MERAWAT MASALAH KEPUTIHAN KRONIK SEHINGGA BADAN BERBAU
hari ni kakak nak cerita pasal masalah wanita.. hee~ opppsss !! apakah ? sinonimkan masalah keputihan dengan wanita.. da tu sampai bukan putih lagik, da kekuningan.. itu tandanya faraj telah dijangkiti kuman..
keputihan atau lelehan lendir ada dalam dua cara iaitu keputihan fisiologi dan patologi.. keputihan fisiologi atau yang normal bersifat keputihan atau jernih, namun ada kala ia kekuningan kerana jangkitan kuman.. perlu diingat, keputihan berlaku pada tempoh seminggu sebelum haid dan berlaku setiap bulan.. namun oleh kerana ada masanya ia terlalu banyak, wanita berasa kurang selesa dan gatal di sekitar alat sulit kerana kelembapan..
JENIS-JENIS KEPUTIHAN
ia terbahagi kepada dua jenis iaitu :
- KEPUTIHAN FISIOLOGI
- keputihan normal dan tidak menunjukkan gejala penyakit
- kerap berlaku semasa wanita berada dalam tempoh subur dan sebelum haid
- lelehan lendir yang normal adalah berwarna putih atau krim, tidak berbau busuk dan tidak menyebabkan kegatalan pada bahagian faraj
- lendir yang dikeluarkan adalah sedikit dan berbentuk cecair
- KEPUTIHAN PATOLOGI
- keputihan kronik dan menunjukkan tanda-tanda penyakit
- tekstur sedikit kental, berwarna kuning / kelabu / hijau dan berbau busuk
- menjadi punca kegatalan pada bahagian faraj
- ia disebabkan oleh jangkitan kuman ( bakteria / kulat ) dan perlu dirawat dengan kadar segera
PUNCA MASALAH KEPUTIHAN
- KEBERSIHAN
- kebersihan pada bahagian faraj perlu dijaga dengan baik agar tidak berlaku sebarang jangkitan kerana bahagian lembab pada faraj akan menggalakkan pertumbuhan dan jangkitan mikroorganisme seperti kulat dan bakteria.
- HORMON
- ketidakseimbangan hormon dalam darah juga boleh menjadi punca masalah keputihan :
- perembesan hormon estrogen iaitu hormon pembiakan wanita hamil membolehkan kulat lebih mudah melekat pada dinding faraj
- pengambilan antibiotik yang berlebihan untuk jangka masa yang panjang menyebabkan bakteria semulajadi pada bahagian faraj akan mati dan ini secara tidak lansung menyumbang kepada pertumbuhan mikroorganisma patogen seperti bakteria atau kulat
- wanita yang mengalami tekanan / stress atau gangguan emosi turut mempengaruhi aktiviti normal otak dalam mengkoordinasi penghasilan hormon
- pengambilan pil perancang keluarga atau pil pencegah kehamilan turut menyumbang kepada ketidakseimbangan hormon
- GAYA HIDUP
- gaya hidup turut mempengaruhi terjadinya masalah keputihan kerana wanita yang aktif adalam aktiviti seksual yang tidak sihat, misalnya betukar-tukar pasangan lebih cenderung untuk mendapat pelbagai jangkitan pada bahagian faraj
- KESIHATAN
- wanita yang mempunyai penyakit seperti kencing manis lebih mudah mendapat penyakit keputihan disebabkan oleh kandungan gula yang tinggi dalam rembesan faraj yang membolehkan pertumbuhan kulat yang banyak dan membiak dibahagian faraj.
- wanita yang mempunyai sistem daya tahan badan yang rendah juga berisiko tinggi mendapat jangkitan pada bahagian faraj
No comments: