31 October 2019

MALAYSIA’S FIRST 64MP QUAD CAMERA SNAPDRAGON

realme Malaysia today officially launched the realme XT, Malaysia’s first 64MP Snapdragon Quad Camera Smartphone. realme’s new line of smartphone promise in providing the best picture resolution with unbeatable details for their users. For realme XT model, it gives the user - the freedom to express their creativity through photography. Equipped with Qualcomm® Snapdragon™ 712 and 64MP ultra high-resolution sensor with the addition of Tetracell and 3D HDR technology, realme XT will ensure you take crystal clear photos in great detail.



“As a company propelled by youngsters, we not only understand our target market but we are proud to say that we also share the same attitude with them, the Dare to Leap attitude. realme has helped millions of loyal users around the world, especially youth to pursue their passions and achieve their goals, and now with the realme XT, it continuously helps smartphone users to leap forward beyond the ordinary. With all these features packed into one powerful smartphone, we now have the capabilities to seize our moments and leap forward into a future of endless possibilities,” said Tiffany Teh, Brand Manager of realme Malaysia.



realme XT - First 64MP Quad Camera Snapdragon in Malaysia The realme XT is powered by a 2.3Ghz clock-speed of Snapdragon 712 AIE together with 64MP ultra high-resolution sensor, features four-in-one intelligent pixel binning, f/1.8 large aperture, and a 6P lens with superior light-gathering capability, providing realme XT at par with flagship-level photography. realme XT also features Gorilla Glass 5 on the front and back of the curved glass design that comes in two gradient colour options - Pearl Blue and Pearl White.



realme XT’s flagship quad camera set up with Samsung's 64 MP GW1 sensor for the primary camera, 8MP wide-angle lens, a 2MP macro lens and a 2MP portrait lens along with Sony 16MP on the front camera, producing unrivalled pictures that look crisp and detailed even when you zoomed-in.

The realme XT supports 4K video recording at 30fps, 1080p HD video recording at 30fps/60fps, 720p HD Video recording at 30fps/60fps, and slow motion up to 960fps. The smartphone has a 6.4-inch dew-drop fullscreen, Super AMOLED screen texture with a small waterdrop notch. This model also comes with a dual nano-SIM phone which is expandable via a microSD card slot up to 256GB. realme XT is also equipped with the latest in-display fingerprint and most-awaited feature - Dolby Atoms, combining the superlinear speaker and smart power amplifier which doubling the audio volume and improving sound quality for the best audio experience.



realme Power Bank realme Power Bank is equipped with 10,000 mAh high-density lithium battery, which also supports up to 18W fast charging with both USB type A and Type-C ports. One key point to note is that the fast charging is also bi-directional so you can fast-charge your power bank and phone at the same time. With fast charging and both type a & c ports, you can charge multiple devices at the same time. The realme Power Bank comes in two distinctive colours, grey and yellow.

realme Buds 2 Consumers can enjoy the premium 11.2mm bass boost driver earphones which consist of Multi-layer Composite Diaphragm and Japan’s Daikoku Voice Coil in the price range. The coaxal capsule design allows the 11.2mm movable coil to deliver Hi-Fi music without any interruption.


realme Buds Wireless realme Buds Wireless is the latest accessory brought to fans by realme after working with world-renowned music producer and DJ, Alan Walker. The realme Buds Wireless breathe in the concept of minimalism real design made from premium metal and skin-friendly silica gel.

The magnetic connection makes it easier to store the buds and at the same time functions as a switch. It will automatically turn on and connects to your device when the buds are separated and it will turn off automatically when connected. Alan Walker has been working closely with realme’s team of acoustic tuning experts to bring consumers the most accurate and powerful bass response with Dynamic Bass Boost(DBB). realme Buds Wireless creates an amazing listening experience, especially for electronic music.



Special for 11.11 Lazada sale, realme 5 (3+32 GB) will be introduced as realme’s online exclusive model and special promotion will be revealed on the platform. For any purchase of realme XT on Lazada 11.11 sale will get a FREE realme bag worth RM159. Both realme XT and realme 5 (3+32 GB) will be sold exclusively on Lazada platform.

To find out more about the online sale, please visit http://bit.ly/rmlazada


For realme Buds Wireless only, the pre-order starts from 30.10.2019. The above-mentioned accessories will be also sold exclusively on Shopee during the Shopee 11.11 Big Sale.
To find out more about the online sale, please visit http://bit.ly/realmeshp To learn more about realme’s latest updates, feel free to visit https://www.realme.com/my/


30 October 2019

IREHAB MEMBANTU MERAWAT PESAKIT BERKAITAN SARAF DAN JUGA FISIOTERAPI

Seolah-olah menjadi taboo dikalangan masyarakat kita apabila ada ahli keluarga mahupun sahabat handai yang menghidapi stroke – pilihan pertama yang kita akan buat adalah bawa kemana-mana pengamal tradisional untuk sesi mengurut sedangkan kita sendiri tidak tahu samada itu adalah treatment yang betul ataupun tidak. Nah !! Kini kalian ada pilihan lain di iRehab.

Subang Jaya

Di iRehab, mereka menawarkan perkhidmatan pesakit luar dan menyediakan pengangkutan sekiranya pesakit memerlukan bantuan untuk sampai ke pusat terapi.


iREHAB SUBANG JAYA


Infinite Rehabilition ( M ) Sdn. Bhd. yang juga dikenali sebagai iREHAB merupakan pusat pemulihan di mana mereka menawarkan rawatan kepada individu untuk menjalani proses pemulihan dari pada penyakit saraf seperti minor / major stroke ( lumpuh ) dan juga fisioterapi yang membantu mencegah, mengenal pasti, membetulkan, dan melegakan ketidakfungsian pergerakan akut atau berpanjangan dengan penekanan diberikan kepada kemudahan pergerakan.

Selain perkhidmatan pesakit luar, iRehab juga menyediakan rumah khusus yang dikenali sebagai iHOME untuk memenuhi keperluan pesakit yang perlu fokus pada pemulihan dengan fesiliti yang lengkap seperti set bilik tidur ( katil boleh laras ), jadual diet yang sesuai dengan pesakit, khidmat jururawat dan physiologist yang berpengalaman bagi memastikan pesakit dijaga dengan baik dan cepat sembuh seperti sedia kala.

iRehab Subang Jaya

Antara program yang disediakan oleh iREHAB yang terletak di Jalan SS 17/1A, Subang Jaya bagi memenuhi keperluan pesakit ialah :

  • Lokomat Therapy
  • Return To Work Programme
  • Driving Programme
  • Stroke Programme
  • Spinal Cord Injury Programme
  • Traumatic Brain Injury Programme
  • Multiple Sclerosis Programme
  • Paediatric Programme
  • Vestibular Programme
  • Musculoskeletal Programme
  • Sports Injury Programme
  • Cardiopulmonary Programme
  • Women’s Health Programme
  • Weight Loss Programme
  • Geriatrics Programme

iRehab iHome Subang Jaya
Kakak singgah sana buat apa ? Hee~ Pada awalnya memang kakak nak singah sekadar siapkan task tapi macam lepaskan peluang keemasan plak kalau kakak tak cuba try test kelebihan yang disediakan oleh iRehab. Nak tau juga macamana cara mereka bekerja.

Rawatan Pesakit Stroke Selangor

YA !!
Kakak memang obses dengan pemakaian kasut bertumit tinggi dan paling tinggi yang kakak pernah pakai adalah 6 inci, walaupun kakak tau penggunaan kasut tumit tinggi boleh memudaratkan kesihatan tulang belakang dan juga berisiko mengalami keceredaan lain pada kaki. Hee~ REZEKI kakak diberi peluang rasa sakit akibat terpelecok dari kasut tumit tinggi empat inci. Sakit dia memang tak boleh nak cakap dan lebih sebulan juga kakak tak lari ( jogging ). Akibat dari terpelecok dan kakak tak pergi buat sebarang rawatan susulan, ada swollen kat buku lali dan nampak macam kekal lah dia kat situ. Hahahaha~

Sakit tapi kalau tak paksa untuk bergerak, habis satu apa kerja pun tak menjadi. Kan ?

Menurut Puan Atikah yang merawat kakak, kakak perlu menjalani rawatan fisioterapi bagi membetulkan struktur kedudukan tulang kaki yang sedikit beralih dari tempatnya dan kakak ada boleh memilih samada untuk membuat semakan awal di ortopedik ( mana-mana klinik / hospital ) atau terus menjalani rawatan fisioterapi. Berdebar dan kakak memang dah agak kaki kakak tak sama macam dulu dan salah satunya merupakan faktor umur. Kesan daripada sakit kaki yang kakak tak rawat, memang mengganggu kesihatan tulang belakang kakak – kerap juga lah kakak sakit dan rasa nyeri pada tulang belakang sekiranya kakak tak duduk pada posture yang betul.

Rawatan Pesakit Stroke
Rawatan Pesakit Lumpuh

FUFF--
Selepas melihat beberapa testimoni pesakit di iRehab, kakak yakin kakak sendiri boleh pulih dan sihat seperti sebelumnya. Kakak nak lari lagi !! Banyak fun run tengah menunggu ni. Hahahaha~

Dan kalau korang mungkin mengalami masalah yang sama dengan kakak, atau ahli keluarga mempunyai masalah seperti kakak – sarankan mereka singgah lawat ke link di bawah.


Benda boleh elok, nak sakit buat apa kan ? Hee~


LOVE ;
ATIE ADNAN



28 October 2019

J-HUNT THE MOTTAINAI STORE – LUBUK BARANGAN PRELOVED DARI JEPUN

Bila sebut je soal barang preloved ataupun terpakai dah tentu kita fikirkan kotor, berhabuk, koyak dan lusuh. Kan ? Tapi kalau korang masuk J-Hunt The Mottainai Store mesti korang rambang mata sebab 99.9% barangan jualan dorang cantik dan masih elok – ada yang masih BAHARU !!

J-Hunt AEON Big Subang Jaya
Kalau sebelum-sebelumnya kedai barangan preloved yang kita tahu bersepah dan tak tersusun, ada kedai yang panas dan tak selesa langsung nak membeli-belah tapi bukan DI SINI lah.


J-HUNT SUBANG JAYA


Terletak di tingkat 2, pusat membeli-belah AEON Big, Subang Jaya, J-Hunt telah melancarkan media preview untuk cawangannya yang pertama. Dan sudah tentulah kakak mengambil peluang memenuhi jemputan dari pihak J-Hunt untuk mengintai dan menyambar apa yang patut. Biasanya bila preview macam ni, expectation tak sampai terus kepada kakak sebab kakak bayangkan mereka sekadar cuba sehabis baik mengambil hati media – confirm lah indah indah saja. Kan ?

Kedai Bundle Subang Jaya
Tapi memang INDAH gais !!
Dari susunan sampai lah ke harga yang dipamerkan - semua rasa indah dan berbaloi kat poket.

J-Hunt mengamalkan konsep 3R iaitu Reduce, Reuse, Recycle dan menurut pekerja terlatih mereka – Mottainai bermaksud WASTE NOT. Nah !! Kira maksudnya program kitar semula yang diterapkan oleh J-Hunt mampu memberi rasa hormat dan nafas baharu kepada produk yang masih boleh digunakan. Kalau mungkin pada ngko, tapi pada orang lain.

Begituh !!
Yang buat kakak teruja sebenarnya.

Kedai Kamera Terpakai
Jam Tangan GShock Murah
Konsep kedai barangan terpakai J-Hunt ni memang lain !! Dah lah selesa berpenghawa dingin, susun atur barangan pun mudah dicapai dan paling penting persekitaran yang selesa. Kalau nak memilih barang pun tak de lah sampai berlaga bahu. Tapi kalau korang sengaja masuk kat lorong yang padat dengan orang, memang meminta lah ya. Kat sini kita sama-sama mainkan peranan supaya railing tak jatuh tersembam akibat korang berpusu menyelam dan mencari barangan terbaik. Gituh !!

Kedai Baju Bundle Subang Jaya
Stroller Second Hand Murah
Apa yang ada kat sana ?
Banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk sangat dan dibahagi kepada beberapa kategori iaitu :

  • Pakaian
  • Beg
  • Hobi
  • Bayi / Kanak-kanak
  • Peralatan Muzik
  • Kasut
  • Barangan Sukan
  • Kelengkapan Meja Makan
  • Permainan
  • Jam Tangan
  • Kamera
  • Khemah

Bila melangkah masuk dengan bauan barang vintage – pehhhhhhhh. Tak tau nak luahkan cemana tapi memang lain dari kedai-kedai barangan preloved yang ada dan hanya kaki rajin menyelam bundle je tau beza betapa selesanya J-Hunt.

Barangan Baby Terpakai Murah
Kalau korang singgah nanti, pastikan korang singgah satu persatu lorong dari awal pintu masuk sehingga ke belakang dan jangan tinggalkan saelorong pun. Sebab ?

Sebab setiap lorong ada kelebihan masing-masing seperti lorong yang pertama mempamerkan koleksi barangan tinggalan sejarah seawal tahun 1600 dengan menekankan koleksi tembikar ukiran tangan dan juga pelbagai tinggalan sejarah lain termasuk topi pahlawan, kotak-kotak kayu antik dan juga tembikar.

Gitar Elektrik Murah
Bundle hunter ?
Kini di Subang Jaya dengan koleksi yang super terbaik dari harga serendah RM 1.00 !! Mana lagi ? J-Hunt Mottainai, Subang Jaya melemparkan segala yang korang nak dari head to toe dan dijamin berkualiti dan mampu milik.




AEON Big Subang Jaya
Kakak dah borong !!
Jom lah !! Hee~


LOVE ;
ATIE ADNAN


21 October 2019

EATZ@HONG KONG ; SAJIAN AUTHENTIC HONG KONG KINI DI MALAYSIA

YEAY !! Bila dah penat bekerja sepanjang minggu dan menguruskan rumahtangga memang syok dapat lepak dan menikmati sajian luar dari kebiasaan adalah bonus besar untuk kak - kali ni kakak cuba belanja RM 100.00 di EATZ @ Hong Kong yang terletak di The Gardens.

Eatz @ Hong Kong

Sungguh kakak tak pandai nak bajet apa yang sedap dan apa yang berbaloi tapi kakak try lah ye. Hahahaha~ Kalau makan sorang dengan nilai RM 100.00 tu agak besar juga tapi tak pe lah, kalau tak sampai bila pun tak merasa sajian citarasa Hong Kong. Gittew--


EATZ @ HONG KONG, THE GARDENS


Memang dari awal tak letak expectation tinggi sangat sebab tak banyak review pasal EATZ @ Hong Kong ni sebab kakak membayangkan tempat dia macam kedai kopi biasa dengan makanan yang biasa-biasa. Hee~ Penat nak buat review makanan sebab kakak jenis yang setia dan makan benda yang sama hampir setiap hari.

Tapi !!
Menurut website EATZ @ Hong Kong - makanan dan minuman yang dihidangkan menonjolkan citarasa authentic Hong Kong sejak dari tahun 50-an. Dengan hanya menggunakan bahan masakan yang segar, EATZ @ Hong Kong  yakin dapat mencuri taste bud pelanggan dengan pelbagai hidangan.

Where To Eat In KL
Susun atur kedai pun dah in love sangatttttttttttttttt-- Time ni memang doa doa lah makanan dia sesedap pemandangan kedai. Hee~
Belek-belek menu dan benda pertama kakak cari adalah KOPI. Memang tak de benda lain lah kan ? Kopi yang menentukan keseluruhan hidangan samada berbaloi ataupun tidak. Hahahah~ Falsafah kakak bila nak makan lah. 

Tapi target kali ni, apa yang kakak boleh belanja dengan RM 100.00 pada makanan yang berbaloi dan sudah tentu ada kopi. Dan kalau berbaloi memang kakak akan singgah lagi nanti.

Okay !!

Best Coffee In Town

Biasa kita dengar ais dalam kopi tapi kali ni kopi dalam ais. Hahahaha~ Sesungguhnya sangat sedap dan rasa kopi yang pekat memang melekat kat lidah walaupun dah habis telan. Tak lambung pun, tapi kakak memang suka rasa kopi dia cuma kakak minta kurang manis untuk pastikan rasa kopi dia kaw.

Well.
Sedap dan korang kena try !!
HK Coffee On Ice Bed = RM 15.80

Food Blogger Malaysia

Orang Malaysia memang nak nasi saja dan tak boleh tidak lah nanti tak kenyang weyyyyy-- Hahahaha~ Dan kakak tak nak makan nasi yang berkuah dan hasilnya - INI !! Nasi putih dan kepak tengah ayam disaluti sos manis.

Sedap jugak lah kalau untuk mereka yang tak makan pedas atau nak bagi anak korang makan. Haa-- Portion memang boleh kenyang dengan nasi, ayam dan sayuran mentah ( mungkin dicelur sahaja bagi memastikan khasiat sayur kekal !! kakak suka !! ) dan ada sos yang dipanggil Swiss Sauce ; rasa manis manis dan sedap. Haa. Punya tak tau nak describe rasa sos tu. 

Tapi memang ngam !!
Swiss Sause Chicken Wings Rice = RM 16.80

Fine Dining Murah KL

Skeptikal !!
Tapi kakak nak cabar taste bud kakak dengan steak yang dikatakan sangat popular kat EATZ @ Hong Kong dan menjadi hidangan wajib order lah kalau singgah makan kat sini. Hee~ Nervous sebenarnya sebab takut tak sedap. Nanti membazir.

Australian Beef Striploin Steak dan dimasak dengan teknik medium rare - kakak boleh cakap.

PEHHHHHHHHHHH--
Lazat gais !! Lazat. Tekstur yang lembut dan juicy, rasa macam tak cukup satu set ni. Kentang goreng yang didatangkan dengan set steak ni langsung kakak tak usik. Sungguh. Kakak makan daging dia je. Masa menaip ni pun kakak terliur membayangkan betapa sedapnya lahaiiiiiiii.

Masuk list korang !!
Australian Beef Striploin Steak = RM 37.80

Best Dessert In Kuala Lumpur

Fufff-- Kakak tertunggu je nak cerita pasal dessert dorang. Hahahaha~ Kakak memang suka makanan manis dan susah sebenarnya nak kawal. Suka memang tahap terliur walaupun belum makan. Haa-- Gittew-- Dan Souffle dari EATZ @ Hong Kong memang berjaya menambat hati kakak, gais.

Tekstur yang lembut dan manis cukup rasa membuatkan sensasi pencuci mulut cair dalam mulut macam ; PEHHHHHHHH--

Haish.
Try wey !!
MS Souffle = RM 15.80

The Gardens Mall, Kuala Lumpur

Last !!
Janji last. Hahahaha~ Teruk terliur time throwback ni.

Tak lengkap rasa kalau makanan dari Hong Kong tak de pencuci mulut berupa Egg Tart. Haish. Sedap sebab tak berapa manis dan tekstur tart shell tu sangat lembut - langsung tak muak. Ngam, kakak order dua untuk memenuhi nafsu.

Sebab sedap !!
Egg Tart = RM 3.80 / pcs

Authentic Hong Kong Foods

Dan DONE !!
Hahahaa~ Kakak balik dengan perut yang kenyang dan kepuashatian yang tak tertanggung nak bagi tau korang - korang kena singgah makan dan order semua menu yang kakak bagitau kat atas nun. Confirm tak menyesal dan puas hati sungguh. Semua yang kat atas tu tak sampai RM 100.00 pun dan kalau korang bijak mencorak, semua makanan kat atas tu adalah untuk tiga orang !!

Kira tolak tambah korang lepak situ, sorang cuma keluarkan dalam RM 4+.++ je.
Tapi kalau nak makan lunch, ada je Lunch Set dorang dengan harga bermula dari RM 16.90 je !!!!! 

Eatz @ Hong Kong

Haish.
Makanan sedap.
Persekitaran tenang.

Nak apa lagi gais ?



LOVE ;
ATIE ADNAN

20 October 2019

VIVO NEX 3 TELAH BERADA DIPASARAN DENGAN HARGA RM 3,899.00

FUFF !! Belum sebulan Vivo V7 berada dipasaran, kini Vivo sekali lagi tampil dengan teknologi terbaharu yang dijangka bakal memberi impak dipasaran telefon pintar dan juga merupakan antara teknologi terbaik iaitu Vivo NEX 3 !!


Telah menembusi pasaran telefon pintar Malaysia, Vivo mempertaruhkan NEX 3 yang didatangkan dengan skrin 'air terjun' ( Waterfall FullView ) diperbuat dari POLED berukuran 6.89 inci dengan screen-to-body 99.6%.


VIVO NEX 3


NEX 3 diperkenalkan sebagai peranti yang tidak menggunakan butang fizikal dan mempunyai rekaan seamless dan touch-controlled unibody. Dengan teknologi X-axis Haptic Vibration, peranti ini menggunakan butang dengan sensor tekanan yang digelar Touch Sense untuk pengalaman yang selesa dan futuristik. In-Display Fingerprint Scanning membolehkan pengguna melangkah masuk ke dunia mudah alih mereka dengan cepat dan selamat.

Dengan paparan cahaya untuk pelbagai senario pada skrin dwi-lengkung, NEX 3 juga didatangkan dengan :

  • Skrin bersaiz 6.89 inci AMOLED Waterfall Display
  • Memori 8GB
  • Storan 256GB
  • Cip Qualcomm Snapdragon 855+
  • Tiga kamera
    • Kamera utama  64MP
    • Kamera sudut 13MP
    • Kamera telefoto 13MP
  • Bateri 4500mAh dengan sistem pengecasan pantas 22.5W Vivo FlashCharge
  • Sistem Operasi Funtouch OS 9.1
  • Menyokong penggunaan 2.4G dan 5G Wi-Fi

Dan !!
Paling menarik, Vivo NEX 3 hanya dikeluarkan dengan warna eksklusif Glowing Night. Kalau korang nak kaler lain memang tak de lah. Satu tu jek--




Dikuasakan dengan Qualcomm Snapdragon 855 Plus dan memori kilat berkelajuan tinggi UFS 3.0, NEX 3 menyediakan prestasi pengkomputeran terataas dan keupayaan berbilang tugas yang lancar. Kapasiti bateri ( 4500mAh ) membolehkan pengguna menggunakan peranti seharian tanpa risau, dan sokongan pengecasan pantas Vivo FlashCharge 22.5W dan teknologi penjimatan kuasa C-DRX memastikan peranti kekal berkuasa. Vapor Chamber Cooling System pula bertugas untuk mengekalkan suhu peranti walaupun dengan penggunaan berat. NEX 3 disediakan dengan storan dalamn 256GB.

Korang memang guna Vivo ? Cayalah !!
Dengan capaian pengguna melebihi sasaran, Vivo yakin dengan pengumuman NEX 3 yang mempunyai spesifikasi unik yang tiada pada telefon pintar lain mampu melonjakkan lagi jumlah pengguna jenama Vivo.



Kini !!
Vivo NEX 3 telah berada dipasaran dengan harga RM 3,899.00 !!

LOVE ;
ATIE ADNAN



10 October 2019

APA ITU PROGRAM DUAL LANGUAGE PROGRAMME ( DLP ) ?

Apa Itu Program Dual Language Programme ( DLP ) ? - Em—Lately ramai plak yang tanya kakak dan minta kakak bagi feedback tentang pelajaran Nur Aiman dan Nur Aina yang dua-duanya berada dalam kelas Dual Language Programme ( DLP ) sejak dari mereka tahun satu. Wah !! Kemain kan.

Kelebihan DLP Class Untuk Anak Darjah 1

Kalau sebelum ni kesemua anak-anak di sekolah rendah akan belajar hampir semua subjek ( selain Bahasa Inggeris ) dalam Bahasa Melayu namun, sejak pelaksanaan DLP pada sesetengah sekolah – anak-anak yang terpilih akan belajar subjek Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris.


DUAL LANGUAGE PROGRAMME ( DLP )


DLP merupakan program yang telah dilaksakan dibawah Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris ( MBMMBI ) dan dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ) secara rintis pada awal tahun 2016 dengan penglibatan 300 buah sekolah. Inisiatif yang dilakukan secara berperingkat menerusi Gelombang 2 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( PPPM ) yang dilaksanakan untuk memberi pilihan lain kepada ibubapa dan membuka ruang untuk pelajar berpotensi menjadi lebih baik sekaligus meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

Dual Language Programme

Sekolah-sekolah yang telah / akan melaksanakan DLP dipilih menerusi EMPAT kriteria iaitu :

  • Sumber pembelajaran yang mencukupi
  • Kesediaan pihak pentadbiran dan guru-guru untuk membantu
  • Sokongan dan permintaan dari ibubapa
  • Pencapaian terbaik sekolah dalam subjek Bahasa Melayu

Pada peringkat awal, ia melibatkan murid Tahun 1, Tahun 4 dan Tingkatan 1 bagi Kohort 2016 manakala untuk Kohort 2017 bilangan sekolah DLP lebih banyak dan akan ditambah dari masa ke semasa. DLP selaras dengan objektif bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran untuk subjek Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik ( STEM ) dan juga memberi peluang kepada sekolah dan ibubapa untuk bersama-sama membuat keputusan secara kolektif.





Kalau tanya kakak lah apa yang menariknya dan membuatkan kakak sangat menyokong DLP ni. Hee~

Pada awalnya kakak tak tau langsung pasal program ni dan hanya mahukan yang terbaik untuk anak-anak, semua mak mak macam tu kan ? Tapi masa batch Nur Aiman, hanya pelajar yang lulus semasa ujian tapisan akan diserapkan ke kelas DLP tapi masa Nur Aina ada borang khas tanda setuju antara ibubapa dan pihak sekolah tentang kelas yang bakal anak-anak masuk. Fuff—Nervous sebenarnya sebab kami kat rumah menggunakan Bahasa Melayu sepenuh untuk aktiviti sehari-hari dan menjangkakan sesuatu yang sukar untuk Nur Aiman dan Nur Aina menerima pembelajaran dalam Bahasa Inggeris.

TAK !!
Betullah – anak-anak ibarat SPAN !! Hee~ Nak kata apa lagi ? Memang mudah sebenarnya bila anak-anak belajar subjek yang dianggap susah dalam Bahasa Inggeris kerapa kebanyakan terma yang digunapakai dalam subjek Sains dan Matematik pun dalam Bahasa Inggeris. Dan buat masa ni, Nur Aiman dan Nur Aina dapat lakukan dengan baik !! Tidak lah mengharapkan mereka terlampau pandai tetapi apa yang kakak dan encik suami mampu lakukan, berikan apa sahaja yang terbaik untuk mereka supaya mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan anak-anak yang lain.

Kelemahan


Ada je kawan-kawan kakak keluarkan anak-anak mereka dari aliran DLP dengan alasan anak susah nak belajar, kurang faham dan penguasaan Bahasa Inggeris masih rendah – kesian kat anak-anak tapi kakak tengok anak-anak dorang just fine. Tak de apa pun. Dorang belajar dengan elok dan boleh bersaing secara sihat. Haa—Sedangkan mereka tak beri peluang pada anak-anak mencuba sesuatu yang baharu sebaliknya meletakkan satu benteng lain.

Ini pengalaman dan pendapat kakak lah tau.
Kalau korang tak setuju, tak pe je sebab pilihan ditangan masing-masing kan.

Tapi sebelum bersetuju dengan apa yang kakak sampaikan, korang kena tahu dan faham keupayaan anak-anak untuk menerima pembelajaran pada subjek utama dalam Bahasa Inggeris. Dan kalau anak tak boleh nak menggunakan Bahasa Inggeris 100% pun, mungkin korang kena cari inisiatif lain - mungkin hantar tuisyen ataupun sama-sama belajar di rumah.

At the end of the day, anak-anak kita sendiri akan berdiri di mana dengan apa yang mereka belajar. Hee~ Dan tak de apa yang mustahil untuk anak-anak capai. Well--

Anak itu ibarat kanvas.
Coraklah dengan baik dan hemah.



LOVE ;
ATIE ADNAN



9 October 2019

MAX HEALTH X-COLLAGEN MEMBANTU WANITA KEMBALI AWET MUDA

FUFF-- Rutin harian kakak memang sibuk dan nak kejarkan waktu rehat pun tak dapat nasiblah masa majlis ulangtahun Matxi Corp yang kedua baru-baru ni kakak dapat sekotak kolagen yang best dan mengandungi kacip fatimah !!

Best Collagen For Skin

Bukan lah nak menongkah arus tapi setiap wanita impikan kulit yang lebih sihat dan bertenaga sepanjang hari walaupun sibuk dengan urusan harian.


MAX HEALTH X-COLLAGEN


Sinonim dengan kesihatan dan kecantikan wanita, kolagen sangat membantu untuk meningkatkan keanjalan dan penghidratan kulit secara menyeluruh dan sekiranya diambil secara konsisten ia dapat menghilangkan tanda-tanda penuaan seperti garis halus dan juga kedutan.

Kolagen Untuk Wanita

Max Health X-Collagen merupakan produk keluaran Matxi Corp sangat istimewa kerana mengandungi :

  • Kolagen asli
  • Pati buah respberi
  • Pati kacip fatimah
  • Isomalto - oligosaccharide ( IMO )
Dan paling penting ia tidak mengandungi pewarna tiruan, perisa tiruan, esen / bahan terhasil dari haiwan dan juga bahan kimia yang merbahaya. Nah !! Sebab tu Max Health X-Collagen diisytiharkan 100% NATURAL !!

FAKTA : Isomalto - oligosaccharide ( IMO ) merupakan karbohidrat yang terhasil semulajadi turut terkandung dalam madu asli. Ia juga terkandung dalam makanan yang difrementasi seperti miso dan soya.

Kalau korang nak tau, Max Health X-Collagen tidak langsung mengandungi manisan buatan ( artificial sugar ) sebaliknya menggunakan IMO sebagai sumber yang memberi rasa manis dan sedap. Selain membantu mencantikkan kulit ia juga dapat mencegah pengoksidaan dan melawan radikal bebas yang mengganggu struktur kulit sekaligus memberi peluang pertumbuhan sel-sel kulit baharu.

Tips Kecantikan Wanita Asia

Pati respberi yang digunakan bukan sahaja membekalkan vitamin c malah turut mengandungi serat dan zat antioksida seperti polifenol yang membantu mencegah masalah kanser, memelihara kesihatan jantung, meningkatkan fungsi imun dalam badan, mengurangkan masalah arthritis dan juga melancarkan sistem pencernaan. Nah !! Bayangkan sebotol kecil ni mengandungi khasiat maksima untuk kesihatan tubuh badan - UNTUNG kan ?

Max Health X-Collagen diformulasi khusus untuk memberi kesihatan maksima pada kulit secara menyeluruh kepada pengguna dari dalam terus ke luar dan menjadikan kulit pengguna lebih muda, anjal dan berseri walaupun tidak menggunakan sebarang produk kosmetik.

Nah !!
Mungkin link kat bawah ni boleh membantu korang mendapatkan maklumat lanjut tentang produk :




Collagen

Max Health X-Collagen bukan sekadar memberi maksud sebenar kecantikan kepada wanita malah turut membantu memelihara kesihatan luaran dan dalaman !!


LOVE ;
ATIE ADNAN


8 October 2019

BLOG MEDIUM PENGIKLANAN TERBAIK ? KENAPA TIDAK ?

Zaman semakin maju dan capaian kuasa internet meliputi hampir keseluruhan pelusuk negara membuatkan sosial media seperti Facebook, Instagram, Twitter, Youtube dan juga laman web menjadi pilihan pertama untuk sebarang hebahan termasuk IKLAN.


Kelebihan Iklan Di Blog

Kalau kalian merupakan pemilik perniagaan berupa produk ataupun servis – entri ini mungkin membuka sedikit mata dan idea untuk menjalinkan kerjasama bersama barisan blogger terbaik di Malaysia. Nah !!!


IKLAN DI BLOG


Kenapa eh ? Hee~ Sudah tentu bila ada kawan-kawan kakak yang bertanya kenapa kakak menyediakan perkhidmatan pengiklanan menerusi blog kakak dan bukannya menggunakan medium lain. Dan jawapan kakak tak lain tak bukan ; zaman INTERNET dan hampir semua pengguna internet pandai menggunakan Google Search untuk mencari informasi. Pergi je ke Google Search bar dan taip apa sahaja yang mahu dicari – berderet hasil carian dan sudah tentunya ia memudahkan !!



1. KEKAL DI GOOGLE



Memang susah sebenarnya nak buat iklan di blog sebab sebagai penulis perlu pandai mengolah dan menyusun ayat supaya dapat menarik ‘perhatian’ kedua-dua belah pihak iaitu pelanggan ( prospek ) dan juga Google dengan pemilihan keywords yang sesuai agar artikel mudah dikesan oleh Google dan ditemui dalam Google Search Engine pada mukasurat pertama. Dah kalau ada kat mukasurat pertama sudah tentunya peng – Google lebih suka dan memudahkan pengguna.

Kalau tanya kakak pun, semua iklan yang kakak pernah buat di www.atiehilmi.com memang tak pernah kakak padam melainkan artikel tersebut mengganggu perjalanan blog kakak seperti backlinks. Haa—Tak de lah kakak tetapkan satu satu tempoh untuk iklan tersebut berada di blog dan selalunya blogger macam kakak akan kekalkan iklan tersebut untuk proses win win. Korang dapat client, kakak dapat views yang membantu kakak mendapat rekod blog yang baik.



2. HARGA BOLEH BINCANG



Korang tau tak harga yang korang bayar kat instafamous lebih mahal berbanding harga pengiklanan di blog ? Hee~ Kalau tak tau, sekarang dah tau. Dan ada sesetengah instafamous hanya biarkan iklan dilapangan Instagram mereka 24 jam – dan kemudian dipadam. Nah !! Frust kan ? Lepas bayar mahal-mahal, iklan hilang sedangkan prospek belum ada.

YA !!

Iklan di blog sebenarnya jauh lebih murah sepadan dengan bilangan perkataan dan juga permainan keyword untuk memikat hati Google. Kalau korang nak tau, ada sesetengah majalah tempatan yang menawarkan harga serendah RM 212.00 untuk 30 patah perkataan dan harga tersebut tak termasuk gambar ataupun logo. Dan kalau korang nak tambah perkataan, kena tambah lagi duit dan itu adalah harga untuk DUA KALI CETAKAN !!

Nak iklan kat TV ? Pehhhhh—Harga lagilah meletop dibuatnya. Hee~



3. LIPUTAN MENYELURUH



Kebanyakan blogger yang buat PAID REVIEW di blog juga mempunyai kemahiran mengendalikan sosial media termasuklah Facebook, Instagram, Twitter malah ada dikalangan kami menggunakan Youtube sebagai medium penyampaian mesej yang dibayar oleh pelanggan. Nah !! Dengan bayaran yang dipersetujui – kebanyakan dari kami akan PAM ke semua sosial media yang ada dan memperluaskan lagi jaringan pengenalan produk ataupun perkhidmatan korang.

Bukan satu, tapi mungkin dengan bayaran korang nan satu itu dapat cover semua !!






4. EKSKLUSIVITI



Fuff—Ini isu yang berat sebenarnya. Hahahaha~ Dalam circle kakak belum lagi kakak jumpa entri review apa-apa produk dan perkhidmatan dikongsi dengan beberapa blog yang berbeza kerana kami adalah blogger yang menulis dari hati. Wahhhhhhhh—Tetiba teringat kelas penulisan blog yang pertama kakak pergi – Penulisan Dari Hati. Gittew-- 


Tips Blogging


Ya !!
Kami bukan majalah online, surat khabar online ataupun portal informasi online yang menggunakan press release semata-mata untuk menghasilkan satu entri yang berkualiti sebaliknya kami menggunakan skill copy writing untuk memberi eksklusiviti kepada pelanggan. Em. Tak de bezalah kalau beberapa orang blogger / media hanya bergantung kepada satu corak penulisan untuk menyampaikan mesej.

Siapa yang taknak penulisan secara eksklusif ?
Rugi !!



5. JENAMA BESAR PUN GUNA BLOGGER TAU !!



Korang kenal Richworks ? Vaseline ? Lazada ? Shopee ? Traveloka ? Vivo ? McDonald’s ? Ya !! Dorang semua guna perkhidmatan dari blogger untuk menulis pelbagai iklan produk dan perkhidmatan dorang. Sebab ? Sebab dorang tau lah engagement blogger ni BEST !! Hahahaha~ Kalau tak berbaloi, takkan lah dorang cari blogger. Kan ?

Sebenarnya banyak lagi jenama besar kat luar sana yang menjadikan penulis blog sebagai pengulas dan penyampai produk serta perkhidmatan mereka terus kepada prospek dan pengguna. Win win situation yang sangat berbaloi dan setimpal gais !!

Akhir kata ?
Hahahahaha~ Sebenarnya banyak lagi sebab lain tapi kakak rasa LIMA sebab utama ni dah cukup untuk membuka mata korang dan sekaligus menjadikan kakak orang tengah memberi awareness ( pada yang tak tau lah tau—) dan tahniah sebab korang berjaya baca sampai habis.



LOVE ;
ATIE ADNAN


7 October 2019

AVON FAR AWAY PERFUME FOR GLAMOUR LADIES

As the Far Away brand turns 25, Avon introduces Far Away Glamour - the newest perfume in the best-selling collection.

Avon Malaysia

The renowned Far Away brand is Avon’s number one female fragrance brand globally ; 27 bottles are sold every minute and expanding this popular range will help open up Avon’s brand by building market share and unlocking growth.


“Avon is already a global fragrance powerhouse.."
- Tatiana Piccolo ; Global Vice President Fragrance Avon


This sophisticated new fragrance, created by top perfumers Jean-Marc Chaillan and Veronia Casanova, offers notes of powerful blackcurrant bud, orange flower and Madagascan vanilla – the highest quality vanilla and signature ingredient of the Far Away brand. It encourages wearers to take a walk on the glam side.


Hantaran Minyak Wangi



Best suited for your glamorous moments, it is also the perfect companion on holidays or a fun date night. What’s more, Avon Far Away Glamour also comes in a 10ml Purse Spray form so you can stay fragrant anywhere, anytime.

Far Away Glamour is the latest addition to Avon’s world #1 fragrance brand, Far Away. Together with this new launch, Avon unveiled the new looks for its in-line variants – Far Away Classic, Far Away Gold and Far Away Infinity.  Walk on the glam side.


Far Away Perfume Glamour


Far Away Glamour Eau de Parfum Spray 50ml and Far Away Glamour Purse Spray 10ml will be made available starting 01st September 2019 - RM 69.00 WM / RM 79.35 EM


LOVE ;
ATIE ADNAN



3 October 2019

VIVO V17 PRO DIJUAL PADA HARGA RM 1,699.00 !!

TAHNIAH lagi Vivo yang telah melancarkan telefon pintar baharu yang berharga RM 1,699.00 dan merupakan antara telefon pintar termurah dengan kualiti setanding jenama lain. Em—Apa yang menarik ?

Vivo_V17

Sekali lagi melakar sejarah dalam arena teknologi telefon pintar, Vivo tampil dengan V17 Pro yang dilengkapi dengan enam kamera utama di bahagian depan dan belakang untuk bidikan gambar yang lebih jelas dan berkualiti tinggi.


SPESIFIKASI VIVO V17 PRO



Dengan rekaan visual eksklusif Super AMOLED Ultra FullView™ Display yang berukuran 6.44 inci yang memberi kepuasan kepada pengguna melihat tanpa gangguan. Menggunakan tagline SHOOT BEYOND LIMITS – V17 Pro dilengkapi dua kamera hadapan dengan 32 megapixel + 8 megapixel sekaligus memberi kepuasan kalai korang nak bergambar dalam gelap sebab Vivo V17 Pro ada Selfie Softlight dan Super Night Selfie.

Apa yang uniknya apabila ketumpatan pixel imbasan cap jari yang lebih tinggi dan algoritma yang canggih – V17 Pro dilengkapi dengan teknologi imbasan cap jari yang menjamin keselamatan privacy pengguna. Nah !! Dah ada telefon pintar sudah tentulah mahukan yang pintar-pintar saja kan ? Hee~ Maklumat peribadi terjaga apabila hanya satu imbasan jari dibenarkan !!

Didatangkan dengan cip Qualcomm Snapdragon 675 AIE dan 8GB RAM bersama storan dalaman 128GB yang memastikan kelancaran prestasi setiap aplikasi dan sistem dikendalikan dengan lembut dan laju.

Harga_Vivo

Kalau korang sejenis yang sibuk dan selalu ada kat luar kawasan untuk urusan kerja ataupun aktiviti lain, keperluan bateri yang disediakan oleh V17 Pro dengan kapasiti bateri 4100mAH memberi sokongan teknologi pengecasan pantas.

TERBAIK !!


KAMERA CANGGIH VIVO V17 PRO



Didatangkan dengan dua warna iaitu Knight Black dan Crystal White bersama pop-up dwi-kamera depan yang premium, earpiece dan rekaan bentuk aloi berbingkai penuh – V17 Pro dibina untuk menggabungkan ciri-ciri mekanikal dengan perincian artistik membuatkan V17 Pro mampu mencapai jangkaan pengguna untuk mendapat kualiti gambar yang sempurna.

Vivo_Malaysia
Malaysian_Blogger

Kamera di bahagian hadapan dengan 32MP dan sudut lebar swafoto 8MP mampu memberi kelebaran maksima hingga 105 darjah memudahkan pengambilan swafoto secara berkumpulan. Yang lagi menariknya, kamera belakang mencapai sehingga 48MP dan sangat peka pada cahaya yang luar biasa dan menjamin gambar lebih jelas dan terang dalam semua keadaan termasuk gelap dan malap tanpa mencacatkan butiran pada gambar. Nak mode apa ? Super Wide Angle, Super Macro dan Bokeh untuk mengekspresikan mood – silakan !!

KAKI GAME ??
Sila tersenyum lebar. Hee~

Tech_Blogger

Untuk peminat permainan video melalui telefon pintar – Vivo sangat prihatin dan mengkhususkan V17 Pro yang dilengkapi dengan GAME MODE untuk memberi pengalaman permainan video yang lancar dengan menggunakan teknologi Multi-Turbo. Tak cukup teruja ? Hahahaha~ V17 Pro pun menyediakan Voice Changer untuk korang main tukar-tukar suara !!

Harga_Vivo

Apa lagi ?
Sementara masih panas dipasaran dan harga pun memang berbaloi gile ( RM 1,699.00 ) jadikan cerita pada setiap gambar kenangan terindah yang terpatri dalam bentuk visual untuk dikenang kelak. Untuk maklumat lanjut dan pelbagai promosi lain dari Vivo – link kat bawah ni mungkin membantu.




LOVE ;
ATIE ADNAN