29 August 2015

BERAPA KALI KORANG KENTUT DALAM SEHARI ? JOM !! SEMAK SINI !!

Eeeyyyeewww-- Ape plak cerita pasal kentut ni.. Hahahha~ Ala, kentut jek kot.. Korang tau ke cemana boleh terkentut ? Haa.. Mesti tak tau kan.. Kan ? Jom kakak ceritakan sedikit sebanyak pasal kentut, dan korang tergolong dalam kentut yang mana satu.. Hee~

1 : Kentut terdiri daripada kira-kira 59% nitrogen, 21% hidrogen, 9% karbon dioksida, metana 7% dan 4% oksigen.. Hanya kira-kira satu peratus daripada kentut mengandungi gas hidrogen sulfida dan merkaptan, yang mengandungi sulfur.. Sulfur adalah bahan yang membuatkan kentut berbau busuk..

2 : Kentut membuat bunyi kerana getaran rektum.. Kekuatan ini mungkin berbeza-beza bergantung kepada tekanan dan kekuatan otot sfinkter..

3 : Kenapa kentut berbau busuk ? Lebih banyak sulfur  dalam makanan yang anda makan, lebih dahsyat bau kentut anda.. Sesetengah makanan mengandungi sulfur yang lebih daripada yang lain, jadi sebab itulah bila anda makan benda-benda seperti kacang, kubis, keju, soda, dan telur boleh menyebabkan gas kentut yang dihasilkan berbau busuk !!

4 : Rata-rata orang menghasilkan kira-kira setengah liter kentut setiap hari, dan walaupun ramai wanita tidak akan mengaku, wanita kentut sama saja sekerap lelaki.. Malah, kajian telah membuktikan bahawa apabila lelaki dan wanita makan makanan yang sama, wanita cenderung untuk mempunyai gas kentut lebih pekat daripada lelaki.. Hahahaha~ Tetiba kakak rasa nak pengsan..

5 : Manusia biasanya kentut lebih dari 14 kali sehari secara purata..

6 : Jika seseorang kentut secara berterusan selama 6 tahun dan 9 bulan, mereka akan menghasilkan gas dengan tenaga yang sama dengan bom atom.. Hahahah~ Kalau korang nak cipta bom atom sendiri, kepam la kentut korang tu.. Perghhh-- Tak boleh imagine cane rupa bau dia nanti.. Menusuk !!

7 :  Sesetengah pakar berpendapat bahawa kentut adalah sebahagian daripada sistem pencernaan semulajadi anda, jadi  menahan kentut tidak akan memudaratkan anda.. Tetapi ada juga yang berpendapat menahan kentut boleh menyebabkan kembung, dan gejala tidak selesa yang lain, dan paling teruk, boleh menyebabkan buasir..

8 : Gas metana dan hidrogen yang dihasilkan oleh kentut sebenarnya boleh membuat gas kentut anda sangat mudah terbakar.. Inilah sebabnya mengapa sesetengah orang berfikir adalah satu helah pihak yang menyeronokkan untuk menahan kentut dan menghasilkan api dari gas kentut mereka tetapi ini sangat berbahaya !

9 : Anai-anai kentut lebih banyak daripada mana-mana haiwan lain, yang menghasilkan gas metana.. Menurut Agensi Perlindungan Alam Sekitar, “pelepasan Global metana kerana anai-anai dianggarkan antara 2 dan 22 Tg setahun, menjadikan mereka sumber semula jadi kedua terbesar pelepasan metana.. Metana dihasilkan dalam anai-anai sebagai sebahagian daripada proses pencernaan biasa , dan jumlah yang dihasilkan berbeza antara spesies..

10 : Kentut akan keluar secara semulajadi biarpun semasa anda sedang tidur.. Hahahah~ Kesian partner tido korang.. Buatnye la dia memang jenis telinga lintah, confirm terkejut dengar bunyik tembakan angin azimat korang tu..

Hahahaha~ Seriously.. Kakak tak terfikir pun semua ni cuma memang kelaku kakak, sape kentut kuat memang tak sopan atau lebih mesra dengan panggilan "kongaja !!" Dah la kentut kuat, berbau plak tu.. Hahahah~ Pengsan dowh !!


Kentut dan lega.. Hahahah~


Kentut halus tapi bau menyengat.. Pfffftttt-- Menikam jiwa !!


Dah kentut salahkan orang lain.. Hahahah~ Buruk perangai.l


Hubungkait kentut dan gelak.. Hahahah~ Peratikan kawan-kawan korang.. Mesti ade sorang kelaku gini..


Kentut ala-ala princess.. Hee~ Orang perempuan wajib praktikkan..


Kentut dalam selimut dan nikmati bau sensorang.. Hahahah~ 

Pecah perut kakak tume menaip ni.. Rahang pun sakit sebab ketawa.. Hahahah~ Korang dok dalam kategori kentut yang mana ?

Nak kentut, kentut jugak tapi biar sopan.. Hee~ Jangan nanti orang cakap.. 
"muka cantik / hensem tapi kentut bersepah.."



28 August 2015

12 IDEA SMALL OFFICE HOME OFFICE ( SOHO ) YANG MENARIK DAN PRAKTIKAL

Selain nak pergi melancong keliling dunia, kakak nak tambah lagi satu jek hajat dihati.. Hahahaha~ Tak banyak kan.. Satu jek..

10 tahun akan datang, kakak dan suami akan sama-sama kerja dari rumah.. Itu perancangan paling lewat laa.. Kalau ade keizinan dari Dia dan dipermudahkan urusan, maka, makin cepatlah kami kerja sari rumah.. Hee~ Syok ah 24 jam berkepit.. Dah macam belangkas plak..

Dah siap kerja tadi, kakak layan la gambar-gambar home office kat PINTEREST.COM.. Memang menggugat jiwa gak ah.. Gile feeling tengok satu-satu.. Nah !! Korang try plak.. Kot la jiwa kakak ni senipis kulit bawang.. Jiwa korang kental bak getah sekerap.. Hahaahah~




1 : Sumber Iilham depan mata.. Awwwww-- Sweetnye lahai !!


2 : Simple habis dah ha.. Okay hape ni.. Senang nak kemas..


3 : Ini memang style kakak !! Serabut-serabut.. Kusut-kusut.. Memang kakak suka !!


4 : Perghhhh-- Sejuk saujana mata.. Freshkan otak dengan pokok-pokok segar.. Gittew--


5 : Office family.. Office merangkap tempat buat kerja sekolah anak-anak.. Hee~


6 : Menitik air liur kakak !! THIS IS SOOOO ME !!


7 : Kakak ♥ pink !! Sambil nyanyi lagu Pinky and the Brain..


8 : Akan ade isu berebut tempat nanti.. Masing-masing nak duduk menghadap tingkap.. Hee~


9 : Meoww-- Cantiknye ko !!


10 : Alahai.. Kakak mencair perlahan-lahan..


11 : Huwaa-- Cantik siak !!


12 : Paling win dihati kakak !!

PATUT LA ORANG KATA..
BERANGAN ITU INDAH..

hee~

** nanti kita berandan laundry room plak ye.. hahahaha~


LOVE ;
ATIE ADNAN

27 August 2015

BANGKITKAN FUNGSI OTAK KANAN ANAK-ANAK

Kakak baru jugak praktikkan kelakuan menduga OTAK KANAN kat #CEOaiman.. Hee~ Mamat tu kalau nak bangun pagi, gi sekolah kemain la banyak songeh.. Antaranya :

  • man sakit perut, tak payah sekolah la.. please..
  • ayah.. tolonglah dukung man.. man tak larat..
  • man tak nak mandi air panas ( air suam ), man nak mandi air sejuk je.. ( ye.. kengkadan kelaku dia memang susah nak faham.. hahaha~ )
  • man tak nak air kosong, man nak air sirap.. ( sebab kaler merah dan sedikit meriah nak show off kat kengkawan.. )
  • man tak nak pakai kasut sekolah, ibu tolong la pakaikan..
Dan.. Banyak lagi.. Kalau sekadar cakap-cakap saje tak pe, ni disertai merengek dan tangisan sampai menitik airmata.. Sebak la konon.. 3 jam setengah jek kat sekolah kot.. Ceit !!

Dan kakak pun main la Google.. Terjumpa satu teknik ni, namanya TEKNIK JEPUN SHICHIDA METHODS.. Haa.. Nak eja pun dah macam sinchan.. 

Teknik ni melatih anak-anak berfikir menggunakan otak sebelah kanan dimana otak sebelah kanan ni sebenarnya lebih efektif berbanding otak kiri tapi kena sedikit latihan la.. Kalau kat Malaysia ni kakak tak tau la kat mana ade kelas khas untuk penggunaan otak kanan ni.. Cuma kakak ade la amalkan sikit-sikit kat rumah.. Dan ade orang kata, kelasnya mahal.. Opppsss--

OKAY.. kita tak payah pergi kelas mahal mahal tapi kita ada Google !!!! yeay !!!! hahahahaha~ nih kakak compile kan dari beberapa wikipedia dan parenting website untuk korang !! jeng !!! mudah btol keje sekarangkan..

dan !!! hampir kesemua teknik kat bawah nih kakak dah try kat #duanur..



1 : BERCAKAP SEWAKTU ANAK TIDUR-TIDUR AYAM

  • waktu kita hampir nak lena sebenarnya otak kanan kita tengah aktif bekerja.. Time tu otak kiri dah lama lena dah.. Hee~ 
  • masa anak baru nak lelap lelap tu., cakap kat dia sepenuh hati dan perasaan yang kita sayang kat dia, dia budak pandai, anak soleh, budak baik.. Tak kisah la ayat bunga ape yang keluar janji ayat tu POSITIF..
  • buat seikhlas hati.. jangan time tengah marah.. kalau tengah marah ; TAK JADI !!
  • kalau anak dah terlelap-lena time korang tengah bercakap tu,  picit-picit la kaki dia ke.. Tangan dia ke biar dia kembali berada dalam keadaan separa sedar..
  • UNTUK AIMAN : sebelum tidur, kadang-kadang aiman tidur dengan ayahnye.. Kalau dia tidur dengan kakak, kaka memang akan cakap kat dia "aiman budak baikkan ? Budak baik kena dengar cakap ibu dengan ayah.. Bangun pagi tak boleh menangis.. Aiman suka pergi sekolah sebab nak belajr rajin-rajin nanti boleh jaga ibu, ayah dengan adik.."
  • HASIL ? : YA !! Positif dan berjaya !!

2 : GUNAKAN FLASHCARD

  • aiman dah besar, dah dapat eja 3 - 4 sukukata.. Cuma part ni kakak tekankan untuk #CEOaina.. Haa.. Tapi minah ni lagi cepat belajar.. Bila main flashcard dengan dia, selalu kakak giveup.. Hahaha~
  • Tapi korang boleh try la gunakan teknik flashcard nih.. Seminggu seklai dah cukup.. Buat card banyak-banyak dan tunjuk kat naak-anak.. 
  • TEKNIK : Lagi laju lagi bagus.. Hahahah~
  • Bila kita tunjukkan kad laju-laju, secara otometik otak kanan akan bekerja keras untuk tangkap benda yang kita tunjuk..
  • Boleh rujuk PINTEREST.COM untuk DIY flashcard.. Hee..

3 : AKTIFKAN GERAK KERJA TANGAN

  • Ajar anak-anak main tanah liat, main water colour, melukis, gunting kertas, main lego..
  • Fuff-- bila sebut aje pun dah terbayang betapa penat nak mengemas nanti kan ? Hahahah~ Layan jek..
  • Nak tau kenapa orang Cina dan Jepun pandai-pandai belaka ? Sebab dorang makan guna chopstick dan chopstick mengaktifkan kerja tangan dan dalam masa yang sama menggerakkan otak kanan..

4 : JANGAN MARAH-MARAH

  • Anak-anak boleh simpan semua data percakapan dan perlakuan kita kat dalam otak belah kiri..
  • Jadik.. Kalau termarah ke terjerit-jerit ke, berbalik kepada cara NOMBOR 1 tadi.. Mintak maaf sebelum dia lena..

5 : SAMBUNG CERITA

  • Ini memang aktiviti kami anak-beranak haa.. Syok sebab dorang akan merepek ikut imaginasi dorang.. Ade Ultraman la, Hagemaru la, Upin Ipin la.. Mana dan yangl lau kat otak dorang la.. Hahaha~ Cute tau !!
  • Korang start dengan cerita, then suruh anak-anak sambungkan.. Ye.. Memang akan jafdik merepek tapi biasa la.. Kita dah tua ni pun selalu merepek.. Kan ?

6 : MAIN TEKA-TEKI

  • Jangan korang tarah teka teki dalam bentuk lisan, memang sampai kesudah, korang tanya, korang jawab la.. Hee~
  • TAPI.. Gunakan kreativiti korang main teka teki dalam kotak atau dalam bentuk menyorok barang..
  • CONTOH : Letak satu barang dalam kotak then korang minta anak teka apa benda tu.. Mula-mula games tu korang boleh la bagi option macam bagitau hint warna ke, bentuk ke, kat mana boleh beli ke..
  • Lama-lama nanti dorang sendiri boleh mengasuh sixth sense dorang dengan konsentrasi pada benda dalam kotak tu..
  • Haa.. Tu sume menggerak kerjakan otak kanan la tu..

TAPI INGAT !!

Semua game tu korang boleh main dengan dorang dalam tempoh 30 minit SAHAJA.. SAHAJA tau.. Kalau lebih, korang akan saksikan anak-anak mula bikin pernagai sebab bosan.. Hahaha~

SEBELUM :

Sebelum korang layan anak-anak main games nih, korang kena chill, tarik nafas dalam-dalam dan paling penting relax.. Tak boleh la dalam keadaan memasak ke, mengemas rumah ke, membasuh ke.. Kalau boleh dalam tempoh 30 minit tu korang jadikan "QUALITY TIME" untuk anak-anak..


26 August 2015

KESAN DAN TINDAKBALAS BAHAN KIMIA PADA TUBUH BADAN KITA


Mesti tak pernah tengokkan kakak buat entri pasal tiga beradik nih.. Basic H organic Cleaning Concentrate, Fresh Laundry Concentrate Powder dan Dish Wash Concentrate.. Kalau korang ade alahan yang tak boleh main dengan bahan kimia, YA !! 'mereka' ni adalah kawan terbaik korang..

SEBAB APA ?
  • tidak bertoksik
  • tanpa gas beracun
  • tanpa bahan kimia merbahaya
  • tanpa bahan pewangi
  • sangat lembut pada tangan
  • pH yang seimbang
  • tanpa klorin
  • mesra alam
  • bertahan sehingga 3 - 5 bulan
    Ye !! Produk Shaklee ni tak de bau tapi korang tau tak yang produk pencuci lain yang sellau ade kat pasaran tu yang wangi-wangi tu kebanyakkannya mengandungi CARCINOGEN yang merupakan punca terjadinya kanser !!


WAH !! Mesti tak percayakan kebanyakkan kemunculan pelbagai penyakit pelik-pelik ni adalah berpunca dari sekeliling kita dan antarana berpunca daripada bahan-bahan pencuci, sabun, syampu yang kita gunakan hari-hari..

Linear sulfonates alkil natrium (LAS) atau 'surfaktan anionik, karsinogenik, toksin pembiakan Petroleum Sulingan, karsinogenik, menyebabkan kerosakan paru-paru, radang paru-paru dan kerosakan kepada membran mukus.. Fenol, toksik kepada sistem saraf pusat, jantung, saluran darah, paru-paru dan buah pinggang.. Sodium hipoklorit ( isi rumah peluntur ) : 
  • Apabila ia bertindak balas dengan bahan-bahan organik dalam alam sekitar, sebatian karsinogenik dan toksik yang dicipta daripada yang boleh menyebabkan pembiakan, endokrin dan gangguan sistem imun..
Kakak bukan cerita pasal ia adalah "Shaklee", tapi ianya demi kesejahteraan diri, keluarga dan alam sekitar.. Hee~ #kohado ?

Eh !! Bukan kakak jek tau yang guna tiga beradik nih.. Ha.. Tengok sini--lah !!





TIGA BERADIK nih dah masuk Oprah Show..
#kohado ?
hahaha~

 

LOVE ;


25 August 2015

KENAPA SHAKLEE MENJADI PILIHAN WALAUPUN TERDAPAT LAMBAKAN PRODUK DI PASARAN


Haa.. Jangan terkejut bila tengok gambar tu sebab memang Shaklee adalah Supplement Terbaik di dunia.. Hee~ Kakak overclaimed lagik !! Sila menyampah..


Kita yang hari-hari makan supplement ni, nak la kesan yang terbaikkan tapi kenapa la hati ni dekat sangat dengan Shaklee.. Kan ? Ape tah yang bangus sangat tu..



Kat atas tu keratan dari Majalan National Geographic, Shaklee empower peserta Polar Expedition ke Kutub Utara pada tahun 1986.. Woah-- Kakak pun tak lahir lagik masa tu.. Tengah dok joget-joget kat dalam perut mak.. Hee~



Dengan suhu -60 darjah celcius bawah paras beku.. Ye.. Bawah paras beku ye dorang dok ber--ekspedisi tapi kekal bertenaga dan berjaya meneruskan perjalanan..



Tengok !! Bukan calang-calang Shaklee ni kan.. Pffftttt-- Bangga !!







LOVE ;


24 August 2015

7 ZIKIR PEMBUKA PINTU REZEKI

Aku dah usaha dah ni tapi apsal tiap kali aku meniaga mesti tak lama.. Ada tu tak untung pun.. Kalau betul rezeki tu dari Dia, kenapalah susah sangat aku nak merasa senang ?


Bukan semua jenis perniagaan akan menghasilkan 'bunga yang wangi', adakala perlu berhadapan dengan pelbagai situasi yang menduga ketabahan dan keimanan.. Hee~ Masa kakak jenjalan Fanpage, kaka terjumpa ni.. Tak tau siapa pemilik nukilan yang asal sebab ada remark : #kopipes.. Hee~ Hashtag menjadi medan interaksi ko..


1 : Memperbanyakkan membaca – La hawla Wala Quwwata Illa billah :

"Barangsiapa yang lambat datang Rezekinya hendaklah banyak mengucapkan
La hawla Wala Quwwata Illa billah"
( HR. At- Tabrani )

2 : Membaca – La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin :

"Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi Keamanan dari Kefakiran dan menjadi Penenteram dari rasa Takut dalam Kubur"

( HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami )

3 : Membaca – Subhanallah wabihamdihi :

"Subhanallahil adziim.. dari setiap Kalimat itu seorang MALAIKAT yang BERTASBIH kepada ALLAH Ta’ala sampai hari Kiamat yang Pahala Tasbihnya itu diberikan Untukmu.."

( HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat )

4 : Membaca Surah Al-IKHLAS :

"Barangsiapa membaca Surat AlIkhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya"

( HR. AtTabrani )

5 : Membaca Surah Al-WAQIA’AH :



"Barangsiapa membaca surat Al-Waqiaah setiap malam.. maka TIDAK akan ditimpa
kesempitan hidup” 

( HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman )

6 : Memperbanyak SELAWAT KEATAS NABI :

"Dari Umar bin Khaththab dari Nabi Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda
bersabda : barangsiapa berselawat kepadaku satu kali selawat maka ALLAH akan membalas sepuluh kali selawat dan mengangkatnya sepuluh DARJAT.."

( Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaibah al-Bazzar Ibnu Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul )

7 : Melazimkan BERISTIGHAFAR :

"Barangsiapa melazimkan beristighfar nescaya ALLAH akan mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan rezki dari arah yang tidak diduga-duga” 

( HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah )

Sudah puas berusaha ? Teruslah bertawakkal kepada Dia, sesungguhnya kesempurnaan jalan cerita adalah dari Dia.. 

MILIKI VITALEA SECARA PERCUMA !!
TERTAKLUK PADA TERMA DAN SYARAT SAHAJA..

WHATSAPP KAKAK DENGAN KOD..
"KAK !! NAK VITALEA FREE BOLEH ?"

DAN HANTAR KE..
017 3091865..




21 August 2015

KESAN MARIJUANA DALAM PERUBATAN MODEN




Perkataan GANJA berasal dari bahasa Sanskrit yang memberi maksud "resin / getah dari pokok berserabut" dan merujuk kepada daun, batang, bunga dan biji benih kepada pokok Kanabis itu sendiri yang mengandungi resin dan selalunya dikeringkan sebelim digunakan.. Kebiasaannya ganja berwarna kehijauan hingga menjadi keperangan dengan bau yang tengit dan boleh dimakan atau dihisap..


Kesan daripada pnegambilan ganja bolehdirasai dalam 10 minit yang pertama jika dihisap manakala sekiranya dimakan seseorang itu boleh berkhayal selama dua jam setengah atau lebih..

KIMIA DAN KESAN KEPADA NEURON

Bahan kimia psikoaktif utama dalam marijuana ialah delta 9 tetrahydrocannibinol ( THC ) dan ganja juga mengandungi banyak cannabinoid lain yang berkaitan dengan THC.. THC bersifat lilpofilik ( lilpophilic ) dan disimpan dalam lemak badan dan ini adalah antara sebab mengapa pengguna ganja kurang mengalami simptom tarikan ( withdrawal ).. THC mengambil masa berminggu minggu untuk keluar dari badan manusia dan mengikat pada reseptor CB1 yang dijumpai di beberapa bahagian badan..

CB1 banyak terdapat di ganglia basal dan sistem limbik ( sekumpulan struktur otak, termasuk amigdala, hipokamus dan hipotalamus yang berkaitan dengan aktiviti seperti autonomi, emosi, dan tingkah laku ), selain ditemui di serebelum, dan sistem pembiakan manusia..
Reseptor CB2 pula dijumpai dalam zon peralihan limpa dan tiada reseptor CB2 dalam sistem saraf pusat ( CNS ). Apa yang menarik ialah jika dadah menjadikan CB2 sebagai sasaran, sudah pastilah penggunaan ganja dalam perubatan tidak mendatangkan kesan kesan psikotropik.. Tiada reseptor CB dijumpai dalam medula, bahagian otak yang mengawal pernafasan dan fungsi jantung.. Kekurangan reseptor CB di medula adalah punca mengapa pengguna ganja tidak mudah mati jika terlebih dos.. 
Neil Goodman menyebut,
Both subtypes ( CB1 and CB2 ) belong to the seven transmembrane spannir receptor family with a seven a-helices spanning the cell membrane. The intracellular loops of the receptor protein are involved with the G-proteins responsible for the transduction of the intercellular signal. This G-protein-coupled receptor causes the inhibition of the enzymatic activity of adenylate cyclase responsible for the production of cyclic adenosine monophosphate (cAMP) in the cell.
[ Neil Goodman, 2003, erowid.org ] 

STATUS UNDANG-UNDANG
Sejak awal abad ke-20, kebanyakan negara telah mengharamkan penanaman, pemilikan atau pemindahan ganja namun terdapat banyak juga kawasan di mana hukuman pemilikan kuantiti kecil ganja tidaklah besar, hanya sekadar denda berbanding penjara, dan memfokus pada pengedaran dadah tersebut di pasaran gelap..
Pada Disember 2013, Uruguay menjadi negara pertama yang membenarkan penanaman, penjualan dan penggunaan ganja secara terbuka..

DOS

Dos pengambilan adalah berdasarkan kajian saintifik, penerbitan, penggunaan tradisional, atau pendapat pakar kerana banyak herba dan makanan tambahan tidak diuji dengan rapi, dan keselamatan dan keberkesanan tidak boleh dibuktikan.. Jenama boleh dibuat secara berbeza, dengan bahan-bahan diubah, walaupun dalam jenama yang sama tetapi dos yang sepatutnya diambil mungkin tidak digunapakai bagi semua produk.. Anda sebagai penggunan perlu membaca label produk, dan membincangkan dos dengan pembekal penjagaan kesihatan yang berkelayakan sebelum memulakan terapi..


KESELAMATAN

Tidak ada jaminan kekuatan, kesucian atau keselamatan produk, dan kesan-kesan mungkin berbeza-beza.. Anda harus sentiasa membaca label produk.. Jika anda mempunyai keadaan perubatan atau sedang mengambil ubat-ubatan lain, herba, atau makanan tambahan, anda harus berjumpa dan bertanya kepada pembekal ataupun pakar penjagaan kesihatan yang berkelayakan sebelum memulakan terapi baru.. Berunding dengan pembekal penjagaan kesihatan dengan segera jika anda mengalami kesan sampingan..

ALAHAN

Elakkan jika alahan atau sensitif kepada cannabinoids atau tumbuh-tumbuhan daripada keluarga Cannabaceae seperti asma, gatal-gatal, mata merah jambu, dan hidung berair atau tersumbat dan laporkan dengan segera di klinik berhampiran..

KESAN-KESAN SAMPINGAN
  • Gunakan dengan berhati-hati pada orang yang mempunyai atau mempunyai risiko penyakit jantung kerana ganja boleh menyebabkan degupan jantung yang tidak normal, aliran darah terganggu dengan organ-organ ( buah pinggang, limpa ), serangan jantung, dan kegagalan jantung..


  • Cannabinoids mungkin selamat apabila digunakan untuk keadaan tertentu pada dos yang disyorkan untuk jumlah yang disyorkan masa..
  • Kesan-kesan sampingan yang kebanyakannya dikaitkan dengan THC, bahan aktif dalam Cannabis sativa.. Pening dan loya adalah kesan sampingan yang biasa.. Marijuana mungkin mempunyai kesan pada hampir setiap sistem organ dalam badan, termasuk pusat saraf, jantung, endokrin dan sistem imun..
  • Gunakan dengan berhati-hati dengan alkohol.. Menggabungkan alkohol dan CBD boleh menyebabkan tahap alkohol dalam darah dengan ketara rendah berbanding dengan alkohol sahaja, walaupun kesan yang sama mungkin berlaku..
  • Marijuana boleh meningkatkan risiko pendarahan.. AWAS !! dinasihatkan pada orang dengan gangguan pendarahan atau mereka yang mengambil ubat-ubatan yang boleh meningkatkan risiko pendarahan..
  • Marijuana boleh menjejaskan tahap gula dalam darah.. AWAS !! dinasihatkan kepada pesakit diabetes atau bermasalah dengan kandungan gula dalam darah, dan mereka yang mengambil ubat-ubatan, herba, atau makanan tambahan yang memberi kesan kepada gula dalam darah.. 
  • Ganja boleh menyebabkan tekanan darah rendah.. AWAS !! dinasihatkan dalam orang-orang yang mempunyai penyakit tekanan darah atau ubat-ubatan mengambil atau herba dan makanan tambahan yang merendahkan tekanan darah..
  • Gunakan dengan berhati-hati pada orang yang mempunyai penyakit hati atau yang menggunakan agen toksik kepada hati..
  • Gunakan dengan berhati-hati pada orang yang mengambil barbiturat, antipyrine, atau sistem saraf utama ( CNS ) depressants..
  • Ganja boleh mengganggu cara tubuh memproses ejen tertentu menggunakan cytochrome P450 sistem enzim hati ini.. Hasilnya, tahap ejen-ejen ini boleh meningkat dalam darah dan boleh menyebabkan peningkatan kesan atau tindakbalas yang serius.. Orang yang menggunakan mana-mana ubat-ubatan perlu menyemak sisip bungkusan dan bercakap dengan profesional penjagaan kesihatan yang layak, termasuk ahli farmasi, kira-kira interaksi mungkin.
  • Gunakan dengan berhati-hati pada orang yang pada terapi estrogen..
  • Gunakan dengan berhati-hati pada orang yang mempunyai gangguan imun atau mereka ejen mengambil yang mungkin memberi kesan kepada sistem imun..
  • Gunakan dengan berhati-hati pada orang yang mengambil ubat-p Glikoprotein yang dikawal selia..
  • Gunakan dengan berhati-hati pada orang yang mempunyai sejarah penyalahgunaan dadah atau ketagihan.. Marijuana mungkin ketagihan..
  • Gunakan dengan berhati-hati pada orang yang mempunyai atau berisiko masalah mata kerana ganja boleh menyebabkan masalah mata dan mata kering, dan ia mungkin meningkatkan tekanan mata..
  • Gunakan dengan berhati-hati apabila memakan makanan atau makanan tambahan yang mengandungi benih ganja atau minyak kerana produk-produk ini mungkin mengandungi tahap yang tinggi THC yang boleh mencetuskan skrin dadah yang positif..
  • Gunakan dengan berhati-hati pada orang yang berisiko penyitaan atau mereka yang menggunakan dadah antiseizure kerana ganja boleh menyebabkan sawan..
  • Gunakan dengan berhati-hati pada orang yang mempunyai masalah pembelajaran atau gangguan perhatian defisit hiperaktif-(ADHD) kerana ganja boleh menyebabkan masalah dengan perhatian, pembelajaran, ingatan, organisasi, perancangan, penyelesaian masalah, dan fungsi otak yang lain..
  • Gunakan dengan berhati-hati dalam orang pada risiko masalah kulit kerana ganja boleh menyebabkan gatal-gatal, patch dalam mulut, dan gatal-gatal kulit..
  • Gunakan dengan berhati-hati pada orang dengan gangguan perut kerana ganja boleh menyebabkan masalah perut seperti rasa yang tidak selesa, pedih atau bengkak lidah, cirit-birit, mulut kering, peningkatan selera makan, pencernaan, ulser mulut, mual, sakit, dan muntah..
  • Gunakan dengan berhati-hati pada orang yang mempunyai atau berisiko gangguan muskuloskeletal kerana ganja boleh menyebabkan masalah tulang, peningkatan risiko kesan sampingan yang dikaitkan dengan otot atau gangguan tisu perantara, jatuh, masalah otot (sakit, bergerak-gerak, atau kelemahan), kebas, berulang dalam sklerosis berbilang, penyelarasan dikurangkan, kegelisahan, dan gangguan pertuturan..
  • Mengantuk atau ubat pelali mungkin berlaku jadi berhati-hati jika memandu atau mengendalikan jentera berat..
  • Gunakan dengan berhati-hati dalam semua orang sihat yang tidak mengambil sebarang ubat-ubatan kerana ganja boleh menyebabkan kekeliruan, pening, sakit kepala, keletihan, rasa mabuk, ringan, dan perhatian dikurangkan..
  • Gunakan dengan berhati-hati pada orang yang mempunyai atau berisiko masalah telinga kerana ganja boleh menyebabkan masalah telinga..
  • Elakkan pada wanita yang hamil, menyusu, atau cuba untuk hamil kerana marijuana mungkin mempunyai risiko yang serius dan boleh menyebabkan berat lahir yang rendah atau kecacatan pada bayi..
  • Elakkan penggunaan jangka panjang pada orang yang mempunyai atau berisiko masalah paru-paru seperti asma atau bissinosis ( penyakit yang disebabkan oleh debu bernafas ) kerana ganja boleh menyebabkan bronkitis, batuk, sista paru-paru, kahak, ketumpatan paru-paru dikurangkan dan semput..

  • Elakkan menggunakan produk ganja yang telah diperolehi secara tidak sah kerana produk-produk ini mungkin mengandungi bahan-bahan yang tidak diketahui dan mungkin berbahaya, seperti PCP penenang haiwan..

  • Elakkan menyedut ganja, disebabkan oleh peningkatan risiko kanser paru-paru, emfisema (penyakit paru-paru kronik), dan pneumothorax spontan..

  • Elakkan suntikan ganja ke dalam urat kerana cannabis sativa mungkin mengandungi toksik..

  • Elakkan menggunakan pada kanak-kanak atau remaja kerana marijuana boleh menjejaskan perkembangan otak pada anak-anak..

  • Elakkan menggunakan pada orang yang mempunyai atau berisiko penyakit mental kerana ganja boleh menyebabkan keresahan dan gejala psikotik-suka.. Ia juga boleh meningkatkan risiko pencerobohan, gangguan bipolar, khayalan, kemurungan, halusinasi, kekurangan tenaga atau motivasi, dan pemikiran membunuh diri..

  • Elakkan menggunakan sebelum memandu kenderaan bermotor kerana marijuana boleh meningkatkan risiko perlanggaran, dan apabila digabungkan dengan alkohol, ia boleh menjejaskan kecerdasan dan prestasi memandu..

  • Marijuana juga boleh menyebabkan tergesa-gesa darah atau pening apabila berdiri, terasa sepertis terbakar, ganja arteritis ( mengurangkan aliran darah ke kaki dan kaki ), perubahan dalam struktur otak, perubahan dalam kromosom, perubahan dalam fungsi erektil, perubahan dalam kualiti hidup, kekeliruan, detasmen dari persekitaran, kesukaran menumpukan perhatian, dysphoria ( perasaan tidak puas hati atau tidak sihat ), keghairahan ( rasa kebahagiaan atau kesejahteraan ), kealpaan, serak, peningkatan risiko kanser lelaki, masalah hati ( kerosakan, gangguan, atau keracunan ), panik, pemikiran paranoid , masalah dengan pergerakan usus, masalah psikiatri, air liur yang berkurangan, pengeluaran sperma berkurangan, tingkah laku berisiko ( seks tanpa perlindungan ), tiba-tiba perut tidak selesa, berpeluh, dahaga, kerengsaan tekak, jangkitan saluran kencing, dan berat badan..

METODOLOGI

Maklumat ini adalah berdasarkan kepada kajian semula sistematik kesusasteraan saintifik dan rakam-semula dan disunting oleh penyumbang kepada Kerjasama Penyelidikan Standard Asli