3 June 2022

‘JIMAT POKET’ DARI AEON ; INISIATIF 100 HARI LANGKAH MENGURANGKAN KOS SARA HIDUP RAKYAT MALAYSIA

AEON CO. (M) BHD. (AEON) mengumumkan inisiatif 100-hari ‘JIMAT POKET’ dengan kerjasama rakan-rakan niaga yang berlangsung dari 1 Jun 2022 hingga 16 September 2022 sebagai sebahagian daripada langkah mengurangkan peningkatan kos sara hidup.



AEON Malaysia


‘JIMAT POKET’ menampilkan dua pakej (bundle) menarik yang terdiri daripada barangan keperluan seperti beras, minyak masak, mee, biskut, kopi, gula dan lain-lain untuk dipilih oleh para elanggan. ‘Bundle’ RM60 terdiri daripada 15 barangan komoditi manakala ‘bundle’ RM100 mempunyai 18 barangan komoditi.

Shafie Shamsuddin, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif AEON berkata, “Kami bersyukur kerana dapat memperkenalkan inisiatif ‘JIMAT POKET’ dalam usaha memastikan harga barangan asas tidak melambung secara drastik dan memberi sedikit ruang untuk para pelanggan menyesuaikan diri dengan landskap pasaran semasa. Melalui kolaborasi dengan rakan-rakan niaga, kami mahukan para pelanggan tahu bahawa kami peka dengan kegusaran mereka. Kami sentiasa mendengar dalam memastikan perkhidmatan terbaik dapat disampaikan memandangkan keperluan mereka sentiasa menjadi keutamaan kami. 

Inisiatif ‘JIMAT POKET’ diumumkan di ‘AEON1000: Suppliers & Partners Conference 2022’ (AEON1000) yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.


Baju Sekolah AEON

Vendor AEON Malaysia


AEON1000 dihadiri oleh kira-kira 1,000 peserta yang terdiri daripada para penggerak dan katalis pelbagai industri termasuk FMCG, pembuatan dan pengeluaran makanan, logistik dan rantaian bekalan, perkhidmatan kewangan dan banyak lagi. 


Bertemakan 'Melahirkan Komuniti Mampan', tujuan persidangan tersebut adalah bagi mencetuskan tindakan transformasi daripada pelbagai pemegang taruh untuk berjaya di dalam tatacara dan pertumbuhan peruncitan baharu (new retail). Ia juga untuk melahirkan komuniti yang mampan yang mampu menempuh cabaran yang dihadapi oleh ekonomi Malaysia ketika negara terus mara ke fasa pasca pandemik. 



Promosi AEON Malaysia


Datuk Iskandar Sarudin, Pengerusi AEON berkata, “Di AEON, kami sentiasa komited untuk menggerakkan inisiatif kemampanan kami ke hadapan melalui usahasama dan kolaborasi bersama pemegang taruh. Kami sentiasa percaya bahawa perniagaan yang mampan merupakan perniagaan yang bukan sahaja tentang pulangan kewangan, tetapi juga melindungi alam sekitar, mempertingkatkan motivasi pekerjanya dan dalam kes kami, AEON People, serta meningkatkan komuniti dan ekosistemnya.”


Pada majlis itu, para peserta telah diperkenalkan dengan ‘AEON Sustainability Charter’, yang merupakan bentuk komitmen tertinggi oleh AEON ke arah memperjuangkan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) yang sejajar dengan Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.


37 buah syarikat telah yang terdiri daripada rakan niaga Merchandise, Penyewa dan Korporat AEON telah dianugerahkan dengan Anugerah Kecemerlangan AEON1000 di dalam pelbagai kategori. Anugerah tersebut disampaikan oleh Yang Berhormat Dato' Haji Rosol Wahid, Timbalan Menteri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.


AEON1000 adalah sejajar dengan usaha AEON yang memperjuangkan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu – 8 dan 17. Fokus masing-masing ialah menggalakkan masyarakat yang aman dan inklusif untuk pembangunan lestari, menyediakan akses kepada keadilan untuk semua dan membina institusi yang bertanggungjawab lagi inklusif yang berkesan di semua peringkat; serta memperkukuhkan cara pelaksanaan dan perkongsian global untuk pembangunan mampan. 

No comments:

Post a Comment