12 September 2018

KEBAIKAN MINYAK EVENING PRIMROSE ( EPO ) UNTUK KESIHATAN WANITA

berlambak kat pasaran dengan pelbagai jenama Evening Primrose Oil ( EPO ) tapi tak tau apa kebaikan Evening Primrose Oil nih kan ? ada yang kata untuk kecantikan, ada yang kata boleh mengawal ketegangan.. tak kurang juga overclaimed mengatakan mampu mengawal masalah kencing manis.. haa.. betul kehhhhhh ?

kebaikan_primrose_oil

diperkenalkan ke Eropah pada awal abad ke – 17 sebagai tanaman hiasan dan sesekali di dapur, Evening Primrose telah digunakan lebih 100 tahun oleh suku probumi di Amerika Utara dengan menggunakan tumbuhan ini sebagai tanaman, makanan dan ubat-ubatan.. hampir semua bahagian evening primrose boleh dimanfaatkan secara perubatan atau kosmetik termasuklah akar – daun – bunga – tunas bunga – biji..


PRIMROSE OIL


juga dikenali sebagai OENOTHERA BIENNIS yang berasal dari Timur Tengah Amerika Utara, dari Newfoundland Barat ke Alberta, tenggara Florida dan barat daya Texas selain tempat di kawasan yang sederhana dan subtropika.. ia dihasilkan dari tumbuhan yang mengandungi asid lemak yang dapat membantu mengurangkan keradangan yang berkaitan seperti arthritis dan ekzema.. ada testimoni mengatakan, kalau korang sakit / tak selesa pada payudara pun boleh consume Evening Primrose Oil nih.. hee~ best kan ?

evening_primrose

mempunyai jangka hayat selama dua tahun, tumbuhan ini hanya mencapai ketinggian 12 inci hingga 59 inci sahaja dengan bentuk daun seperti pisau.. mekar berkembang dari akhir musim bunga hingga akhir musim panas menjadikan ia cukup sempurna menyerap khasiat..

sinonim dengan dunia kecantikan wanita ( lelaki jugak.. hee~ ) Evening Primrose Oil mampu mengawal penyakit kulit akibat virus dan bakteria seperti ekzema, psoriasis dan jerawat.. ia juga digunakan untuk masalah arthritis rheumatiod, osteoporosis, sindrom Raynaud, sklerosis, kanser, masalah kolesterol, sakit jantung, dyspraxia, alzheimer, skizofrenia dan sakit kaki yang disebabkan oleh pembuluh darah..

sesetengah pengguna menggunakan Evening Primrose Oil untuk sindrom keletihan ( CFS ), asma, kerosakan saraf yang berkaitan dengan kencing manis, neurodermatitis, ADHD, obesiti, batuk kokol dan penyakit ulser peptik..

selain untuk kesihatan dalaman, Evening Primrose Oil juga digunakan oleh wanita mengandung untuk mencegah tekanan darah tinggi ( pra – eklampsia ) disamping memanfaatkan kelebihan Evening Primrose Oil untuk mengawal sindrom pramenstruasi ( PMS ).. tetapi !! kini !! ia juga digunakan sebagai ramuan makanan sihat sebagai sumber asid lemak penting..

disebalik GAH nya pelbagai jenama primrose yang ada di pasaran, ada juga yang berpendapat ( melalui kajian dan testimoni ) mengatakan bahawa Evening Primrose Oil MUNGIN bertindak :

  • secara keseluruhannya, Evening Primrose Oil adalah selamat diambil tetapi mungkin ada kesan sampingan lain seperti mual, cirit-birit dan sakit kepala..
  • elakkan pengambilan Evening Primrose Oil semasa hamil.. walaupun tiada kajian khusus tentang penafian, mungkin korang yang hamil boleh fokus pada supplement wajib sahaja bagi mengelakkan komplikasi..
  • ya !! kalau tengah menyusu boleh jek amalkan Evening Primrose Oil nih tapi minta saranan dari doktor ya.. jangan memandai..
  • ada beberapa hasil pembacaan kakak mengatakan, terdapat kes-kes kekejangan selepas mengambil Evening Primrose Oil secara konsisten.. kalau korang ada sejarah penyakit berkaitan, elakkan okay ?
  • Evening Primrose Oil mungkin meningkatkan peluang pendarahan semasa atau selepas pembedahan.. sebaiknya stop pengambilan Evening Primrose Oil sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum pembedahan..

TIPS KECANTIKAN DENGAN EVENING PRIMROSE OIL


mempunyai kulit, rambut dan kuku yang cantik sudah pastinya idaman setiap wanita.. ya !! lelaki juga.. hee~ korang tau tau Evening Primrose Oil nih banyak kelebihan dari segi kecantikan ? haa.. tak tau lettew—jom !!

1. mencantikkan kulit

  • selain menjadi pelembap yang hebat, EPO juga membekalkan nutrien penting dan lemak yang sihat menjadikan kulit kelihatan lebih muda.. dengan ciri-ciri anti radang ia juga membantu mengurangkan bengkak, kemerahan, gatal-gatal dan ruam pada kulit..
tips_kulit_Cantik_wanita_asia

2. merawat masalah jerawat dan ekzema

  • juga dikenali sebagai minyak hormon, EPO juga membantu merawat ketidakseimbangan hormon di dalam badan seterusnya membantu mengurangkan masalah jerawat dan ekzema.. tak kisahlah pengambilan dalam bentuk minyak atau kalsul, pastikan rutin tidur malam korang ditemani titisan EPO ni.. dan tengoklah hasilnya dalam seminggu..

3. menguatkan kuku

  • asid lemak ( LA dan GLA ) yang terkandung dalam EPO juga membantu menguatkan kuku dan menghalang dari terjadinya kuku retak dan rapuh..

4. memudarkan bintik-bintik gelap

  • yaaaaaaaa !! EPO memang membantu memudarkan parut jerawat dan cela yang terdapat pada kulit.. hee~ amalkan dua kali sehari dalam bentuk kapsul.. mudah dan praktikal kan ?

5. mencantikkan rambut

  • EPO mengandungi nutrien yang membantu menguatkan rambut bagi mengelakkan masalah rambut gugur dan menggalakkan pertumbuhan rambut baharu disamping memelihara kesihatan kulit kepala.. masalah kelemumur ? nah !! korang dah jumpa penawar kerana EPO akan menjaga dari hujung ke akar rambut..

kesan sampingan ?

Evening-Primrose

sudah tentulah ada tapi manfaat pun sama besarnya.. langkah selamat adalah dengan mengikuti dos pengambilan yang telah disyorkan..

kalau korang masuk drugstore, mesti rambang mata dengan pelbagai jenama dan janji-janji manis pada label botol.. kan ? hee~ jangan khuatir, dapatkan nasihat dan pandangan dari pharmacist yang ada kat sana.. ye la.. korang melabur untuk sihat dan cantik kot.. kena la dapat full guidelines.. jangan mengada-ngada nak consume supplement tanpa info kukuh ya.. nanti pape jadi, tak tau.. ayokkkkkk..

header_atiehilmi.com

No comments:

Post a Comment