28 May 2017

iBAWAL PENGELUAR TUDUNG BAWAL WANGI PERTAMA DI MALAYSIA

siapa setuju kalau kakak cakap, pakai tudung bawal, nampak lebih muda ? hee~ kan ? kan ? kan ? perasan tak mulai tahun lepas, zaman kegemilangan tudung bawal.. dengan pelbagai corak dan warna yang memang memikat hati membuatkan fesyen tudung bawal menguasai pasaran.. tapi !! tau tak ada satu jenama pengeluar tudung bawal yang tengah TOP dengan design terkini.. haa.. ye la.. iBawal pengeluar tudung bawal wangi pertama di Malaysia.. serius ni..


pendekatan yang berbeza dari pihak pengeluar sekaligus menjimatkan penggunaan minyak wangi korang tau.. hee~ ye la.. sinonim dengan cuaca kat Malaysia yang sedikit panas dan berangin membuatkan bau minyak wangi cepat hilang.. 

tapi kakak bukan nak cerita pasal minyak wangi atau cuaca kat Malaysia nih.. hee~

CITARASA WANITA ASIA

lambakan jenis tudung kat pasaran memang belum setanding dengan iBawal yang masih mengekalkan kualiti dari segi material dan hanya boleh didapati secara original melalui stokis dan ejen-ejennya dari seluruh Malaysia, Brunei Darussalam dan Singapura.. masih kekal teguh dari tahun 2015, iBawal boleh disarung manis walau dalam apa jua majlis ( formal atau pun tak formal ).. uniknya.. hee~ iBawal dibungkus rapi dalam kotak macam powerbank !! kan !! kakak dah kata dah dorang nih lain..

BACA SINI --> EJEN iBAWAL

setakat entri ini ditaip dan disiarkan, iBawal dah ada 7 jenis koleksi iaitu :

  • soliha 2016
  • serena 2016
  • sofeya 2015 / 2016
  • soraya 2016
  • sofeya 2016 / 2017
  • salma
  • soraya 2017 parfume
yang dijual dengan harga serendah RM 35.00 sehelai.. murah kan kalau nak dibandingkan dengan harga tudung bawal yang lain.. pemilihan corak printed yang menarik dan tak jemu memandang membuatkan pasaran iBawal semakin diterima ramai..


FAKTA : untuk menjaga kualiti dan permintaan secara efektif, 
iBawal hanya boleh didapati dari stokis dan ejen yang sah SAHAJA..


cantik ke design iBawal nih ? haa.. kan kakak dah ajar.. cantik itu subjektif tapi kualiti itu yang kita nak carik.. korang pernah jumpa tudung bawal yang #gosokgosokwangi ? okay.. tak pernah kan ? hee~ sila scroll entri ni sampai habis dan baca..

#GOSOKGOSOKWANGI WEYH !!

buat masa ni kakak ada 5 tudung iBawal ni sebab kakak pun baru je terjebak dalam kancah iBawal-nators nih.. dan yang terkini !!


nama dia CATTLEYA BLUE.. kakak pakai masa pergi event Aiman Tino hari tu.. hee~ biasa nampak kakak pakai tudung yang ada sedikit warna PINK.. kan ? jarang sangat kakak pakai warna biru sebegini rupa.. dan.. memang tak menghampakan la.. 


hasilnya !! tidak menghampakan.. kan ? hee~ kadang-kadang kakak pakai tudung bawal yang tak de jenama, tudung dia 'bergerak-gerak' tau.. maksudnya kalau ko tengah makan, tudung tu jadi senget benget.. lepas tu kalau korang tunduk ( makan ke, menaip kat handphone ke, baca buku ke ) tudung tu mesti turun sikit kedepan.. kan ?

tapi !! dengan iBawal.. TAK !! 


ini akan jadi kegemaran kakak.. hee~ sebab ? obviously kot !! ade warna PINK !! inspired by Sara Ali nih.. yang kakak pakai masa Majlis Makan Malam Sepetang Bersama Blogger 2017.. membuatkan penampilan serba hitam kakak, menyerlah..

kakak suka kaler dia !! yang penting material senang jaga dia.. hee~
diberi nama SOFIYA KEPANG TANGERINE, memang berjaya menonjol kan kakak pada malam tu.. hee~ tak sia sia tau..


ini terbaru !!!! SORAYA PARFUM 2017 - FLORA DAN FAUNA.. sangat cantik dengan warna pastel dan corak yang tak 'berat'.. boleh dipadankan dengan apa-apa jenis pakaian dan majlis.. em.. yang nih kakak tak pakai lagik.. hee~ tapi model dah pakai dah..



cantikkan ? hee~ selalunya kalau kakak borak dengan kawan-kawan yang memang minat tudung bawal, dorang akan cari tudung yang mudah bentuk.. ya.. iBawal sangat mudah bentuk dan tak payah nak hembus berkali kali.. lilin ? em.. oldschool sangat kan siap berlilin kat hujung tudung.. hee~ dengan iBawal, tak payah.. bila korang pakai, dia akan terbentuk cantik dan korang adjust jek lilitan macamana yang korang nak..

siap !!


jangan lupa dapatkan iBawal dan jimatkan minyak wangi korang.. hahahaha~ nak raya nih.. berjalan sehari suntuk, biar la wangi je.. confident level pun tinggi dan tak segan nak laga laga pipi dengan kengkawan..

jom singgah tengok ape design iBawal yang menarik kat sini :

LAMAN WEB : iBAWAL.my
INSTAGRAM : #gosokgosokwangi
FACEBOOK : iBAWAL Malaysia

kakak dah iBawal.. korang bila lagi ?

26 May 2017

PROMOSI BARANGAN IBU AYAH DAN BAYI TANPA HENTI DI MOTHERHOOD

ingat tak kakak pernah cerita pasal MOTHERHOOD.COM.MY - pusat sehenti untuk membeli barang kelengkapan bayi.. ingat tak ? ingat tak ? hee~ sebenarnya, sekarang ni dorang tengah buat promosi bergegar beg duit LAGI !! ya.. promosi barangan ibu ayah dan bayi tanpa henti hanyi di motherhood.com.my tau !!


MOTHERHOOD.COM.MY

salah satu platform yang sangat mudah untuk kegunaan ibu ayah membeli produk bayi, kelengkapan ibu hamil dan berpantang serta keperluan anak-anak dengan penjimatan terbaik.. disamping itu, laman web ini juga menyediakan pelbagai maklumat dan tips yang berguna sepeti tips keibubapaan, panduan penyusuan, ulasan jenama, penyediaan sample percuma dan banyak testimoni yang sangat berguna untuk semakan dan rujukan ibu ayah.. pssttttt-- laman web lain hanya menjual produk tapi tak de kelebihan tips / petua ape bagai tu tau.. hee~

korang boleh beli pelbagai produk bayi secara dalam talian ( online ) yang meliputi :

  • lampin
  • makanan bayi
  • aksesori mandian
  • tempat duduk kereta
  • stroller ( kereta sorong )
  • peralatan tempat tidur dan nurseri
  • fesyen terkini bayi
  • bahan pendidikan dan permainan

IMBAS KENANGAN

kakak ingat lagi 5 tahun lepas ( sebelum wujudnya motherhood.com.my ), masa dakaina baby dan bangman kecik.. memang susah sangat kakak nak bergerak untuk membeli belah.. ye la.. suami pun sibuk dengan kerja sampai ke malam, bila balik je shopping mall dah tutup.. bila masa plak nak topup barang anak-anak.. kan ? nak tak nak kena la buat stok kelengkapan anak..

budak kan cepat membesar.. ini satu masalah jugak ni.. hee~ habis la mana stok yang beli banyak banyak tu sendat dan tak boleh nak pakai.. mujur ada saudara mara dan boleh sedekah kan kat jiran tetangga.. em..

nampak ?

ini baru satu masalah.. belum lagi kalau ibu ibu hamil yang mengalami morning sicknes teruk sampai nak keluar beli kelengkapan bayi yang bakal lahir pun tak boleh.. acane tu ?

dah !! tak payah pening pening lagi dah sekarang.. motherhood.com.my dengan inisiatif menjadi 'lubuk' kelengkapan yang ulung dalam membantu menjimatkan masa dan tenaga disamping membantu ibu ayah moden untuk berjimat lebih.. hee~ duit yang dah jimat tu boleh la bawak anak-anak pergi bercuti.. tak gitu ?

JENAMA SOKONGAN

haa.. anak korang pakai brand ape ? name it.. name it.. semua ade dik non.. jangan la pening pening kepala.. head to toe, lengkap dalam satu website..



untung orang zaman IT ni, semua hujung jari je.. tak payah nak lecak ketiak bersesak dengan orang ramai kat shopping complex setiap kali ada jualan murah.. hari ini.. semua hujung jari je.. sambil kat office, buat kerja pun masih boleh buat pesanan untuk kelengkapan anak.. sama juga kalau dalam pantang.. 

MUDAH DIKENDALIKAN

tujuan adanya website motherhood.com.my ni adalah untuk memudahkan urusan beli belah disamping menjimatkan masa, wang dan tenaga.. dah tentulah laman webnya pun mudah untuk diuruskan.. hee~ klik sana klik sini, buat pembayaran.. siap !! 


ada juga ringkasan dan maklumat produk..


dan !! jangan lupa untuk baca segala maklumat :

( klik gambar untuk NAMPAK BESAR.. hee~ )

JIMAT LEBIH LAGI ?

dah la diskaun sepanjang tahun dengan penjimatan berganda.. ni siap dapat FREE shipping dengan pembelian RM 99.00 dan ke atas lepas tu siap ada diskaun RM 15.00 tu.. banyak sangat korang boleh jimat kalau dikira-kirakan balik..



TESTIMONI

orang Malaysia memang suka kan testimoni.. hee~ tak !! serius tak salah.. sebab motherhood.com.my menyediakan ratusan testimoni dari pelanggan lama untuk rujukan pelanggan baru.. kalau kakak cakap service dorang memang tip top terbaik, korang mesti tak percaya.. kan ? haa.. baik baca sendiri kat bawah ni :


tak cukup ? hee~ ce jerit "we want more !! we want more !!"

dah ? cukup tak ? hee~ ke tak cukup lagi ? haa.. kalau nak CUKUP tu, apa kata korang pergi register ( sign up ) dan mula kan pembelian.. nak voucher best tak ? mestilah nak kan..

buat sebarang pembelian mulai harini sehingga 31 MEI 2017 nanti, tanpa pembelian minimum, korang akan dapat FREE delivery dari pihak motherhood.com.my..

ya !! FREE !!

tapi kena masukkan voucher code ( FREESHIPPINGMM ) ni selepas buat pembelian untuk menikmati PROMOSI pertama korang.. best ke menarik ? dah.. dah.. pegi shopping sana..

MARATHON ANIMASI MINI ZOOMOO SEPANJANG BULAN JUN

yeay !! cuti sekolah datang lagi.. dan anak-anak pun bergembira tanpa aktiviti yang mencuit minda mereka.. hee~ nampak ? sinonim dengan cuti sekolah ; 'rehatkan' buku sekolah dan minda.. konon sangat kan ? tapi !! jom !! lepak santai sambil menonton ZooMoo marathon - The Hive, Origanimals dan Dinosour Train di siaran 619 Astro setiap hari dari 3.00 pagi hingga 6.00 petang !! bila ? haa.. bermula 3 Jun ni !!



APA YANG MENARIK ?

semua pun menarik sebab kakak memang TER-paksa join #duanur tengok rancangan ZooMoo ni.. hee~ ape tak nya.. ZooMoo salah satu channel yang mendidik #duanur berkomunikasi dan belajar Bahasa Inggeris secara tak lansung.. ya.. walaupun ada pilihan untuk alih suara, dorang lagi suka dengan bahasa 'asli'..

THE HIVE

sertai BuzzBee dan rakan-rakan dalam pengembaraan penuh keseronokan mereka dalam the Hive !! di setiap pengembaraan memberikan pengalaman baru untuk BuzzBee, Barnbee, Jasper, Debee dan Rubee meneroka dunia dan sekeliling mereka.. sama ada mereka keluar memburu harta, berkhemah di bawah sinaran bintang, menjaga haiwan peliharaan Nenek Bee atau melakukan pelbagai helah, semua itu memberikan pengalaman dan pengajaran untuk dikongsikan..

animasi yang berwarna-warni ini sangat sesuai untuk semua peringkat umur kanak-kanak untuk memperkenalkan kehidupan Keluarga Bee.. haa.. jangan tak tau yang sini menarik ini menceritakan perkara sehari-hari yang melibatkan anak-anak kita seperti bermain, friendly, menghabiskan masa dengan keluarga, belajar tentang kehidupan dan meneroka dunia yang penuh dengan pelangi.. hee~ best kan ?

ORIGANIMALS

wah !! serius !! Origanimals ni memang super BEST.. hee~ ryan Rhino, Fiona Fox, Zoe Zebra dan Khye Koala merupakan sepasukan penyelamat hidupan liar dalam dunia origami yang juga dikenali sebagai "Awesome Four - A4" yang membantu menyelesaikan masalah dan memberi penyelesaian kreatif untuk membantu Origanimals yang memerlukan bantuan mereka.. dalam misi menyelamat, mereka akan meluncur, menumpang condor dan terbang terus ke lokasi.. 

A4 mendidik dan mengajar betapa pentingnya kerjasama dalam pasukan dan sekaligus akan menyentuh perasaan secara tak lansung.. ya.. ini pun termasuk dalam list WAJIB tonton..

DINOSAUR TRAIN

jom !! sertai tyra Tyrannosaurus, Rex Buddy, keluarga Pterandon dan ramai lagi kawan dinosaur dalam Dinosaur Train.. pergi menerok ke Dinosaur Land dan belajar mengembara dispeanjang jalan.. setiap episod anak-anak akan diajar tentang haiwan dan yang paling BEST, anak-anak akan dikenalkan dengan haiwan yang telah hidup ( kini pupus ) berjuta-juta tahun yang lalu..

'keretapi dinosaur' akan mengajar tentang sains semulajadi, sejarah dan paleologi disetiap 30 minit rancangan ini.. ada anak-anak yang suka dengan dinosaur ? haa.. jangan lepaskan peluang buka minda anak-anak korang dengan ilmu sepanjang pengembaraan.. 

WAKTU RANCANGAN

HARI : setiap hari sepanajng bulan Jun 2017
MASA : 3.00 pagi - 6.00 petang
SIARAN : 619 ASTRO

dan ada contest juga !!


25 May 2017

SEGMEN : PENCARIAN BLOGLIST JUN 2017 BLOG KASIHJUJU.COM

a.. gittew-- marilah meriahkan dunia blogger.. hahahah~


nak join jugak dan jadi salah satu lapisan pelangi ? hee~ metafora kakak semakin melampau hebat kan ? ala.. kasik can a..

SYARAT PENYERTAAN

1 : buat entri bertajuk "SEGMEN : PENCARIAN BLOGLIST JUN 2017 BLOG KASIHJUJU.COM"

2 : letak gambar banner segmen dekat atas ni dan backlink kan ke page kasihjuju.com

3 : follow blog kasihjuju.com

4 : like page Kasih Juju kat facebook

5 : follow instagram Kasih Juju

6 : tadaaa !! siap !! jangan lupa tinggalkan link blog kat ruang komen sini tau !!

segmen ni berlansung dari 25 Mei 2017 hingga 31 Mei 2017..
join tau !!

banyak masa lagi nih.. hee~ support kengkawan blogger lantaksitu..

24 May 2017

CAWANGAN KE-200 DOMINO'S PIZZA KINI DI GALLERIA CYBERJAYA !!

siapa kaki pizza ? hee~ kasik ombak sikit.. wuu~~~~ eh !! tak.. kakak bukan peminat pizza pon tapi kalau takat makan sepotong dua dengan topping kegemaran kakak, okay jek sebenarnya.. tapi kalau ada dessert yang sesuai, kakak la orang pertama angkat tangan dan melebarkan senyuman - puas - hati - giler.. haa.. korang biasa lepak Domino's Pizza ? selalu ? okay.. kakak dah jumpa sasaran..

DOMINO'S PIZZA MALAYSIA

baru-baru ni kakak dapat jemputan atas label media untuk makan makan kat Domino's Pizza !! wah !! memang meriah dan masa tu tak terfikir lansung yang kakak tengah diet.. hee~ lantak diet di situ yang penting makan dulu..

kedai baru yang terletak di Cyberjaya, Selangor yang juga merupakan Hub Teknpologi Global di Malaysia ni melambangkan pendekatan teknologi yang memberi fokus untuk Domino's berkembang ke fasa yang lebih baik.. dalam masa kurang dari satu tahun Domino's Pizza Malaysia telah menambah 50 buah kedai dan menjadikan jumlah keseluruhan adalah 200 kedai !! wah !! banyak tu !! 


ya !! istimewanya kedai di Cyberjaya ni sebab ianya merupakan kedai yang ke-200 di Malaysia dan yang ke-14 000 di dunia !! wah !! memang special la kan berbanding kedai lain.. hee~ yang menariknya, Malaysia berada dikedudukan ke-4 di Asia Pasifik dari segi pertumbuhan kedai dan merupakan pasaran terbesar ke-5 selepas India - Australia - Jepun - Korea Selatan..

Malaysia adalah pasaran terbesar di Asia tenggara dengan kedudukan yang PERTAMA dari segi bilangan kedai.. ini memberi peluang pekerjaan dalam sektor khidmat pelanggan untuk rakyat Malaysia.. waa.. untung kan ? makan pizza dapat, gaji pun dapat.. hee~ kerja pun kat dalam persekitaran yang selesa dan segala kursus kendalian makanan akan diberikan secara PERCUMA !!

DOMINO'S PIZZA CYBERJAYA


kedai dua tingkat di Galleria Cyberjaya merupakan kedai yang pertama dikenali sebagai Domino's Concept Store yang berkonsepkan kontemporari.. wah !! kemahen kan lepak makan pizza kat kedai yang dalam nya macam coffee house.. hee~ 

kat cawangan ini juga menempatkan satu-satunya menampilkan menu papan LED interaktif.. ada 3 panel yang setiap satunya bersaiz 43 inci menyediakan menu pilihan untuk pelanggan.. sila pening untuk buat pilihan pizza kegemaran korang.. sebab kakak tengok semuanya pun sedap sedap weyh..


korang pernah tengok macamana pizza yang korang pesan diuli - dicampak - ditenyeh -diletak topping ? haa.. kalau tak pernah, kat sini korang boleh tengok Teater Pizza..

dakaina cakap "kan bagus ibu keje sini.. adik boleh makan pizza hari hari.."

PILIHAN TOPPING DOMINOS PIZZA

kalau korang, ape yang best ? hee~ jangan la tanya kakak sebab kakak tak tau mana yang best melainkan CLASSIFIED CHICKEN.. ke korang pun sama macam kakak ?


LOKASI DOMINO'S PIZZA GALLERIA, CYBERJAYA


nah !! alamat.. senang korang nak waze nanti..

Domino's Pizza Malaysia
Galleria Cyberjaya
Jalan Teknokrat 6, Cyber 5
63000 Cyberjaya
Selangor Darul Ehsan

PESANAN ONLINE

eh !! memang boleh lah sangat kan.. kalau korang tengah buat keje kat office lepas tu malas nak keluar, buat jek pesanan online.. senang -cepat -mudah..

LAMAN WEB : WWW.DOMINOS.COM.MY
HOTLINE : 1 - 300 - 888 - 333

nak menang voucher Domino's Pizza ? hee~ ye la.. kakak serius ni.. nak bagi 3 voucher secara PERCUMA.. jangan lupa follow instagram kakak ( kakak cantik !! hee~ ) dan nantikan !! senang je caranya.. kakak malas nak susah susah kan orang ni..


23 May 2017

WD-40® MEMUDAHKAN KERJA SURIRUMAH TANPA BANTUAN SUAMI

nah !! bukan la nak kata "suami jangan bantu isteri lansung sebeb isteri ko kuat macam badang.." hee~ TAK.. tapi.. untuk hal hal kecemasan, surirumah perlu bersedia dan bertindak dua tiga langkah lebih kehadapan.. haa.. nak pembantu ? ini kakak perkenalkan !! WD-40® MULTI-USE PRODUCT yang dijamin akan membuatkan surirumah tersenyum.. a.. gittew--



setakat ini, lebih 2000 jenis penggunaan yang korang boleh aplikasikan untuk rutin sehari-hari.. tapi kakak tak de le nak cerita sampai 2000 point tu.. kakak amik yang penting penting jek dan yang biasa surirumah alami.. ala.. kakak pun 24 / 7 kat rumah kot.. kakak faham.. hee~

KEGUNAAN WD-40®

1 : KESAN DEGIL PADA LANTAI ?

  • puas la mengemop bagai sampai sakit pinggang ? haa.. tak payah dah nak kusut kepala.. semburkan  WD-40®, biarkan seketika.. lepas tu berus dengan berus lantai dan mop macam biasa..
2 : BAJU TERKENA DARAH

  • anak makin membesar.. kan ? kadang-kadang jatuh waktu bermain dan ada pula kesan darah kat baju / seluar dorang.. em.. jangan dibuang !! semburkan dengan WD-40®, biarkan seketika.. lepas tu basuh macam biasa samada basuh menggunakan tangan ataupun mesin basuh..
3 : KILATKAN MANGKUK TANDAS

  • berapa korang berhabis untuk kilatkan mangkuk tandas ? hee~ tapi mesti sekejap jek kan ? haa.. sila jangan membazir lagi sebab WD-40® akan pikul kerja tu seme.. cumanya tak wangi la.. hee~ tak kisah la kan janji WD-40® tak de kandungan asid yang merbahaya..
4 : LENGUH-LENGUH SENDI

  • alamak !! seharian keluar membeli belah.. al maklum la nak dekat raya kan.. balik tu mesti sakit sakit badan dibuatnya.. tapi !! minyak angin tak de.. huu~ sakitnya tu di sini kan ? hee~ nah !! semburkan sedikit WD-40® lepas tu urut perlahan lahan.. tak payah nak bergaduh suami isteri mintak urut ape bagai.. boleh je buat sendiri.. kan ?
5 : TINGKAP KETAT

  • adoi.. time cuaca tak menentu ni kadang kadang mood nak bukak tingkap, kadang tu nak tutup tingkap sebab angin kuat sangat.. tapi besi tingkap dah berkarat.. em.. nak buat cemana ? spray kan saje WD-40® ni.. biarkan sekejap.. lepas tu dah boleh tutup / bukak tingkap dengan laju.. 
6 : LEGO ANAK MELEKAT


  • lepas tu anak-anak mula la bising sebab tak boleh nak buat kapal terbang menggunakan lego.. kan ? mak mak tak payah pening.. semburkan aje dengan WD-40® nih.. biarkan sekejap.. nanti tanggalkan pelan pelan.. 
7 : CINCIN TERSEKAT KAT JARI

  • nah !! tak perasan jari dah gemok.. hahahaha~ tak boleh dah nak bukak cincin.. cemana nak blei yang baru kalau yang lama tak bleh bukak.. kan ? haa.. sembur jek WD-40® sikit kat jari yang ade cincin tu.. lepas tu tolak ke atas ke bawah pelan pelan..
8 : ZIP TERSANGKUT

  • kadang kadang nak zip seluar jeans, tapi zip nya tersangkut sangkut.. potensi rosak ade tu.. adoi.. takkan pasal zip sangkut, nak kena beli jeans baru plak kan ? haa.. semburkan sikit WD-40® kat zip tu.. lepas tu gerakkan perlahan lahan.. tada-- magic !! bukan zip seluar jeans jek yang boleh.. tapi semua jenis zip..
9 : KESAN KOTOR PADA PERMAIDANI

  • seksa nya nak pikul permaidani nak bawak ke dobi semata-mata nak cuci kesan kotoran sebesar limaplosen.. em.. tak payah nak sental dengan sabun bukan bukan.. ambil dan semburkan WD-40® je.. gosok dengan kain bersih.. lepas tu ambil air + sabun sikit dan gosok lagi.. untung untung wangi permaidani tu bau sabun..
10 : MASALAH SERANGGA

  • ini paling tak suka ni.. tapi ada anak kecik yang alah pada bau racun serangga.. cemana eh ? takkan nak biarkan semua serangga tu beranak pinak berkampung kat rumah.. hee~ amik jek WD-40® lepas tu sembur kat 'rumah' dia.. tengok ape jadi..

eh !! kakak tak kata semua tips kegunaan WD-40® kat atas nun berjaya tau.. hee~ tengok gak cara korang menyental / menyembur / menggunakan kat mana dan atas tujuan ape.. buat masa ni kakak dah try dan ada yang berhasil.. tak payah dah nak tunggu suami balik keje baru nak perbetulkan mana yang korang sendiri nampak tak betul.. 

buat jek sendiri..

tak percaya ? nah !! korang boleh dapatkan segala info pasal WD-40® kat sini --> www.wd40.asia


jangan lupa simpan sebotol dua kat rumah untuk tujuan kecemasan.. hee~ kakak ade dua.. mana la tau nak guna time time terdesak ke.. 



22 May 2017

REKAAN BAJU RAYA UNTUK KANAK-KANAK MENGIKUT PEREDARAN SEMASA

puasa pon belum lagik, kakak dan cerita pasal raya.. haa.. korang berani ? hahahaha~ ntah !! tak tau asal kakak tetiba terfikir pasal tema raya tahun nih.. em.. mungkin.. mungkin la.. SERIK sebab tukang jahit baju tak sempat siapkan baju raya tahun lepas.. hee~ walaupun dah tempah 6 bulan lebih sebelum raya kot..

tak pe la.. anggap tak de rezeki.. dan tahun nih.. tahun untuk #duanur bergaya sakan.. in shaa Allah.. ada rezeki lebih untuk dorang, ada la lebih lebih nya nanti.. 

وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ مِنْ إِمْلَاقٍ نَحْنُ نَرْزُقُكُمْ وَإِيَّاهُمْ
“Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu karena takut kemiskinan, Kami akan memberi rezki kepadamu dan kepada mereka..”  - QS. Al An’am [ 6 ] : 151 
kan !! jadiknya.. kakak memang akan standby awal la tahun nih sebab ada rezeki lebih untuk dorang.. em.. tak de tempah pon, kali nih beli jek semua.. tak kusut sangat, pilih pilih bayar.. dah--

BAJU RAYA KANAK-KANAK 2017

ramai pereka fesyen tempatan berebut-rebut menterjemahkan idea untuk para pembeli mula meny-oping.. haa.. nampak ? punya nak kasik kita ni lapang untuk beribadat sepanjang bulan Ramadhan, maka.. cepat la dorang keluarkan koleksi raya.. kengkorang beli lepas tu boleh la adjust saiz badan korang ye.. hee~

tapi kakak tanak la cite pasal kita kita dah dewasa ni.. tapi !! lambakan pereka fesyen yang keluarkan pelbagai rekaan untuk si cilik kita.. ha ? anak kecik tapi pakai pakaian rekaan pereka terkenal ? eh !! kenapa tidak ? dah tu.. korang jek nak melawa ? anak-anak ?

haip !!

dengan trademark BLOOMING RAYA, sekali lagi mata kakak tak lepas memandang koleksi persalinan Hari Raya untuk anak gadis kita yang manis.. aduhai.. jatuh hati berkali kali tiap kali iklan BLOOMING RAYA lalu kat instagram kakak * ini bukan iklan berbayar.. hahahaha~ * korang tak percaya ?

ROSSA KIDS DRAPED DRESS | bermula dari RM 139.00

HAYLAA KIDS KURUNG LABUH | bermula dari RM 159.00

QAISARA KURUNG FISHTAIL | bermula dari : RM 179.00

cantik kan !!! hee~ kan kakak dah cakap.. ha ? sikit jek ? haish.. korang ni memang tak pernah puas la.. hahahaha~ sebenarnya banyak lagi.. nak gambar jugak ? adoi.. keje plak kakak nak screenshot lepas tu crop bagai seme gambar gambar yang kakak amik dari instagram Minaz nih..

ye la..
ye la..

untuk korang..


memang trademark BLOOMING RAYA dari Minaz menampilkan fabrik organza printed.. serius cantik kalau digayakan pada pagi raya nanti.. tersenyum lebar jek pwintesh pwintesh korang seme.. 


nah lagi !! sila terliur..

kalau korang nak tau, setiap pasang / helai baju-baju pwintesh ni, didatangkan bersama rekaan baju untuk orang dewasa !! nah !! kalau korang memang sejenis suka berdondon dengan anak-anak lepas tu selalu jeles sebab baju anak lagi cantik dan vass dari korang.. inilah masanya !!!

( mohon rajinkan diri untuk zoom.. hee~ maceh !! )

MINAZ.MY

kenapa kakak cerita pasal Minaz ? hee~ tak de sebab khusus pun sebenarnya.. dalam kakak dok mencari suit untuk dakaina * sebab tahap ke-famous-an dakaina nih dah melebihi ibu, jadi ibu kena standby baju baju yang kemas untuk dakaina buat liputan tiap kali review lepas nih.. * dan dalam masa yang sama kecoh pasal ada seorang pengusaha ni ciplak design Minaz.. jadi kakak pun menggatal dok Google semua pasal Minaz.. 

ha.. ye.. SEMUA..

lepas tu tergoda dengan baju baju super comel nih.. ade rezeki lebih nanti boleh la beli untuk dakaina sepasang dua.. * aamiin-- *

KAT MANA NAK BELI BAJU RAYA MINAZ ?

dorang menggunakan konsep beli melalui personal shopper.. haa.. nampak ? mudah untuk korang jugak !! tak payah dah nak beratur bersesak bagai.. cuma.. upahkan personal shopper untuk belikan design mana yang korang suka.. 

tak pun..

boleh jek singgah :

INSTAGRAM : MINAZ.MY ( yang korang akan selalu nampak kakak like.. hee~ )
FACEBOOK : MINAZ.MY OFFICIAL

haa.. ape lagik ? sebelum dorang tutup order, baik korang pegi rembat sepasang dua untuk pwintesh korang.. kan dah gaji kan ? kan ? kan ? hee~ 

alah membeli menang memakai..
ukur baju di badan sendiri..

hee~ itu bukan pantun 2 kerat.. kbai !!

21 May 2017

PERSIAPAN BEKALAN TENAGA DAN NUTRISI MENJELANG RAMADHAN

selalu kita salah faham, bulan puasa adalah bulan untuk lepak kat bazaar Ramadhan dan shopping makanan sampai kekenyangan.. kan ? hee~ padahal.. bulan puasa adalah bulan untuk kita menahan diri dari segala nafsu.. termasuklah nafsu makan.. tak lama lagi jek nih nak puasa.. apa persiapan bekalan tenaga dan nutrisi menjelang Ramadhan untuk menjalani hari hari yang berkualiti ?

kakak dah standby benda nih dah lama tapi dok simpan sampai kakak sendiri terlupa.. hahaha~ al maklum lah.. sedikit sibuk dengan urusan keduniaan.. astarghfirullahalazim.. hee~ ye.. kakak terlupa.. tapi nih dah ingat.. kakak share aje la ye..

PENAWAR GASTRIK

killer product kat Shaklee nih.. hee~ memang selalu jek sold out sebab ramai mencari dan simpan stok untuk bulan puasa.. al maklum la.. nak maintain berat badan, untung untung dapat la turun sekilo dua..

eh !! 

bukan takat boleh turunkan berat badan jek.. tapi !!

BACA SINI --> NYUM !! BESTNYE ESP !!


TENAGA SEHARIAN BERPUASA

kemahen kan ? mentang mentang puasa, habis tergolek melepek jek korang.. amboi !! berpuasa bukan bermakna korang kena tergolek terlentang saje.. kerja pun ibadah tau.. haa.. nak mantapkan ibadah kena la ada tenaga.. 

eh !!

tak.. kakak tak cakap pun makanan yang korang makan waktu sahur tu tak membantu korang.. tak.. tapi selalunya memang tak membantu.. hee~ kan ? amik pengajaran dari kes korang yang sebelum sebelum nih la ye.. sahur tetap lah sahur tapi pukul 12 - 1 petang dah mula lemau terkuap kuap.. lepas tu fikir nak tergolek jek..

tak payah bagi alasan lagik !!



SET BERPUASA SHAKLEE

gabungan 3 canister nih akan lengkapkan korang punya nutrisi.. haa.. syok tak syok ? hee~ bukan untuk mak mak jek nih tapi untuk seisi keluarga tau.. lagi lagi mak yang menyusukan baby tu.. jangan risau nak puasa penuh konon nanti pengeluaran susu untuk baby berkurangan.. 

TAK !!

tak ye anak anak..

VITAMIN UNTUK ANAK-ANAK YANG BERPUASA

jangan abaikan bab ni tau mak ayah.. kesian anak anak kita yang tengah semangat nak berpuasa tu.. amik jalan terbaik dengan lengkapkan nutrisi harian mereka.. barulah tak de rengekan rengekan geram time nak dekat berbuka puasa.. hee~ kakak pun kena standby untuk #duanur nanti ni.. tak sempat lagi nak g beli..

semoga tahun ni bangman dengan dakaina dapat la puasa penuh + solat 5 waktu sehari pun penuh jugak.. hee~


semua impikan hari hari yang ceria dan berwarna pelangi kan ? tapi kakak selalu perasan bila menjelang puasa, semua lembik dan tidak bermaya.. cemana eh ? nak kan pahala tapi tidak menjaga kesihatan sedangkan kesihatan adalah amanah yang diberikan kepada kita untuk kita jaga.. hee~

tak !!

kakak tak berceramah la.. cuma kongsi apa yang kakak fikir jek--


20 May 2017

KEMPEN DARIPADA IBU KEPADA IBU MERINGANKAN BEBAN IBU TUNGGAL

nak dekat Aidilfitri ni, banyak pihak mula mengambil inisiatif untuk melakukan pelbagai kerja amal dan mendekatkan diri dengan golongan yang 'perlu' dibantu.. haa.. kakak berkesempatan penuhi undangan dari pihak P & G ( Protecter & Gamble Malaysia ) untuk meluaskan info mengenai kempen Daripada Ibu Kepada Ibu yang akan dilaksanakan di seluruh Malaysia yang bertujuan untuk mengurangkan beban ibu tunggal sepanjang bulan Ramadhan..


kempen yang berlansung dari 15 Mei 2017 hingga 15 Jun 2017 melibatkan 50 buah cawangan pasaraya terkemuka ( Giant / Tesco / MYDIN / AEON ) di seluruh Malaysia..

IZREEN AZMINDA

haa.. dah kenapa plak Izreen Azminda ada kat dalam gambar tu ? hee~ sebab, Izreen Azminda merupakan duta kempen Daripada Ibu Kepada Ibu ni..

"..sebagai seorang ibu tunggal, saya memahami cabaran yang datang dengan menjadi pencari nafkah tunggal dan penjaga utama dalam keluarga.. sedikit sokongan daripada rakan-rakan dan keluarga sedikit sebanyak dapat menaikkan semangat kita terutamanya semasa musim perayaan seperti Raya apabila perbelanjaan semakin meningkat.. saya bangga menjadi sebahagian daripada kempen ini dan untuk memberi sokongan sepenuh hati saya.."

pelakon dan pengacara terkelan di Malaysia yang juga merupakan pengasas bersama rangkaian minyak wangi 'LURVE ME', beliau juga merupakan ibu tunggal..

BAGAIMANA UNTUK MENJADI PENYUMBANG ?

mesti ade yang berminat untuk sama-sama jayakan kempen ni kan ? haa.. ni kakak nak bagitau ni cemana caranya untuk korang membantu dan dalam masa yang sama menjayakan kempen ni..

1 : buat pembelian produk P & G bernilai RM 30.00 atau lebih dan korang akan dapat sebuah BEG HATI..

2 : lepas tu, korang boleh beli barangan yang tahan lama dan tak mudah rosak seperti makanan kering, makanan dalam tin, kelengkapan mencuci dan masukkan ke dalam BEG HATI tu tadi..

3 : letakkan BEG HATI tadi kat tempat pengumpulan yang telah ditetapkan di setiap cawangan yang terlibat..

bila dah nak penghujung tempoh kempen nanti, Food Aid Foundation akan kumpulkan semua hasil sumbangan korang tu dan akan buat agihan kepada ibu-ibu tunggal di seluruh Malaysia..


dengan kerjasama Food Aid Foundation yang merupakan sebuah NGO yang bergiat aktif dalam sektor kebajikan dengan mengumpul dan menyalurkan semula sumbangan ke rumah-rumah kebajikan dan keluarga miskin yang memerlukan bantuan diharap dapat melancarkan lagi kempen Daripada Ibu Kepada Ibu ini..

LOKASI KEMPEN

mesti korang tertanya-tanya kan, samada tempat korang termasuk dalam kawasan jajahan kempen Daripada Ibu kepada Ibu ke tak.. kan ? haa.. korang boleh cek kat sini..



untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaa, korang boleh terus lawati laman web kempen ni untuk baca pelbagai perih jerih kehidupan ibu tunggal kat Malaysia ni.. eh !! takkan baca aje kan.. kalau ade lebih lebih sikit tu, bantu lah semampu mungkin.. mana tau tertulis 'ganjaran' untuk kita nanti nanti..

INSTAGRAM : @foodaidfoundation
EMAIL : info@foodaidfoundation.org