17 April 2021

BINA BISNES BERJAYA – EDISI KHAS NAK MULA BERNIAGA 2021

Zaman serba memerlukan kita cari duit lebih untuk menampung keperluan hidup sehari-hari memberi peluang kepada semua orang memulakan langkah pertama menjalankan perniagaan. Bukan sekadar membina empayar, sekali lagi Richwors memberi peluang khusus buat mereka yang mahu lebih berjaya dalam bidang perniagaan.


Mentor Bisnes
Edisi Khas Nak Mula Berniaga 2021 membuka peluang kepada 1,000 usahawan menyertai program yang akan dijalankan secara virtual pada 23hb April hingga 25hb April 2021 nanti.


BINA BISNES BERJAYA



Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Radz Mohd berkata, sebenarnya banyak peluang yang ada untuk jana pendapatan dalam era digitalisasi ini dengan ramai orang meluangkan banyak masa secara online seperti media sosial. Bagaimanapun katanya, sebahagian usahawan juga tidak tahu cara untuk mula berniaga dengan betul menyebabkan tak mendapat hasil seperti diharapkan.



“Ada segelintir daripada mereka ini hanya mula bisnes sebab terikut kawan ataupun 
nak keuntungan cepat yang akhirnya buatkan ia tidak bertahan lama. Sebab itu, 
ada yang tukar-tukar bisnes macam tukar baju. Tapi semua ini dapat diubah jika 
kita mula berniaga dengan asas dan prinsip yang betul bagi seseorang usahawan itu 
dapat menghasilkan jualan dari ratusan, ribuan, hingga ratusan ribu ringgit, insyaAllah,” 
Radz Mohd ; Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks)



Kelas Dr. Azizan OSman
RichWorks juga membawakan secara langsung pelancaran ini menerusi Facebook Page, YouTube dan Instagram Azizan Osman dengan pelbagai aktiviti dan perkongsian usahawan selama 8 jam secara terus-menerus tanpa henti. Pelancaran ini juga bersempena dengan Inner Circle Meeting (ICM) dihadiri lebih 300 ahli Titanium berada di bawah program permentoran RichWorks bersama Mentor Keusahawanan dan Pakar Pemasaran No 1 Asia, Datuk Wira Dr Azizan Osman yang diadakan dengan kebenaran pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).


Sebagai syarikat penganjur acara dan seminar terbesar dalam keusahawanan dan pemasaran di negara yang diasaskan Azizan sejak 2008 telah melatih dan membimbing lebih 1.1 juta orang dalam pelbagai industri di dalam dan luar negara yang mana pada tahun lalu saja, 777 usahawan PKS yang dibimbing dalam program mentoring Spire dan Titanium berjaya menjana jualan melebihi RM2 bilion. Tambahnya, RichWorks nak melatih dan bimbing lebih ramai orang untuk dapat membina bisnes yang berjaya di mana pun tahap mereka berada, baru bermula, berkembang dan nak meluaskan lagi bisnes berdasarkan pengalaman dan ilmu yang terbukti berhasil melahirkan ramai usahawan berjaya sejak ditubuhkan hampir 13 tahun lalu.



“Semua orang sebenarnya boleh berjaya dalam bisnes jika adanya formula MESTI. 
MESTI ini bermaksud mentor, ‘elmu’, sistem, tindakan dan impian. MESTI ini jika 
diikuti sepenuhnya boleh elakkan usahawan itu daripada melakukan kesilapan-kesilapan 
yang boleh melambatkan kejayaan malah lebih teruk menyebabkan 
bisnes mereka melingkup,” jelasnya.




PENGASAS DAN PENGERUSI, RICHWORKS INTERNATIONAL


Datuk Wira Dr. Azizan Osman adalah seorang individu yang memulakan karier hidupnya secara sederhana dan kini diiktiraf sebagai jurulatih bertaraf dunia oleh International Coach Guild (ICG) dalam bidang perniagaan, pemasaran, kepimpinan dan penguasaan potensi diri. Beliau memiliki keupayaan luar biasa yang dapat mempengaruhi perubahan positif seseorang individu untuk menghasilkan kerja terbaik serta menjadi team yang efektif dan luar biasa.


Sejak 2008, Datuk Wira Dr. Azizan Osman telah membantu lebih daripada 700 ribu peserta menerusi program yang dianjurkan secara langsung melalui Richworks International, syarikat yang diterajui beliau sebagai Pengasas dan Pengerusi RichWorks International. Beliau telah membantu ribuan usahawan dan jutawan untuk berjaya melalui strategi dan formulanya yang praktikal, mudah dan terbukti berkesan.


Beliau juga telah menulis lebih daripada 10 buku mengenai perniagaan, pemasaran dan penguasaan potensi diri. Buku ‘Beat the Curve’ yang dikarang bersama Brian Tracy antara buku yang berjaya tersenarai sebagai buku terlaris di Amazon. Perkongsian di media sosial beliau juga turut menjangkau puluhan ribu orang setiap minggu, menjadikan beliau influencer yang dapat membantu ramai orang untuk merealisasikan potensi diri pada tahap tertinggi.


Sejak 2015, menerusi Program High Net Worth Coaching bersama kumpulan Titanium, Datuk Wira Dr. Azizan Osman telah memberikan bimbingan kepada lebih 700 usahawan jutawan cekal dalam perkembangan dan pertumbuhan perniagaan mereka yang luar biasa. Jumlah anggaran jualan tahunan untuk kumpulan usahawan ini telah mencecah RM1.5 bilion.


Bina Bisnes Berjaya

Sehubungan itu, Radz memberitahu, program Program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Mula Berniaga yang akan berlangsung pada 23 hingga 25 April nanti ditaja sepenuhnya RichWorks tanpa sebarang pembayaran perlu dibuat oleh para peserta. Bakal peserta cuma perlu membuat pendaftaran menerusi laman web di www.BinaBisnesBerjaya.com untuk menempahkan tiket untuk hadir program virtual online ini.

Atau, hubungi terus :
Richworks International Sdn. Bhd.
no. 77, Jalan Badminton 13/29,
Seksyen 13, 40100 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan

Hotline : +601632346866 ( Media Penghubung - Md Azrin Rosly )   |   +60126962965 ( Media Penghubung - Karini )

Email : azrin.richworks@gmail.com   |   karini@richworks.com.my   |   omkarini.rich@gmail.com



2 comments: