KELEBIHAN ALFALFA UNTUK KESIHATAN DALAMAN DAN MEMBANTU MERAWAT PELBAGAI PENYAKIT

by - January 11, 2017

orang zaman sekarang kalau nak bercakap pasal makanan tambahan, memang takkan habis.. yang nak tegang la, yang nak cantik glow ** in the dark.. hee~ ** la, yang nak rapat rapat mana yang ketat la, yang nak buang bau badan la.. memang takkan habis.. serius.. mana-mana pemilik brand pun akan tetap pertahankan nama yang dibawa sebaik mungkin.. kan ? kan ? hee~ tak yah nak nafikan la.. lagi lagi kalau hat jamu jamu ni.. OH !! kakak kaki jamu jugak.. aww--


ramai pakar nutrisi percaya, ALFALFA merupakan tumbuhan 'raja' yang tinggi nutrien.. pheww-- dah kalau tinggi nutrien tu, mesti banyak kelebihan dia kan ? ye !! memang banyak nau nau la kelebihannye..


KELEBIHAHAN ALFALFA

1 : merawat gangguan pencernaan
2 : mengawal kolesterol dalam darah
3 : menyingkirkan kolesterol jahat dari tubuh
4 : mengurangkan risiko penyakit jantung dan stroke
5 : mengurangkan paras gula dalam darah - bagus untuk pesakit diabetes
6 : mencegah adema - pengumpulan air dalam badan
7 : mengurangkan simptom menopaus
8 : merawat asthma / asma
9 : merawat masalah sembelit
10 : menyingkirkan toksin dalam badan
11 : mengurangkan sakit otot dan sendiri
12 : meningkatkan sistem pertahanan tubuh
13 : membentu merawat masalah penghadaman
14 : memperbanyakkan susu ibu - sesuai untuk ibu yang menyusukan bayi secara eksklusif
15 : mengurangkan masalah tekanan pada pundi kencing
16 : merawat masalah gastrik dan gangguan pada hati
17 : meningkatkan masalah prostat
18 : bertindak sebagai kacip fatimah
19 : merawat masalah dalaman wanita - seperti masalah keputihan

ade banyak lagik, tapi nih cukup la kot untuk kakak share kat korang.. hee~ dan kalau korang amalkan tumbuhan alfalfa nih secara konsisten, korang tak perlukan supplement lain.. damn !! kakak tak gelak hoccay.. kakak sangat serius.. hahahaha~ sebab dalam tumbuhan alfalfa sendiri mengandungi 12 jenis vitamin dan mineral penting !! 

KANDUNGAN ALFALFA

1 : VITAMIN A
  • penting untuk menjaga penglihatan yang sihat
  • membina ketahanan terhadap jangkitan terutamanya dalam saluran pernafasan
  • menggalakkan pertumbuhan sel dan menggalakkan pertumbuhan sel yang sihat
2 : VITAMIN E
  • melindungi sel daripada sinar UV
  • memelihara kesihatan jantung
  • memperbaikisistem imun
  • menguatkan dinding pembuluh darah
3 : VITAMIN B6
  • membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak
  • menggalakkan kesihatan sistem saraf dan kulit
  • membantu mengurangkan rasa loya dan mual untuk ibu hamil
4 : VITAMIN K
  • membantu membekukan darah
  • penting dalam fungsi hati
5 : VITAMIN D
  • mengawal penggunaan kalsium dan fosforus dalam badan
6 : KALSIUM
  • membina dan mengekalkan kesihatan tulang dan gigi
  • membantu proses pembekuan darah
  • mengawal rentak jantung
  • membina sel saraf dan fungsi saraf yang sihat
7 : ZAT BESI
  • diperlukan dalam pembinaan hemoglobin
8 : KALIUM
  • membantu fungsi otot dan jantung
  • memberi tindakbalas enzim untuk menghapuskan lemak jahat
9 : FOSFORUS
  • meningkatkan peranan tisu saraf
10 : SODIUM
  • mengawal keseimbangan cecair dalam badan
11 : MAGNESIUM
  • mengelak berlakunya sembelit
  • melancarkan fungsi otak dan melindungi kesihatan kulit
12 : PROTEIN
  • 18.9 % berbanding daging lembu
  • 3.3 % berbanding susu
  • 13.1 % berbanding telur
  • protein diperlukan untuk pembinaan sel tubuh badan dan kekurangan protein boleh menyebabkan keletihan dan lesu
bila dah baca banyak kelebihan alfalfa nih lepas tu tak payah nak telan banyak banyak supplement untuk dapat semua manfaat yang dah disediakan oleha alfalfa, mula la menggatal jari.. kan ? kan ? hee~ SABAR JAP !! korang kena tau satu fakta !!

alfalfa kat pasaran ada banyak jenis dan semua TAK SAMA lansung manfaatnya.. haa.. alfalfa yang paling selamat dan berkesan adalah alfalfa jenis DAUN tapi alfalfa yang biasa kita akan jumpa kat bahagian organik = alfalfa sprout ** macam dalam gambar kat paling atas entri nih.. ** yang merupakan alfalfa jenis cambah.. yang membimbangkan, alfalfa jenis bijik nih boleh menyebabkan reaksi penyakit AUTO IMMUNE..

okay.. boleh start fikir pasal alfalfa mana yang best.. hahahaha~


KELEBIHAN ALFALFA SHAKLEE

ALFALFA SHAKLEE diperbuat dari daun alfalfa yang bermutu tinggi dan hanya di tanam di California, USA jek.. negara lain tak de eh.. hee~ eksklusif..
cantikkan ? hee~ macam boleh tanam kat laman rumah jek..
juga dikenali sebagai BAPA SEGALA MAKANAN.. haa.. tu.. tengok akar dia tu.. akar alfalfa boleh memanjang sehingga 6 meter untuk mencari dan menyerap nutrien serta mineral yang baik.. tumbuhan lain tak berkeupayaan nak buat ape yang alfalfa buat tau.. hee~
alfalfa Shaklee ditanam tanpa pestisid, tanpa racun kulat, tanpa bacteriosides, tanpa hormon sintetik dan tanpa bahan kimia sudah semestinya..

1 : sumber terbaik dari daun alfalfa tanpa akar dan batang
2 : disediakan dalam dua pek bersaiz 330 biji dan 700 biji
3 : pil boleh dihancurkan dan dicampur dengan air sebagai minuman herba semulajadi
4 : tidak memberi kemudaratan kepada bayi yang sedang menyusu badan seperti panas dan cirit-birit
5 : alfalfa shaklee tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet
6 : membantu melengkapkan zat dan nutrien dalam rutin pemakanan seseorang


CARA PENGAMBILAN ALFALFA SHAKLEE

  • ambil 4 - 6 biji sehari selepas makan
  • maksimum pengambilan alfalfa adalah 10 biji untuk satu hari
  • bagi wanita yang menyusukan bayi disarankan untuk memantau sebarang perubahan yang berlaku sebelum atau selepas pengambilan alfalfa
  • sebagai permulaan, alfalfaperlu diambil pada dos yang kecil ( 2 - 3 biji ) bagi mengelakkan badan korang terkejut
bukti kakak memang kaki ALFALFA.. hee~ kalau siapa follow kakak dari awal kakak berkecimpung dlaam bidang pen-Shaklee-an, ini adalah vitamin pertama yang kakak consume..
eh !! tak best la nak cerita semua kat sini kan.. hee~ untuk lifetime consultation, korang boleh hubungi kakak.. tau !!

You May Also Like

6 comments

  1. ai loikee sangat jamu ni.. bukan ulam biasa.. aummm

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebelum makan, ngauman tu pelan sikit.. tapi lepas konsisten, mengaum tu lain macam.. hee~

      Delete
  2. best bila dah consume alfalfa ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan !! siapa yang dah start consume, memang tak boleh lupa la.. hee~

      Delete