25 April 2019

5 SEBAB BUFFET RAMADHAN 2019 DI ME’NATE STEAK HUB SANGAT BERBALOI

Tak berapa hari je lagi bulan Ramadhan akan tiba dan bertebaranlah segala promosi buffet Ramadhan yang mempertaruhkan keunikan serta kelazatan dalam menu-menu termasuklah Me’nate Steak Hub !!

Buffet Ramadhan Murah 2019

Seperti tahun sebelumnya, Me’nate Steak Hub masih relevan dengan tawaran yang dibuat dan menjadi pilihan pelanggan untuk berbuka puasa bersama keluarga mahupun kawan-kawan. KENAPA ? Hee~ Nah lah !!


PROMOSI BERBUKA PUASA DI ME’NATE STEAK HUB


Lima sebab jekkkkkkkk ? Tak lah !! Sebenarnya banyak jek lagi sebab tapi yang kakak share ni paling ngam di mata – selera – kehendak anak tekak kakak lah. Kalau tidak menepari ciri-ciri keperluan korang, bukan salah kakak lah ye. Cuma tekak kita tak sama. Hahahaha~ 

Jom !!

Buffet Ramadhan Murah Shah Alam 2019

1. HARGA KEKAL ; MENU BERTAMBAH

  • Fuff—Kalau lah korang tengok jenis-jenis hidangan yang disediakan confirm terliur sebab Me’nate Steak Hub  menyediakan hampir 40 hidangan termasuklah menu makanan barat dan juga tempatan. Dengan harga RM 79.90 untuk dewasa dan RM 39.90 untuk kanak-kanak. Kanak-kanak bawah 5 tahun makan FREE !! Ngam ? – Korang dapat nikmati kambing golek, nasi arab, pasta, ikan, pizza, kuih-muih tradisional dan mee berkuah. Pendek cerita, confirm kenyang lah.

    Ibarat makan semua benda di bawah satu bumbung.

RM 79.90 - DEWASA
RM 39.90 - KANAK-KANAK
FREE - KANAK-KANAK BAWAH 5 TAHUN


2. ADA LIMA CAWANGAN

  • Sini penuh ? Situ ada. Situ pun penuh ? Sinun ada. Hee~ Tak payah gaduh-gaduh, benda boleh bincang kot. Me’nate Steak Hub mempunyai lima cawangan iaitu di :




WAZE jek, confirm sampai atau korang boleh buat tempahan awal di talian yang kakak sertakan kat atas tu ya !!

Port Makan Steak Murah Di Kuala Lumpur / Selangor

3. HIDANGAN DAGING PREMIUM

  • Sinonim dengan jolokan STEAK HUB, Me’nate menghidangkan daging-daging berkualiti tinggi seperti wagyu, angus, lamb, beef / lamb ribs yang dimasak saat pelanggan membuat pesanan. Nah !! Time perut lapar menahan lapar dan dahaga, dapat makan daging mahal confirm puas habis lah. Hahahaha~ Time kakak menaip ni pun terliur hoccay. Teringat kelembutan daging dan betapa juicy nya. Tsk—Sedap !! Puas !!
Resepi Kambing Golek Mudah Dan Sedap

Senarai Hara Buffet Ramadhan Murah 2019

4. PERSEKITARAN YANG SELESA

  • Jujurnya, masalah parking akan timbul pada setiap lokasi Me’nate Steak Hub ni sebab dorang berada di lokasi tumpuan tapi kalau korang buat tempahan awal dan datang awal ke lokasi – semua akan okay. Serius !! Walaupun ada parking area dekat-dekat, kakak tetap sarankan korang datang awal sikit. Jangan lah lagi 10 minit nak berbuka baru korang nak sampai, pishang. Hee~
  • Macam biasa, lokasi sangat mesra keluarga dengan pelbagai kelengkapan asas seperti tandas, surau dan setiap cawangan boleh memuatkan hampir 100 orang dalam satu-satu masa sudah pastinya memberi lebih ruang pergerakan yang selesa kepada pelanggan. Hah !! Pergi booking sana kat link atas tu. Sebelum penuh tau. Dah penuh kakak tak tau ya.



5. HEY !! BUFFET RAMADHAN PUN ADA DUTA TAU !!

  • Hahahaha~ Bunyik macam OVER gile kan ? Ape lah buffet Ramadhan pun nak pakai duta segala. Haa. Tu lah korang tak tau. Elly Mazlien a.k.a Kak Lina Pom Pom dan Syuk Raja Lawak ramai peminat tau. Manalah tau rezeki korang berbuka kat sana nanti jumpa dorang, confirm tak sempat nak makan sebab tergelak je dengan telatah MAMA PAPA yang mencuit hati. Hah !! Masa tu jangan lupa selfie dan share kat Instagram korang, eksyen sket kat orang kampung yang korang jumpa artis. Hee~


Tak cukup lagi ke ?
Alah. Korang memang manja kan ? Hahahaha~ Link kat bawah ni mungkin dapat membantu korang ya.


Pihak Me’nate Steak Hub juga mengalu-alukan syarikat atau badan-badan korporat mahupun NGO yang ingin menganjurkan sebarang majlis atas label Tanggungjawab Sosial Korporat seperti majlis berbuka puasa dengan anak yatim / asnaf dan warga tua – DISKAUN korporat akan diberikan !! Ya. Disamping bergembira menyambut Ramadhan, golongan yang tidak bernasib baik tidak sekali dilupakan. Usulkan lah kat bos-bos korang weyyyyyy—Confirm berbaloi bila berurusan dengan Me’nate Steak Hub ni.

Buffet Ramadhan 2019 Selangor / Kuala Lumpur


Daripada Abu Hurairah RA lagi bahawa Rasulullah SAW bersabda :
“Apabila sampai bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga semua dibuka, 
pintu-pintu neraka pula ditutup dan diikat serta dibelenggu syaitan dan iblis.”

( Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim )


LOVE ;
ATIE ADNAN

22 April 2019

CITARASA DUA SEMPADAN TEMA BUFFET RAMADHAN 2019 DI LAMAN KAYANGAN SHAH ALAM

Bulan Ramadan adalah bulan keberkatan yang sering dinanti-nantikan oleh umat Islam. Seperti tahun-tahun sebelumnya Laman Kayangan telah mengadakan majlis prebiu bufet Ramadan khas untuk rakan-rakan media dan para pelanggan.

Buffet Ramadhan Murah Selangor 2019

Majlis prebiu buffet Ramadan yang diadakan pada 15 Mac 2019 ( 08 Rejab 1440H ) bertempat di Laman Kayangan, Shah Alam bertujuan untuk mempromosikan juadah istimewa dan lazat yang akan dihidangkan pada bufet Ramadan pada tahun ini.


LAMAN KAYANGAN, SHAH ALAM


Terdapat lebih kurang 80 menu yang akan disediakan di buffet Ramadan di Laman Kayangan sepanjang Ramadan ini. Thaiyani Chicken, Pattani Grilled Beef dan Laksa Ikan Sekoq merupakan antara ‘signature dish’ yang bakal menjadi tarikan utama pengunjung yang datang berbuka puasa di Laman Kayangan nanti. 

Makanan Asli Selatan Thailand

Juga menampilkan pelbagai menu yang menarik dari Utara semenanjung Malaysia hingga ke Selatan Thailand yang pastinya akan membuat pengunjung rambang mata.

Buffet Ramadhan Murah Shah Alam 2019

Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan, Tuan Haji Azhar bin Haji Baharin dan turut dimeriahkan dengan kehadiran pengacara terkenal tanahair iaitu Adriana Adnan.

Shah Alam Foods

Tetamu yang hadir pada majlis ini dianggarkan seramai 400 orang dan mereka turut dihiburkan dengan alunan muzik ghazal yang merdu dan segar. Sambil makan sambil layan irama ghazal memang win.

Lokasi Berbuka Puasa Best Di Shah Alam


BACA SINI –> NI TAHUN 2017 PUNYA


Menu Berbuka Puasa Best Di Shah Alam, Selangor

Laman Kayangan Event Place 2019

HARGA BUFFET RAMADHAN LAMAN KAYANGAN


Istimewa untuk pembelian awal mulai hari ini sehingga 28 April 2019 :
  • RM 59.00 – dewasa
  • RM 35.00 – kanak-kanak / warga emas

Buffet Ramadhan Shah Alam


Harga asal :
  • RM 69.00 – dewasa
  • RM 39.00 – kanak-kanak / warga emas

KLIK SINI –> PAKEJ KORPORAT PUN ADA !!

Untuk maklumat lanjut dan tempahan, boleh terus ke link bawah ni !!

WHATSAPP : ENCIK AZAHARI   |   CIK AISYAH

LOVE ;
ATIE ADNAN

20 April 2019

SEGI FRESH MARKET MENAWARKAN PRODUK SEGAR PADA HARGA BORONG TERUS KEPADA PELANGGAN

Haish—Dah kalau surirumah sepenuh masa tu memang nak cari port beli-belah yang menawarkan harga rendah tetapi kualiti di jamin ; Segi Fresh menawarkan ke semua ciri-ciri yang sepadan dengan kakak.

Pemborong Barang Basah Untuk Meniaga

Rutin suri rumah yang memang menjadikan masakan segar dari dapur sebagai hidangan kepada ahli keluarga membuatkan kakak lebih berkira-kira tentang kualiti – kesegaran – harga yang berbaloi dan tidak membebankan suami. Al maklum lah, bila bercakap pasal kualiti sudah pastinya produk yang disebut merupakan produk yang mahal dan berada dilokasi-lokasi elit.


SEGI FRESH MARKET


Memang sebelum ni kakak tak pernah jejakkan kaki ke Segi Fresh Balakong dan sedikit kekok bila mencari barang yang biasa guna tapi tak jumpa. Hee~ Nasib lah pekerja Segi Fresh memang mahis berbahasa Melayu dan memudahkan kakak bertanya serba sedikit tentang pasaraya tersebut.

Pembekal Barang Basah Untuk Meniaga Di Selangor
Luas dan selesa.

Berkonsepkan CASH & CARRY ( beli & bawa pulang ), Segi Fresh menawarkan beberapa bahagian iaitu :

  • Barangan runcit
    • Makanan dalam tin, pelbagai sos, herba, santan kotak, minyak masak, tepung, beras, beras pulut, bawang besar, bawang putih, kentang, cili kering, barangan membuat kek / kuih, margerin, cuka, gula dan garam
  • Minuman
    • Minuman berkarbonat, susu kotak, minuman tenaga, pelbagai jenama teh dan kopi, creamer, susu pekat manis
  • Makanan beku
    • Pelbagai makanan sejuk beku ( finger foods ), daging, ayam, makanan laut
  • Makanan segar
    • Telur, buah-buahan, sayur-sayuran, roti
  • Bukan makanan
    • Peralatan makanan, plastik, beg sampah, kertas pembungkus, tisu, aluminium foil, sabun basuh baju, penjagaan rumah, syampu, ubat gigi, sabun
Lokasi Pasar Borong Segi Fresh
Sayur dia segar wakkkkkkkkk-- Sejuk mata memandang haa..
Kalau setakat cakap MURAH tapi tak amik pengalaman pun tak boleh. Nah !! Kakak terjah wakkkkkk—Tak bagi peluang sungguh ha.. Hee~ Bila dok Google pasal Segi Fresh Market ni yang katanya pernah menerima pengiktirafan pelbagai anugerah, nak tau jugak lah MURAH dia tang mana tu.

Promosi Segi Fresh 2019
Susah jadi retis nih. Hahahaha~ Sampai pilih buah pun ada yang skodeng. Tapi buah dia segar okay !!

SEGI FRESH MARKET MENANG BANYAK AWARD ? HA ? SERIUS LAH !!


Mempertaruhkan slogan “Barang Segar, Harga Borong, Pilihan Semua” dan berjanji untuk memberikan yang terbaik seiring dengan kelasnya – Segi Fresh memastikan setiap produk yang dipasarkan mencapai piawaian semasa.

Kedai Ikan Murah Selangor
"Nak beli ni boleh tak yang ?" - Suami kakak terliur tengok ikan segar dan murah !!
Kalau dari pengamatan kakak sendiri, dengan konsep beli pada harga borong yang disediakan oleh pihak Segi Fresh - memang sesuailah untuk sejenis mak mak yang menjadikan rutin memasak sebagai aktiviti harian dengan selera isi rumah masing-masing tak boleh nak tolak ansur ; sudah pastinya kakak menitik beratkan soal stok makanan di rumah.

Pemborong Ayam Segar Selangor
FUHHHHHH-- Stok dua minggu wakkkkkk. Nak buat sambal ayam untuk Nur Aiman.
YA !! Nak berjimat di zaman serba mahal ni kena lah memilih sikit.. Hee~

Lokasi Segi Fresh Balakong
Ada lebih 15 jenis ikan segar !! Nah !! Pilih !!
Memang kelabu lah biji mata kakak menengok setiap tanda harga yang dipamerkan, murah dan mampu beli apatah lagi kalau korang merupakan seorang peniaga yang memerlukan stok barang dapur dalam kuantiti yang banyak. MURAH ke ? YA !! Murah dah segar – sama seperti slogan yang diwar-warkan.

Tips Membeli Barang Dapur
Jumlah keseluruhan = RM 154.45 !! Yeay !!
Menjadi rutin kakak untuk topup barang dapur dan kebiasaannya barang yang sama. Di Segi Fresh, kakak tambah lah sesikit sebab harga murah kan. Macam jagung tu jarang lah kakak beli tapi kali ni beli.

Ada daging batang pinang, daging kambing potong kiub, ayam, kepak ayam, ikan salmon, ikan siakap, telur ayam sepapan dan pelbagai sayur serta barang mentah yang lain dengan harga yang PATUT DAPAT. Nak apa lagi ? Dah habis murah ni. Hahahahaha~

LAMAN WEB : http://segifresh.com
FACEBOOK : https://www.facebook.com/Segifresh
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/segifreshmarket

REPEAT ?

Ape punya soalan tu ? Sudah tentu lah !!


LOVE ;
ATIE ADNAN

19 April 2019

PELANCARAN TAS TANGAN VICTORIA SLOANE X SHOPEE

Peredaran musim sekaligus memberi kesan kepada dunia fesyen yang sinonim dengan pakaian, tas tangan termasuk lah barangan hiasan diri. Tidak melepaskan peluang, Puan Rita Dato’ Sosilawati turut melancarkan tas tangan Victoria Sloane baru-baru ini.


Ibarat rakan karib, tas tangan dan wanita memang tak dapat dipisahkan. Mengekalkan konsep asal wanita Asia dengan standard mutu Itali, Victoria Sloane merupakan tas tangan berkualiti antarabangsa pada harga mampu milik. Elegan – ringkas – menawan sudah pastinya menepati ciri-ciri wanita Asia.


VICTORIA SLOANE


Dengan rekaan eksklusif, Victoria Sloane TIDAK akan mengulang reka bentuk yang sama pada setiap keluarannya ; maksudnya kalau sekali tu meraka dah keluarkan tas tangan berbentuk bulat, mereka tidak akan mengeluarkan rekaan yang sama pada keluaran akan datang. Dan begitu lah seterusnya.


Didatangkan dengan warna-warna moden seperti merah, biru, hitam, coklat, silver dan warna-warna lembut seperti biru lembut, kuning cair dan beige sudah pastinya Victoria Sloane mudah dipadankan dengan pelbagai gaya. Sudah tentu sangat sesuai untuk wanita pelbagai usia dan juga kerjaya.
Terdapat LIMA jenis tas tangan melengkapkan tema Spring Summer 2019 iaitu :

    • Mempunyai enam warna berbeza iaitu – pink, dusty pink, sand, rosepink, hijau / kelabu / nude dan ungu / hijau / biru
    • RM 199.00
    • Variasi empat warna berani iaitu – merah, emas terang, biru dan coklat
    • RM 199.00
    • Cantik dengan empat warna pastel yang lembut iaitu – putih, pink, ungu dan ungu lembut
    • RM 189.00
    • Berani dengan empat warna iaitu – maroon, coklat cair, hitam dan silver
    • RM 179.00
    • Klasik dengan lima warna menawan iaitu – silver, emas, kelabu berkilat, hitam dan merah
    • RM 169.00

Turut mengambil peluang bekerjasama dengan e-dagang terkemuka di Malaysia, rangkaian tas tangan Victoria Sloane boleh juga didapati di aplikasi Shopee. Cuma muatturun aplikasi Shopee dan cari nama daftar RITA SOSILAWATI – nah !! Mulakan pembelian. Hee~ Nak lagi BEST ?




Korang boleh gunakan PROMOCODE di bawah untuk mendapat diskaun ya ; kod ini hanya sah digunakan pada satu akaun sahaja !!


Sementara tengah ada promosi dan free postage ni, kakak rasa waktu yang sesuailah kalau korang nak membeli. Ha. Tak selang berapa hari lagi nak gaji kan, mungkin dah ada bau-bau tas tangan RAYA ? Nah !!

Untuk maklumat lanjut, mungkin link kat bawah ni boleh membantu korang :



Tahniah buat Puan Rita Sosilawati dan juga pihak Shopee yang menjadi tulang belakang sempena majlis pelancaran ini. Well-- Teruja bila jumpa beliau yang murah dengan senyuman. Hee~ Manis 100% !!


LOVE ;
ATIE ADNAN

10 April 2019

SENSASI SEOULNAMI KOREAN BBQ DI THE GARDENS MALL, KUALA LUMPUR

Skeptikal dengan makanan luar yang bukan kegemaran kakak seperti meletak pisau tajam ditengkuk menunggu masa untuk dihunus dan memuntahkan darah ; risiko yang sama kakak ambil untuk merasai sensasi viral Seoulnami resepi terus dari Korea.


Masuk je memang kakak dah rasa TAK BEST dah sebab konsep makan-makan dia jam tu masak, jam tu makan depan periuk / kuali / pan segala. Hahahaha~ Tak keruan sekejap tapi tak pe lah, dah alang-alang kan. Terus kan je lah. Menyambil tunggu makanan kakak siap dihidangkan, sempatlah kakak study sikit tentang restoran ni.


SEOULNAMI, THE GARDENS MALL


Menyajikan makanan berkonsepkan BBQ dengan menggunakan arang terus di atas meja ; sama seperti orang Korea menikmati BBQ di negara mereka dan di Seoulnami, mereka menawarkan perasaan yang sama seperti di sana. Dengan kepakaran hidangan asli Korea, Seoulnami berjaya menambat hati kakak. Hahahaha~ Manakan tidaknya, barisan hidangan tidak lah seteruk bayangan anak tekak Malaysian kakak sebaliknya rasa asli Korea dapat di blend dengan baik sebaik sahaja makanan pertama masuk ke mulut.

Walaupun masak terus dari atas meja, sedikit pun kakak tak rasa terganggu dek haba dan juga asap dari masakan. YA !!

Menitik beratkan soal pemakanan yang kakak ambil sudah pastinya kakak yakin Seoulnami adalah restoran halal, namun mereka masih menunggu Sijil Pengesahan HALAL dari pihak JAKIM untuk dipampang terang bagi tatapan pelanggan. Tepat ! Pelanggan macam kakak lah tu. Hee~

Diinspirasi dari makanan terkenal di Chuncheon ( 춘천 ) yang popular dengan ayam BBQ yang dibakar pada arang panas bersuhu tinggi untuk nikmat rasa perapan ayam beraroma, Seoulnami benar-benar membawa Korea kepada kakak di Kuala Lumpur.


NAK MAKAN APA DULU NI ?


Sampai je hidangan, kakak cuma duduk diam dan perhati satu persatu tangan laju bekerja didepan kakak. Nak EAT LIKE KOREAN tapi tak pandai maka kita belajar lah supaya tertib dan susunannya tersusun. Hee~ Mula-mula staff Seoulnami akan mula memasak ( lebih kepada mengukus sebenarnya ) telur betul-betul depan korang dan menyajikan beberapa jenis salad dan kimchi.

Ada nasi kepal ( fist rice ) + salad + empat jenis sos + raddish + steamed egg ; Ya !! Semuanya side dish gais.
Sambil-sambil mencuit sana sini side dish tadi, staff Seoulnami akan bantu untuk panaskan dapur arang untuk korang mulakan ritual melantak. Hahahaha~ 

TRIO KIMCHI yang sebelum ni hanya ada di Korea Selatan. Kini dah ada kat Malaysia !!!!
Belum habis teruja, kena pilih nak daging atau ayam plak. Tak tau nak pilih ? Boleh je pilih kedua-duanya sekali. Jangan segan. Dan untuk peminat daging macam kakak sudah tentulah pilihan kakak – daging. Memang tak mengecewakan lansung sebab dorang menghidangkan daging premium – wagyu, beef belly dan short rib bone yang terkenal di Korea Selatan. Ya !! Sila jejesan air liur.

Seoulnami hanya menghidangkan daging premium ya !!
Takkan nak makan daging - ayam - sotong -kimchi semata ? Nak nasiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.. Haish !! Tekak ni kalau tak dapat makan nasi memang meragam satu hal.

Fist Rice ni nanti dikepal kepal kan lepas tu makan lah. Nak makan macam tu saja pun boleh sebab dia dah ada ayam dengan seaweed.
Sotong pun ada !! Bakar jugak. Hee~
Dia lagi fun bila sambil korang menyalai segala daging - ayam - sotong tu, korang boleh sediakan kek jugak. Hahahaha~ Tak percaya kan ?

Kat atas tu korang salai menyalai lah, kat bawah boleh bakar kek dan keledek. Fufff-- Fresh dari dapur arang betul-betul depan mata.

Ada empat signature drink yang korang patut cuba iaitu :

  • Out Of This World Lemonade
  • Binggrae Banana Uyu Colada
  • Sparkling Orange Cream Soda
  • Fizzy Sour Plum Cooler
Tak minum air manis ? Tak payah risau sebab dorang juga ada sediakan air kosong secara percuma !!


Banyak sangat menu dorang weyh dan setiap satunya pun didatangkan dengan portion yang besar. Kalau makan sorang mungkin korang boleh minta staff Seoulnami rekomen single menu lah. TAPI !! Kalau korang datang satu keluarga atau dengan kawan-kawan boleh lah oder set yang macam kakak ni.

Makan sambil berborak dan manfaatkan kuliti masa yang ada mesti BEST. Kan ? Hee~ Tek cukup terliur ? Mungkin link kat bawah ni buat korang hilang sabar dan mengucap panjang.


Kot nak buat tempahan awal, korang boleh hubungi 03 2202 3336 ya !!

LOVE ;
ATIE ADNAN

3 April 2019

9 + 1 TIPS MERAWAT MASALAH KEPUTIHAN DENGAN KOS MINIMUM

Menjadi wanita dan menghadapi masalah keputihan adalah sesuatu yang normal, namun sekiranya ia tidak menimbulkan kegatalan dan berbau – semua akan okay apabila hormon kembali stabil.

Cara Merawat Masalah Keputihan

Kalau keputihan biasa yang cair dan berwarna putih tu, memang normal dah tapi kalau dah mula berbau, berketul dan menyebabkan kegatalan ia bukan lagi BIASA kerana keputihan tidak normal terjadi apabila berlakunya perubahan pada keseimbangan bakteria normal dalam faraj yang mungkin disebabkan oleh :

  • Pengambilan steroid atau antibiotik
  • Pil perancang
  • Jangkitan penyakit kelamin
  • Kencing manis
  • Jangkitan bakteria vaginosis yang biasa terjadi kepada wanita hamil
  • Kanser serviks
  • Jangkitan kulat
  • Sabun, losyen atau mandian yang berbuih
  • Penipisan dan kekeringan dinding faraj bagi wanita yang sudah menopause
  • Vaginitis – rasa gatal disekitar faraj
  • Jangkitan parasit akibat dari hubungan kelamin yang tidak selamat

CARA SEMULAJADI MENGATASI MASALAH KEPUTIHAN


1. PISANG

  • Sama ada dimakan mentah atau bersama susu dan madu. Boleh juga dijadikan smoothies dan dijadikan makanan rutin kerana pisang sangat baik untuk kesihatan dalaman wanita.

2. HALIA

  • Rebus dua inci halia bersama 250 ml air dan amalkan setiap hari selama tiga minggu.




3. BENDI

  • Cuci bendi dan dipotong kecil kemudian rebus dengan air selama 20 minit sehingga air mendidih. Tapis dan bahagikan kepada tiga bahagian. Amalkan tiga kali sehari bersama madu.

4. AIR REBUSAN BERAS

  • Ambil air sebusan beras ( masa masak nasi ) yang sedang ditanak dan minum. Ia boleh merawat masalah berkaitan dengan usus.

5. JUS DAUN BUAH DELIMA

  • Ambil 30 helai daun buah delima dan kisar bersama segelas air dan lada hitam. Tapis airnya dan minum setiap pagi selama tiga minggu berturut.

6. JUS DAUN BASIL DAN MADU

  • Rebus daun basil dan ambil jusnya, sebelum minum campurkan sedikit madu dan amalkan setiap pagi dan malam selama dua minggu.

7. CUKA EPAL

  • Cuka epal mengembalikan kestabilan pH dalam badan.

8. TAWAS

  • Bersifat antiseptik semulajadi berupa kristal garam yang merawat semua jangkitan berkaitan kulat dengan cara mencampurkan sedikit air pada tawas dan lalukan pada alat sulit.


“keputihan biasa berlaku disebabkan jangkitan bakteria dan kulat. keputihan disebabkan 
jangkitan bakteria akan berwarna kuning, berbau hamis dan gatal-gatal pada kemaluan. 
keputihan disebabkan jangkitan kulat pula berwarna putih seperti susu basi atau keju cair, 
ia juga boleh menyebabkan rasa gatal dan kemaluan akan 
membengkak serta menjadi merah.”

- Dr. Nurhazinat Mohamed Yunus ; 
Perunding Perbidanan dan Sakit Puan & Pakar Kesuburan Pusat Perubatan Tropicana



Candiva V1

CANDID V1


Candid V1 merupakan anti-kulat yang berfungsi merawat masalah keputihan yang disebabkan oleh jangkitan kulat pada vagina. Candiva V1 perlu dimasukkan ke dalam vagina dan ia akan cair mengikut suhu badan lalu membebaskan ubat secara perlahan-lahan dan kesan Candiva V1 bergantung kepada individu. Ia bertindak mengurangkan rasa gatal pada kawasan vagina, mengurangkan pertumbuhan kulat dan sekaligus mengelakkan risiko jangkitan.

Masalah Keputihan Wanita Hamil

Pada kakak, penggunaan Candiva V1 sangat efektif dan memberi kesan lebih cepat berbanding menggunakan kaedah tradisional yang seperti kakak nyatakan di atas kerana Candiva v! bertindakbalas seawal 24 jam dari masa penggunaan. Caranya pun mudah dan selamat sekiranya korang menitik beratkan soal kebersihan.

Merawat Masalah Keputihan Kronik

Candiva V1 didatangkan dengan sebiji tablet ( ubat ) bersama applicator yang HANYA digunakan pada waktu malam – sesuai dengan keadaan badan yang mahu berhat. Dengan menggunakan applicator yang tersedia, masukkan tablet pada ruang yang disediakan sebelum masukkan ke dalam vagina sedalam yang mungkin.

Punca Masalah Keputihan

Nah !!
Semoga masalah keputihan korang sembuh dengan segera ya !!


LOVE ;
ATIE ADNAN


2 April 2019

ROBOTHINK MENDIDIK GENERASI INTELEKTUAL PEMACU REVOLUSI PERINDUSTRIAN MALAYSIA

Menyedari perkembangan kanak-kanak perlu diterapkan pada usia yang muda membuka peluang RoboThink membuka cawangan pertamanya di Malaysia bagi memberi pendidikan sekaligus mendidik generasi intelektual yang akan dibanggakan Malaysia kelak.

Kelas Robotik Selangor / Kuala Lumpur

Menjadi buah tangan RoboThink yang menjadi pemangkin program edu-tainment untuk kanak-kanak yang popular di Amerika Syarikat kini menerapkan pengalaman dan pembelajaran yang membolehkan pelajar-pelajar bereksperimentasi menggunakan set robotik untuk membina robot pelbagai bentuk, saiz dan fungsi.


ROBOTHINK MALAYSIA


Setiap rekaan blok adalah hasil daripada kajian-kajian yang berterusan dalam mempertingkatkan keberkesanan proses pendidikan yang diterapkan menggunakan kaedah STEM ( Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik ) ; menggabungkan disiplin akademik bagi meningkat daya saing dalam pembangunan Sains dan Teknologi. Sekaligus, kaedah ini memberi implikasi pembangunan tenaga kerja dan kreativiti anak-anak seawal usia 5 tahun.

Robotic Class In Kuala Lumpur



“dengan peredaran ekonomi global masa kini, sangat penting untuk kita mendidik 
generasi akan datang terutamanya dari sudut pengetahuan tentang STEM.. 
kami merancang untuk membuka 50 pusat robotik di Malaysia dalam tempoh lima 
tahun akan datang dan berharap dapat mendidik bakal-bakal pemimpin pada masa hadapan..”

- Mr. Danny Park ; CEO RoboThink Global



RoboThink menyediakan TIGA PROGRAM mengikut peringkat umur :


ROBOTHINK JUNIOR PROGRAMME


  • Dikhususkan untuk pelajar berusia 5 – 7 tahun
  • Menggabungkan teknik robotik dan coding menggunakan perisian mudah difahami
  • Terdapat 3 Tahap merangkumi 12 topik pembelajaran

Programming Class In Kuala Lumpur


ROBOTHINK ROBOTICS PROGRAMME


  • Untuk pelajar berusia 8 tahun dan ke atas
  • Menggunakan kit robotik dan kurikulum yang terbuka bagi membolehkan setiap pelajar membina dan mengubahsuai robot mengikut kreativiti dengan bimbingan tenaga pengajar terlatih
  • Dengan lebih 100 model binaan yang unik terdiri daripada pelbagai bentuk, saiz, fungsi dan mengikut tahap kesukaran yang sesuai
  • Terdapat 6 Tahap dengan setiap satunya mengandungi 12 topik pembelajaran

ROBOTHINK CODING PROGRAMME


  • Untuk pelajar 8 tahun dan ke atas
  • RoboThink membuatkan pembelajaran kod interaktif lebih seronok kerana pelajar akan didedahkan dengan Robotics Kit, Perisian Ro-Code dan juga buku kerja khusus bagi memudahkan pelajar memahami kod untuk membina robot
  • Menekankan 6 Tahap yang menitikberatkan soal memori, kritis dan logik

Kursus Robotik / Programming Di Selangor

Selari dengan misi RoboThink yang mahu menerapkan pendidikan yang berkualiti disamping melahirkan generasi yang mampu menyelesaikan masalah dengan pemikiran kreatif dan kritis, RoboThink mengambil kira masa hadapan dan laluan liku para pelajar yang semakin berdaya saing. RoboThink percaya setiap kanak-kanak perlu meneroka dan menyerlahkan kreativiti masing-masing dengan salah satu teknik yang diserapkan oleh RoboThink iaitu berimaginasi dan membina semula imaginasi tersebut.


Sinonim dengan jadual sehari-hari seorang pelajar berusia 8 tahun, mungkin kelas tambahan RoboThink dapat memberi inspirasi baharu disamping memberi ruang untuk anak-anak bermain secara ilmiah. Manalah tahu satu hari nanti terlahirnya Jurutera, Pengaturcara Komputer, Ahli Robotik dan Ilmuan Robotik pada masa akan datang yang mampu mengharumkan nama negara. Siapa tahu ?

Untuk maklumat lanjut mengenai pelbagai program dan informasi terkini tentang RoboThink, mungkin pautan di bawah boleh membantu.


LOVE ;
ATIE ADNAN

1 April 2019

TIPS BERSIHKAN USUS DAN TURUN BERAT BADAN SEMUDAH EASY123

Jeng !! Tiap kali nak Raya, topik hangat kat mana-masa platform pun tetaplah menekankan isu KURUS dan RAMPING tapi semuanya nak jalan mudah semudah 1 – 2 – 3 katanya !! Hadoooooooo—?

Cara Mudah Turunkan Berat Badan

Memilih produk yang betul dengan kandungan semulajadi disamping tindakbalas produk terhadap badan merupakan aspek paling penting pada kakak untuk mengetahui bagaimana produk tersebut memberi kesan samada positif ataupun sebaliknya. JADI !! Kakak berani mati try EASY123 sebab kakak nampak perkataan E A S Y tu..


KENAPA KENA DETOKS ?


Setiap hari kita terdedah dengan pelbagai jenis kerosakan seperti pencemaran udara, racun serangga, ubat-ubatan, tekanan sehari-hari, asap rokok, makanan berproses dan juga plebagai jenis makanan tidak seimbang yang membuatkan badan mengumpul toksin dalam badan kita. NAH !! Kakak pun tidak terkecuali sebab simptom-simptom badan tidak sihat memang ada dan kalau korang pun mengalami simptom antaranya :

  • sembelit
  • sakit kepala
  • kerap letih dan tidak bertenaga
  • kembung
  • nafas berbau
  • perut berlipat
  • nafsu makan berlebihan
  • kulit kusam / berminyak / berjerawat
  • selulit
  • sistem imun badan lemah dan kerap tak sihat

Tips Mudah Turun Berat Badan

Memang korang dah kena bertindak untuk mengubah gaya hidup dan pengambilan makanan sehari-hari. Detoks dapat menyingkirkan sisa toksin yang mempengaruhi badan dan mengembalikan tubuh badan yang sihat.

Dah berumur ni, semua aspek kena jaga ya !! Hee~


EASY 123 PHYTONUTRIENS


Bukan kakak tak tau cara nak detoks untuk cuci usus sekaligus menurunkan berat badan tapi kadang-kadang kakak kecundang ditengah jalan bila tengok makanan sesedap. Hahahaha~ Takkan nak tengok saje kan ? Dan kalau rasa takkan pula sekadar rasa. Kakak tak suka sekat makan jadi kakak cari alternatif lain yang tidak menyekat rasa nak makan tu.


Superfoods Dalam Easy 123

Bertindak secara efektif terus membersihkan usus, Easy 123 adalah campuran revolusi 5 ELEMEN HI-SPEKTRUM iaitu : hi-fiber, prebiotics, probiotics, enzymes dan anti-oksidan untuk mengecas semula sistem tubuh badan dan menjadikan ia lebih sihat dan segar. Easy 123 mengandungi 20 jenis bahan premium termasuklah superfruits seperti Maqui Beri, Goji Beri, Manggis, Blueberi, Rasberi, Anggur, Strawberi, Lemon, Fiber Epal, Acaccium Gum ( Fibregum Tan ), Beet Root, Enzim betik dan Buah Arhat ‘Luo Han Guo’.


5 ELEMEN SPEKTRUM EASY 123


1. Hi-fiber
  • Menggalakkan pelepasan toksin
  • Menyerap kolesterol berlebihan

2. Enzim
  • Membantu memecah dan mencerna makanan dengan baik
  • Menggalakkan penyerapan nutrien
  • Memulihkan enzim sistem badan

3. Anti-oksidan
  • Melindungi sel dari kerosakan radikal bebas
  • Mencegah tekanan oksidatif
  • Menggalakkan pertumbuhan sel sihat
  • Mengelak penuaan sebelum usia

4. Prebiotics
  • Memainkan peranan penting dalam membina semula sistem imun yang sihat
  • Menyuburkan bakteria baik untuk usus

5. Probiotics
  • Menyingkirkan toksin dan bakteria jahat dari badan
  • Menyimpan keseimbangan mikroflora yang sihat
  • Baik untuk sistem pencernaan dan penyerapan nutrien dalam badan dan sangat penting untuk meningkatkan sistem imun
Tips Mudah Detoks Untuk Turunkan Berat Badan

EASY123 BERTINDAK


LANGKAH 1 - DETOKS

  • Serat larut menyerap air untuk berubah menjadi bahan seperti gel dan melekit yang membantu menghilangkan toksin terkumpul. Serat yang tidak larut membantu untuk menggerakkan toksin dan membersihkan sistem kolon yang berfungsi sebagai sejenis sirip kolon. FOS ( fructooligosaccharides ) adalah sejenis pemanis yang sihat yang merupakan bahan pemakanan pra-biotik yang boleh merangsang pengeluaran kesihatan bakteria yang bermanfaat dalam kolon kita untuk membantu penyerapan nutrien yang betul.

LANGKAH 2 - PULIHKAN
  • Apabila proses badan anda terganggu atau terjejas, ia memerlukan bantuan untuk memulihkan keseimbangan yang betul. Superfoods yang mengandungi nutrien super dalam Easy123 membantu mencapai kesihatan yang optimum. Enzim betik dan protein kacang soya mempunyai banyak nutrien untuk merangsang pemulihan kesihatan secara menyeluruh dengan bertindak balas anti-radang, sistem imun, membantu melarutkan lemak untuk dibersihkan dari badan, meningkatkan kelancaran kulit dan kelembutan serta mempercepat proses penyembuhan luka .

LANGKAH 3 - MEREMAJAKAN
  • Kebanyakan kita sering berasa letih kerana ketidakseimbangan proses dalaman dan pengumpulan toksin dalam badan dan korang memang memerlukan bantuan untuk meremajakan badan dari dalam. Easy123 mengandungi sejenis nutrien super yang dipanggil fitonutrien yang diberi tumpuan dari komponen organik tumbuhan dan buah-buahan tertentu. Phytonutrients di Easy123 mengawal proses anti-penuaan dan keseimbangan keseluruhan dalaman dengan bahan-bahan yang sangat bermanfaat seperti teh hijau, cranberry, bit merah, polyphenol teh dan asid sitrik dari buah sitrus.

PELAN DETOKS 30 HARI


Bila sebut je nak RAYA, berebut lah orang nak dapatkan bentuk badan ramping tanpa ada sebarang cela. Ha’ah. Kakak pun tak terkecuali ya anak-anak. Hahahaha~ Bukan tak bersyukur dengan bentuk fizikal sekarang tapi tu lah tu, kalau boleh nak lebih sihat dan kurus – ramping adalah BONUS. Memang cliche sangat tapi kakak bersungguh kali ni. Tidak sia-siakan apa yang kakak belajar masa demo Easy 123 kelmarin, kakak praktikkan pula di rumah.

Fokus kakak adalah MEMBERSIHKAN USUS – MENYINGKIRKAN TOKSIN supaya penyerapan nutrisi lain dari makanan atau supplement yang kakak ambil dapat memberi impak jauh lebih baik. Ye lah, kalau usus dah bersih sudah tentunya tindakbalas supplement lebih maksima sebab nutrisi dari supplement tidak perlu bersaing dengan toksin jahat tu. Hee~ Kakak bijak bukan ?

Beauty Blogger Malaysia

Hari pertama – hari kesepuluh :

  • Kakak akan ambil dua sachet sehari iaitu selepas sarapan dan selepas makan malam. Kenapa SELEPAS ? Hee~ Easy 123 berfungsi bukan – untuk – menyekat selera korang makan sebaliknya Easy 123 bertindak memecahkan lelemak makanan yang tidak sihat dan menyingkirkannya sekaligus. Sebab tu ramai jek yang consume Easy 123 ni berat tak naik-naik walaupun makan banyak. Kakak pernah skeptikal dengan pelbagai produk detoks yang lain, kalau sampai waktu nak membuang memang tak boleh nak tahan dah tapi dengan Easy 123 yang bertindak selepas lapan jam memang sangat sesuai dengan jadual sehari-hari kakak.

Maqui Berry

TAK !!

Memang tak de rasa memulas je dan time nak membuang memang tak perlu meneran. Well. Semua lancar. Hahahaha~ Badan pun semakin ringan dan paling best kesan nampak pada lukisan wajah. Haa—Kulit menjadi semakin lembut dan cerah tau. Dia bukan putih lah sebab kakak kan Melayu dah tentu tentu cekelat begitu. Tapi kalau tak pakai mekap pun nampak lah glow nya.

Hari kesebelas – ketigapuluh :

  • YA !! Menjelang hari kesebelas tu dah boleh ambil satu sachet sehari sebelum tidur untuk korang tercelik herlok pada awal pagi dengan segar selepas membuang ya anak-anak. Hahahaha~ Begitulah jadual sampai hari terakhir tapi seeloknya teruskan lah consume secara berkala. Jangan stop terus sebab proses detoksifikasi perlu berterusan untuk kekal sihat. Ye lah. Dah kalau makan macam dinosor, tak risau ke ? Haa--

EKSAITED lettew nak makan tapi nak kurus jugak. Kan ? Kan ? Kan ? Pegi lah beli.


Eh !!
Tak pe !!
Thanks me later – bila korang dah kurus / berat badan tak naik walaupun 30 hari puasa nanti setiap hari korang pegi bazaar Ramadhan dan borong sampai limaploh hengget. Yihhhhhhh--

Disclaimer : Kesan dan tindakbalas pada setiap individu mungkin berbeza. Dapatkan khidmat nasihat dari pengedar SAH. Pastikan produk yang dibeli merupakan produk ASLI dan bukannya TIRUAN. Tiada kesan sampingan untuk produk Easy 123 seeloknya ibu hamil tidak mengambil apa-apa produk berkaitan dengan detoks.

LOVE ;
ATIE ADNAN