1 January 2021

7 CADANGAN HADIAH HARIJADI UNTUK IBU YANG BOLEH BELI DI SHOPEE !!

Nah !! Sebenarnya kakak yang cari hadiah untuk emak tapi itu lah. Serba tak tahu nak dibelikan apa lagi sebagai hadiah tapi mata kakak tertarik dengan beberapa subjek yang mungkin rasional untuk kakak kongsikan kat sini sekaligus bagi idea kat korang untuk hadiahkan kat emak.


PRODUK KECANTIKAN DAN KESIHATANA YANG KORANG KENA BELI DI SHOPEE


Sudah tentu dari Shopee – Berbaloi dan authentic !!


BATA Women Black Heels ( RM 69.00 )

Hadiah Untuk Hari Ibu


Cantik, kontemporari dan klasik yang penting produk dari BATA ni memang terkenal dengan keselesaannya. Ada banyak koleksi lain yang mungkin menepati selera ibu-ibu kita sebab ada banyak koleksi lain dengan pelbagai warna yang menarik. Tidak mengkhususkan pada kasut ibu-ibu, ada juga koleksi untuk ayah-ayah dan handbag juga. Tu.

Maklumat lanjut, klik sini.


NAELOFAR Empire Waist Dress ( RM 199.00 )


Neelofa

Semua suka bila mengenakan pakaian yang selesa dan cantik termasuk lah ibu-ibu kita. Hee~ Takkan asyik nak sarung baju kelawar je, apa kata sempena harijadi ibu – hadiahkan beliau dengan sepasang jubah dari Nealofar ni yang mengetengahkan kombinasi rekaan moden dan tradisional. Diperbuat dari material sutera satin, Naelofar Empire Waist Dress mempunyai butang pada bahagian hadapan dan zip tersembunyi di bahagian sisi supaya mudah sarung.

Terbayang kalau ibu-ibu kita pakai, confirm cantik macam zaman muda mereka. Kan ?

Maklumat lanjut, klik sini.


Vivo Y11 ( RM 499.00 )


Telefon ibu dah rosak ataupun dah lama tak berganti ? Nah !! Ini lah jam untuk ganti. Hee~ Mesti ibu seronok bila dapat hadiah berupa telefon pintar dari Vivo Y11 ni.


Hadiah Untuk Teman Wanita

Binaan 3GB RAM + 32GB ROM dengan sokongan kad memori sehingga 256GB dan dua kad sim yang boleh dipasang dalam Y11. Biasa kita tengok ibu-ibu berkongsi pelbagai gambar makanan ataupun moment yang diketik untuk tatapan anak-anak. Kan ? Y11 mempunyai 13MP + 2MP rear camera dan 8MP pada kamera depan. Nak video call pun jelas nampak wajah ibu. Ada tiga warna pilihan iaitu merah, biru dan juga kelabu yang mungkin sesuai untuk ibu. Kan ?

Maklumat lanjut, klik sini.


Alain Delon Classic Leather Strap Women Watch ( RM 253.80 )


Cantik kannnnnnnnnnn ?


Jam Tangan Wanita

Kakak pun terpikat dan macam nak beli satu je. Hee~ Rekaan Alain Delon Classic yang memang tak lapuk dek telan masa membuatkan jam tangan ini tampil klasik dan elegan untuk ibu-ibu kita. Harga pun tak mahal mana lagi-lagi bila stap yang digunakan adalah dari sumber kulit yang mahal.

Ya !! Pembelian yang sangat berbaloi siap ada warranty selama setahun dan juga water resistance.

Maklumat lanjut, klik sini.


TEFAL Cookware Everyday Deep Frypan ( RM 95.00 )


Must have item ni !! Confirm ibu-ibu kita happy tersenyum sampai telinga. Hee~ Ibu mana je yang tak pernah berangan memiliki barang satu dua produk Tefal ni lagi-lagi bila dijadikan hadiah dari orang yang tersayang.

tEFAL mURAH kL


Rangkaian produk Tefal Everyday Cooking ini diperbuat daripada lapisan titanium yang menjadikan ia peralatan memasak tidak melekat semasa memasak. Terkenal dengan teknologi Thermo-signal yang dapat menunjukkan suhu yang sesuai untuk memulakan proses memasak. Pemegang yang bersifat ergonomik memastikan proses memasak lebih selamat. Apa yang menariknya, ia selamat digunakan pada semua jenis dapur memasak.

Maklumat lanjut, klik sini.


JEAN Mini Handbag – Christy Ng ( RM 129.00 )


Ini pun cantikkkkkkkkkk !! Hahahaha~ Silap silap nanti bukan beli untuk ibu tapi terbeli untuk diri sendiri. Tak pun, beli satu untuk ibu dan satu untuk diri sendiri. Kan ?


vivy-yusof

Beg tangan jenama Christy Ng yang berstruktur ringan dengan pangkal rata untuk memudahkan beg tangan ini berdiri tegak bila diletak dipelbagai permukaan. Serba guna, Jean Mini Bag ini dilengkapi dengan poket kecil pada belah dalam, pemegang dan juga tali bahu yang boleh di sepadankan dengan fesyen.

Maklumat lanjut, klik sini.


LĂ“ccitane Holiday Edition All Things Cherry ( RM 198.00 )


Wanita mana yang tak suka dengan bauan wangi ? Dah tentu ibu-ibu kita pun suka. Kan ? Nah !! Sesuai untuk dijadikan hadiah untuk ibu, bauan Cherry Blossom yang boleh mengubah mood tak baik kepada baik – sekali gus. Hahahah~

Serum Murah


Wanita kan selalu ada mood swing.Dalam satu kotak ni ada Cherry Blossom Shower Gel, Cherry Blossom Shimmering Lotion, Cherry Blossom Prefumed Soap, Cherry Blossom Eau de Toilette dan juga Cherry Blossom Hand Cream.

Maklumat lanjut, klik sini.

Haih--
Kalau ini lah semua dijadikan hadiah untuk ibu-ibu kita, korang akan nampak senyuman lebar dari telinga ke telinga bila mereka terima hadiah ini. Silap-silap, bukan ibu je suka – korang pun terbeli sama untuk diri sendiri.

Tak lah !!
Tak salah pun. Apa salah nya beli dua. Kan ?


LOVE ;
ATIE ADNAN


1 comment: