplikasi kat App Store tu, korang kena rajin try and error jek.. jangan dah install lepas tu biarkan jek dah la eh.. explore !!




      jom !!


      1 : BLOGGER

      aplikasi on the go yang sangat mudah untuk korang update blog bila-bila masa.. cuma taip dan masukkan beberapa gambar dan tags kemudiam boleh publish dengan selamatnya.. hee~ kenapa on the go ? sebab sangat mudah untuk korang yang memang nak menulis tapi tak dan sungguh nak bukak laptop / desktop.. nampak ? ada pilihan lain kan ?



      2 : GOOGLE ANALYTICS

      bila korang dah mula serius menulis blog, korang kena ada INI sebab platform ini satu-satunya ‘tempat’untuk korang menganalisa performance blog korang.. laju ke, ramai visitor ke, dari mana visitor korang jadi mudah la korang nak letak target pembaca untuk entri berikutnya.. kakak gunakan GA ni untuk menetapkan niche blog kakak.. hee~agak serabut dan tak faham bila tengok nombor tapi dah nak setahun dididik dengan jayanya, alhamdulillah.. seronok bila tengok UV ( unique viewer ) makin meningkat saban hari..


      kakak tegaskan sekali lagi, sangat penting untuk korang buat kajian visitor korang ye.. hee~ tak kisah la cemana cara, tapi dengan menggunakan GA, rekod semua tersimpan dan nanti nanti boleh la jadikan rujukan mana la tau dah sampai masa untuk korang mulakan proposal dan hantar ke syarikat besar ke.. haa.. nampak ?


      3 : GOOGLE+

      ini tak boleh tidak !! hee~ ada sesetengah blogger yang lansung tak ping kat Google+ ni –> rugi !! sebab peluang untuk berjimba kat Google+ lebih menarik berbanding media sosial professional yang lain.. haa.. sebab tu la kakak masukkan dalam 5 senarai wajib ni..



      kebiasaannya, lepas jek korang siap post entri korang secara automatiknya entri tersebut akan di – post ke Google+.. memang tak payah risau bab tu.. tapi !! kalau circle korang kecik, susah sket la kot nak dapat perhatian.. luaskan circle korang ( follow akaun orang lain dan minta mereka follow korang balik – win win situation gittew.. ) dan rajin rajin la share artikel korang..


      4 : GOOGLE TRANSLATE

      siapa kata tak penting ? hee~ penting gile kot.. aplikasi yang digunakan untuk merangka penulisan yang lebih menarik.. contoh la.. nak buat entri pasal CINTA.. haa.. kan ada pelbagai bahasa yang kita boleh ulaskan, pilih jek nak translate ke bahasa apa.. semua ada..


      kakak pun selalu guna, sangat selalu lagi-lagi bila mencari kamus tapi tak jumpa.. hahahaha~


      5 : BUFFER

      fuff—kadang-kadang jadual yang padat sampai tak ter — update semua media sosial.. kan ? haa.. kakak diperkenalkan dengan Buffer sejak dua tahun yang lepas masa aktif menjadi salah seorang SID dan sampai sekarang, kakak masih menggunakan Buffer dengan jayanya.. hee~ seronok bila ko ada idea, tapi ko tanak share time tu jugak.. haa.. setting jek kat Buffer nanti nanti ‘dia’ akan post sendiri mengikut masa yang telah korang tetapkan..



      waktu yang sesuai untuk korang letak masa untuk post adalah 6 peaktime yang orang suka membaca.. haa.. kalau korang kaki media sosial mesti korang tau masa-masa ni.. eh !! kalau korang tanak install Buffer ni pun tak pe sebab ada jek website dorang yang berfungsi sama macam aplikasi – nya..

      amcam ? sebenarnya banyak lagi kot aplikasi yang korang boleh gunakan untuk mantapkan kerja korang.. serius banyak.. tapi.. cukup la kot setakat ni, ke nak sambung lagi ? hee~ kalau korang ada menggunakan aplikasi lain yang best boleh la share kat ruang komen.. nanti dari masa ke semasa kakak akan update untuk rujukan kita bersama.. a.. gittew lah.. benda best kena kongsi..


      24 January 2018

      3 LANGKAH PENJAGAAN KULIT PADA WAKTU MALAM DENGAN PRODUK KLAIRS

      weehooo—kakak bukan Beauty Blogger yang sangat mahir dengan selok belok ‘menggoreng’ ayat tentang kecantikan.. hee~ tapi kakak try la eh.. mana la tau selepas kakak share night routine kakak menggunakan produk Dear, Klairs ni membuka mata sponsor.. haa.. nampak permainannya di situ ? hahahah~


      yang mana peka terhadap kecantikan, mesti kenal dengan jenama terkenal dari Korea ni kan ? tak sangka akhirnya kakak betul-betul jatuh segedebuk atas paha kakak untuk melengkapkan rutin penjagaan kecantikan kulit muka kakak.. ingatkan susah nau la nak jaga kulit muka, rupanya senang jek tapi kena pilih produk yang sesuai dan tidak mengandungi bahan kimia yang terlarang.. dan !! Klairs sangat sesuai untuk semua jenis kulit sebab, prduk Klairs tidak mengandungi paraben, alkohol, wangian mahupun kandungan daripada haiwan..

      cara nak handle pun tak cerewet sangat dengan hanya 3 ( tiga ) langkah yang betul bersama penggunaan BB Cushion pada keesokkan harinya sangat membantu menaik seri.. wah !! jangan main main tau.. hee~ kakak guna :

      1. Klairs Gentle Black Deep Cleansing Oil
      2. Klairs Freshly Juiced Vitamin E Mask
      3. By Wishtrend Pure Vitamin C21.5 Advanced Serum, dan
      4. Klairs Mochi BB Cushion

      haa.. tu dia.. apa kandungan semua produk ni ? hee~ kakak ni cerewetkan ? habis semua kakak geledah – singkap sampai puas hati dan yakin produk tersebut adalah produk yang selamat..

      STEP 1 : KLAIRS GENTLE BLACK DEEP CLEANSING OIL

      mula-mula kena la cuci muka !! jeng !! tanjat kakak sebab cleansing oil ni tak sama macam pelbagai jenis pencuci muka yang ada kat pasaran sebaliknya Klairs Gentle Black Deep Cleansing Oil merupakan minyak yang diformulasi dengan Black Bean Oil + Black Sesame Oil + Black Currant Seed Oil untuk membersihkan kulit semaksimum mungkin.. kenapa Klairs menggunakan minyak ? macam pelik kan ?

      • BLACK BEAN OIL
        • membantu mengawal pengeluaran sebum dan meningkatkan keanjalan kulit
      • BLACK SESAME OIL
        • bertindak sebagai anti-oksidan untuk kulit yang mampu mencegah dehidrasi dan penuaan sebelum usia
      • BLACK CURRANT SEED OIL
        • menguatkan lapisan kulit dan memberi perlindungan menyeluruh bagi mengelakkan kulit kering disamping menggalakkan pertumbuhan semula sel kulit yang lebih sihat
      kalau korang yang mempunyai tekstur kulit yang kasar, kulit muka yang sensitif memang sangat digalakkan menggunakan Klairs Gentle Black Deep Cleansing Oil ni sebab ia mampu menyerap lembut sehingga ke dalam kulit dan merawat kulit dari dalam.. bestkan ?


      cara nak guna pun senang, cuma picitkan sikit kat tapak tangan yang kering dan urut perlahan-lahan kat muka terutamanya kat kawasan yang bermasalah, lepas tu bilas dengan air suam sampai bersih.. jangan gunakan kapas muka ataupun tuala ya..

      korang boleh dapatkan Klairs Gentle Black Deep Cleansing Oil kat sini –> https://goo.gl/cS8exV

      STEP 2 : KLAIRS FRESHLY JUICED VITAMIN E MASK

      dah basuh muka ? okay !! sekarang kita main masker pulak dan kakak pilih Klairs Freshly Juiced Vitamin E Mask tapi bukan guna ‘dia’ saja tau, sebaliknya kakak gunakan bersama Vitamin C Serum untuk mempercepatkan tindakbalas positif vitamin E dan vitamin C sekaligus.. hee~ bijak tak ? ye la.. dah 30’s kot.. semua kena cepat tak boleh lambat-lambat..

      apa yang best sangat dengan gabungan kedua-dua vitamin cantik tu tadi ? nah !!

      • vitamin E akan teroksida apabila oksigen aktif hilang berpunca dari pertahanan utama
      • vitamin C membantu mengurangkan keseimbangan vitamin E yang teroksida dan mengaktifkannya semula
      • vitamin E mengaktifkan agen anti-penuaan dan memperbaiki sel kulit yang telah rosak
      • vitamin C memberi kesan toning yang kuat dan seimbang

      untuk kecantikan, memang kakak sendiri pilih Klairs Freshly Juiced Vitamin E Mask .. kenapa ?

      • ia melindungi kulit daripada kerosakan sel yang disebabkan oleh cahaya matahari
      • ia membantu melegakan keradangan kulit
      • ia bertindak sebagai agen anti-penuaan dengan mengekalkan membran sel daripada peroxidation lipid
      • ia menghalang pengoksidaan dalam produk kosmetik
      • ia mengurangkan pigmentasi dengan menghalang pigmen melanin berpindah ke epidermis
      • ia menindas rembesan sebum dan mematikan akar jerawat yang disebabkan oleh kulit berminyak
      • ia menstabilkan pengambilan vitamin C
      • ia dirumuskan dengan kepekatan yang mencukupi ( 2 % )
      • ia ramuan aktif yang telah ditetapkan dlaam dos maksimum untuk berfungsi menangani kedutan
      • ia menguatkan percambahan fibroblast dalam lapisan derma dan menggalakkan sintesis kolagen
      • ia memiliki sifat anti-radang yang kuat dan terbukti berkesan dalam proses penyembuhan luka
      kakak juga jadikan Klairs Freshly Juiced Vitamin E Mask sebagai pelembab pada waktu siang !! hee~ didatangkan dalam tekstur seperti puding, ia mampu menyerap lembut ke dalam kulit dan menyimpan lembapan sehingga 8 jam walaupun kulit korang kering !! best gile !!

      hanya calit calit dan ratakan puding tadi kat kulit muka korang dan urut lembut supaya lebih cepat menyerap.. nah !! confirm kulit lembut persis awek Korea nanti ni.. hee~

      meh dapatkan stok Klairs Freshly Juiced Vitamin E Mask korang kat sini –> https://goo.gl/oTChdT

      STEP 3 : BY WISHTREND PURE VITAMIN C21.5 ADVANCED SERUM

      last !! last sebelum beradu.. hee~ apply serum vitamin C ( kan kat atas nun kakak ada cerita gabungan vitamin E dan vitamin C –kakak pilih INI !! ) yang telah diformulasi oleh By Wishtrend ni dengan peningkatan 21.5 % vitamin C tulen berbanding 20 % sebelumnya untuk memberikan kesan yang jauh lebih baik.. haa.. jangan kata lepas ni tak glowing ye.. cubit nanti..


      fungsinya yang lebih kurang sama dengan penggunaan vitamin E, vitamin C lebih khusus menumpukan kepada :

      • menambah kelembapan kulit
      • meningkatkan kelembutan kulit
      • meremajakan kulit
      • menyamaratakan nutrien penting dalam membantu memulihkan kulit yang telah rosak
      sebotol kecik comel ni muat jek nak sumbat kat dalam handbag dan bawa ke mana sahaja.. cara menggunakan Pure Vitamin C21.5 Advanced Serum ni mudah je, titis kan kat kulit muka korang dan urut lembut dari bawah ke atas mengikut turutan ( dagu – pipi – hidung – dahi )

      gabungan menarik untuk mask vitamin E korang, boleh dapatkan kat sini –> https://goo.gl/gmWcnU

      STEP 4 : MOCHI BB CUSHION

      haa.. rutin sebelum tido dah settle ? mesti la kan.. nak cantik kot.. hee~ kengkonon drag terus ke siang la ni ha.. jangan amik berat waktu malam jek, sebab waktu siang korang pun perlu lah cantik.. gittew—nak senang dan cepat, lengkapkan rutin korang dengan Mochi BB Cushion ni jek..


      didatangkan dalam bentuk comel yang isinya diperbuat dari sejenis balm ( bukan cecair tau !! ) bertindak menutup rapat liang-liang pori yang terbuka pada kulit muka korang supaya nampak lebih gebu.. tak nampak dah la lubang lubang tu kalau pakai BB cushion nih ha.. menampakkan lebih flawless, Mochi BB Cushion mempunyai tona warna apricot – beige mengikut warna kulit asli dan redness secara semulajadi..


      memang nampak tona warna dia sedikit gelap, tapi tak sebenarnya.. sesuai jek dengan kulit kakak ni ha.. habis semua cela dia kasi tutup yang paling ketara tu kat mata panda tu.. hahahaha~ best !! teruja betul kakak haa.. guna jek macam korang biasa guna compact powder tu, dap dap dap jek sampai rata.. oh !! kalau habis balm dia tu, nanti korang boleh dapatkan refill dia tau.. jangan dibuang bekas comel tu..

      comelnye awak, Mochi BB Cushion –> https://goo.gl/ccPt47

      haa.. amacam ? mudah dan simple kan ? yang penting, tidak menggunakan produk yang mengandungi bahan kimia terlarang dan bahaya.. nasib ada HERMO !! beli kat situ jek senang, penghantaran terus depan pintu sis..

      LAMAN WEB : https://www.hermo.my
      FACEBOOK : https://www.facebook.com/HermoMalaysia
      INSTAGRAM : https://www.instagram.com/hermomy


      23 January 2018

      38 HARI BERSAMA TRAVELOKA FLY & WIN DAN MENANGI PELBAGAI HADIAH PERCUTIAN IDAMAN

      siapa tak suka dengan promosi dan tawaran hadiah yang menarik.. kan ? sempena nak sambut Tahun Baharu Cina ni, sekali lagi Traveloka tampil dengan pelbagai promosi dan kali ni ada kelainan tau.. hee~ dan Traveloka nak ajak korang main game sambil nak ‘belanja’ korang hadiah best !!


      untuk tahun ni, Traveloka dengan bangganya nak bagi hadiah berupa percutian mega 6 hari 5 malam ke Seoul, 5 hari 4 malam ke Phuket dan 4 hari 3 malam ke Pulau Langkawi.. nah !! tak payah bayar pape pun, korang cuma MAIN GAME jek !!

      ha ?

      serius la ?

      hahahaha~ ya !! serius la ni..


      TRAVELOKA FLY & WIN CONTEST

      kalau menyebut CONTEST, ramai la ingat senang bagai kan.. hee~ tak senang hoccay !! kakak dah try main 6 kali tapi point ciput jek.. segan plak kat diri sendiri yang memang bukan gamers.. tapi tak pe la.. nanti kakak try lagi sebab contest ni pun lama kot, bermula dari 22hb Januari 2018 – 28hb Januari 2018 tau..

      maksudnya, kakak sendiri ada masa 7 ( tujuh ) hari untuk dapatkan point tertinggi dan cuba nasib la kot kot menang hadiah percutian ni ke kan.. siapa nak bagi ?


      CARA NAK MENANG MUDAH !!

      korang nak menang jugak ? elelele.. cakap jek la.. tak payah la segan beriya.. hee~ nah !! kat bawah ni kakak ajar korang cemana nak join contest ni eh..


      1 : klik GAMBAR kat atas ni ; atau Traveloka CNY 2018 Contest

      2 : tolong baca semua Terma dan Syarat ya !!
      • korang adalah warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas
      • mestilah main Traveloka Fly & Win CNY Challenge di lamanweb yang telah disediakan
      • ada akaun Facebook
      • wajib follow Fanpage Traveloka Malaysia
      • share kat Facebook korang
      ha ? kenapa kena SHARE ? tak suka la share share ni.. haa.. ni kakak nak SHARE tips untuk korang menang baucar dari Traveloka jugak ni..


      kalau ADA tuah korang, bila korang SHARE Traveloka Fly & Win CNY Challenge n ikat Facebook, korang berpeluang memenangi baucar Taveloka bernilai RM 1000.00 !! weyh !! bukan sikit tau.. 4 ( empat ) angka tu..

      3 : score markah tertinggi dan lawan semua peserta lain !!

      ala.. buat main suka suka kan, tapi rezeki tak salah alamat.. try jek la !! Nampak senang kan ? kan ? tapi jangan confident sangat tau..


      TIPS KAKAK !! kalau korang nak main game ni, pastikan korang FLY tu tak berapa tinggi sangat sebab halangan biasanya keluar kat atas dan bawah skrin game tu.. jangan sampai terlanggar tau.. hee~ dan !! dan !! main gunakan smartphone.. kenapa ? sebab kakak sendiri dah try main guna laptop, susah nak maintain ketinggian yang sama – sebab kena tekan tekan mouse tu ha.. tapi kalau jari korang kuat, boleh jek..


      sambil korang FLY tu, jangan lupa kumpul angpau yang ada tau sebab jumlah markah untuk 1 ( satu ) angpau adalah 10 !! banyak tu.. score jek 10 angpau dah 100 markah.. hee~ score rendah ? tak pe.. try and error jek tau sebab tak de limit penyertaan harian !! mainlah sampai lebam dan selagi masih dalam 7 ( tujuh ) hari tempoh bermain - 22hb Januari 2018 – 28hb Januari 2018..


      HADIAH TRAVELOKA FLY & WIN CHALLENGE

      Bukan sikit-sikit gais !! yang mana kaki travel atau baru nak berjinak-jinak nak g travel tu, confirm kelabu biji mata..


      HADIAH UTAMA :
      • percutian 6 hari 5 malam ke Seoul, Korea Selatan untuk 2 orang
      HADIAH PERTAMA :
      • percutian 5 hari 4 malam ke Phuket, Thailand untuk 2 orang
      HADIAH KEDUA :
      • percutian 4 hari 3 malam ke Pulau Langkawi, Kedah untuk 2 orang
      MAIN DAN SHARE DI FACEBOOK :
      • baucar Traveloka ; RM1,000.00 untuk 2 pemenang
      berazam tinggi betul kakak untuk menang dan kalah kan korang sebab hadiah dia memang super BEST !! boleh plan untuk cuti sekolah yang akan datang.. hee~


      APLIKASI TRAVELOKA

      last kakak bawak anak-anak bercuti kat Dashbox Cyberjaya dan memang kakak buat tempahan melalui Traveloka.. zaman serba memerlukan duit dan kakak pun perlu berjimat tapi dalam masa yang sama nak sangat tidur kat hotel – ubah tilam konon.. hee~

      dimana saja – bila bila masa, kakak cuma perlu membuat tempahan dengan memilih tarikh, hotel mengikut bajet dan lokasi kemudian buat pembayaran melalui online.. senang jek !! tak payah nak cetak resit apa segala, cuma save e-tiket dan tunjukkan semasa pendaftaran masuk ke hotel nanti.. dan selama kakak guna aplikasi Traveloka ni, belum pernah lagi la berlaku kesilapan dari pihak hotel.. alhamdulillah.. kenapa kakak kena pilih perkhidmatan lain sedangkan Traveloka mampu memberi segala kemudahan yang kakak perlukan.. hee~ mak mak sangat kan ?

      kakak dah main game ni dan masih gigih nak dapatkan score paling tinggi.. hahahaha~ ala.. takkan korang nak tengok je kan ? setakat game tekan tekan tarik tarik camni, takkan la korang nak biarkan jek..

      tak nak hadiah yang best tu ke ? hee~

      nak kan ?

      nak kan ?


      19 January 2018

      BAGAIMANA ANAK 8 TAHUN INI PILIH JADUAL TANPA BANTUAN IBUNYA ?

      hah !! tajuk dia kemain kan.. hahahaha~ anak dah besar gais, dah boleh berdikari sesikit jadi ibu pun lepaskan dia untuk ‘hidup’ bagaimana yang dia perlu.. haa.. ni nak share la ni cemana anak 8 tahun ni pilih buku sekolah mengikut jadual kelas tanpa bantuan ibu.. setiap hari gais.. setiap hari..

      ajar_anak_pilih_jadual_sekolah

      menjadi anak sulung yang perlu serba boleh, dari awal kakak dan suami dah didik Nur Aiman menjadi SESEORANG.. bukan paksa tapi mengikut kemampuan dia.. ye la.. baru 8 tahun kot, takkan kakak nak treat dia macam remaja 18 tahun yang dah boleh berdikari sepenuhnya.. kan ? mungkin ini basic dan sudah ramai ibu ayah kat luar sana praktikkan..

      well..

      ni anak sulong ai kot.. hee~ kasik la ai eksaited lebih sikit.. hahahahah~

      dari Nur Aiman darjah satu, kakak memang dah mula labelkan buku-buku sekolah dia untuk memudahkan proses menyusun buku.. OCD ? nah.. tak la.. bila ada sistem yang dia boleh ikut, maknanya dia boleh belajar terima arahan.. minda anak kecik ni macam span ; mudah menyerap apa yang kita terapkan setiap hari.. kalau kita ajar benda yang baik, dia akan serap yang baiklah dan kalau sebaliknya yang diajar, keputusannya pula mengikut apa yang mereka terima..

      jelas ?

      label_jadual_kelas_sekolah

      tahun ni kakak tak pakai cop tapi kakak beli kertas A4 yang jenis sticker putih tu untuk print nama Nur Aiman.. nampak renyah sikit kan ? tapi kemas gile.. hahahaha~ helok sikit la dari tulisan ibu ataupun menggunakan cop ( pengalaman sebelumnya ; ink comot – kesian Nur Aiman guna buku dah comot.. hahahaha~ ).. ya.. kerajinan ibu sangat diperlukan saat ini sebab proses menggunting akan membuatkan emosi ibu sedikit terganggu.. haa..

      tips_ajar_anak_pilih_jadual_sekolah
      sticker hari - beli kat FB
      ya !! paling penting ni.. kalau tak ada jek buku tak bawak la, TER – tinggal la.. jadi.. sticker ini sangat membantu dalam proses kematangan Nur Aiman.. tak de la kes ibu kena hantar buku kat sekolah time rehat lagi.. harapnya Nur Aiman lebih bertanggungjawab..

      tampal kat mana ?

      cara_mudah_ajar_anak_pilih_jadual_sendiri

      untuk buku teks, kakak tampal kat tepi buku.. yang kat tulang buku tu ha, senang sket nak nampak cuma buku tulis kena tampal kat belakang.. kenapa ? risau gak a kalau kalau cikgu sendiri ada buat sticker lain untuk labelkan kelas atau subjek yang diajar.. jadi.. tak nak mengganggu, tampal jek kat belakang.. haa.. cantik kan sebab dia kaler kaler gitu.. meriah..

      jadual_sekolah_anak

      fail ni dari tahun lepas dan masih kuat.. beli kat IKEA yang jenis kertas tebal tu.. haa.. buat la label sendiri cecantik dan letak matapelajaran yang ada dlaam jadual kelas Nur Aiman.. setiap hari, Nur Aiman balik sekolah – dia akan susun semula buku kat dalam fail ni sebelum pilih jadual mengikut hari..

      AJAR ANAK BERTANGGUNGJAWAB


      haritu kakak ada terjumpa satu ayat.. 


      "anak yang bertanggungjawab lebih mudah untuk berjaya.."


      dan bagaimana untuk mengajar anak menjadi seorang yang bertanggungjawab adalah dari didikan ibu ayah dari anak tu kecik lagi.. haa.. bukan la nak kata kakak ni perfect dan anak-anak kakak adalah yang terbaik, tapi mencuba jadi yang terbaik lebih baik dari tak mencuba lansung.. kan ? hee~

      selain memudahkan Nur Aiman memilih jadual, cara ini juga membuatkan Nur Aiman dapat menjimatkan masa yang ada.. bila masa pun dah jimat, dapatlah dia main lego macam biasa.. hahahaha~ adoi.. pening kepala ibu bila dia asyik minta beli lego jek.. haa.. nanti kakak share cemana gaya Nur Aiman simpan lego dia plak eh..

      oh !! kat mana kakak beli sticker hari tu ? korang boleh cari jek kat SEARCH FACEBOOK – STICKER JADUAL, nanti keluar la berderet tukang jualnya.. murah jek pun dorang jual, kira berbaloi la.. tapi kalau korang rajin, ada printer bagai seme, DIY pun boleh.. kan ?


      17 January 2018

      SEMUA LAYAK UNTUK CANTIK ; KIKIS ILMU SUE MELATI DENGAN PRODUK DWI FUNGSI

      yang namanya wanita itu perlu cantik dan tampil kemas selalu.. hee~ betul tak ? wanita mana yang suka comot comot dengan parut jerawat merata kat kulit muka.. kan ? haa.. sebab tu la kelas-kelas mekap yang dianjurkan pelbagai pihak / agensi sering menjadi tumpuan wanita.. em.. mungkin misinya bukan sekadar cantik, tetapi untuk mencantikkan orang lain juga.. sama macam make-up artist ( MUA ) yang terkenal nan seorang ini, mengambil inisiatif melalui kelas mekap mengajar wanita men-transformasi diri menjadi lebih cantik dari yang sebelumnya..

      kelas_mekap_sue_melati

      nama Sue Melati bukan lagi asing dalam industri ‘kaler kaler’ muka ni dengan pengalaman selama bertahun-tahun dan menjadi tenaga kerja disebalik rancangan televisyen popular di Malaysia seperti NONA dan Wanita Hari Ini mengaplikasi ilmu beliau untuk wanita kat luar sana dengan tagline "ZERO BASIC TO ADVANCE” menjadikan kelas mekap Sue Melati antara pilihan terbaik..

      dengan hasil didikan dari Sue Melati, pelajar bukan sahaja dapar grooming diri sendiri tapi boleh mulakan kerjaya sebagai jurumekap bertauliah kerana Sue Melati sendiri akan keluarkan sijil untuk para peserta yang menghadiri kelasnya.. wah !! lepas ni lebih ramai Sue Melati akan lahir lah ye.. hee~ dengan teknik profesional yang diajar, kakak rasa tak susah untuk semua wanita tampil cantik sekaligus menambah keyakinan diri.. tak de la muka tu kusam semacam jek.. hee~

      MUA_sue_melati
      datang bawak diri jek.. semua kelengkapan disediakan..
      sue_melati_foundation
      tak faham ; tanya.. hee~ depan depan beliau ajar kitorang tau siap tarik model lagi ha..

      TEKNIK SOLEKAN YANG BETUL

      biasa kalau amatur akan belajar dari Youtube, tapi kalau professional akan belajar dari guru yang PRO jugak.. antara teknik yang diajar oleh MUA Sue Melati adalah seperti :

      • teknik blend eyeshadow dengan cara yang betul
      • teknik membentuk kening
      • teknik contuor
      • teknik memilih foundation mengikut warna kulit
      • tips mekap tahan lama
      • jenis-jenis dan kegunaan berus mekap


      korang cuma daftar dan datang kelas bawa diri jek.. hee~ sebabnya semua akan disediakan termasuklah makan tengahari korang nanti.. bestkan ? ilmu dapat – sijil dapat – makan pun dapat..

      kelas_mekap_MUA_sue_melati
      antara graduan kelahiran MUA Sue Melati
      beliau yang giat menjalankan kelas-kelas mekap mengikut permintaan semasa sering membuat tour satu Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.. oh !! tidak dilupakan juga buat warga Brunei Darussalam kerana team Sue Melati juga kerap ke sana untuk mengadakan kelas-kelas mekap.. nah !! cantik bukan lagi mustahilkan ? kan ? semua pun boleh cantik setanding artis.. a.. gittew--

      MUA SUE MELATI

      nah !! dah jadi trend semua orang pun nak jadi founder untuk produk sendiri.. kan ? hee~ tapi confirm ke produk yang korang keluarkan tu ada kualiti dan mampu memberi manfaat untuk pengguna ? kalau tak de, hentikan lah.. dan cari produk yang betul betul berkualiti setanding jenama dan namanya dipasaran.. sama macam rangkaian jenama Sue Melati yang turut memperkenalkan foundation dan serum yang mengandungi vitamin E.. haa.. mesti korang tak tau kan ada produk yang mampu mencantikkan disamping merawat masalah kulit..

      bukan nak fikir cantik jek tapi pemilihan produk yang berkualiti juga penting tau.. dan rangkaian produk dari MUA Sue Melati ni :

      • tidak mengandungi merkuri, hidrokuinon dan paraben
      • mendapat kelulusan dari KKM
      • 100% dijamin berkualiti tinggi dan original
      • kaya dengan vitamin E yang membantu merawat masalah kulit

      produk_MUA_sue_melati

      penting ke nak guna foundation dan serum untuk tujuan mekap mekap ni ? mesti korang tertanya-tanya kan ? dah tentulah penting nokkkk.. serum berfungsi melembabkan kulit dan merawat masalah kulit dan fungsi foundation adalah melitupi cela pada wajah dan membuatkan solekan tahan lebih lama..

      ha ?

      ye ke ?

      YA !!

      dengan kualiti asas yang baik akan menghasilkan solekan yang baik juga.. setuju ? hee~ kena la setuju sebab itu memang faktanya.. apa yang bestnya produk keluaran MUA Sue Melati ni ? kenapa la beriya kakak nak share pasal produk beliau ni ? haa.. ni nak bagitau korang la ni..

      FOUNDATION SUE MELATI

      antara yang menjadi tarikan kakak, bila kakak tau yang foundation MUA Sue Melati ni mengandungi pati aloevera – sakura dan vitamin C dan E membuatkan kakak lebih jatuh cinta.. hahahah~ ye la.. serba tahukan berapa lama kulit muka kakak breakout sebab tersalah pilih produk.. huu~ merana weyh.. tak sanggup rasanya nak cuba cuba lagi.. disebabkan kandungan yang berkualiti, foundation ni juga mampu :

      • membantu memudarkan parut jerawat
      • membantu mengecutkan jerawat
      • membantu mengecilkan liang pori
      • memutihkan kulit
      • anti-aging
      • sesuai untuk kulit yang berminyak dan kulit normal
      • sangat sesuai untuk semua tona kulit wanita Asia

      didatangkan dalam bentuk liquid likat, pakai sikit pun dah boleh cover satu muka.. fullcoverage gittew-- nah !! jimat la kalau gitu kan ? boleh tahan berbulan bulan kalau kakak yang guna.. hee~

      SERUM PENAIK SERI WAJAH SM

      tanpa serum, tak jadi mekap weyh.. hee~ dan sebab tu la serum ini dinamakan PENAIK SERI WAJAH.. best ? eh !! dah tentulah, sebab ia mengandungi :

      • anti-bakteria
      • anti-biotik kulit
      • anti-oksida
      • anti-inflamasi

      dan kelima-lima ANTI tersebut membantu merawat kulit wajah dalam diam.. haa.. sambil ngko bercantik cantik, sambil kulit dibaik pulih.. best ke best ?

      nak tengok kakak main kaler kaler ni ? hee~ walaupun tak pakar lagi, walaupun kekok gile yakmat.. serum dan foundation dari MUA Sue Melati ni buat kakak nampak ‘berbeza'’.. haa.. jangan main main dengan kakak, walaupun pakai berus bukan pada fungsinya, tetap cantik nokkkk ** lantaksitu !! **



      kalau korang mencari kelas mekap dan timba pengalaman dari MUA ternama Malaysia ni, korang boleh singgah dekat link yang kakak bagi kat bawah ni..


      yang mana kulit muka breakout disebabkan salah pilih produk mekap, kakak cadangkan korang beralih kepada jenama Sue Melati ni ** wink wink **


      16 January 2018

      BERAPA AGAKNYA JUMLAH KESELURUHAN BEG TANGAN YANG PERNAH DIGAYAKAN OLEH FAZURA ?

      bergelar artis pada usia yang muda bukan sesuatu yang asing untuk orang Malaysia tetapi mengekalkan populariti dari awal sehingga usia menginjak 30 – an dengan imej yang bersih dan mempunyai sense of fashion, bukan semua artis ADA.. hee~ 

      hangbag_fazura

      kalau korang meminati susuk tubuh yang bernama Nur Fazura Sarifuddin ( Fazura ) mesti korang tertarik dengan gayanya yang sangat ringkas tapi menarik.. bak kata orang, tolak ketepi boleh – tolak ke tengah pun sesuai.. jom !! kita intai koleksi beg tangan Fazura yang katanya berjumlah lebih RM 500,000.00 !! kentang terok !!

      beliau yang pernah melakonkan watak Intan dalam filem Pisau Cukur sering menjadi tumpuan mata mata yang menghunuskan lensa, penampilan wanita berusia 34 tahun ini belum pernah mengecewakan peminatnya.. tapi kakak taknak la cerita pasal baju ke kasut dia ke, yang menarik perhatian kakak, HANDBAG beliau.. hee~ terfikir jugak, berapa nilai keseluruhan beg tangan beliau.. em.. jom !! kita cek..

      HERMÈS CONSTANCE

      ya !! kalau korang merupakan salah seorang followers Instagram beliau, korang akan perasan yang beliau mempunyai beberapa warna untuk Hermas Constance.. urut dada bila tengokkan harga semasa handbag tersebut.. hee~

      handbag_fazura

      kalau ikut harga semasa Hermes Constance ni cuma dalam USD 7,750.00 jek dan kalau convert ke ringgit Malaysia ada la dalam RM 30,572.98.. hee~ untuk sebijik tau.. kalau ada 4 ( empat ) bijik, korang darab kan lah sendiri.. ini yang kita nampak 4 ni, kot ada lagi yang dia tak pakai ke kan atau kakak tak jumpa gambarnye ke..

      HERMÈS ROUGE PIVOINE BIRKIN 30 RED GOLD

      paling cantik dan menarik perhatian kakak.. hee~ mungkin sebab warna dia merah dan menonjol membuatkan Fazura nampak lebih yakin dan berani.. tapi !! kakak cuma mampu menaip jek la saat ini, nanti nanti kalau termakbul impian kakak nan satu ini, boleh la berangan ala ala Fazura..

      beg_tangan_fazura

      menurut laman web http://www.malleries.com, harganya cuma USD 19,950.00 dan kalau dalam ringgit Malaysia cuma RM 78,700.76 jek— ** marilah menabung sehari sehengget.. hee~ **

      HERMÈS KELLY

      warna hijau emerald dan Fazura memang serasi dan penampilan beliau bersama Hermes Kelly semasa beliau di Paris baru baru ini sangat elegan dan matang.. agaknya berapa ya harga Hermes Kelly ni ?

      koleksi_beg_tangan_fazura

      eh !! serius.. yang ni tak mahal mana.. hahahaha~ cuma USD 11,800 ataupun RM 46,549.82.. haa.. ini murah la sikit berbanding yang merah menyala tu.. kan ? murah ke ? ko mampu ? hee~
      okeh.. cukuplah cerita pasal Hermes kan, habis menjejes airliur sebab mampu tengok jek.. nak beli belum mampu.. hee~ jom !! intai lagi koleksi handbag beliau yang selalu beliau gayakan..

      GIVENCHY ANTIGONA

      hitam kalau digayakan dengan pakaian apa atau majlis bagaimana pun tetap serasi sama macam Fazura dan Givenchy Antigona beliau.. tampil manis dan berkeyakinan tinggi ; Fazura..

      koleksi_tas_tangan_fazura


      CHANEL HANDBAGS

      ibarat tak boleh dipisahkan, terlampau banyak gambar Fazura bersama handbag jenama terkemuka dunia ; Chanel dalam pelbagai bentuk – gaya – rupa – warna mengikut kesesuaian majlis yang beliau hadiri.. masih tampil ringkas dan elegan.. agak-agaknya berapa ya harga keseluruhan koleksi Chanel beliau ? hee~ nak kira tak ? jangan ternganga tau..

      koleksi_handbag_fazura_ayat_ayat_cinta_2

      kalau korang rajin nak explore lebih pasal handbag Chanel Fazura ni, mungkin korang boleh masuk sini –> Chanel Malaysia ; untuk memastikan berapa harga sebenar handbag yang dipakai Fazura ni.. em.. kalau kakak tengok sendiri la kan, dari mata kasar kakak la kan.. design yang sama tapi warna jek yang berbeza.. haa.. nampak ? Fazura bukan lah seorang yang cerewet, asalkan selesa.. mungkin beliau okay jek..

      kakak dah cek harga untuk handbag Chanel yang beliau selalu pakai ni.. yang kaler NUDE ( gambar kedua ) tu harganya cuma RM 26,500.00 dan diperbuat dari lambskin.. nah !! patut la berhantu mahalnya.. hahahah~

      CHANEL ROUND HARD CASE

      ini pun kakak minat dan berkenan.. hee~ cantik kan design dia.. kalau USD 2,999.00 convert ke ringgit Malaysia baru RM 11,830.76 gais.. material memang dari leather la kan sebab tu harganya memang sebegitu CANTEKKKK.. comel dan ringkas.. suka !!

      fesyen_2018_fazura

      CHANEL LARGE CLASSIC FLAP BAG

      masa kakak tengok gambar Fazura bawak handbag ni, kakak nak gelak pun ade.. ape kejadah bawak beg sebesar itu kehulu kehilir.. bawak mende la agaknye tu.. hahahaha~ tapi !! dalam tempoh kakak study pasal koleksi handbag Fazura ni, kakak salute gak la kat beliau.. dalam gigih kakak gelak, rupanya harga handbag tersebut USD 5,200.00 gais !! lebih kurang RM 20,5134.80.. terus kakak tak jadi gelak dah.. hee~ cuma tak boleh brain lagi la.. ape yang beliau isi kat dalam tu..

      koleksi_handbag_chanel_fazura

      haa.. buat masa ni mana satu handbag Fazura yang korang berkenan ? hee~ belum ada lagi ? serius la tak de ? adoi.. ni nak mintak lagi gambar handbag Fazura lagi ke cemana ?

      ROGER VIVIER SMALL VIV’ CABAS IN LEATHER

      menurut laman web rasmi Roger Vivier Paris, handbag yang Fazura pakai dalam gambar tu merupakan koleksi Spring – Summer 2018 !! kentang !! maksudnya latest design la ni kan ? kan ? hee~ ke cemana ? puas gak kakak Google harga handbag ni dan paling muktabar memang kat laman web rasmi dorang la..

      tengok harga dah ?

      koleksi_handbag_mahal_fazura

      okay.. convert sendiri ke RM ya anak-anak.. semua nak kena suap jek ni.. hahahaha~ lebih kurang RM 11,000.00 jugak tu.. masih cantik dan simple.. kan ? kan ? manis..

      JUDITH LEIBER STRAWBERRY CUPCAKE CRYSTAL

      okeh !! semanis cupcake.. hee~ harganya pun boleh tahan kan ? termenung jauh kalau nak membelinya ni.. jadi.. kita tatap jek la Fazura pakai tu.. malas la nak ulas, terkejut.. hahahaha~ nanti korang Google la snediri eh pasal handbag ni.. kakak bagi link kat :

      SINI.. 

      SINI.. 

      SINI..

      beg_tangan_mahal_koleksi_fazura

      sebenarnya ada lagi beberapa gambar yang kakak save tapi cukup la kot setakat ni.. kalau korang obses dengan Fazura, korang roger kakak gambar beliau nanti kakak buat part two eh.. amacam ? tak larat kakak nak screenshot lepas tu Google satu satu nak siapkan satu entri ni ( penat gak la sebab ko main kira kira ntah betul ntah tidak.. hee~ ) sebenarnya.. kalau ada harga yang salah / jenis beg / jenama ke, korang bagitau kakak ya nanti kakak edit..


      KOLEKSI BEG TANGAN FAZURA

      agak-agak korang la kan.. berapa jumlah keseluruhan harga handbag Fazura dalam entri kakak yang ni ? hee~ sape dapat kira dengan tepat ? ade tak lebih RM 500,000.00 ? ini gambar yang ADA tau.. ada banyak lagi gambar beliau dengan handbag cecantik lain cumanya mata kakak tertancap dengan brand dan gaya Fazura dengan handbag kat atas nun..

      maklum la..

      kakak bukan minat sangat kat Fazura ni tapi semua cerita dia kakak tengok.. hee~ tak de la minat sangat.. serius.. nampak muka serius kakak ni ?