SHELLOUT BERBALOI MURAH TAPI SEDAP DI PUCHONG, SELANGOR

July 05, 2017

gittew-- lepas raya nih banyak nak kena catu.. hee~ jadi.. kita cari port makan kat luar dengan kadar mampu bayar tapi masih mengekalkan kualiti kesedapan makanan dia.. haa.. nak dijadikan cerita.. semalam la.. kakak nak sangat makan shellout dan tak boleh tidak.. hahaha~ encik suami kakak memang rajin melayan bab makan makan ni.. dan kami jumpa !! SHELLOUT BERBALOI MURAH DI PUCHONG jek.. dekat dengan rumah.. okay la kan..


kalau dari rumah kakak, cuma 14 minit jek kata Waze.. disebabkan kami pergi pun dah pukul 9 malam, kena la call kedai dulu tanya bukak ke tak.. bila dia cakap bukak jek, ape lagi.. pecut la.. hee~


kedai memang nampak biasa biasa jek.. hee~ dengan kerusi pelestiknya, dengan meja yang memang kat warung makan lain.. tapi !! kelainan dorang ni dari segi masakan yang dihidangkan..

jeng !! jeng !! jeng !! hee~ bau dia memang syok !!
kakak amik set untuk 2 orang makan sebab bangman dengan dakaina nak makan mee goreng.. okay la kan tak de orang kacau kitorang makan.. hee~ dalam set tu ade :

  • 2 gelas air ( sirap / teh o ais )
  • 2 nasi
  • separuh ikan siakap
  • kupang
  • sotong
  • udang
  • mentarang
  • sekor ketam
  • kerabu mangga
tak de la sedap mana tapi okay la.. sebab bukan nak makan dia sangat pon.. hee~

dan !! korang boleh pilih nak dimasak rasa ape..

  • padprik
  • kari
  • - kakak lupa - hee~
nih gambar mula mula nih..
lepas bangman tengok kitorang makan syok syok gile kan.. dia pun mintak nasi putih, nak makan sama.. haa.. nampak ? tekak melayu nau nau nau mamat ni.. dakaina ? dia kena kuarantin dari makan makanan bercengkerang..

saiz ketam.. hee~
okay la kan untuk encik suami kakak sorang.. kakak tak makan ketam sangat pon.. tak reti.. jadi kakak makan selain dari ketam.. kuah kari ni macam tak bersantan tau.. tak terlampau pekat dan tak cair.. just nice dan sedap kat tekak.. kalau nak tanya pasal kesegaran seafoods dorang, kakak cuma boleh bagi 3 dari 5 markah jek.. tapi okay la sebab dah berkuahkan..


lepas jek makan ketam tu, encik suami kakak tersandar dan cakap..


boleh datang lagi..


maksudnya, memang ada peluang untuk repeat makan kat situ lagi la.. dan !! tekak beliau lagi pelik berbanding kakak sebab tu kakak lebih yakin dengan testimoni beliau.. kalau beliau kata sedap, maksudnya sedap.. jarang tekak beliau silap.. hee~

okay !! kakak suka.. hee~ 
jumlah keseluruhan kami berempat makan malam semalam = RM 48.60.. hee~ murah la tu kan kalau nak dibandingkan dengan tempat lain.. sebab.. kami amik..

  • 1 set shellout untuk 2 orang makan
  • 3 telur dadar
  • 2 mee goreng
  • 4 air kosong
kakak bagi berapa LOVE ? 


makanan / minuman - ♥ / 5 ( sebab ikan siakap dia sejuk ntah bila digoreng ntah.. hee~ )
harga -  / 5
persekitaran - / 5♥ ♥ ♥ 
layanan pekerja - ♥  / 5

kemudahan lain lain - / 5 ( parking susah yakmat + banyak motosikal dan kereta.. hati hati jek la takut tersagat kereta orang.. hee~ toilet ? haa.. korang kena g surau berdekatan.. tapi !!! encik suami kakak cakap, 'macam tersumbat jek--' maknanya, sebelum pegi makan kat situ, korang kena settle kan urusan toilet di rumah puas puas ya.. )

nah !! untuk rujukan korang..
facebook : Wanis Shellout Puchong
nombor telefon : 019-365 3465

You Might Also Like

12 comments

  1. boleh cuba ni. murah dan berbaloi. honestly mama x penah bershell out

    ReplyDelete
    Replies
    1. mama !!! kena try !! hee~ serius kena try paling tak sekali pun tak pe..

      Delete
  2. uishhh..terliur tengok ketam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah~ ketam kecik jek tu.. sajak la untuk encik suami kite sorang makan.. sebab yang lain tak tau makan ketam..

      Delete
  3. X pernah lagi bershellout di luar. Nampak menarik kedai ni..leh cuba nanti..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee~ kedai biasa jek kat kawasan perumahan kat Puchong.. nanti g la try..

      Delete
  4. terliur tengok ni....habis diet camni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha~ lepas makan baru diet balik..

      Delete
  5. tq for info. Nanti bolehlah sy singgah sini

    ReplyDelete
  6. wahh murah tuuu..
    kalo tmpt pun bgus..
    kena try ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. masalah tang parking jek la ya.. hee~ kena bertabah sikit laa..

      Delete

FOLLOW LE KAKAK !!

G+ FOLLOWERS