6 TIPS BUAT PERSIAPAN PERSEKOLAHAN SESI 2023 / 2024. NOMBOR 6 PALING MENARIK.
Tahun 2022 bakal melabuhkan tirainya dan tinggal beberapa hari sahaja untuk kita melangkah ke tahun 2023 yang dijangkakan lebih mencabar jika nak dibandingkan dengan tahun yang sebelumnya. Sebagai surirumah yang sentiasa menyusun bajet mengikut kemampuan, jom kakak kongsikan 6 Tips Buat Persiapan Persekolahan dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2023 tanpa 'menyakitkan' poket. Hee~
Kalau kita tengok kalendar tahun 2023, sesi persekolahan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri bakal berselisih minggu sahaja. Maksudnya, kalau tak susun perbelanjaan dengan baik sudah pastinya berlaku kebocoran kewangan tanpa sedar. Ini sangat tidak sihat !!
TIPS MEMBUAT PERSEDIAAN KELENGKAPAN SEKOLAH
- Bakat semulajadi surirumah adalah membuat senarai lengkap barang mengikut kategori. Manfaatkan bakat ini untuk membuat senarai sebelum membeli belah bagi mengelakkan pembaziran dan tindakan TER - beli barang yang tidak perlu.
- Ya !! Bila melibatkan perancangan, kita sepatutnya sudah tahu berapa peruntukan yang akan digunakan untuk sesuatu perbelanjaan. Kelengkapan sekolah adalah perbelanjaan yang agar besar. Macam kakak dan suami, kami akan simpan sejumlah wang setiap bulan dan wang tersebut akan digunakan untuk menyediakan kelengkapan sekolah Aiman Aina.
- Contoh :
- Korang boleh simpan RM 50.00 setiap bulan selama sebelas bulan. Pada bulan ke-12 tabung dah ada RM 600.00 untuk menyediakan kelengkapan persekolahan dari tudung dan songkok hingga ke kasut sekolah.
- Bila ada tabung khas, tak de lah terasa 'sakit' sangat nak mengeluarkan sejumlah wang segedebuk gitu. Hee~
- Untuk membuat pembelian bermusim seperti musim persekolahan sudah pastinya harga yang ditawarkan juga mengikut musim. Kalau korang seorang yang peka, mesti korang perasan harga kasut sekolah pada luar musim lebih murah berbanding harga pada waktu cuti penggal persekolahan walaupun ditawarkan dengan promosi.
- Biasa kita beli buku sekolah mengikut senarai buku yang boleh diambil dari Kedai Buku Sekolah. Kan ? Em. Mengikut pemerhatian kakak dan suami, ada beberapa buku yang TIDAK PERLU dan TIDAK DIGUNAKAN langsung sepanjang tahun. Kan dah membazir kat situ.
- Tak salah rasanya biarkan anak-anak masuk sekolah, tunggu jadual kelas yang diberikan oleh guru dan tanya guru buku apa yang diperlukan untuk anak-anak meneruskan sesi pembelajaran pada tahun tersebut.
- Dalam konteks berjimat cermat, kakak menyarankan anak-anak membeli alat tulis yang lebih berkualiti. Contoh alat tulis yang berkualiti dan tahan lama sekiranya dijaga dengan baik :
- Mechanical pencil jenama Pilot
- Pemadam jenama Stadler
- Warna pensel jenama Stadler
- Warna air jenama Buncho
- Crayon jenama Buncho
- Pengasah pensel
6. Beli-belah di Pusat Pakaian Hari-Hari
- Tahun ni masuk tahun keenam kakak dan suami menjadikan Pusat Pakaian Hari-Hari sebagai one stop centre untuk kami menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak. Disamping menawarkan kualiti setanding harga, Pusat Pakaian Hari-Hari telah menyediakan pelbagai pilihan untuk orang macam KITA meneruskan misi berjimat cermat.
No comments: