2 May 2018

MENANGI RUMAH IMPIAN DAN HADIAH BERNILAI LEBIH 1.5 JUTA SEPANJANG KEMPEN CAHAYA RAYA SHOPEE

jeng !! jeng !! jeng !!

Shopee datang lagi dan kali ni dengan Kempen Cahaya Raya yang menawarkan pelbagai hadiah bernilai lebih dari RM 1.5 juta termasuk sebuah Rumah Impian bernilai RM 350,000.00, sebuah kereta jenama Honda HRV bernilai RM 100,000.00 dan sebuah Volkswagen Polo bernilai RM 80,000.00 untuk pemenang bertuah..


kempen_cahaya_raya_shopee_contest_2018

dengan cara yang sangat mudah, korang cuma perlu MAIN dalam aplikasi Ketupat Raya yang akan berlansung dari 03 Mei 2018 hingga 17 Jun 2018.. sepanjang kempen ini berlansung, Shopee juga membariskan pelbagai tawaran eksklusif ke atas lebih 100,000 produk dengan potongan harga sehingga 90% !! ( banyak tuuuuuuuuuuuuu—)


contest_kempen_shopee_raya_2018


KEMPEN CAHAYA RAYA SHOPEE 2018



sebelum pelancaran Kempen Cahaya Raya ni, Shopee telah menjalankan satu kaji selidik pra – Raya dari 02 April 2018 hingga 09 April 2018 untuk memahami tabiat membeli-belah rakyat Malaysia dalam membuat persiapan sempena musim Raya yang akan tiba nanti.. hampir 14,000 pengguna dari seluruh Malaysia telah mengambil bahagian dan berikut merupakan maklumat MENARIK hasil daripada kaji selidik tersebut :

  • 85% peserta adalah golongan belia yang berusia bawah 35 tahun yang merupakan pengguna tegar e-dagang
  • jumlah responden tertinggi merupakan dari negeri Selangor dengan rekod lebih 20% daripada jumlah keseluruhan peserta
  • penduduk dari Sabah dan Sarawak mencatatkan jumlah 20% daripada peseeta kaji selidik ini dan mereka mengakui bahawa membeli-belah secara dalam talian adalah lebih mudah disamping menawarkan pilihan pelbagai jenis produk
  • 80% responden membuat persiapan sempena Hari Raya kira-kira sebulan sebelum bulan Ramadhan
  • kira-kira 90% daripada jumlah peserta membeli-belah secara dalam talian secara KERAP, sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan
  • 95% responden lebih gemar membeli-belah secara dalam talian kerana tawaran harga dan promosi yang lancar
  • selain itu, faktor lain seperti kemudahan, variasi produk dan insentif lain termasuk penghantaran percuma dan komisyen sifar serta platform bayaran yang selamat juga memainkan peranan – semuanya boleh didapati si Shopee !!
  • 5 kategori pilihan golongan wanita sempena Hari Raya termasuklah pakaian lelaki ( merupakan kategori pilihan utama, mengatasi pakaian wanita dan bag dompet wanita ) dan kasut lelaki
  • bagi golongan lelaki pula, 5 kategori pilihan mereka termasuklah pakaian  pakaian lelaki, aksesori, kasut lelaki, beg dompet lelaki dan fesyen muslim
  • lebih daripada 40% responden membelanjakan lebih daripada RM 200.00 setiap orang untuk membuat persiapan sempena Hari Raya

rumah_impian_shopee_contest_2018


“kami merancang Kempen Cahaya Raya kami berdasarkan hasil kaji selidik tersebut..
pengguna Shopee pasti ternanti-nanti akan lebih 100,000 produk yang ditawarkan 
dengan potongan harga sehingga 90% dari pelbagaikategori seperti fesyen, kesihatan, 
kecantikan, perhiasan rumah, ruang tamu dan banyak lagi.. bersesuaian dengan 
konsep balik kampung sempena Hari Raya untuk sambutan bersama keluarga dan 
insan tersayang, kami ingin menghadiahkan sebuah Rumah Impian dan dua buah 
kereta sebagai kejutan sempena kempen ini.. kami berharap, kejutan ini ibarat sebuah 
impian menjadi kenyataan bagi pemenang bertuah kami..”

- Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee


turut bekerjasama dengan Shopee, jenama terkemuka seperti Nestle, XES Shoes, honor Malaysia, Maybelline, Watsons, ASUS, Petpet, Universal Traveller, Russell Taylors dan Dettol juga menawarkan pelbagai jualan hebat sepanjang waktu kemuncak Kempen Cahaya Raya dari 03 Mei 2018 hingga 06 Mei 2018 dan dari 24 Mei 2018 hingga 27 Mei 2018..


promosi_raya_shopee_2018

ada banyak hadiah untuk dimenangi seperti syiling Shopee, voucher, televisyen, seterika, pengering rambut bagi memeriahkan lagi sambutan hari Raya kali ini..



“sejajar dengan perkembangan teknologi yang diintegrasikan dalam gaya hidup rakyat
Malaysia, mereka mula mengubah tabiat membeli-belah dari luar talian ke
dalam talian.. berdasarkan pada data VisaNet, perbelanjaan menerusi e-dagang
dalam kalangan pengguna telah meningkat sebangyak dua kali ganda berbanding
transaksisecara bersemuka.. sepanjang musim perayaan ini, kami berpegang teguh pada
usahasama kukuh dengan jenama seperti Shopee untuk memberi lebih manfaat kepada
rakyat Malaysia dan kami komited untuk mengembangkan industri bayaran secara
elektronik di Malaysia.."

- Ng Kong Boon, Ketua Pasaran Malaysia Visa



untuk maklumat lanjut :



LOVE ;
ATIE ADNAN


No comments:

Post a Comment