9 January 2017

AWAS !! PRODUK PEMUTIHAN KULIT MUNGKIN MENGANCAM NYAWA BAYI DALAM KANDUNGAN ANDA !!

nak cantik ? nak putih ? nak gebu ? em.. semua wanita impikan benda yang sama kan ? ** tapi bukan kakak la.. hee~ sebab kakak sedar hitam manis pun cantik jugak.. ** ya !! tak dinafikan dengan lambakan produk pemutihan kulit yang entah dari ceruk mana meledak macam percikan bunga api.. haa.. toddia.. serius !! kan ? kalau korang selak satu persatu helaian majalah, korang akan nampak pelbagai jenama, pelbagai fungsi.. selamat ke ? itu yang kakak nak share nih.. selamat atau tidak produk pemutihan kulit terhadap ibu hamil dan kandungan.. jeng.. jeng.. jeng..


KANDUNGAN UTAMA PRODUK PEMUTIHAN KULIT

1 : MERKURI

  • merkuri ialah sejenis logam yang boleh merosakkan bahagian tubuh manusia termasuk paru-paru, buah pinggang, sistem saraf malah boleh menyebabkan masalah pendengaran dan penglihatan.. tahap keseriusan bergantung kepada sebanyak mana kita telah terdedah kepadanya.. merkuri boleh menyebabkan kerosakan otak, telinga dan mata pada bayi..

2 : HIDROKUINON

  • hidrokuinon ialah sebatian organik beraroma yang bertindak sebagai agen peluntur ( bleaching ) yang biasa di gunakan dalam sabun basuh kain, pencuci detergent dan produk cucian.. produk yang mengandungi hidrokuinon biasanya boleh menyebabkan seseorang itu mempunyai wajah dengan efek putih kemerahan seperti terbakar.. produk yang mengandungi hidrokuinon tidak sesuai digunakan untuk jangka masa lama..

3 : RETINOID

  • boleh menyebabkan FRS ( Fetal Retinoid Syndrome ) dimana janin akan mengalami masalah kecacatan mental dan fizikal.. retinoid sering digunakan dalam krim untuk merawat jerawat..

4 : BENZOYL PEROXIDE

  • kandungan merbahaya benzoyl peroxide boleh diserap moleh liang-liang kulit dan masuk ke dalam organ tubuh badan.. kebiasaan digunakan untuk produk mengecutkan jerawat dan dalam berbentuk krim ataupun gel..

5 : RHODAMINE

  • sejenis pewarna tekstil yang dicampurkan ke dalam produk kecantikan yang merbahayakan nyawa ibu ( berpotensi menghidapi kanser ) dan boleh mengakibatkan kecacatan pada janin..
apa jadi kalau ibu hamil tetap 'berdegil' nak jugak putih melepak dan tak fikir lansung pasal baby dalam kandungan ? hee~ kakak bukan pakar la nak cerita benda benda nih.. TAPI !! pakar kata ; pakar tau.. kakak compile kan jek lepas tu kakak share kat korang..

KESAN BAHAN PEMUTIH KULIT TERHADAP BAYI DALAM KANDUNGAN 

  1. cacat ketika lahir
  2. perkembangan janin terganggu

    • misalnya : kalau ikutkan usia kandungan sekian sekian bulan dan perkembangannya patut A + B + C + D.. tapi akibat gangguan dari bahan kimia yang digunakan oleh si ibu, perkembangan bayi terbantut dan menjadi A + B sahaja.. hati hati ya.. jangan jadi penyebab dan punca anak anak korang 'rosak'..

  3. keracunan janin
  4. kematian bayi semasa dalam kandungan
  5. kanser
  6. sumbing
  7. gangguan pada sel saraf
  8. kerosakan pada jantung / tiub jantung
  9. kerosakan pada paru-paru
  10. alergik
  11. gangguan sistem reproduksi
  12. keguguran
  13. komplikasi semasa hamil

amcam ? entri nih bukan nak menakut nakut kan sesiapa tau.. tapi lebih untuk kesedaran hari mendatang.. a.. gittew-- nak putih putih sangat pon nak g mana ? kita orang asia kot.. dah sinonim dengan kulit hitam hitam si tampuk manggis.. dan kalau tak fikir pasal diri sendiri, fikir la kejap pasal baby ye.. 


kenapa korang lebih percayakan iklan kat media berbanding lebih menitik beratkan isu kesihatan ? hee~ kakak masih tertanya.. serius..  kakak pun wanita, kakak pun ade RASA TU.. tapi.. ntah.. kakak lebih takut kesan jangka masa panjang berbanding kesan sementara..


No comments:

Post a Comment