28 July 2017

KAT MANA NAK COPY LINK KALAU BUKA FACEBOOK DARI DESKTOP ?

yehaaa !! kerumitan ni kakak dah alami.. sakit hati kot sebab memang keje ngko perlukan ko standby segala jenis URL untuk ko copy - paste.. hee~ tak tau ? ye.. kakak tak tau tapi lepas tekan sana sini baru tau sudah kat mana nak copy link kalau buka facebook dari desktop..


rupanya tak de la susah mana pun cuma TAK tahu jek..

permasalahan ni selalu berlaku ** ayat kakak !! hahahah~ ** bila ko masukkan gambar banyak banyak lepas tu tak jumpa tempat nak copy link.. sebab.. bila korang klik 1 gambar, dia hanya akan keluar link gambar tu jek la.. bukan keseluruhan status tu..

bila dah log in kat korang punya akaun facebook, boleh la menggagai mana yang korang nak tapi bila sampai masa nak carik link tu.. pergi sini..

nampak tangan merah tu ?
haa.. korang g klik dekat masa korang post kan gambar atau status korang tu.. nanti dia akan ada satu line warna kelabu.. KLIK situ.. sebab memang tak de tempat lain dah untuk korang dapatkan link tu.. KLIK jek.. tau..

nanti akan keluar camni..


tadaa-- tu nampak link kat atas tu ? dah boleh la nak copy lepas tu paste mana-mana ke.. ikut suka korang la.. 

okay tak ?
faham tak ?
jelas tak ?
boleh buat sendiri tak ? hee~

27 July 2017

SET SERUM PERTAMA DI MALAYSIA YANG BEBAS MERKURI

lambakan kelengkapan mekap yang ada kat pasaran membuatkan kita tak tau nak pilih mana satu yang terbaik.. al-maklum lah, perang harga dari pelbagai sudut membuatkan kita mempertaruhkan duit dan kecantikan asal.. tapi !! korang tau tak disebalik barang mekap korang, SERUM juga sangat penting ? nah !! kakak belanja produk terbaru dari WOWSKIN Malaysia iaitu vitamin serum tanpa mercury dan hydroquinone..

umum tahu dan jelas, pelbagai kerosakan lapisan kulit bila kita tersalah memilih jenis alat kecantikan sehingga ada yang mengakibatkan kanser kulit.. ngeri tapi itulah realiti yang masyarakat kita sedang hadapi..

set serum keluaran WOWSKIN Malaysia yang diasaskan oleh Tuan Muhammad Zukermi Bin Edi ini lengkap dengan vitamin A, B3, C, D dan E yang sangat penting untuk membentuk lapisan kulit dan kolagen baik bertujuan mencantikkan kulit.. wah !! semua jenis vitamin khusus untuk kulit ada dalam 2 botol ni tau..

KENAPA ADA DUA ?

untuk satu set ni, ada dua botol serum iaitu untuk kegunaan siang dan malam.. haa.. mesti pelik kan.. kenapa nak kena asingkan pula ? hee~ ini kerana vitamin B3, C dan E sangat diperlukan pada waktu siang disebabkan kulit kita lebih terdedah kepada sinaran matahari manakala vitamin A dan D pula lebih sesuai dijadikan rutin pada waktu malam sewaktu kulit kita mula bernafas dan nak berehat..

KANDUNGAN SERUM WOWSKIN

  • ·   VITAMIN B
    • Merawat radang kulit – jerawat / kemerahan
    • Meningkatkan ketahanan system imun kulit wajah
    • Mengehadkan penghasialan radikal bebas pada kulit
    • Kulit glowing secara semulajadi
  • ·   VITAMIN C
    • Membantu penghasilan kolagen secara semulajadi
    • Memperbaiki tekstur kulit
    • Memastikan kulit lembap dan lembut
  • ·   VITAMIN E
    • Memudarkan kesan gelap pada wajah dengan berkesan
    • Menegangkan kulit yang semakin kendur akibat factor penuaan
    • Membaikpulih kesan sunburn yang dialami akibat cuaca terik
  • ·   VITAMIN A
    • Melambatkan proses penuaan
    • Menjadikan kulit semakin lembut dan gebu
    • Memastikan kulit tidak kering
    • Mengurangkan kadar penghasilan sebum atau minyak pada wajah
  • ·   VITAMIN D
    • Mempercepatkan kadar penyembuhan dan pengeringan jerawat
    • Memastikan sel kulit sentiasa diperbaiki pada kadar optimum
    • Mengurangkan keradangan kulit yang sedang dialami

wah !! lengkap kan ? mana nak cari serum serba lengkap ni kalau bukan hanya dari WOWSKIN Malaysia je..

SERUM vs. TREND

ya.. masa kakak menaip ni, kakak ada tanya seorang MUA yang juga kawan baik kakak.. jom baca apa yang kakak borakkan dengan dia.. hee~


ni bukan kakak cakap ni, sebab memang kebanyakan MUA akan gunakan serum untuk mengekalkan mekap sehingga 8 jam lagi lagi bila event dari pagi hingga petang.. disamping mengekalkan mekap serum juga membantu mencantikkan kulit.. kira tak de apa yang terjejas kalau pakai mekap lama-lama pun.. kan ?

serum muka terbaik ? ya !! hanya dari WOWSKIN Malaysia !!

KAT MANA NAK BELI ?

untuk maklumat lanjut mengenai produk WOWSKIN ni, korang boleh lawati :

Laman Sesawang Rasmi : http://www.wowskin.my
Facebook page : WOWSKIN MALAYSIA
Instagram : @wowskin_malaysia
Cara Membuat Pesanan : 010 - 3130631

25 July 2017

PERBETULKAN IMEJ, PROTOKOL DAN GAYA BERPANDUKAN BUKU GAYA UNTUK BERJAYA

walaupun baju cantik-cantik penuh satu almari dan bermacam-macam majlis dah pergi, belum tentu gaya penampilan kita betul dan bersesuaian dengan tema.. hee~ kan ? dan sebab tu la korang kena dapatkan buku GAYA UNTUK BERJAYA untuk memantapkan lagi penampilan korang disamping membentuk keyakinan yang lebih tinggi..

PENULIS

Tuan Hafiz Mustapha atau lebih dikenali dengan nama CuteCarry berpengalaman menjadi seorang penceramah, perunding imej dan usahawan yang berpengalaman mengendalikan seminar IMEJ dan PEMBANGUNAN diri kepada berbelas ribu peserta dari seluruh negara.. wah !! tak pelik la buku yang terhasil ini sangat informatif dan bermanfaat.. rupanya banyak pengalaman ya.. hee~ kalau korang nak tau, Tuan Hafiz Mustapha juga merupakan Naib Presiden Federation of Image Profesionals Malaysia ( FIPI ) dan bekas Vice President ( Marketing ) Assosiation of Image Profesional Malaysia..

beliau penulis buku ; kakak penulis blog.. hee~
dan kini beliau menumpukan sepenuh masa membangunkan syarikatnya sendiri iaitu CuteCarry Sdn Bhd dan usahasama bersama rakan beliau, Super Stich yang memberi didikan khusus untuk mereka yang berminat dalam bidang menjahit manis..

GAYA UNTUK BERJAYA

buah tangan sulung ini merupakan buku lengkap yang menekankan aspek penampilan dan etika yang betul untuk memperbetulkan kesilapan atau kecuaian korang selama menghadiri pelbagai majlis.. buku compact ini menekankan 4 elemen imej iaitu :


siapa yang perlu mendapatkan naskah ini ? hee~ 

  • lelaki dan wanita yang ingin berjaya seiring dengan kerjaya
  • anda yang merasakan diri ZERO dalam bergaya
  • pemilik perniagaan agar tampil hebat menarik pelanggan
  • penjawat awam dan swasta yang ingin belajar tentang imej korporat dan kasual
  • mereka yang ragu-ragu tentang gaya
  • surirumah, pelajar dan pencari kerja
  • anda yang ingin meningkatkan imej dan motivasi diri
  • anda yang berminat menjadi seorang penceramah, stylist dan bidang-bidang yang berkaitan
  • sesiapa sahaja yang ingin berubah
antara 'tulang belakang' Tuan Hafiz Mustapha - upacara perasmian buku Gaya Untuk Berjaya..
Tuan Hafiz Mustapha juga menekankan 9 bab yang bakal mengubah hidup korang - kalau korang baca dan bertindak la.. hee~ kalau sekadar baca lepas tu tak buat pape, tak jugak berubah.. kan ?

  • BAB 1 : BERUBAH ATAU TIDAK
    • tips untuk korang lebih yakin dan berani untuk berubah
  • BAB 2 : ETIKA BERPAKAIAN
    • belajar tentang cara berpakaian untuk bertemu kerabat diraja sehingga menghadiri perbincangan kasual di kedai kopi
  • BAB 3 : AKSESORI
    •  tips pemilihan dan penggayaan aksesori yang sesuai dengan pakaian
  • BAB 4 : BENTUK BADAN
    • kenali bentuk badan dan pakaian yang sesuai
  • BAB 5 : RAMBUT DAN TUDUNG
    • potongan rambut dan gaya tudung yang sesuai ? em.. 
  • BAB 6 : KEBERSIHAN
    • badan dan mulut berbau ? yucks-- jom belajar memilih minyak wangi yang sesuai
  • BAB 7 : WARNA
    • apa pilihan warna yang sesuai dengan korang dan bagaimana nak menggayakan warna tersebut supaya tak nampak pelik.. hee~ ini menarik ni..
  • BAB 8 : PROTOKOL DNA ETIKA
    • lain negara, lain etika dari cara bersalam sehinggalah cara bergaul, semuanya akan diringkaskan sepadat yang mungkin
  • BAB 9 : KOMUNIKASI
    • terlalu banyak cabang komunikasi yang boleh diamalkan agar korang nampak hebat dikaca mata orang ramai !!
ini kakak share point yang kakak ringkas kan tapi kalau korang nak secara detail, kena la beli buku ni.. hee~ tak mahal pun.. cuma RM 50.00 dan korang boleh tolak semua kelas kelas image grooming yang berharga beribu-ribu ringgit tu..

untuk membuat pembelian buku Gaya Untuk Berjaya ni, korang boleh tekan link ni !!


dan, setiap pembelian buku ni, korang berpeluang memenangi seutas jam tangan Karl Lagerfeld !! cepat tau sebab cabutan bertuah akan dilakukan pada 30hb Ogos 2017 ni !! kakak memang tanak lepaskan peluang.. hee~ bukan senang nak dapat jam tangan eksklusif dari luar negara ni..


naskah ini kakak punya !! hee~
kalau korang nak intai intai stok ataupun terus membuat pembelian, maklumat kat bawah ni mungkin boleh membantu korang..

LAMAN SESAWANG :

FACEBOOK :

INSTAGRAM :

EMAIL :

WHATSAPP :
019 - 3376807

PEJABAT :
03  -894 06807

24 July 2017

JOM BERCUTI ADHOC KE SINGAPORE YANG AWESOME

yuhuu-- Singapore ? ehem.. bila sebut je pasal Singapore pasti semua tahu kan tapi !! kalau ada yang tak tau, nampak sangat Geografinya failed ! hee~ lebih-lebih sekarang Singapore ada Universal Studio Singapore atau orang panggil USS.. lagilah membuak-buak rasa nak pergi Singapore.. tak payah nak pergi jauh jauh nun ke Japun, Florida atau California untuk ke taman tema gempak, USS ada semua.. apa lagi, amiklah peluang ke Singapore untuk enjoy ! bukan jauh pun.. selatan Semenanjung Malaysia jek--




SINGAPORE

kalau dulu, sibuk bersesak-sesak naik bas dan drive kereta berjam-jam semata-mata nak melepasi border ke Singapore.. itu dulu la.. sekarang ni dah banyak flight terbang terus ke Lapangan Terbang Changi dari KLIA, KLIA 2 ataupun Subang Airport.. tepuk dada, tanya poket sebab korang boleh pilih syarikat penerbangan yang sesuai dengan korang.. antaranya AirAsia, MAS, Singapore Airlines, Jetstar, Malindo, Tiger Air dan SilkAir..

HOTEL DI SINGAPORE

arrgghhh !! dah sampai, mesti penat.. nak cari hotel satu hal lagi.. aduh !! hee~ selalu kalau travel, bab ni akan pening sampai hilang mood nak berjalan sakan.. ni kakak nak share tips la ni..

korang kena decide nak buat apa, dan di mana.. contohnya, kalau korang nak enjoy kat USS - cari jek hotel kat area sana.. serius memang banyak, dari puluhan ringgit hingga ke ratus ratus.. nak yang mahal ? ade !! just check it out the latest deals on Singapore Hotel, macam Resort World Sentosa Festive Hotel hanya 99 meter dari USS.. wah !! dekat gile kan.. jalan kaki jek la tak payah nak naik teksi lagi..

hotel ni sangat menarik tertarik deboom !! hee~ dan !! rata-rata hotel yang ada kat Sentosa Island ni memang dapat good review.. tak kira la korang datang untuk urusan kerja ke, berjimba dengan kawan-kawan ataupun datang bercuti dengan keluarga, CONFIRM puas hati punyalah.. mana tak nye, lengkap dengan bilik yang luas, kolam renang untuk kanak-kanak wifi percuma dan pelbagai kemudahan lain..

hotel bajet ? em.. siapa kata tak de ? hee~ ade nih ha.. Lotus Hotel yang jaraknya 2.61 km je dari USS.. kira okay la tu sebab pegi Singapore untuk jalan jalan kan, bilik untuk tidur je.. kalau nak kan pivacy, korang boleh amik bilik biasa tapi kalau nak jimat lebih boleh la amik dorm.. ikut citarasa masing-masing..

TARIKAN PELANCONG DI SINGAPORE

nah !! part yang buat pelbagai jenis horon teruja melonjak.. hee~ carita pasal USS, kalau korang naik MRT - korang kena turun kat Waterfront Station.. memang turun betul-betul kat USS tu.. cuam korang kena alert sebab kat sana banyak zon antaranya Ever After Land.. ah.. dah kalau sampai zon tu, kena la singgah jumpa Shrek dan Fiona.. kan ? nikmati soundeffect dan latarbelakang yang sangat real membuatkan korang berada betul-betul dalam dunia Shrek..


jap !! jap !! ada juga Jurassic Park !! real weyh.. nanti selfie la dengan dinosor kat sana.. dan kalau korang memang peminat cerita the Mummy, korang kena singgah kat zon Revenge of The Mummy sebab bangunan yang dibina memang seaakan bangunan asli di Mesir..

ada juga zon Sains dan Teknologi macam al-kisah Transformer.. tapi kena beratur panjang sikit la sebab ramai yang nak merasai pengalaman menyaksikan perlawanan antara robot-robot sampai terasa bahang panas terbakar macam kena api.. gerek seyh !!


TEMPAT MAKAN MENARIK DI SINGAPORE

dah kalau menyinggah tempat orang, mesti nak cari tempat makan best.. kan ? sape macam kakak ? ** sepsket !! hee~ **  kira kita geng la.. macam tak lengkap kalau berjalan jauh tapi tak merasa air tangan tempatan.. wah !! gittew--

ramai rekomen untuk sarapan kopitiam style di Tong Ah Eating House di Keong Saik Road.. nikmati roti bakar disapu kaya atau mentega bersama kopi pekat piau.. nikmat dia.. memang tak terucap dengan kata-kata.. atau, mungkin korang peminat kuih muih tradisi boleh jek nikmati chwee kueh ataupun kek beras yang dikukus dan dimakan bersama lobak jeruk dan cili paste.. nyum !! terliur plak kakak masa menaip ni..

credit : http://luxesocietyasia.com
untuk makan tengahari plak memang ngam kalau pekena kari kepala ikan kat restoran speanjang Race Course Road.. kalau makan kat sini, mak mertua lalu pun tak perasan sebab ralit meratah kepala ikan.. hee~ dah kenyang, jangan lupa singgah Tekka Market ( jolokan Little India Singapore ) plak sebab kat sana banyak Indian sweets and savoury snacks yang korang boleh try.. buat kudap kudap sambil berjalan..

credit : http://mohdzarin.com
penat berjalan seharian ? dah sampai masa makan malam ? yeehaaaa !!  jom !! kita cari sup tulang merah dan murtabak Singapore yang famous tu..

kalau nak cerita tempat menarik kat Kota Singa ni, mesti korang tambah hari percutian korang.. ntah ntah setiap bulan nak ke Singapura untuk menikmati pelbagai tarikan pelancongan yang memang mesra keluarga.. antara tempat menarik yang korang boleh masukkan ke dalam senarai wajib lawat :

  • Kampung Glam
  • Kampung Bugis
  • Kuil Sri Veeramakaliamman
  • Merlion Park
  • Gardens by The Bay
  • Cloud Forest
  • National Orchid Garden
  • Night Safari
  • Singapore Flayer
  • Jurong Birdpark

semuanya bukan mustahil lagi sebab korang boleh berjimat banyak dengan Traveloka !! sebab kakak memang pengguna tegar aplikasi Traveloka ni.. bukan jek tawaran bilik hotel tapi harga confirm murah untuk tiket penerbangan terus ke Changi Airport.. senang kan ? semua dengan satu KLIK jek..


21 July 2017

CHOW KIT TRADE CENTRE ( CKTC ) TARIKAN BELI BELAH TERBARU DI KUALA LUMPUR

bila sebut je pasal Chow Kit, yang terlintas dibenak hanya lorong-lorong yang menempatkan deretan kedai-kedai yang telah berpuluh tahun diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain dengan aktiviti jual beli yang tak pernah sunyi.. pelbagai inisiatif yang telah diambil oleh pelbagai pihak untuk menaiktaraf lokasi tersebut dan antara projek terbaru adalah Chow Kit Trade Centre ( CKTC ) yang terletak betul-betul di tengah kawasan terkenal Chow Kit..


MERCU TANDA CHOW KIT

projek yang di bangunkan oleh New Paradise Development, anak syarikat Vinsoon Group bakal memberi sentuhan ajaib ke atas persekitaran Kuala Lumpur secara am-nya dan Chow Kit secara khas-nya dengan pembinaan bangunan 10 tingkat yang berkeluasan 34 560 kaki persegi dengan binaan berkonsepkan moden.. wah !! mesti selesa dan mudah diakses walaupun menggunakan pengangkutan awam..

gambaran pelukis pelan..
sebanyak 254 lot kedai dengan keluasan 52 hingga 181 kaki persegi dengan harga bermula dari RM 101,400.00 hingga RM 1,411,800.00 dan kalau korang nak tau, setakat ini sebanyak 50% telah dijual kepada pelabur..

CKTC Wholesale Mall ini bakal memberi nafas baru dengan pelbagai kelengkapan moden untuk meningkatkan taraf peniagaan borong dan runcit yang lebih eksklusif dan selesa berbanding yang sebelumnya.. 

VINSOON GROUP

menurut pengasas Vinsson Group, Dato' Micheal Lim - pembangunan Chow Kit Trade Centre ( CKTC ) ini mampu memberi nilai yang signifikan bukan sahaja kepada Chow Kit bahkan kepada kedai borong dan para pelabur di CKTC itu sendiri..



"berbekalkan pengetahuan khusus mengenai pasaran Malaysia melalui
projek-projek yang lalu, kami membangunkan pemahaman tentang pemborong
dan pelabur yang disasarkan dan benar-benar mencapai apa yang kami ingin lakukan.."


kalau sebelumnya, Chow Kit memang menjadi tumpuan para peniaga untuk membeli pelbagai barangan jualan secara borong dan pada bila siapnya CKTC menjelang tahun 2019 nanti, segala urusan jual beli akan menjadi lebih mudah dengan pelbagai barangan seperti pakaian, kain, kasut, permainan kanak-kanak, kelengkapan rumah dan pelbagai lagi.. dengan kemudahan berhawa dingin dan tempat makan dengan harga yang berpatutan, tak pelik lah kalau bangunan gah ini akan menjadi tarikan utama untuk membeli-belah nanti..

CHOW KIT TRADE CENTRE ( CKTC )

dengan sambutan yang sangat menggalakkan dari para pelabur, menunjukkan CKTC yang bernilai ( kasar ) RM 156, 828, 030. 00 ini dijangka siap pada penghujung 2019 merupakan pelaburan jangka masa panjang untuk peniaga yang mahukan persekitaran berniaga lebih convenient, CKTC adalah pilihan yang tepat..

sebagai salah seorang rakyat Malaysia yang sangat kagum dengan perkembangan semasa negara, kakak sangat sokong pembinaan CKTC ni.. ye la.. ekonomi semakin menyesakkan poket, paling tidak bila bangunan ni mula dibina akan ada peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor untuk rakyat Malaysia.. bukan semasa dibina je, tapi sehinggalah siapnya bangunan ni.. ** kakak kagum-- *


18 July 2017

BENARKAH WABAK RABIES HANYA DIBAWA OLEH ANJING ?

kakak tengah selak selak helaian berita online.. maklum lah, makin berumur makinbanyak masa terluang dan kakak memilih untuk membaca.. hee~ cuma ini cara kakak menambah sedikit pengetahuan dan mengetahui perkembangan dunia luar.. tertancap dengan wabak Rabies yang semakin berleluasa membuatkan kakak Google dan mencari punca wabak Rabies ni.. tapi.. BENARKAH WABAK RABIES HANYA DIBAWA OLEH ANJING ? haiwan peliharaan yang lain ?

APA ITU WABAK RABIES ?

RABIES atau dalam Bahasa Melayu - penyakit anjing gila yang membawa virus lyssaviruses tersebar apabila haiwan tersebut terkena jangkitan menggigit atau mencakar haiwan lain / manusia secara lansung yang boleh menyebabkan radang otak pada haiwan atau manusia yang dijangkiti ** okay.. kakak terdiam jap.. hee~ **

SEJARAH WABAK RABIES

penyakit anjing gila ini mula dikesan sebelum 2000 Masihi lagi bilamana rekod pertama mengenai penyakit ini ditulis dalam Mesopotamian Codex for Eshnunna yang merekodkan mengenai undang-undang yang menyatakan setiap pemilik anjing yang mempunyai simptom penyakit ini diarahkan untuk mengambil langkah pencegahan bagi mengelakkan anjing dorang menggigit manusia lain.. pemilik anjing boleh dikenakan denda yang berat sekiranya anjing dorang menggigit manusia dan mati akibat penyakit ini..

rekod penularan wabak ini berlaku pada tahun selepas Masihi di Boston pada tahun 1768 dan penyakit ini mula merebak pada tahun-tahun berikutnya di beberapa negeri lain di Amerika Syarikat, sebelum merebak ke seluruh rantau Amerika Utara..

pada masa itu di Perancis dan Belgium, di mana Saint Hubert sangat dihormati dan telah menerapkan pemikiran berteraskan magik dengan cara menandakan anjing-anjing menggunakan KUNCI SAINT HUBERT ( kunci dipanaskan dan digunakan untuk menyembuhkan luka ) dengan tanda kunci supaya dapat belindung dari serangan anjing gila.. ada berpendapat mengatakan, pada zmaan tersebut dorang tak takut lansung dengan wabak Rabies ni.. hee~ dan rawatan yang diberikan hanya dengan cara memotong lidah mangsa ** woah-- ** kerana ada orang ramai berpendapat disitulah tempat bermulanya wabak ini tersebar..

SIMPTOM RABIES

tidak ada simptom khusus yang mengatakan seseorang itu terkena wabak Rabies.. haa.. dah tu cemana nak tau ?

  • demam
  • sakit kepala
  • agresif
  • keseronokan tidak terkawal
  • takut air
  • kekeliruan
kalau lambat ke hospital untuk rawatan susulan, keadaan pesakit akan menjadi semakin teruk sehingga boleh menyebabkan kematian dalam tempoh seminggu.. pesakit akan menjalani ujian air liur / air kencing / darah bagi memastikan keputusan wabak..


HIDROPHOBIA

fobia terhadap air yang merujuk kepada simptom pertengahan yang membuatkan pesakit susah untuk menelan dan berlaku situasi panik dan sentiasa dahaga.. dalam peringkat ini, air liur yang terhasil akan menjadi terlampau banyak dan pesakit akan mengalami kekejangan otot yang teruk pada bahagian kerongkong dan lelangit.. tapi !! keupayaan virus ini berkurangan secara mendadak sekiranya pesakit mampu untuk menelan air liur / air minuman..

leboh 80% pesakit akan mengalami simptom hidrophobia manakala 20% lagi akan mengalami simptom TIDAK AGRESIF atau mendiamkan diri seperti otot lemah, hilang deria dan kekejangan..

DIAGNOSIS

pakar bersetuju mengatakan penyakit anjing gila susah nak dikesan sebab simptom yang dialami oleh pesakit sangat biasa dan tiada simptom khas.. haa.. dah tu cemana nak kesan ? hee~ ada kaedah rujukan yang digunakan untuk mengesan penyakit anjing gila ni dengan melakukan Flouracent Antibody Test ( FAT ) yang merupakan prosedur imunohistokimia diiktiraf pleh WHO..

keberkesanan ujian ini bergantung kepada pengesan molekul dengan antibodi khas anjing gila yang akan memperlihatkan antigen penyakit ini menggunakan teknik FAT tadi.. sampel yang diambil dari analisa mikroskopik ini merupakan langkah yang digunakan bagi menentukan kehadiran antigen penyakit ini dalam masa yang singkat.. 

diagnosis ini sangat berkesan dijalankan ke atas sampel otak pesakit yang telah meninggal dunia atau haiwan yang telah mati akibat penyakit Rabies ini.. selain itu boleh juga menggunakan sampel air liur, air kencing, cairan tulang belakang dan sampel otak..

BENARKAH WABAK RABIES HANYA DIBAWA OLEH ANJING ?

punca utama memang dari anjing tapi wanak ini merebak bukan sahaja melalui anjing tapi boleh jadi melalui kucing, serigala, arnab, tupai, kelawar dan kucing.. bagaimana ? ala.. haiwan haiwan ni kan dah pandai bersosial.. ya.. utamanya dari anjing tapi penyebaran BOLEH JADI dari haiwan lain melalui sentuhan.. sebab tu haiwan peliharaan korang pun kena mengambil suntikan anti rabies bagi mengelak penularan wabak ni.. hee~

semoga kita semua terus dilidungi dan jangan lupa tingkatkan kesihatan imun bagi mengelakkan jangkitan secara halus tanpa sedar..

BEAUTILICIOUS GIVEAWAY BY ECADWINKYASHA

wah !! tanda kakak support geng blogger buat giveaway nih.. haa.. jangan memain.. hee~ untuk kali ni, ecadwinkyasha.com nak offer Dear Green Tea Mask Sheet dan Dr. Mascra Fixer ( Perfect Lash ) yang beliau beli di Althea.com..
BEAUTILICIOUS GIVEAWAY 17 - 27 JULAI 2017

JOM JOIN !!

1 : Tulis entry yang bertajuk "Beautilicious Giveaway"
2 : korang copy dan paste link nih :


BEAUTILICIOUS GIVEAWAY <br />
<br />
<table align="center" cellpadding="0" cellspacing="0" class="tr-caption-container" style="margin-left: auto; margin-right: auto; text-align: center;"><tbody>
<tr><td style="text-align: center;"><a href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhLQ4qBwrXSWIL4WhqgXeOHsFRkNfQHGtpss_QJpyjmHSm9uB9t37mzf-ifhWFmA1W9l8j3XFWUqj66JZSvN6Y304rI2DUWVXo9H3LnUBO3gTAcdC0-E3OI5ve16ozHC1fI9UU2zb-_gyk/s1600/beautiliciousgiveaway.jpg" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;"><img border="0" data-original-height="800" data-original-width="800" height="640" src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhLQ4qBwrXSWIL4WhqgXeOHsFRkNfQHGtpss_QJpyjmHSm9uB9t37mzf-ifhWFmA1W9l8j3XFWUqj66JZSvN6Y304rI2DUWVXo9H3LnUBO3gTAcdC0-E3OI5ve16ozHC1fI9UU2zb-_gyk/s640/beautiliciousgiveaway.jpg" width="640" /></a></td></tr>
<tr><td class="tr-caption" style="text-align: center;">BEAUTILICIOUS GIVEAWAY 17-27 JULAI 2017</td></tr>
</tbody></table>
<br />
<br />
<br />
JOIN BEAUTILICIOUS GIVEAWAY :<br />
<br />
1. Tulis entry dengan tajuk <b>BEAUTILICIOUS GIVEAWAY</b><br />
2. ikuti syarat lain seperti entry <a href="http://www.ecadwinkyasha.com/2017/07/beautilicious-giveaway-july-2017.html" target="_blank">SINI</a>.<br/>
3. Letakkan link entry korang di <a href="http://www.ecadwinkyasha.com/2017/07/beautilicious-giveaway-july-2017.html" target="_blank">SINI</a>.<br />
<br />
<br /> 


3 : follow media sosial Eca :

hee~ tu bukti kakak dah follow dan like.. korang ? jom la join.. mana tau rezeki korang dapat topeng dari Korea nih sebab giveaway nih 11 hari jek.. jangan berputih mata dikemudian hari.. gittew--

17 July 2017

6 + 1 TIPS UNTUK PELARI JARAK JAUH KEKAL CERGAS DAN MENGELAK KECEDERAAN

wah !! mentang mentang kakak nak berlari 5 km untuk kali pertama seumur hidup selepas 31 taun hidup.. ha.. ko.. siap nak kongsi tips nih.. hahahaha~ gigih kan ? ala.. korang layankan jek TIPS UNTUK PELARI JARAK JAUH KEKAL CERGAS DAN MENGELAK KECEDERAAN..



1 : MINUM AIR MASAK

  • pastikan pengambilan air masak korang cukup pada sebelum / semasa / selepas berlari supaya badan tidak terhidrat semasa berlari.. hidrasi yang cukup sangat penting bagi memastikan organ dalam badan terutamanya buah pinggang berfungsi dengan baik dan dapat mengelakkan heat stress..

2 : LATIHAN

  • berlari untuk jarak yang jauh mendedahkan diri korang mengalami kecederaan sekiranya korang memang tak biasa.. haa.. sebab tu, sebelum berlari korang kena biasakan diri walaupun dalam tempo yang perlahan.. ini juga dapat menguatkan otot-otot agar tidak mudah penat dan cramp semasa hari bertanding..

3 : KUALITI TIDUR

  • berlari memang memerlukan tenaga yang banyak sebab tu korang kena pastikan waktu tidur korang berkualiti supaya kekal bertenaga dan mental lebih bersedia..

4 : KONDISI TUBUH BADAN

  • ini kali pertama korang ? hee~ sep !! sama dengan kakak.. sebab tu firstimer ni kena faham dulu bahasa tubuh badan dan tak terlampau memaksa sekiranya tak mampu untuk meneruskan larian.. tak payah letak target besar takut nanti stress.. 
keh keh keh.. eksaited gile weyh !! hee~

5 : GEAR CHECK

  • sila elakkan kelam kabut.. haa.. penatkan kalau kelam kabut.. hee~ jadi.. pastikan semua keperluan larian korang disediakan sehari sebelum pertandingan.. 
  • barang wajib : bib / gel energy / kasut / stokin / pouch belt / heart rate ( kalau ada ) / baju dan seluar larian / cream pemanas ( kakak selalu guna Counterpain )

6 : PEMILIHAN MINUMAN ISOTONIK

  • kalau dah jenis jenis berlari ni mesti tau apa manfaat minuman tambah tenaga / isotonik ni.. hee~ ye.. kakak pun bergantung pada minuman isotonik ni supaya bendalir dalam badan tidak terhidrat dengan cepat.. tapi.. kakak tetap memilih minuman isotonik tanpa gula dan bekerja jauh lebih baik berbanding minuman yang ada kat peti sejuk di pasaraya..

BONUS !!

7 : SOLAT

  • untuk yang beragama Islam, adjust masa untuk korang solat.. kakak ada baca pengalaman seorang pelari tegar.. hee~ sebelum mula lari, dia akan siap siap amik wudhu' sebelum flag off bila masuk waktu jek, dia akan berhenti solat sekejap.. ha'ah.. kat mana-mana pun tak pe.. 
yang penting, tempoh untuk korang standby tu.. jangan terlampau lewat sebab nanti otot terkejut.. tak memasal, kejang sana sini sinun nanti.. hee~ pape pun.. korang yang kaki lari ni memang tetap kakak pandang HEBAT.. sebab boleh tahan berpeluh peluh.. hahahah~

16 July 2017

SANTAI MALAM PILIHAN ANAK-ANAK DENGAN DESPICABLE ME 3

sejak dua menjak ni, kakak sedikit sibuk yang ntah pape.. hee~ kesian kat bangman dengan dakaina sebab tak de aktiviti sangat.. kira nak menebus kesalahan dan kecuaian kakak jugak la ni.. lepas jek balik dari jemputan open house boss encik suami kakak, kami terus la pasang plan pegi tengok wayang.. 



opppsss !!

terang lagi nyata bukan pilihan kakak untuk tengok cerita kartun.. disebabkan dua ketul tu bertekak.. sorangn ak tengok Transformers, sorang lagi nak tengok Minion.. ade la sikit pertelingkahan.. hahahah~ dah nama adik beradik kan.. mesti la kena bergaduh sesikit.. dan bangman mengalah..

sebab ?

cerita Transformers makan masa 2 jam 29 minit kot.. lama gile.. dan kakak berani makan sate 30 cucuk yang bangman akan meragam nanti sebab bukan genre drama / filem yang sesuai untuk dia.. jadi !! lepas bincang bincang dan upah aiskrim, dia okay jek untuk me - Minion - kan diri dengan dakaina.. hee~

DESPICABLE ME 3

kakak tanak cite sape yang bikin cerita ni, production mana, sape pengarah dia, sape cast yang mewakili watak watak seme.. hee~ tak syok la kan.. tu korang boleh carik sendiri.. yang kakak nak share, BEST ke TAK..

pada kakak, tiket berharga RM 14.00 untuk seorang dewasa dan RM 7.00 untuk seorang kanak-kanak sangat berbaloi.. sebab korang akan mula ketawa sepanjang 1 jam 30 minit dengan pelbagai adegan mencuit hati.. tapi Minion kurang keluar sangat sangat.. TAPI !! korang tetap akan terhibur dengan gelagar Gru dan family comel dia.. 

kalau tak sabotaj gambar ibu memang tak sah dorang ni.. hee~

apa yang best, misi kali ni Gru berhadapan dengan villain yang merupakan bekas bintang cilik tahun 80 - an, Balthazar Bratt yang berjaya mencuri berlian besar kaler pink.. wuhuu-- Bratt nak menggunakan berlian tersebut sebagai salah satu senjata untuk menghuru hara kan Hollywood.. mana mau nye.. 

dan tak dan muncul Dru, kembar Gru yang lama terpisah.. memang berbeza karekter membuatkan watak Gru dan Dru saling menyokong antara satu sama lain..

PLOT PENTING

  • korang kena tengok cemana Lucy membelasan orang kat kafe, tempat Agnes menjerit seronok lepas dia tau kat mana lokasi dia boleh jumpa unicorn.. hahahah~ memang seorang ibu yang protective melampau gile..
  • Gru dan Dru menyelinap masuk ke markas Bratt..
  • mata comel Agnes.. melting weyh.. dah la comel..
  • ce try kira berapa ekor oinky kat dalam filem nih.. hahahaha~ sebab Dru menjalankan bisnes ionky untuk mengaburi 'bisnes' sebenar yang diwarisi oleh ayah dorang..
  • unicorn  dan kambing tak jauh beza ape.. hahahaha~
ending dah tentulah HAPPY ENDING.. eh !! serius korang kena tengok bawak anak-anak nanti.. tau..

g layan trailer dia dulu..


memang korang pun turut terhibur.. bukti ? encik suami kakak tak terlelap pun sepanjang 1 jam 30 minit tu.. hahahah~ ajaib kan ? maksudnya ape ? BEST..


15 July 2017

RESEPI SPAGHETTI GORENG ; BUAT MEREKA YANG TAK MAKAN MEE KUNING

sape tak makan mee kuning ? hee~ sep !! geng kakak !! ntah.. memang tak boleh nak telan sebab ada rasa kapur kat mee tu.. kan ? sebab tu kakak olah balik resepi mee goreng tapi kakak tukar ke mee spaghetti.. sedap ke ? korang kena try sendiri..

hee~ selepas siap berdondang sayang kat dapo menyiapkan menu potluck untuk Jamuan Hari Raya untuk opis encik suami..

RESEPI SPAGHETTI GORENG

serius senang sebab kakak memang bukan jenis manusia yang suka renyah renyah dan resepi yang sama tiap kali kakak buat menu yang sama.. takkan bertukar punya la.. hee~


  • mee spaghetti 
    • kakak pakai brand San Remo sebab encik suami kakak yang beli.. hee~ kalau kakak beli, kakak suka pakai brand Kimball.. mana mana pun boleh..
  • isi ayam cincang
  • carrot
  • cendawan shitake
  • telo 3 biji
  • cili kering kisar
  • minyak untuk menumis
  • bawang besar + bawang putih dikisar kering
  • sedikit serbuk Cukup Rasa Maggi
nih jek bahannya pon.. senangkan ? tak de la renyah nak buh udang - sotong - terung - peria ape bagai.. tapi, kalau korang nak buh pape bahan lain pun tak pe.. pelbagai kan la ikut selera korang..

CARA-CARANYA

1 : panaskan minyak kat dalam kuali ** duh !! ** dah panas tumis bawang berdua yang dah dikisar tu.. kalau korang ade lesung batu, ape lagi.. tumbuk la.. hee~ dah sudah tu masukkan cili kering kisar tu sampai masak / pecah minyak..

2 : masukkan isi ayam cincang.. kasik masak..

3 : dah masak jek isi ayam tu tadi, masukkan carrot dengan cendawan.. hee~ tak yah lama sangat.. boleh la masukkan telo tadi.. 

masak sampai masak.. hee~ tau tak ?
4 : bolehlah masukkan carrot dengan cendawan shitake tu.. kenapa cendawan shitake ? em.. ntah.. sebab sedap kot.. ade rasa macam makan aglio olio.. gittew--

KHASIAT CENDAWAN SHITAKE

  • sumber protein
  • mengandungi vitamin A, B, B1, B2 dan niasin
  • mengandungi bahan aktif lentinan iaitu polysaccharide atau bahan anti kanser
  • terapi imun untuk kanser usus, paru-paru dan payudara
  • ada kajian bersetuju melaporkan ;
    • pengambilan cendawan shitake secara berterusan dapat merendahkan paras kolesterol dalam darah sehingga 40 % - 50 %
eh !! siap buat selingan plak.. hee~

5 : dah nampak ngam masak seme bahan tadi, masukkan 1serbuk perasa.. kakak pilih serbuk Cukup Rasa Maggi.. kenapa ? sebab tak terlampau manis.. dah pakai serbuk ni, tak payah pakai garam dah nanti masin sangat.. ** kakak dah try banyak brand, tapi ini paling serasi dengan tekak kakak.. oh !! kakak gunakan serbuk Cukup Rasa ni time tak #detoxdenganatie jek.. kalau tengah detox kakak tak guna.. hee~ **

6 : boleh la masukkan mee spaghetti tadi.. gan kacau rata sampai kering sikit.. jangan basah sangat, kurang sedap.. kering sangat pun tak sedap..

siap !!
sedap ke ? hee~ korang jangan la tanya kakak.. sedap tu subjektif, sama macam cantik.. jadi, korang masak la ikut selera korang.. mana perlu tambah, tambah.. mana perlu kurang.. kurangkan.. tapi.. ni antara menu yang akan kakak masak kalau ade keraian ** potluck ** sebab senang dan kakak sendiri makan..

nanti try tau !!


6 July 2017

E-OPERASI MEMUDAHKAN GURU MENYIMPAN DATA DAN MAKLUMAT PENDIDIKAN

hai !! pakhabaq ? hee~ harini kakak nak cerita sikit pasa E-Operasi ; iaitu Modul Pengurusan Guru yang merupakan salah satu modul pengurusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ) untuk memudahkan kerja-kerja pengurusan seperti mengemaskini data dalam perkhidmatan perguruan.. wah !! dah canggih dah sistem kementerian kita sekarang..


APA ITU E-OPERASI ?

zaman serba canggih dan inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia dengan mewujudkan aplikasi E-Operasi untuk memudahkan para guru mengemaskini data yang telah / akan digunakan sepanjang perkhidmatan perguruan.. siapa cikgu ? haa.. dah tak payah nak selak buku tebal tebal, install jek aplikasi ni dan mula kan tanggungjawab korang sebagai pendidik sebaik mungkin..

sebenarnya, dah banyak sistem yang dibangunkan oleh kerajaan untuk memudahkan pelbagai pihak tapi masih ramai yang belum tahu.. kenapa ? em.. mungkin belum ada penyebaran secara meluas ataupun kita sendiri tak nak ambil tahu.. hee~ cane ?

siapa ingat entri kakak pasal Cara Mendaftar Anak Darjah Satu Melalui Online ? haa.. 


ini pun inisiatif utama kerajaan bagi memudahkan semakan para pendidik.. bestkan jadi cikgu.. hee~ selain itu, ada juga sistem lain seperti :



KELEBIHAN E-OPERASI

dah bikin sistem cecantik, mesti la ada kelebihan.. kan ?

  • E-Operasi digunakan untuk menyemak status guru yang nak tukar tempat mengajar melalui Borang Status Kedudukan Guru ( BSKG )
  • memudahkan guru menguruskan data-data penting dari hujung jari jek--
  • penyimpanan data menjadi lebih efisyen disamping tersimpan kemas dalam proses membantu kerajaan untuk meningkatkan kualiti dan menyediakan perkhidmatan yang jauh lebih baik dari sebelumnya

CAKNA

kakak rasa tak ramai golongan pendidik yang tau pasal sistem E-Operasi ni kan ? macamana dia berfungsi ? nak log in kat mana ? haa.. nah !!

CARA LOG IN SISTEM E-OPERASI

senang je-- klik sini --> E-Operasi

guru-guru digalakkan untuk log in sistem E-Operasi melalui laman web ni.. kenapa ? sebab !! takkan terjadinya masalah website down atau tidak dapat diakses.. klik jek link yang kakak share tadi dan ikut arahan untuk mengemaskini data.. senang kan ?

modul E-Operasi ini melibatkan beberapa kategori pengguna iaitu :

  • pengguna 
    • guru
    • bukan guru
  • pentadbir sistem
    • pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah dan Sekolah
sumber : Pendidik

senangkan bila semua data dapat disimpan dalam satu sistem yang memudahkan semua pihak.. hee~ tak de la alasan cikgu lupa letak mana kertas pendaftaran murid, subjek ape nak ajar lepas waktu rehat dan apa yang nak diajar untuk hari Rabu.. 

bantu kakak boleh ? sebarkan artikel ini semoga dapat membantu lebih ramai rakyat Malaysia untuk lebih cakna tentang E-Operasi 2017, yang telah disediakan bagi memudahkan semua pihak.. pssttt-- zaman IT.. semua dihujung jadi.. 

5 July 2017

SHELLOUT BERBALOI MURAH TAPI SEDAP DI PUCHONG, SELANGOR

gittew-- lepas raya nih banyak nak kena catu.. hee~ jadi.. kita cari port makan kat luar dengan kadar mampu bayar tapi masih mengekalkan kualiti kesedapan makanan dia.. haa.. nak dijadikan cerita.. semalam la.. kakak nak sangat makan shellout dan tak boleh tidak.. hahaha~ encik suami kakak memang rajin melayan bab makan makan ni.. dan kami jumpa !! SHELLOUT BERBALOI MURAH DI PUCHONG jek.. dekat dengan rumah.. okay la kan..


kalau dari rumah kakak, cuma 14 minit jek kata Waze.. disebabkan kami pergi pun dah pukul 9 malam, kena la call kedai dulu tanya bukak ke tak.. bila dia cakap bukak jek, ape lagi.. pecut la.. hee~


kedai memang nampak biasa biasa jek.. hee~ dengan kerusi pelestiknya, dengan meja yang memang kat warung makan lain.. tapi !! kelainan dorang ni dari segi masakan yang dihidangkan..

jeng !! jeng !! jeng !! hee~ bau dia memang syok !!
kakak amik set untuk 2 orang makan sebab bangman dengan dakaina nak makan mee goreng.. okay la kan tak de orang kacau kitorang makan.. hee~ dalam set tu ade :

  • 2 gelas air ( sirap / teh o ais )
  • 2 nasi
  • separuh ikan siakap
  • kupang
  • sotong
  • udang
  • mentarang
  • sekor ketam
  • kerabu mangga
tak de la sedap mana tapi okay la.. sebab bukan nak makan dia sangat pon.. hee~

dan !! korang boleh pilih nak dimasak rasa ape..

  • padprik
  • kari
  • - kakak lupa - hee~
nih gambar mula mula nih..
lepas bangman tengok kitorang makan syok syok gile kan.. dia pun mintak nasi putih, nak makan sama.. haa.. nampak ? tekak melayu nau nau nau mamat ni.. dakaina ? dia kena kuarantin dari makan makanan bercengkerang..

saiz ketam.. hee~
okay la kan untuk encik suami kakak sorang.. kakak tak makan ketam sangat pon.. tak reti.. jadi kakak makan selain dari ketam.. kuah kari ni macam tak bersantan tau.. tak terlampau pekat dan tak cair.. just nice dan sedap kat tekak.. kalau nak tanya pasal kesegaran seafoods dorang, kakak cuma boleh bagi 3 dari 5 markah jek.. tapi okay la sebab dah berkuahkan..


lepas jek makan ketam tu, encik suami kakak tersandar dan cakap..


boleh datang lagi..


maksudnya, memang ada peluang untuk repeat makan kat situ lagi la.. dan !! tekak beliau lagi pelik berbanding kakak sebab tu kakak lebih yakin dengan testimoni beliau.. kalau beliau kata sedap, maksudnya sedap.. jarang tekak beliau silap.. hee~

okay !! kakak suka.. hee~ 
jumlah keseluruhan kami berempat makan malam semalam = RM 48.60.. hee~ murah la tu kan kalau nak dibandingkan dengan tempat lain.. sebab.. kami amik..

  • 1 set shellout untuk 2 orang makan
  • 3 telur dadar
  • 2 mee goreng
  • 4 air kosong
kakak bagi berapa LOVE ? 


makanan / minuman - ♥ / 5 ( sebab ikan siakap dia sejuk ntah bila digoreng ntah.. hee~ )
harga -  / 5
persekitaran - / 5♥ ♥ ♥ 
layanan pekerja - ♥  / 5

kemudahan lain lain - / 5 ( parking susah yakmat + banyak motosikal dan kereta.. hati hati jek la takut tersagat kereta orang.. hee~ toilet ? haa.. korang kena g surau berdekatan.. tapi !!! encik suami kakak cakap, 'macam tersumbat jek--' maknanya, sebelum pegi makan kat situ, korang kena settle kan urusan toilet di rumah puas puas ya.. )

nah !! untuk rujukan korang..
facebook : Wanis Shellout Puchong
nombor telefon : 019-365 3465