22 December 2018

TIADA LAGI PEPERIKSAAN UNTUK TAHAP 1 DI SEKOLAH RENDAH MULAI 2019

Antara topik hangat yang menjadi perbualan ibuayah di media sosial dan ada yang bersetuju malah ada juga yang membantah sekeras-kerasnya dengan pemansuhan peperiksaan untuk anak-anak yang berada di tahun 1, 2 dan 3 di sekolah rendah mulai 2019. Ha. Isu kan ?

pemansuhan_peperiksaan_tahap_1

Sepertimana pengumuman Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik sebelum ini – tiada lagi peperiksaan samada pertengahan tahun ataupun akhir tahun yang melibatkan pelajar Tahap 1 ( tahun 1, 2 dan 3 ) menjelang sesi persekolahan 2019 yang bakal tiba. Nah !! Bukan anak-anak saja gembira tetapi ibuayah lagi jelas mempamerkan kegembiraan. Hee~ Al maklum lah, pada sesi persekolahan tahun sebelum-sebelumnya kakak sendiri akui setiap subjek yang diajar kepada anak-anak semakin berat dan susah.




Telah viral beberapa hari kebelakangan ni mengenai Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 14 – Tahun 2018 tentang Pemansuhan Amalan Peperiksaan Pertengahan dan Akhir Tahun Murid Tahap 1 ( Tahun 1, 2 dan 3 ) di Sekolah Rendah Kementerian Pendidikan Malaysia mulai 2019 dan kakak turut memainkan peranan untuk sama-sama ambil tahu dan cuba untuk memahami apa yang cuba disampaikan oleh pihak kementerian.

menteri_pendidikan_2019

Secara ringkasnya, pentaksiran yang akan dijalankan merupakan satu sesi pembelajaran yang menyeronokkan dalam membentuk karakter pelajar dengan pembangunan sahsiah yang positif. Menerapkan kemahiran 4M ( membaca – menulis – mengira – menaakul ) adalah kemahiran asas untuk pelajar Tahap 1 yang perlu dibina dan diperkukuhkan sebelum mereka melalui proses pembelajaran pada peringkat seterusnya yang lebih mencabar.




Bagi memastikan proses tersebut berjalan dengan lancar, pentaksiran ini akan dilaksanakan melalui Pentaksiran Bilik Darjah ( PBD ) dnegan menjalankan aktiviti-aktiviti berikut :

  • Bercerita
  • Projek mudah
  • Permainan
  • Main peranan
  • Kuiz
Menerusi pekeliling untuk tindakan semua pihak berwajib termasuklah pengurusan Jabatan Pendidikan Negeri, Shaari Osman - Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran ( Sektor Operasi Pendidikan ) Kementerian Pendidikan, pelaporan pembelajaran murid oleh guru dan ibubapa perlu dipertimbang untuk menambahbaik proses pembelajaran serta menentukan bentuk sokongan yang boleh diberikan kepada pelajar.


“guru boleh menjalankan PBD dalam bentuk kegiatan lain yang bersesuaian bagi 
memastikan perkembangan potensi, bakat, minat, kemahiran dan 
sahsiah murid dioptimumkan.. ”

- Shaari Osman ; Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran ( Sektor Operasi Pendidikan ) Kementerian Pendidikan


kedudukan_lencana_pelajar_Sekolah_di_Selangor_kuala_lumpur

Bagi memastikan pelaksanaan PBD berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang, pihak sekolah disarankan merancang jadual waktu bersesuaian disamping guru melaksanakan sesi pengajaran secara kolaboratif supaya pelajaran yang disampaikan lebih menyeronokkan. Selari dengan aktiviti di atas, KPM juga telah memutuskan Program Saringan Literasi dan Numerasi ( LINUS 2.0 ) dihentikan mulai 2019.




Apabila pihak kerajaan telah memainkan peranan sebaik mungkin, tibalah masa untuk kita sebagai ibuayah turut sama mengembleng tenaga dan usaha bersama-sama pihak sekolah dalam membentuk keperibadian dan menjadikan anak-anak kita pelapis golongan intelektual pada masa akan datang. In shaa Allah – apa yang kita usahakan akan dinilai nanti nanti. Hee~

Sebenarnya kakak berdebar nak tunggu sesi persekolahan 2019 ni. Ntah apa rupalah Nur Aina bila satu sekolah dengan Nur Aiman dan apa perasaan Nur Aiman bila tengok Nur Aina bersaing secara sihat dengan abangnya sendiri. Nah !! Seronok sebab anak-anak dah besar tapi sedikit risau bila mengenangkan karakter Nur Aina bukan seorang yang boleh berdikari sepenuhnya. Hahahaha~ Tipikal mak mak kan ?

6 comments:

  1. Yey! Anak saya masuk pra tahun depan takde exam..hooray!

    ReplyDelete
  2. Hi Atie, Kak ana follow sini.. pada Kak ana sesuatu perlaksanaan yang baharu ni pasti ada buruk dan baiknya.. kita tunggu dan lihat sahaja lah kan :)

    ReplyDelete
  3. Selain peperiksaan ni ada pendekatan lain lebih baik untuk mereka pada umur tersebut

    ReplyDelete
  4. kak shima suka jugak diaorang xde exam nih..bila diaorang exam, ibuayah nyer terlebih cuak pulak bila result exam diaorang nak kuar

    ReplyDelete
  5. Sistem baru, lazimnya memang akan menimbulkan pelbagai reaksi. Tapi sistem seumpama ini memang dipraktikkan diluar negara.

    ReplyDelete
  6. huurm macam ada pro n con la bila dah jadi cemni. stakat ni tak nampak apa logicnya tapi i believe adalah tu manfaat kalo mansuh exam. dia nak kanak2 ni explore n asah bakal skill motor depa ni.. supaya x rasa pegi sek tu beban sebab kena amek exam..

    rasanyala hihi pepandai je =P

    ReplyDelete