26 October 2016

BASIC H SHAKLEE BUKAN UNTUK CUCI PUNTING BOTOL SUSU ANAK JE

bila sebut nak kemas rumah, mesti korang terfikir pasal sabun pencucikan ? em.. kita cuci baju pakai sabun wangi, mop lantai dengan sabun wangi, sabun mandi kita sendiri berbau wangi.. dah tentu la kan ? hee~ korang tau tak apa bahan yang menjadikan sabun sabun tu seme wangi ?

bunga ?
ekstrak bunga ?

memang tak a kan.. hee~ ia adalah wangian yang telah diformulasikan dari bahan kimia dan menyamai bau-bauan bunga kat taman nun.. nanti korang pilih jek la bau ikut suka korang samada roses, lavender, lemon.. pelbagai bau yang tersedia..

TAPI !!

walaupun kita cuma pakai dan hidu, bahan-bahan tu tetap masuk ke dalam badan kita melalui kulit dan hidung dan mengakibatkan sistem imun kita terganggu.. nih bukan reka reka cerita sebab kakak nak melariskan jualan.. hee~ nih memang ade dalam subjek Sains sekolah menengah kot..


KELEBIHAN BASIC H SHAKLEE


FAKTA TENTANG BASIC H SHAKLEE

  • RM 46.00 untuk penggunaan lebih 5 bulan
  • tanpa fosfat
  • tidak bertoksik
  • tanpa klorin
  • tanpa bahan kimia yang merbahaya
  • tanpa bahan pewangi
  • lembut pada kulit
  • mengandungi PH yang seimbang
  • mampu menanggalkan kotoran berminyak
  • 16 auns BASIC H boleh dicairkan dalam 48 gelen air
  • diekstrak daripada ramuan semulajadi seperti jagung dan kelapa
  • botol yang boleh dikitar semula
  • selamat untuk sistem septik dan pembentungan

CARA MENGGUNAKAN BASIC H SHAKLEE

BIL
KEGUNAAN
CARA
1.
Mencuci dan membersih sayur-sayuran dan buah-buahan daripada racun dan bahan kimia
Isikan air ke dalam besen dan masukkan 5 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
2.
Mencuci dan membersih ikan, ayam, daging dan makanan laut daripada bahan awet
Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
3.
Mencuci dan membersih makanan basah seperti mee kuning, kueytiau daripada bahan awet
Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
4.
Mencuci dan membersih tempat dan peralatan memasak ( terutama yang berminyak )
Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h dan gunakan untuk mencuci peralatan memasak
5.
Mencuci dan membersih bilik air, tandas, tangki, sinki, cermin tingkap, rak buku, almari
Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian mopkan atau lapkan tempat yang hendak dibersihkankecuali bilik air dan tandas perlu diberus
6.
Mencuci badan, tangan dan kaki daripada daki kotoran, pijar lada, dakwat marker pen, minyak 
Basahkan tangan dengan air kemudian tuangkan 2-3 titik kemudian digosok-gosok serta bilas
7.
Mencuci dan membersih lantai serta alat permainan
Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian cuci alat mainan dan dibilas manakala cucian lantai tidak perlu dibilas selepas lantai dimop kerana ia mudah kering dan tidak melicinkan lantai
8.
Menanggalkan gula-gula getah pada baju 
Titikkan 5 titik di sebelah belakang baju yang terkena gula getah kemudian digosok-gosok hingga tertanggal
9.
Mengasah pisau
Titikkan 4-5 titik pada pisau dan asah pisau seperti biasa sehingga tajam
10.
Membersih dakwat pen pada tangan, baju
Titikkan 4-5 titik di tempat terkena dakwat, digosok dan kemudian dibilas

TESTIMONI BASIC H SHAKLEE


jangan kecam !! hahaha~ kakak terai jek.. mana tau boleh jadik model sabun basuh lantai ke..


saiz botol BASIC H.. hee~ banyak kan ? memang stok 5 bulan pon tak habis melainkan korang buat minum ( bahaya : jangan dibuat.. kakak tak suruh ye.. hahahah~ )



  
BACA SINI --> KORANG TAU TAK ANGGUR ADE RACUN ? HAA.. TU LA.. MAKAN JEK TAU !!
BACA SINI --> RENDAM ANAK DALAM AIR BASIC H ? KEJAM BETUL !!


bestkan ? paling best bab penjimatan tu la.. surirumah adalah seorang yang bijak bila pandai berjimat.. hahahaha~ gitchtew--

kalau korang nak oder, boleh terus whatsapp kakak kat 017 309 1865.. in shaa Allah kakak akan balas secepat yang mungkin..

18 October 2016

BAGAIMANA PARASIT MEMBIAK DALAM BADAN DAN MELUMPUHKAN SEL BADAN SECARA DIAM

dah biasa dengar kakak membebel pasal DETOKS PARASIT kan ? bukan sengaja kakak nak takut-takutkan tapi memang realitinya badan kita turut ditumpangi beberapa jenis parasit yang mungkin menjadikan zat dalam badan kita ni makanan mereka.. menurut WHO ; parasit dalam tubuh manusia yang menyebabkan penyakit seperti hepatitis, gastrik dan paling teruk ada sehingga membawa maut.. skala serangan secara besar-besaran menunjukkan parasit hidup hampir dalam setiap dari kita..

ada pendapat yang menganggap bahawa parasit paling banyak menganggu sistem imunisasi manusia dan kita nih sebagai manusia plak menganggap punca utama adalah penyakit.. sebahagian besar kes dipanggil 'kematian akibat punca semulajadi' adalah hasil secara lansung daripada aktiviti-aktiviti parasit dalam badan..

cemana lagi kakak nak ulas bila pihak WHO sendiri yang menganggarkan 15 juta orang mati setiap tahun dan hampir 97% populasi telah dijangkiti parasit.. aduh !! cemana kita nak selamatkan nyawa kita dari termasuk dalam nisbah yan telah dikatakan tu ? hee~

BAGAIMANA PARASIT BOLEH MEMBUNUH ?

ada yang hampir terkeliru bila hanya mengelaskan cacing di dalam perut adalah satu-satunya parasit yang wujud dalam badan manusia tapi korang kena faham dan jelas bahawa terdapat beribu-ribu parasit yang boleh hidup dalam jantung, otak, paru-paru, darah dan perut kita dan hampir kesemuanya boleh membawa maut.. 



sesetengah dari mereka bertindak secara agresif daripada awal untuk menghapuskan sistem ketahanan tubuh badan melalui beberapa aktiviti sehingga bilangan parasit ini mencapai satu keadaan yang menyebabkan badan manusia tidak lagi boleh bertoleransi dan menyebabkan kematian..

DARI MANA DATANGNYA PARASIT ?

  • dari orang lain, lebih kurang secara langsung ( oleh najis atau secara seksual )
  • dari jangkitan diri sendiri, sebagai contoh, kerana menggaru kawasan dubur yang boleh menyeret telur dari tangan ke mulut
  • dari penghantaran kongenital ( ibu kepada janin )
  • dari barangan biasa yang tercemar
  • dari tanah yang tercemar oleh najis manusia atau haiwan
  • dari makan daging mentah atau kurang masak yang tercemar
  • dari makan ikan mentah
  • makanan tradisional beberapa negara termasuk dalam resepi mereka ( kita boleh mengelakkan penggunaan larva cacing oleh membekukan daging atau ikan dalam dua belas jam )
  • dari air minuman yang tercemar
  • daripada sayur-sayuran atau buah-buahan yang tercemar

BAGAIMANA MELINDUNGI DIRI DARIPADA PARASIT ?

buat masa ni tak de teknik yang tepat untuk mendignosis kehadiran parasit dalam badan kita tapi sedikit sebanyak yang membantu adalah dengan simptom-simptom seperti berikut :
  • alahan ( ruam / sakit mata / hidung gatal )
  • kesejukan / sakit tekak / hidung tersumbat
  • keletihan kronik
  • sakit kepala / sembelit / cirit-birit
  • sakit sendi dan otot
  • gemuruh / gangguan tidur
  • peningkatan / pengurangan selera makan


kalau korang ade simptom-simptom kat atas tu, baik korang amik tindakan awal untuk menyingkirkan parasit dengan menyekat segala punca makanan yang membenarkan mereka membiak dan beranak pinak dalam badan..

CONTOH SPESIFIK SERANGAN PARASIT

1 : cacing pita boleh merosakkan sel-sel sihat dalam badan
  • jangkitan cacing pita dalam usus boleh mengakibatkan sakit perut, mengurangkan selera makan, badan terlampau kurus, mudah letih, cirit-birit, perut kembung, sembelit
  • ketika larva cacing telah merebak dan menyebabkan cysticercosis, ia akan menyebabkan kekejangan, bengkak otak, kurang keseimbangan, demensia dan simptom neurologi lain secara kolektif disebut sebagai neurocysticercosis..
  • ia juga boleh menyebabkan pandangan dan kadang-kadang menyebabkan ablasio retina, turut menggangu rentak jantung, luka pada bahagian saraf tunjang yang mengakibatkan kehilangan kawalan motor dan akhirnya menyebabkan kelumpuhan
2 : otak manusia dijangkiti parasit


  • ini boleh menyebabkan sakit saraf, cepat letih, kebimbangan tanpa provokasi, perubahan mood secara tiba-tiba dan pada peringkat yang seterusnya apabila otak semakin banyak dijangkiti parasit, penyakit lebih serius boleh terjasi sehingga mengakibatkan kematian..
3 : hati manusia dijangkiti parasit
  • walaupun ia dianggap sebagai satu kes tapi kehadiran cacing dalam hati wujud 23% setiap orang dan setiap 4 orang memilikinya..
  • pada peringkat awal memang susah nak nampak dan tahap untuk parasit tadi mempengaruhi tubuh badan kita adalah sifar tetapi bila semakin hari semakin ia membiak, pelbagai komplikasi yang melibatkan jantung dan cacing-cacing ini bertanggungjawab hampir 100% kematian secara mengejut akibat serangan jantung..

meh lah beramai ramai kita detoks badan dan menyekat segala sumber makanan yang membiakkan parasit dalam badan kita ni.. hee~ korang mungkin tak perasan pada peringkat awal tapi bila korang mula craving benda manis dan berkurang/ bertambah selera makan itu bermaksud badan korang dah mula 'dijajah' dan risikonya sangat tinggi terhadap kesihatan.. parasit yang kita tak nampak ni akan memakan diri secara perlahan-lahan dan meracun badan korang secara serentak dan akibatnya.. pelbagai masalah kesihatan mula muncul.. 


17 October 2016

MERAWAT TEKANAN DAN MASALAH KESIHATAN MENTAL DENGAN B COMPLEX

hari Isnin ramai yang masih kekal dengan Monday Blues.. hee~ ntah ape perasaan ntah bila kena hadap dengan Monday Blues nih sebab kakak memang tak pernah rasa, atau pernah rasa tapi tak ingat dah cemana.. ade membe kakak kata memang dia tiap Isnin dia rasa nak telan orang.. hee~ serius seteruk itu Monday blues nih ? bahaya la jugak ye terhadap mental dan emosi dalam menjalani hari-hari mendatang.. sebab tu adanya entri nih untuk kaki Monday Blues yang tak 
pernah habis..

PUNCA STRESS

stress atau tekanan melibatkan penggunaan semua sistem yang ada dalam badan yang melampaui keupayaan individu yang menyebabkan individu susah nak menyesuaikan diri dengan keadaan dan memerlukan usaha yang lebih untuk mencapai keseimbangan dlaam diri..

Robbins ; 1993 :
"sesuatu keadaan yang dinamik menyebabkan individu berdepan dengan peluang, kekangan atau desakan terhadap apa yang dihasratkan.. pada masa yang sama wujud ketidakpastian akan keberhasilan dan hasil tersebut adlaah penting kepada individu tersebut.."


hakikatnya stress memang normal dan berlaku kepada setiap individu dan kita memerlukan stress sebagai peransang untuk berjaya.. tapi bila stress tak dapat dikendalikan ia akan membebankan.. hee~ ye ke ? ye ke ?




diam tak diam sebenarnya makanan harian kita memang membekalkan vitamin b untuk keperluan badan cuma ade jugak la timbul was was samada cukup dengan kuantiti atau mahukan kualiti vitamin b untuk menampung sel sel dalam badan kita.. kan ? contoh makanan harian yang mengandungi vitamin b :
  • kuning telur
  • ikan
  • kekacang
  • daging
  • hati
  • ikan
  • produk tenusu
cuma masih terjaga ke sumber asli vitamin b tu ? itu yang kakak nak cuba kupaskan untuk entri nih.. hee~ korang hadap jek--

AKIBAT KEKURANGAN VITAMIN B

  • masalah kulit
    • kalau badan kekurangan vitamin b, yang paling senang nak tengok adalah maslaah pada kulit antaranya kulit kering, pecah-pecah, luka lambat sembuh dan pucat --> OKAY !! STRESS..
  • cepat letih
    • kebiasaan dialami oleh pesakit anemia ( kurang sel darah merah ) yang mengakibatkan mudah letih dan beberapa otot yang lemah seperti semut-semut --> STRESS JUGAK !!
  • risiko bayi cacat
    • kalau mengandung, memang doktor akan mencadangkan pengambilan asid folik.. kan ? asid folik penting untuk perkembangan bayi di dalam kandungan --> BAKAL STRESS NANTI
  • kurang fokus
    • selalu blur ? susah nak fokus ? hee~ confirm kurang vitamin b dalam badan.. kenapa ? sebab vitamin b membantu untuk korang fokus dan mengelak terjadinya alzheimer --> STRESS LAGIK !!
  • sembelit
    • ada kemungkinan kurangnya vitamin b yang terkandung dalam telur, susu, daging dan sayur-sayuran mengakibatkan susah nak membuang.. haa.. banyakkan makan sumber vitamin b ya --> INI MEMANG PUNCA PALING STRESS
  • mengganggu fungsi otak yang juga meningkatkan risoko sakit jantung --> STRESS LAGIK !!

BAGAIMANA MEMILIH VITAMIN B YANG BAIK ?

vitamin b sepatutnya mengandungi kesemua 8 vitamin 0 B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin sebagaimana dinyatakan dalam RDA ( kesemuanya perlu diambil pada masa yang sama ) dan harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin.. pastikan jurang peratusan nilai harian B1, B2, B3 dan B12 tidak terlalu besar juga elakkan pengambilan vitamin b yang menawarkan rumusan larut-air ( sustain release )

KELEBIHAN B COMPLEX SHAKLEE

para saintis Shaklee telah mencipta asid folik secara semulajadi yang PERTAMA di dunia dengan kadar kebooleh serapan ( bioavailability ) yang sangat tinggi dan berkualiti kerana asid folik yang sedia ada tidak mudah diserap tubuh dan hampir 99% asid folik yang terdapat dipasaran bersifat sintetik..


B complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin b termasuklah 100% biotin dan asid folik dan kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin v untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna.. terlebih atau terkurang akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin b dalam tubuh..B Complex Shaklee adalah vitamin yang mudah larut air dan sebarang lebihan tidak akan disimpan di dalam badan sebaliknya akan disingkirkan melalui sistem pencernaan..

MANFAAT B COMPLEX SHAKLEE

1 : menukar makanan kepada tenaga
  • membantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan / kelesuan
2 : melawan tekanan
  • memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia
3 : membantu tumbesaran
  • menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak.
  • membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang
4 : rambut beruban dan gugur 
  • memperbaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut
5 : baik untuk mata
  • mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, perkasakan memori dan daya pemerhatian / fokus
6 : mencegah anemia
  • membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi, merangsang sirkulasi darah alam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat atau laut
7 : meredakan senggugut
  • baik untuk masalah senggugut ( PMS ), meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman, terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit.
8 : mencegah perleche
  • dikenali juga sebagai kerekahan mulut ( mouth chilitis ), mencegah jangkitan lidah ( glossitis ), nafas berbau

bestkan B Complex Shaklee ni ? hee~ nak tau tak harga dia cuma RM 53.75 dan sebotol tu stok untuk 4 bulan.. haa.. dah la best, jimat plak tu..


atau boleh direct kat kakak untuk pembelian dan konsultasi.. ye.. nih whatsapp : 017 3091865.. mana tau korang memang selalu Monday Blues.. hee~ mungkin kurang vitamin b tu.. 

15 October 2016

KHASIAT BIJI BETIK UNTUK MASALAH DALAM PERUT

selalu kita dengar khasiat buah betik untuk mengelak sembelit dan daun betik direbus untuk merawat denggi.. kan ? kan ? memang tak pernah kakak dengar orang cerita apsal BIJI BETIK.. hee~ dok jugak Google sana sini study pasal biji betik.. rupanya banyak khasiat biji betik yang memang orang selalu buang buang jek..


ada kajian mengatakan biji betik mampu untuk melindungi ginjal dari racun ( toksin ) yang menyebabkan kegagalan fungsi buah pinggang selain itu kalau korang kaki detoks, memang biji betik merupakan salah satu tips paling cepat untuk bunuh parasit yang bersarang dalam sistem pencernaan manusia.. hee~ gagah ke nak kunyah biji betik umpama kekacang ?

biji betik juga mempunyai :
  • zat antikolesterol
    • kandungan saponin yang ada dalam biji betik juga memberi manfaat untuk menurunkan aktiviti kolesterol serum seperti tindakbalas resin dan ia mampu mengurangkan peredaran ( circulation ) enterohepatik iaitu dalam organ hempedu
  • antioksidan dalam darah
  • kandungan alkaloid, flavonoid, tanin, saponin anthraquinones dan anthocyanocides

MANFAAT BIJI BETIK

1 : ANTIBAKTERIA
  • biji betik merupakan antibakteria yang berkesan melawan E-coli, almonella dan jangkitan staphylococcus
2 : MENJAGA GINJAL
  • ekstrak biji betik mampu melindungi buah pinggang dari racun yang merosakkan fungsi buah pinggan
3 : MEMBUNUH PARASIT
  • biji betik mampu mencegah kewujudan cacing dan membanteras parasit dlaam sistem pencernaan
  • dalam sebuah kajian terhadap kanak-kanak di Nigeria yang menghidapi masalah parasit dalam sistem pencernaan, 76.6 % dinyatakan bebas parasit setelah tujuh hari memakan biji betik kerana biji betik mengandungi alkaloid anthelmintic yang disebut carpaine telah terbukti berkesan membunuh cacing parasit dan amuba

4 : MENGUBATI SIROSIS HATI
  • sirosis hati adalah penyakit yang disebabkan pengambilan alkohol berlebihan selama bertahun-tahun dimana hati menjadi kecut dan keras
  • dalam keadaan ini, hati tidak berkesan untuk menghilangkan racun dari tubuh dan mengakibatkan masalah kesihatan yang serius
5 : UBAN
  • kandungan glucoside carcirindan yang terdapat dalam biji betik mampu mencegah pertumbuhan uban serta menghitamkan rambut
  • CARANYA : biji betik dikeringkan dan ditumbuk halus kemudian dicampurkan dengan minyak kelapa.. lumurkan pada rambut setiap malam sebelum tidur
6 : MEMBERSIHKAN HATI DARI RACUN
  • dalam perubatan Cina, satu sudu teh biji betik dapat membantu menyahtoksin hati

RESEPI BIJI BETIK

dah.. bikin resepi plak haa.. hee~ ada dua cara yang dicadangkan :
  • PERTAMA : biji betik dikisar bersama air sehingga hancur.. boleh nikmati sejuk atau suam macam jus buah-buahan yang lain tu.. hee~ dia ade rasa pedas - pahit sikit.. a.. gitu la lebih kurang rasa dia..
  • KEDUA : keringkan / jemur biji betik 2 - 3 hari.. kemudian kisar kering sehingga jadi serbuk.. nanti boleh buat bancuhan macam kopi tu.. kalau nak sedap boleh tambah sedikit madu..

PENTING : wanita hamil dilarang sama sekali untuk kunyah / makan / minum biji betik.. 

haa.. sekarang dah tau kan kelebihan biji betik.. confirm lepas nih korang takkan buang dah kan ? hee~ setiap kejadian tu mesti ade kelebihan kan ? jangan terlepas peluang menikmati..


14 October 2016

SAKIT SENDI MENGGANGU PERGERAKAN HARIAN ? KENAPA BOLEH SAKIT ?


APAKAH PUNCA SAKIT SENDI ?

1 : RHEAUMATOID ARTHRITIS
  • berpunca dari masalah kerosakan sistem autoimun yang menyebabkan tubuh menghasilkan zat penyebab keradangan terutama dibahagian sendi jari tangan, kaki dan tulang belakang
  • ia juga menyebabkan keradagan dan pembengkakan selaput sendir dan lama kelamaan akan merosakkan kapsul sendi dan seterusnya tandon dan akhirnya ia menyebabkan deformasi pada tulang dan kesukaran untuk bergerak
2 : OSTEOARTHRITIS
  • merupakan penyakit sendi degeneratif (kebiasaan menyerang mereka yang berusia 45 tahun dan ke atas ) yang berpunca dari faktor penuaan dan penggunaan sendi yang berterusan
  • akibat geseran ini lama kelamaan tulang rawan akan menjadi haus dan menyebabkan rasa nyeri terutamanya pada bahagian pinggul, lutut, kaki, tangan dan tulang belakang
3 : ANKYLOSING SPONDYLITIS
  • sering dirasai apabila bangun dari tidur dan mengalami rasa nyeri terutamanya pada bahagian pinggul dan tulang belakang
  • ankylosing spndylitis yang berpunca dari penyakit autoimun juga boleh menyebabkan percantuman tulang belakang sehingga menyebabkan bongkok yang dikenali sebagai kyphosis dan TIDAK semua penderita mengalami gabungan tulang belakang
4 : PSORIATIK ARTHRITIS
  • pembengkakan yang menyakitkan terjadi pada semua sendi seperti ruas jari, pergelangan tangan, lutut, tulang selangka, pergelangan kaki dan bawah punggung merupakan kesan sampingan dari penyakit psoriasis
  • lebih kurang 30% - 40% pesakit yang mengalami psoriasis akan mengalami psoriatik arthritis yang biasanya terjadi antara usia 30 - 50 tahun
5 : GOUT

MERAWAT SAKIT SENDI

kebiasaannya pesakit akan diberikan suntikan tapi kesan ubat suntikan hanya memberi kelegaan buat sementara waktu sahaja dan jika diambil secara berterusan, ia akan memberi kesan sampingan kepada organ badan yang lain..

ada juga sesetengah pendapat pakar mengatakan boleh melakukan pembedahan tapi tau tau jek la kos yang akan dilaburkan dan jangka masa untuk sembuh sepenuhnya bukan sekejap.. hah ? tak de bajet ? hee~ atau mungkin pesakit boleh mengubah gaya hidup yang sihat dengan pengambilan nutrien semulajadi sebagai alternatif..


MACAMANA NAK TAHU KITA ADA MASALAH SENDI KRITIKAL ?


  • sakit pada sendi yang terlibat
  • sukar untuk membengkokkan atau meluruskan sendi
  • ada yang mengalami kebengkakan
  • pembesaran tulang sendi berlaku




RAWATAN SAKIT SENDI

1 : MENGURANGKAN INFLAMASI
  • omega guard dapat melambatkan degradasi tulang rawan dan boleh mengurangkan keradangan dalam sendi kerana ia bertindak sebagai pelincir dan membantu pergerakan dengan lebih bebas..
  • kajian telah membuktikan dengan pengambilan asid lemak omega 3 bersama glukosamina dapat meningkatkan kesihatan sendi
2 : MENGEKALKAN SEL TULANG YANG SIHAT
  • kalsium sangat penting untuk kesihatan tulang, oto dan ligamen dan magnesium pula diperlukan untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dan kajian menunjukkan pengambulan kalsium dapat membantu menguatkan tulang dan dapat mengurangkan gejala osteoarthritis


haa.. jangan lupa untuk dapatkan harga PROMOSI BULAN OKTOBER 2016 untuk OMEGA GUARD ye.. hee~ ade T & C la tapi pun.. boleh hubungi kakak melalui whatsapp di : 017 309 1865

13 October 2016

TIPS MENGELAK MASALAH KEMBUNG PERUT DIKALANGAN KANAK-KANAK

dua tiga hari ni kakak menghadap lagi satu kes ; aiman kembung perut.. adoi.. dia punya bergendang memang macam main gong.. hee~ kesian la sebab aiman tak dapat nak tidur dengan lena pakej dengan badmood.. jadinya, semalam kakak bawak la aiman g klinik untuk cek kot ade yang tak kena ke..

nasib doktor kata tak de pape yang membimbangkan.. a.. gittew-- alhamdulillah.. kes kembung perut nih rentetan dari viral fever + tonsil membengkak beberapa minggu lepas la nih.. memang akan ade sesetengah budak akan effect pada perut yang melibatkan masalah penghadaman..

nota kaki : aiman tak pernah kembung perut dari lepas habis pantang.. bila jadi macam nih memang kakak cuak banyak laa..

PUNCA KEMBUNG PERUT

kebiasaannya angin dalam perut disebabkan kita menelan udara dari makanan tertentu semasa makan atau minum dan ini terjadi kepada semua manusia termasuklah aiman.. hee~ lagi pulak semakin hari semakin banyak udara terkumpul dalam perut bila seseorang itu :
  • makan atau minum dengan cepat
  • mengunyah gula-gula
  • mrnghisap gula-gula keras
  • minum minuman berkarbonat
tambahan :
  • merokok
  • memakai gigi palsu yang longgar


FAKTA : orang-orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut.. a melegakan sakit perut, melegakan gejala flu dan juga ia dapat membantu dalam masalah elergi pada saluran usus..


MAKANAN YANG MENYEBABKAN KEMBUNG PERUT

kebanyakan makanan yang mengandungi karbohidrat boleh menyebabkan angin dan lemak + protein boleh menyebabkan masalah angin ( oh !! baru dapat kaitkan ESP penawar gastrik.. hee~ ) antara makanan lain yang menjadi punca angin :
  • kacang
  • sayur-sayuran seperti brokoli, bung kobis, kobis, taugeh, bawang, cendawan, artichokes, asparagus
  • buah-buahan seperti pear, epal, pic
  • bijirin seperti gandum dan oats
  • minuman berkarbonat
  • minuman yang mengandungi fruktosa tinggi
  • susu dan produk tenusu seperti keju, ais krim, yogurt
  • gula-gula bebas gula seperti sorbitol, mannitol, xylitol

SIMPTOM KEMBUNG PERUT

1 : SENDAWA
  • kalau sesekali sendawa lepas makan adlaah perkara yang biasa tapi bila dah kerap sendawa mungin korang menelan terlalu banyak udara dan melepaskan udara sebelum ia memasuki perut..
  • sesetengah orang yang kerap sendawa mungkin mempunyai gangguan Gastrousus seperti refluks penyakit gastroesophageal di mana ia merupakan keadaan kronik yang menyebabkan kandungan perut mengalir balik ke dalam esofogus..
2 : KENTUT
  • melepaskan angin sebanyak 13 hingga 21 kali sehari adalah normal kerana angin berlebihan dlama perut menyebabkan kembung dan kentut mungkin boleh mengurangkan rasa senak..
3 : SAKIT PERUT
  • mungkin akan merasa sedikit sakit dibahagian abdomen ( perut ) dan merasa tidak selesa pabila gas tidak bergerak melalui usus biasa..
4 : KEMBUNG
  • salah satu masalah yang memang tak dapat nak elak kalau korang ade anak kecik.. hee~ tapi kakak berhadapan dengan masalah 'anak kecik' yang berusia 6 tahun ni.. memang simptom yang sama ( perut membulat - nampak tak selesa - badmood - kurang nak makan ) boleh la sapukan minyak angin untuk legakan rasa sakit tu.. 
bila berhadapan dengan masalah kembung, yang kita kena ALERT dan perlu pastikan ia bukan disebabkan oleh masalah yang serius walaupun abdomen anak nampak kembung, ia sepatutnya lembut dan tidak keras.. dan kalau keras, ia mungkin melibatkan masalah usus.. pape hal pun bawak g klinik untuk dapatkan rawatan susulan.. jangan memandai mandai ye mak mak.. hee~

KENA JUMPA DOKTOR ?

ye !! memang kena jumpa doktor untuk pemerhatian lebih teliti untuk mengesan masalah-masalah lain seperti :
  • masalah usus besar 
    • berkemungkinan tidak dapat berfungsi dengan baik kerana melibatkan saraf - hirschprung's disease
  • masalah usus tersumbat / terbelit
    • akan muntah tetapi tidak membuang air besar ataupun kentut untuk jangka masa yang lama
  • alahan pada susu
    • sekiranya anak menghidapi lactose intolerance ia juga boleh menyebabkan masalah kembung
  • masalah organ lain seperti hati bengkak / limpa bengkak / masalah buah pinggang dan saluran kencing
sedangkan kita yang dah tua ni pun sesekali kena gak kembung perut tu, ini kan budak-budak yang tak tau pape.. kan ? kalau sentiasa depan mata tak pe juga, boleh la tengok-tengokkan ni kalau kat sekolah.. resah hati mak ni, nak.. hee~

ضَعْ يَدَكَ عَلَى الَّذِى تَأَلَّمَ مِنْ جَسَدِكَ وَقُلْ بِاسْمِ اللَّهِ. ثَلاَثًا. وَقُلْ سَبْعَ مَرَّاتٍ أَعُوذُ بِاللَّهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ

"lekatkkan tanganmu pada tempat yang sakit dan bacalah Bismillah tiga kali, lalu bacalah a'uudzu billahi wa qudrotihi min syarri maa ajidu wa uhaadziru.."

aku berlindung kepada Allah dan kekuasaanNya dari keburukan yang sedang aku rasakan dan yang aku khawatirkan - HR. Muslim



dan sepanjang kes aiman nih, kakak tetap teruskan ubat colic dari doktor + prebiotik pun dari doktor + peppermint ginger plus Shaklee + vitalea for children.. cuma beringat lebih sikit la.. 

12 October 2016

MAKAN PERIA KATAK DAN TAK PERLUKAN SUPPLEMENT LAGI ?

bila teringat jek pahit peria, memang la rasa tak boleh nak telan ke hape ke kan.. hee~ maung pahit dia lagik buat ramai pandang peria sebelah mata jek padahal tau tu peria merupakan salah satu 'buah' yang memberi kesembuhan untuk banyak penyakit.. haa.. ke tak tau ? okay !! sekarang dah tau kan ? hahaha~

PERIA KATAK

  • secara ringkasnya, peria katak mengandungi kalori yang rendah tapi kaya dengan zat besi
  • mengandungi vitamin B1, B2, B3, C, magnesium, asid folik, zinc, fosforus, manganese dan fiber yang sangat tinggi
  • kandungan beta-karotene 2 kali ganda lebih berbanding brokoli
  • kandungan kalsium 2 kali ganda lebih berbanding bayam
  • kandungan potassium 2 kali ganda lebih berbanding pisang

asal la kakak buat entri pasal peria katak kan ? hee~ sebenarnya encik suami kakak dalam proses mengurangkan habit jahat beliau yang memang rata-rata tentang pemakanan.. jadik, kakak pun search la serba sedikit pasal home remedies yang mungkin kakak boleh bantu encik suami ( lepas tu kakak share kat korang plak.. ) haa.. mana yang rasa ade masalah kesihatan serba sedikit tu tapi tak nak / belum bersedia / takut nak makan supplement / malas / tak rajin / muak / tak suka  tak de bajet.. mungkin korang boleh manfaat kan PERIA KATAK nih..

KHASIAT PERIA KATAK

  • merawat darah kotor dan bertoksin dengan mencampurkan jus peria katak dengan sedikit jus limau
  • membersih dan memperbaiki masalah hati yang disebabkan pengambilan alkohol berlebihan
  • meningkatkan sistem imun dan ketahanan badan terhadap jangkitan
  • penyakit taun - pada peringkat awal penyakit taun, boleh ikhtiar dengan mencampurkan jus peria katak dengan jus bawang merah dan jus limau
  • penyakit kencing manis - peria katak tidak mengndungi sebatian hypoglycemic ( insulin tumbuhan ) yang boleh menurunkan paras gula dalam darah jika diamalkan sekerap mungkin
  • tenaga - jus peria katak dapat menambah tenaga dan stamina disamping mengurangkan masalah sukar tidur pada waktu malam
  • masalah mata - kandungan beta-karotene yang tinggi dapat membantu memperbaiki masalah mata ( kerabunan )
  • penyakit buasir - boleh ikhtiar dengan mencampurkan jus daun peria katak dengan susu dan diminum semasa perut kosong pada awal pagi
  • gangguan pernafasan - campurkan jus peria katak dengan madu dan amalkan setiap hari untuk merawat asthma dan penyakit paru-paru
  • psoriasis - amalkan jus peria katak dapat mengurangkan psoriasis dan penyakit yang berkaitan dengan fungus seperti kurap

nih resepi yang kakak memang buat untuk encik suami.. nak harap beliau buat sendiri memang tak a-- lelaki / suami memang manja gini kan.. hee~ rasa nak lepuk lepuk jek..


2 sudu besar makan madu
setengah biji peria katak
5 biji limau kasturi
segelas air


kita kasik blend sampai sebati.. gittew--


hee~ nah !!! jadik la untuk beliau yang degil dan selalu skip dari makan supplement..

sebab kakak sendiri tak tau ape masalah dalaman encik suami, maka kakak amik tindakan drastik la untuk jadik 'doktor'.. tapi in shaa Allah.. makanan semulajadi macam buah-buahan, sayur-sayuran nih kalau korang pandai manfaatkan dan tolak mentah bahan yang ade kandungan sintetik sedikit sebanyak akan membantu menambah nilai kesihatan..

tak percaya ? 
ce try.. jangan baca jek.. hee~

bukan bermakna, dah amalkan peria katak, supplement kena tolak tepi ye.. kena makan jugak lagi lagi supplement SHAKLEE.. hee~ nih antara salah satu menu yang korang kena amalkan untuk repair masalah dalaman yang mungkin tersembunyi dan korang tak tau.. contoh la.. contoh.. ade orang kata jus peria katak dapat merawat tekanan darah tinggi.. orang kata la.. kalau korang tak try, korang tak tau kan.. tapi kalau dah sakit, sila lah jumpa doktor dan jangan memandai mandai.. cumanya, memang sangat tak rugi pun kalau korang kembali kepada makanan alami..

kenapa kena makan supplement ?
  • untuk membantu pembentukan sel baru + seimbangkan nutrisi dalam badan
pandai !!
hee~

nanti kakak share lepas sebulan ape jadik kat encik suami ye.. hahaha~ kot la tetiba bertukar jadik Arjun Rampal ke.. ouch-- yang penting sihat la.. sihat dalaman, sihat luaran.. kan ? isteri mana yang tak sayang suami ooi !!!!


11 October 2016

KESAN DAN TINDAKBALAS USUS ROSAK TERHADAP SISTEM TUBUH

hari kedua untuk team #detoxdenganatie bergelut menahan rasa.. hee~ dah ade yang craving benda manis tu.. kalau macam kakak sendiri hantu kopi dan memang susah la nak lari dari rutin minum kopi tapi sedia tahu kan benda benda yang sedap tu memang selalu mengundang penyakit untuk jangka masa panjang.. haa.. cemana ? ready bukak minda untuk slot detox hari ni ? hee~


kalau korang nak tau, misi utama kami kami ni men-detoks-kan diri setiap bulan bukan semata nak kurus jaa.. tapi untuk singkirkan toksin yang dah jadi keladak dalam usus.. dan itu juga punca segala macam penyakit kat luar ( migraine / sugar craving / rambut gugur / selera makan macam dinosor / jeragat / jerawat batu / tua sebelum usia / terlalu gemuk / terlalu kurus / sakit jantung / haid tak normal / insomnia / penyakit kulit / alergik / masalah pencernaan / bintik bintik penuaan / ngilu ulu hati  bla bla bla -- sebab banyak lagi.. ) hee~


gambaran usus kita nih ha.. panjang - berpintal dan mengikut kajian, panjang usus kita 6 kali lebih panjang dari tinggi badan kita.. kalau korang panjang menggalah, sila la ukur cemana panjang usus korang.. hee~ itu gurau eh.. dan lebih kurang 10 meter gak usus kita nih dan seumur hidup kita, kita makan tak brehenti.. adoi.. kesian usus tak berhenti memproses makanan korang semua.. bukan sikit tu.. korang cek la sendiri ape yang korang makan dan mengakibatkan rata-rata 3 - 12 kg berat sisa makanan yang menempel kat usus..


Nabi Muhammad SAW bersabda :
“sumber dari segala penyakit adalah perut, perut adalah gudang penyakit dan berpuasa itu obat..” 
-- ( H.R. Muslim )


90% segala macam penyakit yang biasa kita dengar bermula dari usus besar yang selalu menyimpan sisa sisa makanan tak tak terbuang ( melekat kat dinding usus / berbaki ) dan sisa makanan tersebut bertukar menjadi toksin yang menempel di dinding usus, menjalar dan melumpuhkan ketiga-tiga fungsi toksifikasi :
  • sistem pencernaan
    • perut / isi perut / usus besar
  • sistem endokrin
    • kelenjar pituari / kelenjar adrenal / kelenjar tiroid / kelenjar pankreas
  • sistem penyaringan
    • hati / kulit /rahim
Dr.Norman Walker, Dsc, Phd – USA : 
“cuci usus akan menghilangkan sembelit, rasa lesu, penyakit lemah pencernaan, sakit sendi, sakit pinggang, perut kembung, kencing manis dan lain-lain..”


hampir kesemua sel dalam badan kita terdedah dengan toksin ( ikut umur korang la.. kalau 30 tahun, 30 tahun la badan simpan toksin.. ) dan detox mampu mengembalikan keseimbangan dalam sistem badan ke semua sel, tisu, organ, sistem dalaman.. haa.. sebab tu la kakak cakap, lepas detox, korang confirm rasa lain punya sebab dalaman dah cuci..


gambar : peringkat kanser usus yang merupakan salah satu akibat bila usus sudah 'rosak'..

PUNCA KANSER USUS :

  • diet tidak seimbang
  • kegemukan
  • bekas pesakit kanser kolon
  • pesakit pernah mempunyai adenomatous dalam usus
  • kurang bersenam
nanti kakak cerita pasal CEMANA NAK TAU DETOKS YANG SAYA BUAT BETUL BETUL MENJADI atau SEKADAR SAYA MENCUCI USUS.. hee~ nanti eh.. nanti.. 

untuk slot detoks FASA 2, kakak masih bukak.. maklumat detox kat whatsapp ye.. jangan segan hubungi kakak :
017 309 1865

10 October 2016

23 RESEPI ESP YANG HILANGKAN RASA MUAK

pernah baca pasal 32 KELEBIHAN ESP SHAKLEE kat entri kakak yang lepas lepas ? hee~ kalau tak de, korang boleh klik linak kat bawah ni.. tapi kena hati-hati tau.. sebab korang akan mula meitiskan air liur luar jangkaan bila korang scroll sampai habis entri nih.. jangan cakap kakak tak pesan eh..


tapi ade la lima enam orang yang bila kakak mintak feedback lepas minum ESP tapi dorang kata "kite tak minum dah ESP tu.. tak boleh telan laa.." haa.. sudah.. asal plak tak bleh telan.. hee~ dah tu ? takkan nak buangkan.. ESP tu dah la mahal, ye la RM 150.00 kot ( kalau korang berkira pasal duit, kakak pun petik gak la pasal duit.. ) tapi banyak kelebihan yang akan bantu proses penambahbaikan sistem badan korang.. 

em.. lama gak kakak fikir untuk balas whatsapp kalau kes kes gini.. takkan kakak nak return duit korang plak kan.. once open consider sold la kan.. hee~ tapi in shaa Allah.. kakak akan bertanggungjawab sebaik mungkin dan tak tinggalkan korang terkontang kanting tah pape.. gittew--

kat bawah nih, kompilasi resepi ESP yang korang boleh try untuk hilangkan rasa MUAK tu.. ikut selera korang cemana la.. cuma !!! cuma !!!! cuma !!!!! kena tau pantang larang ESP nih..

  • DILARANG SAMA SEKALI bancuh ESP dengan air berkarbonat
    • coke / fanta oren / 100 plus / mirinda merah / kickapoo dan sekaum dengan mereka
  • DILARANG SAMA SEKALI bancuh ESP dengan minuman berkafien
    • kopi / nescafe / teh dan sekaum dengan mereka
  • DILARANG SAMA SEKALI bancuh ESP dengan air panas mendidih
    • suhu yang sesuai adalah bila korang dah bancuh, terus minum
3 tuh korang kena peka dan jelas sebab taknak zat dan khasiat soya organik dalam ESP mati dan tak memberi tindakbalas yang baik untuk tubuh badan korang.. haa.. mesti kalau korang amik ESP nak kan tindakbalas WAH !!! kan ? kan ? jadi.. senang jek.. korang dengar cakap kakak.. hee~



ESP + sirap bandung


ESP + air kosong


ESP + horlicks ( sejuk / suam )


ESP + nestle bliss ( banyak lagik flavour yang boleh match )


ESP + nesvita


ESP + susu pilihan ( boleh jek susu plain / cokelat / stoberi / jagung )


ESP + madu


ESP + kismis + almond


ESP + kismis + almond + madu


ESP + almond + madu


ESP + almond + oats + madu


ESP + oats + kurma + madu


ESP + oats + kurma



ESP + kurma + madu


ESP + susu pilihan + kiub ais ( nanti jadik smoothies )


ESP + milo ( sejuk / suam )


ESP + ribena


ESP + orange tropicana twister


ESP + performance drink


ESP + performance drink + mealshakes


ESP + serbuk koko ( boleh tambah susu pekat sikit / madu )



ESP + jus buah pilihan


ESP + avocado + madu

disebabkan kakak memang tak suka korang membazir, jadik kakak menyeru korang yang lekat dengan alasan "tak boleh telan.." cuba kesemua resepi kat atas tu dan suai padankan dengan selera korang.. hee~ sayang kot.. kakak tau korang beli sebab korang sedar ESP nih bagus untuk kesihatan tapi bila minda korang yang pertama kali cuba nak telan ESP kata 'huish-- tak sedap nyeeeeee.." dan sampai bila bila la korang akan begitu..

keyword : MIND SETTING

silap haribulan sampai expired sudah ESP kat rak dapur rumah korang.. haa.. membazir amalan syaitan tau.. tau.. lepas nih kalau ade yang kata tak boleh telan ESP gak, memang kakak tarik bulu kening korang.. hahahah~ kakak garang tau..

yang mana belum beli ESP tapi nak try dan nak soal siasat kakak pasal ESP nih.. boleh direct whatsapp kakak ye : 017 309 1865