TANGGUNGJAWAB SOSIAL MBI MERINGANKAN BEBAN PERSEKOLAHAN 55 000 ANAK SELANGOR

musim anak-anak memulakan sesi persekolahan baharu tetapi ibu dan ayah termenung jauh mengenangkan bajet yang belum tentu cukup.. em.. sepanjang proses pengendalian aktiviti tahunan Projek Beg Sekolah ( PBS ) yang sudah menginjak tahun ke-3 sedikit sebanyak kakak mengenal betapa perihnya sesetengah dari mereka masih perlu menyusun belanjawan untuk mencukupkan keperluan persekolahan anak-anak untuk sesi 2018 yang akan tiba tak lama lagi..
csr_MBI_selangor_2018
dengan bantuan pelbagai pihak yang masih celik mata menghulurkan bantuan disamping meringankan tanggungan ketua keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana turut membuka mata betapa masih ada rakyat yang memerlukan bantuan secara lansung mahupun tidak.. mungkin ada yang pandang senget dengan pemikiran negatif tentang betapa mampunya mereka menangungg keluarga ; dan mahu orang lain ikut sama cara mereka berbelanja..

hakikatnya, tidak semua yang mampu untuk sama-sama bermewah dengan keadaan ekonomi yang mendesak disamping kos sara hidup semakin tinggi membuatkan ramai yang melalui saar-saat sukar.. macam kakak sendiri, seorang nak masuk darjah 2, seorang nak masuk tadika 6 tahun.. baju sekolah dua pasang sorang, kasut sekolah, beg sekolah, yuran PIBG dan peralatan persekolah yang lain tak termasuk makan dan minum harian ; pun dah pening.. hee~ bukan mengeluh tapi mengisahkan betapa kakak pun perlu menyusun belanjawan sebaik mungkin untuk dua orang anak kakak.. kalau yang keluarga mempunyai anak lebih dari dua orang ? dan kesemuanya bersekolah ?

ya..

lagi pening gamaknya..

TANGGUNGJAWAB KORPORAT MBI

sekali lagi, Menteri Besar Selangor Incorported ( MBI ) berdiri dan mengulurkan tangan dalam melestarikan Tanggungjawab Sosial Korporat ( CSR ) menghulurkan bantuan berbentuk pakaian seragam sekolah dan alat tulis kepada 55 000 keluarga berpendapatan rendah termasuklah keluarga dari ibu dan bapa tunggal menerusi Program Kasih Ilmu Anak Selangor baru-baru ini yang diharapkan dapat meringankan sedikit sebanyak beban keluarga disamping menceriakan hari persekolahan anak-anak.. mana taknya, kalau kita dapat baju baharu pun kemain lebar senyuman kan ? inikan pula kanak-kanak yang punya impian untuk melangkah jauh mengapai cita-cita..

MBI_fairuz_ramdan_FRjunior
Program Hope For The Future Di Sunway Lagoon


PROGRAM KASIH ILMU ANAK SELANGOR

menerusi gabungan kerjasama MBI, beberapa program yang sama telah dianjurkan ;

  • Program Hope For The Future di Sunway Lagoon
  • Program Kasih Ilmu Anak Selangor di Tadika Cahaya Takwa
  • Program Kasih Ilmu Anak Selangor di Sungai Buaya Rawang
csr_MBI_anak_selangor
Program Kasih Ilmu Anak Selangor di Sungai Buaya, Rawang
dengan tujuan yang satu iaitu membantu keluarga berpendapatan rendah dan sederhana bagi meringankan beban perbelanjaan dalam penyediaan kelengkapan persekolah untuk anak-anak dan secara tak lansung program sebegini mendokong agenda Kerajaan Negeri dalam misi mensejahterakan rakyat Selangor khususnya..

senyuman itu !! priceless-- | Program Kasih Ilmu Anak Selangor di Tadika Cahaya Takwa
turut menarik perhatian kakak, MBI turut membuka ruang kepada pereka fesyen terkemuka tanah air iaitu Fairuz Ramdan ( FR ) untuk sama-sama mengembleng tenaga dalam ‘projek menanam saham’ dan memberi senyuman untuk anak-anak yang tidak berkemampuan ini sepanjang tahun !! ya !! sepanjang tahun gais.. secara tak lansung memperkenalkan jenama terbaharu mereka iaitu FR Junior yang mengkhususkan pakaian untuk kanak-kanak..

fairus_ramdan_FRjunior
Pemenang Mercedes-Benz Stylo Fashion Grandprix 2015 Malaysia
FR terkenal dengan pakaian RTW untuk lelaki

semoga lebih ramai yang tampil dengan menghulurkan bantuan kepada mereka yang tidak berkemampuan dalam soal belanjawan menginsankan insan.. buat anak-anak yang bakal memulakan sesi persekolahan 2018, kakak / acik / aunty ** hahahaha~ terasa tua di situ !! ** mendoakan dari jauh agar kalian berjaya dalam pelajaran dan menjadi insan yang mampu memberi sumbangan terhadap bangsa dan negara..

untuk korang yang nak tau dengan lebih lanjut mengenai aktiviti-aktiviti MBI dan Fairuz Ramdan ( FR ) boleh ke laman sosial mereka yang kakak sertakan kat bawah ni..

MENTERI BESAR SELANGOR INCORPORATED


FAIRUZ RAMDAN

1 comment:

  1. Bagusnya bila buat program macam ni. Serius saya baru tau ada lagi family yang betul betul tak mampu untuk sediakan barang persekolahan anak sekarang ni.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.