20 June 2022

TRANSFORMASI BUTIK SITI KHADIJAH DI AEON MALL SHAH ALAM MENAMPILKAN REKAAN MODEN DAN MEWAH

Tidak asing lagi sebagai pengeluar busana Muslimah dan telekung inovasi pertama di Malaysia sejak tahun 2009 kini, Siti Khadijah melengkapkan angka genap dengan pembukaan butik ke-40 di AEON Mall Shah Alam. Tampil berwajah baru dengan ruang jualan yang lebih luas, selesa dengan rekaan dalaman yang berkonsepkan moden serta mewah bagi menjamin keselesaan kepada pengunjung.


Siti Khadijah Shah Alam

Butik Siti Khadijah di Pusat Membeli Belah AEON Shah Alam dipilih sebagai perintis kepada konsep rekaan dalaman terkini kerana saiz ruang jualan dan variasi produknya yang terhad sebelum ini. Butik baharu yang berkonsepkan lebih moden dan mewah diharapkan dapat memberi pengalaman yang luar biasa buat para pelanggan SK.


Majlis pembukaan dan perasmian butik baharu berlangsung di Butik Siti Khadijah, Lot F - 4G. AEON Mall Shah Alam oleh Encik Mohammad Munzir Aminuddin ( Ketua Pegawai Eksekutif Siti Khadijah Sdn Bhd ) dan Puan Munirah Azmi ( Pengarah Bahagian Operasi, Pemasaran dan Sewaan, AEON Co ( M ) Bhd ) baru-baru ini.


Butik Siti Khadijah Shah Alam

"Sudah menjadi keutamaan SK untuk sentiasa berinovasi & memperbaiki mutu pengeluaran serta kenyamanan pelanggan dari masa ke semasa " kata Encik Mohammad Munzir Aminudin. 



KERJASAMA SK DAN UKM UNTUK KOLEKSI TERBAHARU 2023



SK juga akan mengembangkan perniagaan melalui pembukaan butik baharu lain yang lebih menarik dan segar bukan sahaja di Malaysia, malah ke seluruh dunia dengan menyediakan berkhidmatan dan produk yang terbaik.


Sri Kandi Siti Khadijah

Kombinasi warna korporat SK iaitu merah hati dengan pilihan warna emas dan rose gold menyerlahkan nilai SK yang meyakinkan. Istimewanya juga, butik ini yang dibuka pada tahun 2017 adalah butik pertama SK yang dibuka di pusat membeli belah AEON di Malaysia.


Masih menjadikan telekung sebagai subjek utama, namun SK tidak melepaskan peluang mempelbagaikan produk keluaran jenama mereka. Di butik SK, pelanggan juga boleh mendapatkan tudung, kasut, tas tangan, sarung lengan, anak tudung, sejadah dan juga set penjagaan kecantikan. Ya !! Sudah tentu halal dan berkualiti.


Harga Telekung Siti Khadijah

Kerja Kosong Siti Khadijah

Kualiti Telekung Siti Khadijah

Ada lebih 20 tona warna telekung boleh dipilih yang terdiri dari pelbagai tingkat harga yang nyatanya kesemua telekung dari SK sangat selesa dengan pembuatan yang teliti.

Telekung Siti Khadijah

Sinonim dengan kualiti produk yang dikeluarkan, SK juga menyediakan perkhidmatan membungkus hadiah dan pelanggan boleh memilih pelbagai corak kotak ataupun beg untuk dijadikan buah tangan kepada yang tersayang.

SK sangat berbesar hati mengumumkan pembukaan dua buah butik baharu lagi di Kulim, Kedah pada 1 Julai 2022 dan di Ampang Point. Kuala Lumpur pada 15 Julai 2022. Di samping itu, Hegira, sebuah jenama hijab di bawah payung Kumpulan Siti Khadijah akan melancarkan butik pertamanya di Pusat Membeli Belah AEON Kota Bharu pada 1 Julai 2022.


Blogger Malaysia

Untuk maklumat lanjut tentang perjalanan dan senarai koleksi Siti Khadijah, boleh terus ke :


LAMAN WEB  |  INSTAGRAM  |  FACEBOOK  |  SHOPEE


Jutaan tahniah buat kesemua team SK yang berjaya membuktikan perniagaan mampu berkembang dengan baik dan memberi manfaat kepada orang sekeliling terutamanya kepada pengguna.

No comments:

Post a Comment