TIPS TURUNKAN SUHU BADAN ANAK DEMAM DALAM TEMPOH 24 JAM

hari tu tetiba jek aina demam.. terus tinggi suhunya sampai satu rumah naik cuak.. hee~ sebab nak setahun jugak tak demam, demam kali ni memang kakak dah jauh fikir nye.. mesti lama + teruk terlantar la.. sebab dulu dulu aina demam pun gitu siap tanak makan lagik.. ni ha.. kakak share TIPS TURUNKAN SUHU BADAN ANAK DEMAM DALAM TEMPOH 24 JAM..

masa kakak rasa jek badan aina panas, first sekali memang terus menuju ke klinik la.. tak de nak tangguh tangguh.. dan sampai jek kat klinik, suhu badan aina dah 38.9.. hahaha~ ketar lutut weyh.. time tu mood dia pon dah tak berapa nak best, merengek, marah marah seme..

http://www.atiehilmi.com/2014/12/anak-kerap-demam-selesema-lepas-tu-tak.html

dan bermulalah tugas kakak sebagai ibu - jururawat - doktor - tabib - bomoh.. dan korang boleh list kan ape keje yang berkaitan.. 

APA ITU DEMAM ?

  • demam merupakan reaksi tubuh badan kita terhadap jangkitan virus atau bakteria dan bahagian dalam otak yang disebut hypothalamus berfungis penuh untuk mengawal suhu badan juga bertindak meningkatkan suhu sebagai cara melawan jangkitan..
  • tapi.. bukan semua jenis demam memerlukan ubat dan kalau anak korang aktif, nak makan, nak minum susu, nak main main mungkin tak de ape nak dirisaukan sangat..

PETUA MEREDAKAN PANAS BADAN ANAK YANG DEMAM

1 : BETUL KE ANAK DEMAM ? DAH CEK SUHU BADAN ANAK ?
  • suhu badan manusia sentiasa berubah mengikut waktu dan keadaan dan sebab itulah kat rumah kena ade termometer untuk kes kes demam camni.. senang nak sukat suhu badan anak..
    • demam ringan : 37.5 - 38.4 darjah celcius
    • demam biasa : 38.4 - 39.9 darjah celcius
    • demam tinggi : 40.0 - 41.4 darjah celcius
      ( demam itu sendiri tidak merbahaya kepada otak manusia melainkan apabila suhu melebihi 41.5 darjah celcius )
2 : SPONGING
  • sponging / jerlum salah satu alternatif untuk menurunkan suhu badan anak.. teknik ? hee~
    • bahan : air suam + tuala
    • rendamkan tuala --> perah --> lap lap kan kat badan anak terutamanya kat bahagian-bahagian tersorok ( ketiak / pelipat paha )
    • ulang setiap 30 minit
3 : JERLUM DENGAN AIR DAUN BUNGA RAYA
  • ambil beberapa helai daun bunga raya dan ramaskan sehingga keluar lendir.. tambahkan sedikit air.. agak agak jangan cair sangat la.. hee~ ambil dan pupur kan kat kepala dan ubun ubun anak..

4 : AIR ASAM JAWA DAPAT MENGURANGKAN PANAS BADAN
  • ye ke ? haa.. kena la cuba.. ye la semantara nak tunggu rawatan lanjut, boleh ikhtiarkan dengan melumur asam jawa bersama sedikit air ( pekat sikit laa ) di ubun ubun dan seluruh kepala.. tunggu kering  dan bawak anak mandi.. 


5 : LEMON SOCKS
  • yang nih kaka baru tau nih.. hee~ rupanya pakai kan stoken yang diperahkan air lemon dapat membantu mengurangkan panas badan anak.. kawan kakak la ajar nih.. tapi kakak tak sempat cuba, aina dah elok.. alhamdulillah.. korang boleh la cuba nanti..
6 : MANDI AIR EPSOM SALT DAN LEMON
  • haa.. celik jek mata esok nya dan suhu badan aina masih tak turun.. kakak pon paksa la encik suami g farmasi dan carik EPSOM SALT.. nih memang natural remedies la nih.. kakak tak pernah cuba dan pengalaman pertama yang memberansangkan la kira nya.. hee~ lepas 2 kali mandi dengan air nih, badan aina mula berpeluh dengan banyaknye.. memang lega tahap tak tau nak cakap ape la selain bersyukur sangat sangat..

7 : SAPU HERBAL BLEND DI SELURUH BADAN
  • korang tau la kalau dok borak dengan mak mak shaklee kan, macam macam tips dorang share.. hee~ nih pon salah satu dan kakak pun tru jugak.. sebab dia ade rasa berangin sikit.. kakak sapu nipis jek kat badan aina.. memang dia suka la lagi lagi selesa kan berangin berangin gittew-- harga HERBAL BLEND nih pon tak mahal.. RM 27.50 jek dan kalau habis 1 tiub untuk tengok anak yang demam tido selesa, kakak sanggup jek..

BACA SINI --> LOSYEN MURAH TAPI MUJARAB.. MESRA KANAK-KANAK PLAK TU.. KENA BELI SATU NI..

nak beli satu untuk kegunaan anak ? hee~ klik icon bawah ni ya..



8 : MANDI DENGAN AIR BASIC H
  • orang kata kecuaian membawa padah.. hee~ ye.. kakak cuai dan tak cek stok BASIC H samada cukup atau tak untuk kes kes kecemasan gini.. memang jadik rutin kakak mandikan aiman aina air BASIC H nih sebulan sekali untuk matikan kuman dan bakteria yang mungkin terselit kat mana-mana.. tapi.. nih stok habis sebab kakak dok mengemop satu rumah dah tu mengelap perabot semua sampai lupa nak restock.. huu~ yang nih memang mujarab.. dulu.. kalau aiman aina demam jek, kakak mandikan dengan BASIC H nih, memang cepat lega demam nya..
http://www.atiehilmi.com/2014/03/omega-guard.html



INFO EXTRA !!

kalau suhu badan anak masih tinggi dalam tempoh 3 hari, bawak la g klinik / hospital untuk rawatan susulan bagi memastikan anak tak terkena jangkitan merbahaya seperti denggi atau meninggitis ( radang otak )

hee~ sebagai ibu - jururawat - doktor - tabib - bomoh, kita memang kena tau banyak tips & trick untuk kes kes kecemasan gini.. hee~ semoga tips tips kakak nih dapat kasik korang ilmu serba sedikit, kesedaran dan melatih diri jadik SUPERMOM yang paling penting..

dan dalam kes aina demam nih, kakak guna teknik SPONGING - MANDI SALAM AIR EPSOM SALT + LEMON - LUMUR DENGAN HERBAL BLEND + konsisten dengan pengambilan vitamin C ( megadose ) dan antibiotik dari klinik.. 24 jam jek tempoh untuk aina menahan tak selesa badan akibat demam.. lepas tu.. alhamdulillah.. 


untuk pelbagai informasi tentang kesihatan dan produk Shaklee, boleh hubungi kakak melalui whatsapp :

017 309 1865

2 comments:

  1. Memang wajib ada bahan-bahan untuk 1st aid macam ni. Bila anak tak sihat, maknye pun jangan harap nak tumpang tidur lena.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee~ kan.. tak tido lena satu hal, risau ikut tumbang jugak sebenarnya..

      Delete

Powered by Blogger.