KEDUDUKAN LENCANA DAN TANDA NAMA PADA PAKAIAN SEKOLAH
Setiap tahun, aktiviti menampal lencana dan tanda nama pada baju sekolah anak-anak adalah sukan yang paling mencabar. Lagi-lagi bila pertama kali anak mula masuk sekolah kebangsaan. Berpeluh juga lah nak menyusun ikut kedudukan yang paling tepat menepati etika persekolahan. Nah !! Kakak share kedudukan yang tepat untuk tampal lencana dan tanda nama pada pakaian sekolah anak-anak.
Sebelum menyiapkan entri ni, sempatlah kakak Google untuk memastikan apa yang kakak buat adalah betul. Hahahaha~~ Rupanya !! Kedudukan yang betul adalah seperti di bawah.
INI SALAH !!
Lencana dan tanda nama atas poket – SALAH !! |
Ini pun salah !! Cabut balik !! |
Cara tampal lencana sekolah dan tanda nama yang betul adalah seperti di bawah.
Kat atas tu kalau kemeja ya anak-anak. Tapi. Kalau baju kurung ? Tudung ? Kat mana plak nak tampalnya ? Hee~ Itu lah. Banyak nau baju sekolah nam diuruskan sampai keliru dibuatnya.
KEDUDUKAN LENCANA SEKOLAH PADA BAJU KURUNG DAN TUDUNG :
- Wajib ditampal pada bahagian kiri
- Tanda nama bawah lencana
- Jarak antara lencan dan tanda nama lebih kurang 2cm
Kalau diteliti dengan baik, sama je dengan kedudukan lencana dan tanda nama kat kemeja cumanya baju kurung dan tudungkan tak de garis-garis poket kemeja tu. Gunakan common sense je lah supaya tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah.
Amacam ?
Okay tak tu ? Hee~
Okay tak tu ? Hee~
Selamat menempuhi alam persekolahan kepada anak-anak dan selamat bersabar dengan jadual dan kerenah anak-anak yang masih memerlukan perhatian penuh dari ibu ayah. Nikmati dan perihatinlah terhadap anak-anak supaya mereka membesar dengan baik dan penuh kasih sayang. Gittew.
Artikel berkaitan :
No comments: