25 July 2018

MAJLIS PERKAHWINAN BERSEJARAH MENJADI SEMAKIN MUDAH DENGAN WEDDING HOMESTAY BY RNN CEM SDN. BHD.

menjadi antara yang terawal menikmati segala kemudahan baharu sudah pastinya menggembirakan apatah lagi majlis yang berlansung adalah majlis yang bersejarah dan hanya berlaku sekali seumur hidup.. nah !! dah biasa berpenat-penat sampai tak sempat nak melayan tetamu kan ? kini !! Wedding Homestay by RNN CEM Sdn. Bhd. bakal memudahkan kerja majlis kalian..

HOT_catering_shah_alam

zaman semakin maju dan hampir kesemuanya mahu dipermudahkan termasuklah urusan majlis raja sehari.. siapa nak berpenat-penat kan ? hee~ kalau kakak sendiri pun tak mo berlengas basah ketiak sampai tak terlayan tetamu yang datang.. haa.. bagi mengelakkan pelbagai adegan yang tak diingini semasa majlis, inisiatif yang diambil oleh pihak RNN CEM Sdn. Bhd. dengan membuka ruang bagi pengantin baharu mencuba perkhidmatan terkini mereka iaitu ; WEDDING HOMESTAY..


WEDDING HOMESTAY BY RNN CEM SDN. BHD.


RNN Catering & Event Management yang dimiliki penuh oleh RNN CEM Sdn. Bhd. telah berpengalaman lebih 15 tahun dalam bidang penyediaan makanan dan pengurusan majlis sekali lagi mengorak satu langkah ke hadapan dengan perasmian Wedding Homestay by RNN CEM Sdn. Bhd.. korang ada lokasi lain ? tak pe.. tak jadi masalah sebab RNN CEM bersedia untuk berkhidmat.. wah !! gittew--

temasya_glenmarie_shah_alam_selangor
rumah teres dua tingkat di Temasya Glenmarie, Shah Alam
menawarkan harga serendah RM 12.50 / pax untuk sebarang majlis yang ingin dianjurkan termasuklah majlis akikah, cukur jambul, seminar, majlis harijadi, majlis pertunangan, penikahan dan resepsi dengan pelbagai menu yang pastinya menarik perhatian pengunjung.. haa.. jangan main-main dengan menu dorang tau sebab sangat jarang nak jumpa majlis perkahwinan di bandar yang menawarkan pakej makanan kampung.. hee~ terliur bila kakak tengok barisan daging salai masak lemak cili api, daging masak palembang, ayam masak merah, ikan keli goreng bercili dan pelbagai ulam-ulaman untuk dijadikan pilihan..

pakej_perkahwinan_eksklusif_shah_alam
boleh memuatkan 500 orang dalam satu-satu masa
wedding_planner_glenmarie_shah_alam
dekorasi eksklusif dari yang pakar

menjadi pengguna yang bijak adalah wajib ya kengkawan.. hee~ tak de la.. alang-alang dah buat pelaburan WAJIB pastikan ianya berbaloi.. nak tau apa itu berbaloi ? berbaloi bila :

  • pakej yang disediakan menepati ciri-ciri eksklusif yang menepati citarasa semasa
  • kawasan berpengawal dan dijamin selamat
  • homestay yang sangat luas dan lengkap mempunyai 4 bilik tidur dan 5 bilik air sangat selesa untuk keluarga yang besar
  • setiap bilik dilengkapi penghawa dingin dan set bilik tidur yang lengkap serta bersih
  • boleh buat tiga majlis terus
    • nikah
    • berinai
    • bersanding
  • lokasi yang strategik dan mudah akses – nak parking pun senang ; depan rumah jek
  • boleh memuatkan kira-kira 500 orang dalam satu-satu masa
  • dekorasi oleh interior designer terkemuka iaitu Pak Abu
  • pemilihan menu yang CONFIRM sedap – al maklumlah, dah 15 tahun pengalaman kot

pelamin_pengantin_murah_shah_alam
pelamin berhias indah !! serius cantik !!
apa lagi yang korang nak ?

salah satu bilik yang telah dihias cantik
boleh bincang terus dengan pihak RNN CEM Sdn. Bhd. kerana jaminan dorang adalah kepuasan pelanggan.. nah itu !!


RUMAH TERBUKA TERLAJAK RAYA


pada majlis perasmian Wedding Homestay, pihak penganjur juga menjemput kakak dan rakan blogger yang lain untuk sama-sama memeriahkan majlis rumah terbuka.. ya !! tu yang jadi sempat kakak merayau satu rumah riki-riki idea baharu usahawan Bumiputera yang setanding dengan idea antarabangsa.. wah !! gitu !!

kira kami ni datang serampang dua mata la.. hee~ dapat menghadiri majlis perasmian Wedding Homestay dan makan-makan..

catering_pengantin_murah_shah_alam
buah-buahan tempatan yang menjadi tarikan
antara yang turut hadir memenuhi jemputan adalah YBhg. Datuk Rashidi bin Hasbullah - Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Puan Seri Hajah Normala -nisteri Allahyarham Tan Seri Elyas Omar dan Datuk Jalaluddin Hassan..

demo pengantin.. one happy family stop !!
maklis_rumah_terbuka_RNN_CEM_hot_catering
sesi bergambar yang wajib.. hee~
rakan artis Malaysia yang turut hadir

bagi menambah seri majlis, pihak RNN CEM juga telah menjemput Rumah Amal Kebajikan Persatuan Islam Peribadi Mulia, Sungai Kantan, Kajang dan anak-anak dari Akademi Tahfiz Al-Abrar..

open_house_terlajak_raya_rnn_catering_sdn_bhd_shah_alam
bacaan doa

serius memang ramai jemputan yang hadir, hampir tak terkejar kakak nak mengingat satu-satu nama.. hee~ yang penting, makanan yang dihidangkan sangat in dengan selera kakak disediakan oleh Hot Catering & Event yang diketuai oleh tukang masak yang berpengalaman iaiitu chef Yang Jamil.. serius.. masa kakak tengah menaip ni pun terbayang daging salai masak lemak cili api beliau.. huu~

menu_rnn_catering_hot_catering_shah_alam

kalau korang memang berhajat melansungkan majlis-majlis tapi taknak bersusah payah mengemas rumah, idea WEDDING HOMESTAY ni memang sangat sesuai dan berbaloi.. bukan jek dorang sediakan A – Z tapi korang datang – pergi berelnggang jek.. hee~ memang heaven la.. tak terasa penat lansung.. kalau penat nanti tak dapat la nak layan tetamu dengan baik kan.. em.. kena timbang tolak jugak tu.. dan kalau korang jumpa entri kakak ni, korang memang bertuah la..

sebab !!

RNN CEM Sdn. Bhd. tengah cari 10 pelanggan bertuah untuk menerima REBAT sehingga RM 8,000.00 !! banyak tu weyhhhhh.. hahahaha~ apa tunggu lagi ? boleh hubungi nombor kat bawah ni untuk pertanyaan ataupun tempahan terus..

HOTLINE : 016 873 4032 / 012 325 2383

lifestyle_blogger_malaysia

eh !!

eh !!

ampun !! maaf !! kakak dah rasmi pelamin.. geram betul kakak ha.. hee~ tenggelam kakak bila ada kat pelamin yang chans begini.. terasa macam cekodok pisang.. serius pelamin dorang vasss sangat.. ‘dorang’ tunggu korang !! cepat tau !!

blogger_malaysia

16 July 2018

BONDAHAVEN ; BUTIK PAKAR PENYUSUAN BAYI PERTAMA DI MALAYSIA

ehemmm.. tak lah.. kakak tak pregnant dan seumpanaya pun.. hee~ tapi kakak sempat explore satu butik rare yang terletak di Bandar Baru Bangi yang menawarkan servis rare jugakkkk.. ha.. mana nak dapat Butik Penyusuan Bayi kat Malaysia ni.. belum ada kan ?

bondahaven

menjadi yang PERTAMA sudah tentunya membuatkan pengguna meletakkan satu expectation yang sangat tinggi terhadap perkhidmatan dari BONDAHAVEN tapi tu la tu.. kalau kakak kata kakak puas hati, mesti korang tak percaya jugak kan ? hee~ jom !! kita explore apa yang ada di Bondahaven – Breatfeeding Specialist And Spa yang terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor ni..

menjadi yang antara yang pertama menerima jemputan eksklusif dari pihak Bondahaven, kakak sangat skeptikal dengan frasa ‘breastfeeding’ nih.. ye la.. anak-anak kakak kan dah besar dan tak de sape pun yang mahu disusukan kat rumah ni.. hahaha~ tapi tak pe la.. kakak try jugak la kan.. ya !! tanpa buat sebarang rujukan, ternyata kakak salah besarrrrrrrrrrr..


BONDAHAVEN ; BREASTFEEDING SPECIALIST AND SPA


penyusuan adalah saat yang indah dan memberi 1001 kelebihan untuk ibu dan bayi.. tapi !! kalau emosi ibu tak best bermaksud proses penyusuan BAKAL terganggu dan i boleh menjadi semakin sukar apabila ibu tidak mendapat sokongan dari suami mahupun ahli keluarga.. emm.. dan itu adalah alasan kukuh Bondahaven menabur khidmat untuk para ibu yang memerlukan..

malaysian_parenting_blogger_2018

menggabungkan teknik Sains moden dan tradisional Melayu, penjagaan ibu sebelum dan selepas bersalin sangat penting bagi membolehkan emosi ibu tidak terganggu dan di Bondahaven hanya pakar bertauliah sahaja akan mengambil tanggungjawab memberi perkhidmatan terbaik mereka.. turut menawarkan pelbagai pakej seperti :

  • pakej urutan
  • rawatan kecantikan
  • manicure dan pedicure
  • terapi pembentukan badan

menjadikan Bondahaven pusat sehenti kecantikan untuk wanita umumnya dan muslimah khususnya mana tidaknya kalau dalam satu tempat ada semuanya.. hee~ tak payah la pergi tempat lain kan..

bondahaven_bandar_baru_bangi

sebagai ibu yang juga merupakan tulang belakang setiap keluarga dan tempoh berpantang seharusnya menjadi tempoh berehat untuk merawat dan memulihkan tenaga yang hilang sebab tu lah kesihatan mental dan fizikal sangat penting.. selaras dengan Tahun Memperkasakan Wanita 2018, Bondahaven berbangga menjadi salah satu institusi yang dapat bersama-sama dengan wanita yang mahukan kehidupan dan kesihatan yang jauh lebih baik.. nah !! lepak di Bondahaven juga merupakan kenangan terbaik yang kakak pernah ada..

bondahaven_breastfeeding_specialist_bangi

jangan lupa tanyakan Bondahaven tentang pakej untuk ibu berpantang tau !!

BONDAHAVEN ; BANTU ANDA BERPANTANG DENGAN AWESOME !!


SPA MUSLIMAH


kakak kan tak de kaitan lansung dengan penyusuan dan melahirkan.. hee~ jadi !! kakak manfaatkan masa anak-anak di sekolah dengan metime dan kegemaran setiap wanita adalah berurut untuk melegakan setiap lelah sepanjang hari menguruskan rumahtangga dan keluarga.. ya !! kakak buat temujanji untuk sesi urutan tradisional selama 90 minit.. fuff—mula-mula tu berdebar jugak la sebab dah lama tak berurut kan..

sekali kena, memang selesa sangat urutannya, al-maklumlah di Bondahaven hanya pakar yang bertauliah sahaja akan diambil bekerja bagi memastikan kepuasan pelanggan.. dan !! kakak dilayan bagai Ratu yang memiliki takhta selayaknya.. hahahaha~ untuk sesi 90 minit tersebut, kakak juga diajar bagaimana menjaga peranakan supaya kekal sihat dan apa yang perlu kakak lakukan sekiranya kaki kakak sakit lagi..


ha’ah.. kakak kan biasa pakai kasut tumit tinggi dan sesekali kaki kakak akan menerima tekanan sakit yakmatttttt, memang sampai menitik airmata jugak la dok menahan sakit.. hee~

28576667_176981759693003_8030148148596996796_n

SELEPAS DUA HARI..

ya !! pada malam kakak balik dari Bondahaven, terasa jugak la badan sakit-sakit akibat ditekan sepenuh rasa oleh Physioterapist yang melayan kakak.. hahaha~ memang best tapi terasa sakit.. tapi pada keesokkan harinya badan kakak lebih ringan dan sakit-sakit semalam tu tak terasa dah..

selepas dua hari rasa bedan lebih ringan dan sakit pada tumit kaki kakak tak terasa dah.. wah !! mungkin sebab perjalanan darah pada kaki dah lancar.. kot la kan.. kakak tak sempat nak tanya dorang.. Physioterapist tersebut juga berpesan kat kakak supaya menjaga makan dan jangan biarkan perut kosong selalu sebab angin yang berkumpul dalam perut boleh mengakibatkan sakit kepala..

okay !!

spa_muslimah_bandar_baru_bangi

sekarang barulah kakak tau cara penjagaan diri kakak tak betul.. hahaha~ bukan jek mengurut tapi kakak juga mendapat sedikit sebanyak ilmu yang bakal membantu kakak menjadi SUPERMOM !! cayalah !! mana la Bondahaven jumpa staff dorang ni seme ntah.. baik baik dan manis belaka termasuklah cara mereka bercakap, sangat lembut dan berhemah..

in shaa Allah..

kakak akan kembali untuk treatment seterusnya dan kalau korang nak juga metime macam kakak, korang boleh explore link kat bawah ni..


dan !!

korang akan dapat diskaun 10% kalau korang singgah mendapatkan perkhidmatan di Bondahaven pada jam 3.00 petang – 6.00 petang pada setiap hari !!

blogger_malaysia

13 July 2018

PENDAFTARAN COWAY RUN 2018 – BEAT THE HEAT TELAH DIBUKA !!

dua tahun dan belum gagalnya, Coway Malaysia sekali lagi akan menganjurkan Coway Run 2018 dengan tema BEAT THE HEAT.. wah !! ni kalau kaki lari dari rumah ni memang suka sangat ni.. hee~

coway_run_2018

pada sidang akhbar yang berlangsung baru-baru ni Coway Malaysia telah mengumumkan ; RM 10.00 akan disumbangkan kepada The Happy Water Project bagi membantu masyarakat Orang Asli di Pahang dengan setiap pembelian tiket untuk acara Coway Run 2018.. maknanya, sambil korang join larian ni secara tak lansungnya korang turut ‘menyimpan saham’ sebagai penyumbang kepada mereka yang memerlukan..

BACA SINI –> THE HAPPY WATER PROJECT

coway_malaysia
dari kiri : pengacara majlis, Ms. Choo Mei Sze, Mr. Kyle Choi Ki Ryong ( Managing Director of Coway Malaysia ), Mr. James Park ( Guest of Honour & Director of Global Business Division, Coway Korea HQ ), dan Mr. Ryan Jung Tae Seung ( Marketing Director of Coway Malaysia )

dengan inisiatif tanggungjawab bersama menggalakkan komuniti memiliki air yang bersih untuk kegunaan sehari-hari, Coway Malaysia menyasarkan penyertaan dua kali ganda dari tahun sebelumnya iaitu sebanyak 2000 penyertaan dari keseluruhan kategori yang telah disediakan..


HARGA TIKET COWAY RUN 2018


masih mengekalkan kategori yang sama seperti tahun sebelumnya, Coway Run 2018 mempertaruhkan 5km dan 10km bagi setiap kategori lelaki dan wanita.. tak de la jauh mana kan kalau dah biasa masuk larian.. hee~ dan sempena hari pelancaran yang lepas, Coway Malaysia mengumumkan harga baekkkk punya :

cowayrun_2018_beat_the_heat

KLIK UNTUK PENDAFTARAN


menawarkan dua jarak iaitu 5km dan 10km mengikut kategori lelaki dan wanita seperti :

  • terbuka
    • 16 tahun dan ke atas
  • internasional
    • 16 tahun ke atas
  • vateran
    • 40 tahun dan ke atas

kit_larian_coway_run_2018

dan menariknya !! setiap peserta yang mendaftar akan dapat t-shirt Coway Run 2018, tuala, drawstring bag dan finisher medal.. yang menarik untuk tahun 2018 ni, jaminan pada t-shirt yang berkualiti dan selesa dipakai walaupun korang tengah lencun basah sebab berlari 5km atau 10km.. hee~ kaler pun sangat menggambarkan air.. sejukkkkkk jek rasa..

bagi memberi kelainan pada tahun ini, Coway Malaysia cuba sebaik mungkin untuk membawa suasana larian yang lebih segar dan nyaman kerana Coway Run 2018 akan berlansung di MAEPS, Serdang yang terkenal dengan kehijauan dan atmosfera yang mendamaikan.. nah !! setakat 5km dan 10km beserta persekitarang yang berpokok hijau, pastinya pengalaman larian yang menarik.. lapar ? haus ? tak de hal.. akan ada Food Truck yang bertema Korean Delight bakal menyediakan variasi makanan sudah pastinya menepati selera korang nanti..

blogger_malaysia_2019
kakak dan team dah bersedia !! oh !! kami dah daftar pun.. hee~
sementara harga tengah murah ni, baik korang daftar cepat.. ingat !! set kalendar korang sesiap.. 

Coway-Beat-The-Heat-Run-2018-1280-960x540

sebagai 'jenama' kesihatan terkenal, Jordan Yeoh yang juga merupakan model kesihatan turut menyertai Coway Run 2018 turut memberi gambaran terbaik terhadap kepentingan melakukan aktiviti kesihatan untuk kekal cerdas sepanjang hari.. haa.. korang ingat main gym jek la boleh sihat ? pengambilan air yang bersih dan bertapis sempurna juga dapat membantu memberi keseimbangan terhadap kesihatan..

untuk maklumat lanjut, korang boleh klik link kat bawah ni untuk dapatkan pelbagai tips sebelum dan selepas larian :


blogger_malaysia

10 July 2018

TERBANG TINGGI LEBIH JAUH DENGAN PROMOSI HARGA RENDAH AIRASIA 2019

tahun sebelum-sebelumnya memang tak terasa sangat nak fly sebab Nur Aiman dengan Nur Aina dalam kategori belum faham bahasa, jadi percutian kami hanya dalam Malaysia dan dekat-dekat jek.. tapi !! bila anak dah besar sikit ni dan baru masuk kategori FAHAM bahasa, mula la kami suami – isteri teruskan minat kami !!

airasia

bila notification harga rendah AirAsia masuk jek kat email kakak, memang laju la kakak bukak dan dari situ lah bermula segala konflik ke – tidak – sefahaman antara kami suami isteri.. hahahaha~ ya !! kitorang tak pernah gaduh ; cuma kalau selisih pendapat tu pernah la.. cuma tak sangka isu “nak bercuti kat mana dan buat apa kat sana..” adalah topik utama..

sakit hati pun adeeee.. hahahaha~

kalau boleh kakak memang nak start dengan Hatyai untuk permulaan trip kami teroka dunia.. wah !! nampak tak impian tu cemana.. hee~ tak salah berimpian kan ?

low_fare_madness

tambah menyakitkan rasa bila kami berdua tak de sefahaman dengan lokasi.. kakak nak bercuti sambil makan-makan tapi encik suami nak bercuti atas tiket memang bercuti, tak buat pape.. duduk dan berehat jekkkkkk.. taknak la menyusup lorong-lorong kecik semata-mata nak cari makan.. jahat kan idea tu.. hee~

nah !!

kakak share harga murah celah mana yang AirAsia tawarkan.. mana la tau korang memang tunggu masa jek ; macam kakak..

promosi_air_asia_2019
promosi_air_asia
air_asia_promotion_2018
promosi_airasia_2019
airasia_promotion_2019
air_asia_2019_promosi
premium_flatbed_promotion_2018
airasia_connecting_flights_promotion_2019

tapi tu la tu !!!

kena booking sampai 15hb Julai nih jek.. haa.. korang sempat tak ? dan tarikh penerbangan adalah dari 01hb Februari 2019 sampaiiiiiiiiiiiii la 13hb Ogos 2019.. okeh.. kakak nak sambung bincang dengan encik suami ni, nak terbang mana.. kalau tak kitorang bercuti kat Melaka lagi la jawabnye.. hahahaha~


blogger_malaysia

5 July 2018

PROMOSI CANTIK SEMPENA HARI RAYA DI NATASHA BY DR. FREDI SETYAWAN

bercakap soal kecantikan, ramai wanita suka dan teruja untuk memiliki kulit yang lebih sihat tanpa cela.. tapi.. kebanyakan servis di pusat-pusat kecantikan harganya kemahennnnnn mahal sehinggakan niat untuk menjadi cantik dengan mendapatkan rawatan terbantut.. huu~

natasha_by_dr_fredi_setyawan_malaysia

Natasha by Dr. Fredi Setyawan bukanlah nama yang asing dalam dunia kecantikan yang telah bertapak di Malaysia selama tiga tahun yang unggul tetapi berada di negara jiran ; Indonesia sejak dari tahun 1999.. mempunyai kilang sendiri, setiap satu produk Natasha by Dr. Fredi Setyawan menggunakan teknologi mengubah partikel menjadi satu juta lebih kecil dan halus supaya mudah diserap lembut hingga ke liang pori dengan lebih efisyen..


memilih Bangsar, Kuala Lumpur sebagai pusat sehenti yang mempunyai bilik rawatan muka, bilik rawatan rambut dan spa harian membuktikan permintaan rakyat Malaysia terhadap isu kecantikan semakin meluas dan sedikit sebanyak dapat membantu wanita Malaysia mendapat perkhidmatan terbaik dari pakar yang bertauliah.. ya !! kesemua staff di Natasha by Dr. Fredi Setyawan telah dilatih menjadi profesional dalam bidang masing-masing.. hee~ sebab tu kakak suka singgah kat sini..

promosi_spa_muslimah_kuala_lumpur
bilik rawatan
natasha_skincare_by_dr_fredi_setyawan
nak urut ? hee~ bolehhhhhhh..
rambut rosak ? okeh !! singgah sini untuk rawatan pada harga super berbaloi..
dan sempena musim raya ni, Natasha by Dr. Fredi Setyawan sekali lagi memberi keistimewaan untuk para pelanggannya dengan tawaran harga kasih sayang khusus untuk pencinta kecantikan !! aha.. memang sesuai sangat lah kalau korang juga mempunyai masalah kulit yang kronik, dah cuba macam-macam produk tapi tiada yang serasi.. INI lah masanya !!


PROMOSI SEBULAN


1 : CLINIC + BEAUTY

  • facial ( CP- ) + carbon peel ( 1x ) = RM 399.00
    • harga asal = RM 510.00
  • facial ( CP- ) + microoxy ( 1x ) = RM 200.00
    • harga asal = RM 360.00
  • facial ( CP- ) + aquamesolift = RM 299.00
    • harga asal = RM 410.00

2 : PEMPER SET

  • milk cleanser – RM 40.00
  • masker tube – RM 50.00
  • neck cream – RM 50.00
  • eyetube – RM 40.00
  • normal facial + light active therapeutics ( LAT ) – RM 235.00
  • harga promosi = RM 299.00
    • harga asal = RM 435.00

3 : ARGAN SERIES + SPA UNTUK WANITA

  • argan shampoo ( 100 ml ) – RM 40.00
  • argan bath ( 100 ml ) – RM 40.00
  • argan conditioner ( 100 ml ) – RM 40.00
  • argan lotion ( 100 ml ) – RM 40.00
  • spa treatment ( macadamia + mulberry + coffee ) – RM 275.00
  • harga promosi = RM 299.00
    • harga asal = RM 435.00

eh !!

tak !!

bukan untuk wanita jekkkkkk.. ada juga rawatan untuk lelaki hensem tau.. hee~ tapi yang tu korang boleh hubungi Natasha by Dr. Fredi Setyawan untuk dapatkan harga promosi ni.. mana la tau ada harga special ke kan.. oh !! pasal aurat jangan risau.. setiap rawatan mengikut jantina, akan diasingkan bilik dan tukang perawat juga mengikut jantina.. haa.. sangat sesuai juga untuk pasangan suami isteri yang cari quality time yang santai..

spa_muslimah_kuala_lumpur (2)

jujur kakak cakap, ada sesetengah event kakak akan menggunakan solekan yang sedikit tebal dan kalau nak cuci memang makan masa yang lama dengan pelbagai step.. tapi !! produk Natasha by Dr. Fredi Setyawan sedikit sebanyak membantu kakak menyingkatkan masa untuk bersiap.. hee~ ye la.. tak keje kakak nak membelek muka lama-lama, banyak lagi kerja yang kakak kena buat.. sebab tu produk Natasha by Dr. Fredi Setyawan sentiasa ada dalam almari kakak..

nak tengok kakak main mekap mekap menggunakan produk Natasha by Dr. Fredi Setyawan ? haa.. nanti kakak share ye.. kalau sebelum ni kakak pakai loose powder jenama antarabangsa tuuuuu, lepas kakak kenal Natasha nih, kakak jimat sekali ganda tapi kakak dapat kualiti yang jauh lebih baik untuk merawat masalah kulit muka kakak..



cantik dapat..
kulit yang sihat pun dapat..

kalau korang nak booking slot sempena raya ni, boleh hubungi link kat bawah ni ya..

FACEBOOK : https://www.facebook.com/natashaskin.my
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/natashaskin_my
HOTLINE : 03 – 2201 9922

blogger_malaysia

3 July 2018

CACING PUNYA PASAL ; SARDIN DAPAT NAMA BUSUK

sejak dua minggu yang lepas, viral disegenap media sosial tentang sardin yang datang dengan pakej cacing di dalamnya.. hahaha~ pakej gaissssss.. dalam orang dok membincangkan tentang sardin pelbagai jenama, kakak belum jumpa lagi artikel yang berkaitan tentang cacing tersebut..

cacing_filum_nematoda

nama NEMATODA, taknak kalah.. hee~ tapi jahat nye dia ni boleh merosakkan sistem badan kita.. haa.. tak padan yang kecik ni.. sakit plak hati kite bila baca pasal dia ni..


NEMATODA


istilah NEMATODA yang berasal dari bahasa Yunani terdiri dari dua perkataan iaitu NEMA yang bererti berenang dan ODE bermaksud seperti.. Nematoda merupakan haiwan tripoblastik dan pseudoselomata ( berongga ) yang berbentul bulat dan panjang seperti benang.. spesis Nematoda memiliki sistem pencernaan dengan bukaan di kedua-dua hujungnya, tidak seperti jenis filum Cnidaria dan Platyhelminthes ( cacing pipih ) yang lain..



CIRI-CIRI NEMATODA


cacing_dalam_Sardin_Nematoda
  • berbentuk bulat dan panjang sama seperti benang
  • sejenis haiwan tripoblastik dan pseudoselomata
  • hidup dengan memakan sampah organik, sisa kotoran dari haiwan lain, tanaman yang membusuk
  • hidup menumpang pada haiwan, manusia dan tumbuh-tumbuhan
  • dapat ditemukan di air tawara, air laut, air payau dan tanah
  • mempunyai organ lengkap seperi anus, usus kecil, pembuluh darah, pembuluh limfa, jantung, paru-paru dan mata
  • berukuran sekitar 1 mm sehingga mencapai 5 cm
  • cacing betina lebih besar berbanding cacing jantan

ASCARIS LUMBRICOIDES


caxing_dalam_usus_ascariasis

  • merupakan parasit usus manusia yang menjadi punya penyakit askariasis yang menyebabkan pesakit mengalami kekurangan gizi.. cacing ascaris lumbricoides mempunyai mulit yang dikelilingi tiga bibir dan gigi-gigi kecil.. ukuran panjang cacing betina sekitar 20 – 49 cm dengan diameter 4 – 6 mm, runcing lurus pada bahagian ekor dan dapat menghasilkan 200 000 telur setiap hari.. cacing jantan pula berukuran sekitar 15 – 31 cm dengan diameter 2 – 4 mm, bahagian ekor runcing melengkung dan terdapat spikula pada habagian anus yang berbentuk kait untuk memasukkan sperma ke tubuh betina..

ANCYLOSTOMA DUODENALE


  • juga dikenali sebagai cacing tambang yang hidup sebagai parasit di usus kecil manusia dan menghisap darah sehingga menyebabkan anemia..

OXYURIS VERMICULARIS


  • berbentuk nipis, berwarna putih berukuran 10 – 15 mm yang hidup menumpang di usus besar dan raktum manusia khususnya pada kanak-kanak.. cacing dewasa betina menguasai dubur pada malam hari untuk bertelur dan mengeluarkan zat yang ada dalam badan.. kebiasaannya pesakit akan menggaru sehingga telur cacing mudah terselit di kuku-kuku.. cacing ini menyebarkan penyakit yang disebut oxyuriasis..

Oxyuriasis_of_the_appendix_vermiformis


WUCHERERIA BANCROFRI


  • sejenis cacing yang hidup pada pembuluh limfa di kaki dan jika terlalu banyak jumlahnya, ia dapat menyumbat aliran limfa sehingga kaki menjadi bengkak.. cacing dewasa menghasilkan telur dan kemudian akan menetas menjadi anak cacing yang berukuran mikrofilaria yang akan merebak ke dalam saluran darah..

penjelasan mengenai parasit yang selalu menumpang di badan manusia ataupun haiwan mamalia menjadikan kita semakin peka terhadap kebersihan dan kesihatan sehari-hari.. tapi !! cemana plak cara untuk kita matikan ataupun menyingkirkan parasit tersebut dari tubuh badan kita ? em..

terdapat beberapa kes penyakit manusia yang disebabkan oleh pengambilan makanan mentah seperti ikan yang mengandungi larva atau cacing anisakis.. larva anisakis boleh dibunuh dalam masa satu minit pada suhu 60 darjah selsius atau lebih.. sebab tu kalau kita memasak makanan berunsur daging, pastikan daging tersebut masak sepenuhnya bagi mematikan parasit yang menumpang tanpa kita sedar.. secara praktikalnya, memasak ikan setebal 3 cm selama 10 minit dengan suhu melebihi 60 darjah selsius dapat membunuh semua cacing yang menumpang..

jadi !!

jagalah kebersihan dan kesihatan dengan lebih baik untuk menjamin kelansungan keluarga yang sihat.. masak makanan dengan sempurna dan guna la pencuci antiseptik setiap kali beraktiviti.. salam sihat selalu !!

blogger_malaysia