Butik Chenta Lunar, Shah Alam - Lengkapi Gaya Di Hari Raya - Tak lengkap Raya tanpa busana indah. Kan ? Sama macam kakak, paling kurang biar sepasang ada simbolik kemenangan selepas sebulan berpuasa dan kali ini sempat kakak singgah ke butik Chenta Lunar yang tarletak di Seksyen 7, Shah Alam bagi melengkapi gaya kakak di Hari Raya.
Dalam usaha bangkit selepas pandemik, disamping mahu memberikan peluang kerjaya kepada orang ramai, nama “Lunar” itu sendiri mempunyai keperibadian ekpresif, mudah berbicara, bersosialisasi, kreatif dan menikmati hidup. Ini membuatkan Butik Chenta Lunar cepat dikenali orang ramai.
Selain itu, tempahan baju seperti baju nikah, baju majlis persandingan, baju bridesmaid, baju graduasi atau baju korporat juga boleh ditempah di sini. Butik Chenta Lunar mempunyai tenaga bagi melakar rekaan dan juga menjahit tempahan yang ditempah.
Bersempena hari raya yang bakal tiba, bagi yang membeli belah lebih RM 150.00 dan ke atas, tersedia free gift istimewa dari Butik Chenta Lunar.
PROMOSI HARI RAYA
Bermula 1 Ramadan, iaitu 23 Mac 2023 konsep baju raya Ibu & Anak akan dilancarkan dengan harga RM 150.00 ke bawah. Peluang yang tak datang baanyak kali dan ini adalah Langkah terbaik until berjimab cermat tapi tampil denna gaya trendy. Konsep “Mother Daughter Type” ini memberi kemudahan kepada para ibubapa untuk membeli baju raya sedondon di bawah satu bumbung.
Buat yang inginkan lebih glamor, perkhidmatan ‘on the spot request’ bagi pelanggan yang ingin menambah manik, lace atau sebagainya. Perkhidmatan ini jarang ditawarkan oleh butik lain, tapi inilah kelainan Butik Chenta Lunar.
No comments:
Post a Comment