2 June 2022

MAIZURAH HAMZAH DUTA BAHARU EVENCHISE EBOOK STORE, PLATFORM JUALAN EBOOK GLOBAL.

Nama yang tidak asing lagi dalam industri hiburan di Malaysia, Maizurah Hamzah yang juga seorang penulis buku fizikal serta buku elektronik (e-book) telah dilantik secara rasminya sebagai duta baharu jenama kedai buku dalam talian iaitu Evenchise EBook Store baru-baru ini.



Perkembangan Terkini Maizurah Hamzah



Evenchise Ebook Store yang dibangunkan hasil kerjasama dan kepakaran daripada syarikat MSGA Sdn. Bhd. bersama Global Surf Sdn. Bhd telah membantu lebih 5,000 orang penulis memasarkan hasil penulisan secara dalam talian sejak tahun 2017. Majlis pelantikan telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MSGA Sdn. Bhd., Mejar Hasrul Taufek Roslan, Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM)  yang juga merupakan figura tidak asing dalam bidang penulisan ebook dan menjadi tulang belakang membangunnya Evenchise Ebook Store.


Pemilihan Maizurah Hamzah sebagai duta atas kapasiti seorang figura dan selebriti yang menjadikan bidang penulisan sebagai salah satu cabang seni kreatif setelah membuktikan potensinya sebagai penulis buku fizikal sekaligus menambah komitmen kepada penerbitan buku elektronik yang kini menjadi trend sejak pandemik Covid19.



Jana Pendapatan Dengan Menulis Ebook


Evenchise Ebook Store boleh dilayari di seluruh dunia dengan capaian internet membuatkan platform ini memberi gambaran luas yang menarik untuk penulis ataupun bakal penulis ebook untuk memasarkan hasil penulisan secara global. Jana pendapatan ? Ya !! Sudah tentu boleh sebab MSGA menyediakan kursus dan latihan intensif termasuk penggunaan sistem teknikal, penjenamaan, pelan pemasaran dan aplikasi Telegram.



Lagu Maizurah Hamzah
"Jihad Ilmu, Jihad Ekonomi, Jihad Pendidikan." - Mejar Hasrul Taufek Roslan


Dalam majlis yang sama, Maizurah Hamzah turut melancarkan karya terbaharu beliau berjudul Diari Si Puteri Pop 1 mengisahkan perjalanan hidupnya sejak kecil hingga bergelar anak seni dengan semua pengalaman dan liku kehidupan sebagai anak seni yang boleh dibeli melalui platform Evenchise Ebook Store.


Diari Si Puteri Pop 1 ; Maizurah Hamzah



Kakak tertarik dengan jawapan dari Maizurah Hamzah apabila ditanya tentang trend pembaca muda zaman sekarang yang lebih memilih untuk menonton video dan mendengar podcast, beliau dengan tenang menjawab :





"Adakah kita akan berhenti menulis (sambil memandang Mejar Hasrul Taufek Roslan) ?
Tidak. Rasanya tidak (kedua-duanya menggelengkan kepala). Kita tetap akan teruskan (menulis)."



Kelas Penulisan Ebook

Maizurah Hamzah Duta Evenchise


Nah !! Evenchise Ebook Store bagi ebook untuk korang secara PERCUMA , klik --> Ebook PERCUMA Hadiah Dari Evenchise Untuk Korang !! dan kalau korang berminat dengan program yang disediakan oleh MSGA, boleh terus hubungi 011-2561 8098. 



Kau tiba dengan harapan

Membina kembali keyakinan

Hidup ini tidak seperti dulu

Pengalaman getir ku biar berlalu

-- Seabad Rindu, Maizurah Hamzah.


No comments:

Post a Comment