25 February 2017

RATU SCRUB ; RAHSIA SEMULAJADI SANG RATU TAMPIL CANTIK

haa.. dah kalau kulit semacam jek pelik kalernye, korang nak dok diam dan tawakkal aje ke ? hee~ jangan la gitu.. usaha la sikit untuk tampil cantik dan berseri.. gittew-- 

baru baru ni kakak ada dapat satu produk bumiputera yang memang berasaskan organik semata la * maaf.. kalau produk nih tak berkesan kat kakak, kakak tak buat review.. hee~ * walaupun baru pertama kali kakak guna, tapi dah rasa BEST..

memang kakak ada masalah warna kulit tak sekata tambah plak ade jerawat pasir halus halus kat pipi dan dagu.. memang rasa kurang keyakinan diri la bila bukak tudung.. haa.. tapi tu dulu la.. sejak kakak pandai main scrub nih, masalah tu makin lama makin kurang..
tenetttt-- inilah dia !!! Ratu Scrub..
kenapa Ratu Scrub nih best ? haa.. dah kalau nama pon scrub kan, memang ape yang terselit dalam liang pori kita dia akan keluarkan dan bersihkan dalam masa yang sama.. lagi lagi sejak kakak pandai dah pakai mekap ape segala, sedikit sebanyak mekap tu sendiri merosakkan kulit kakak.. tak best la kan..

kalau dah dalaman badan sihat, kulit pun nak la kena cantik.. tak gittew ? hee~ dan !! dan !! kebersihan kulit muka kita bukan bergantung pada pencuci muka dan krim tegang ( anti - aging ) jek.. kenapa kena scrub jugak ?

  • untuk menanggalkan sel kulit mati
  • meremajakan kulit
  • kulit sentiasa bersih dan sihat
  • kulit yang cantik dan lembap
tanak la kakak cakap glowing sebab imaginasi korang nih lain macam sket.. hee~ nanti korang ingat ade pasang spotlight plak.. tu nak kena cubit la tu.. hahahah~

kakak dah guna ke ? hee~ dah.. serius dah..


nanti ngkorang titiskan air, jangan pekat sangat, jangan cair sangat tau.. lepas tu tepek la kat muka korang dalam 15 - 20 minit atau sampai kering.. hee~ dah tu time nak bilas tu korang gosok gosok la sikit kat kulit muka korang tu kasik kengkonon meresap ke dalam kulit.. gittew--

buat la seminggu 2 - 3 kali.. pun dah okay sangat..

jeng !! ko ingat kalau benda nih tak selamat, kakak nak sapu sampai ke bibior ? hee~
bau dia macam beras.. haa.. korang pun tau kan tradisi nenek moyang kita masa zaman dulu, nak cantik cantik tu dorang serbuk kan besar dan jadikan bedak sejuk untuk tujuan kecantikan.. hee~ zaman dulu mana la ade teknologi nak hasilkan produk kecantikan berkimia bagai tu.. eh !!

nanti korang try la sebab harga dia pun tak mahal dan kakak sangat rekomen sebab hasil dia sangat superb !!

korang boleh tengok testimoni dorang kat fanpage dorang.. confirm korang tergugat punya la.. sebab semua hasil yang memberansangkan dan POSITIF !! nih nak raya nih.. korang tanak cantik ke ? hee~ rugi la.. lagi lagi anak dara.. mana tau raya nanti, dah cantik jodoh pun tiba.. hee~ mana la tau--

HOTLONE : 017 571 9091

24 February 2017

KUEY TEOW GORENG LAU WAN SEDAP DAN MURAH !! KORANG KENA TRY !!

haa.. nak makan ape esok ? hee~ malas masak kan bila hujung hujung minggu nih.. ape kata korang try satu port kuey teow syahdu kat Kelana Jaya.. eh !! kakak dah la sebab tu kakak nak story nih.. haa..



sementara tunggu makanan utama sampai, haa.. kitorang makan nih dulu.. adoi.. kerang dia best weyh.. kuah cicah tu pon best.. biasa kan kalau kita makan kerang rebus kat kedai, dorang rebus punya kaw rebus.. jadik kerang tu dah tak juicy.. keras dan liat.. nih kakak rasa dorang celur sikit jek nih.. kerang fresh !! best.. berebut la kami bertiga makan haa.. oh !! bangman tak makan kerang.. dia kata menakutkan.. hahahah~ macam macam..


nah !! ini dia yang UTAMA.. kuey teow goreng.. terbaik punya.. 


nampak taburan kerang dia ? haa.. itu yang kakak nak tu.. udang dia pun fresh encik suami kakak cakap.. kakak malas nak kopek udang, bagi beliau semuanya..


tadaa-- kebuncitan.. hee~ mengah weyh.. puas hati sangat.. harga ? semua tu RM 29.00.. 2 pinggan kuey teow goreng + kerang rebus + tauhu bakar + air barli suam + air kosong ( FREE ).. okay la tu kan.. portion kuey teow dia memang banyak la.. kami berempat cukup jek 2 pinggan.. 

ingat kan rasa so - so jek la, tu beli 2.. tapi beli 2 pon dah kenyang.. alhamdulillah.. kalau korang kuat makan, sila la oder lebih.. hee~


sementara tunggu kuey teow sampai.. abaikan muka kakak yang membengkak.. hahahaha~ walaupun bengkak, ianya tanpa makeup.. pakai loose powder jek.. malas btol nak mekap cantik2.. sebab memang dah sedia cantik kan.. 

pergh !!!!! melangit btol ko tie..


nih location nye weyh.. korang pegi la.. tapi memang penuh saje tempat uncle tu.. korang pandai2 la tunggu turn kalau tak de tempat duduk ya.. tak pon bawah jek tikar, boleh bersila.. gittew--

kakak tak bertanggungjawab kalau anak tekak korang rasa lain, sebab kakak rasa macam gitu la.. hee~ 



23 February 2017

CARA MUDAH BELI VITAMIN SHAKLEE MENERUSI SISTEM ONLINE

haa.. ramai ahli Shaklee terpinga pinga tiap kali nak buat order Shaklee kan ? hee~ tak pe.. nih kakak ajar step by step yang sangat mudah untuk korang.. susah ke ? ntah.. tak de le susah mana pon sebab kakak memang selalu oder online jek.. dah kata pon bisnes online kan.. ape segala yang boleh di - online - kan.. buat la yang itu..


WEBSITE SHAKLEE

dah tentulah kena masuk website Shaklee.. sebab nak beli barang Shaklee kan.. dah masuk tu barulah boleh buat pembelian..

dan.. korang akan masuk sampai kat sini haa.. hee~ isi lah butiran korang.. ID dengan password tu..


pergi kat tab SHOPPING !! yeay !! inilah dinamakan online shopping gaya Shaklee.. sila excited !! hee~ ntah.. kakak bila shopping baju ke kasut ke dah tak se - excited shopping vitamin Shaklee.. seronok dia kemahen tau..


ade la beberapa bahagian yang korang kena isi.. jangan biar kosong sebab nanti sistem tak proses korang punya oder..


masukkan alamat penghantaran.. haa.. kalau korang buat pesanan untuk customer, kat sini la alamat yang korang kena isi.. kalau korang tak edit bahagian nih, secara otometik barang akan sampai kat korang la.. sebab sistem nih untuk korang jadik memang seme alamat korang jek melainkan korang edit sendiri..


ini bahagian yang kakak suka !!! hee~ PROMOSI bulanan Shaklee.. rasa nak beli semua sebab murah dan ade free plak tu.. sape tak suka kan ?



kakak guna OSTEMATRIX promo sebagai 'bahan' ye.. 


taraaa-- add to shaopping cart.. ape lagik.. kalau korang dah siap buat pembelian seme, boleh lah pilih SUBMIT tu.. 


ini pilihan untuk buat pembayaran.. tau.. nanti korang kena masukkan detail.. jangan risau.. detail korang seme selamat.. in shaa Allah..



dah confirm payment korang kena la tunggu TAC number untuk korang terus kan pesanan.. hee~ lepas tu akan keluar macam nih.. dan jangan lupa save untuk rujukan korang nanti.. tau !! yaa.. mana mana pon postage RM 10.60 direct dari HQ.. senang kan ? jimat pon jimat sebab kalau korang beli barang besar dan berat serta banyak, kos pengeposan pun jadik tinggi.. dengan kotak bagai kan.. haa.. direct dari HQ jek.. senang.. 

kalau korang bukan ahli Shaklee, korang memang tak boleh access sistem nih la sebab nak masuk sisten Shaklee kena ada ID dengan password.. hee~ haa.. 




21 February 2017

RAWATAN ALTERNATIF PESAKIT KURANG GARAM DALAM DARAH

biasa kita dengar bila makan terlampau banyak garam, memudaratkan kesihatan.. kan ? tapi bila badan tak cukup kandungan garam pun memudaratkan kesihatan jugak.. em.. macamana kita nak control kestabilan kandungan garam dalam badan kita ? hee~ jom !! kita study sikit..


HIPONATREMIA mungkin asing pada sesetengah telinga awam padahal keadaan ni boleh menimpa sesape jek tanpa mengenal jantina, agama, usia dan bangsa.. ye !! termasuk kakak jugak.. hee~

basically, hiponatremia merupakan keadaan di mana kadar natrium atau sodium dalam darah sangat rendah, lebih kurang 1.36 mEq/l darah berbanding bacaan normal iaitu 135 dan 145 mEg/ldan keadaan ini terjadi kerana penggunaan air dalam badan terlampau tinggi.. bila cecair yang masuk ke dalam badan melebihi kemampuan buah pinggang untuk membuang cecair berlebihan, time tu la akan terjadinya hiponatremia..

PUNCA GARAM KURANG DALAM BADAN

1 : UBAT-UBATAN
  • sesetengah ubat-ubatan macam pil diuretik, anti stress dan ubat tahan sakit boleh menyebabkan proses pembuangan air kecil / berpeluh lebih dari biasa..
2 : MASALAH JANTUNG - HATI - BUAH PINGGANG
  • kegagalan fungsi kongestif jantung dan penyakit tertentu yang melibatkan buah pinggang atau hati boleh menyebabkan cecair terkumpul dalam badan yang mencairkan natrium dalam badan..
  • dalam keadaan ini, tahap hormon anti-diuretik ( ADH ) yang terhasil menyebabkan badan mengekalkan air..
4 : MUNTAH + CIRIT-BIRIT KRONIK
  • ini menyebabkan badan kehilangan cecair dan elektrolit seperti natrium..
5 : MINUM AIR TERLAMPAU BANYAK
  • kita boleh kehilangan sejumlah natrium yang menjadi keperluan badan melalui peluh dan aktiviti seperti marathon dan triliathon boleh mencairkan kandungan natrium perlu dalam darah.. em.. boleh jek bersukan tapi korang kena seimbangkan kandungan air masuk dalam badan dengan aktiviti.. tau !!
6 : DEHIDRASI
  • kurang minum pun tak bleh jugak.. kan ? sebab kalau badan terhidrat badan akan kekurangan cecair dan elektrolit..
7 : PERUBAHAN HORMON
  • kekurangan kelenjar adrenal ( penyakit Addison ) pun memberi kesan ke atas keupayaan kelenjar adrenal kita untuk menghasilkan hormon yang mengekalkan keseimbangan antara natrium + kalium + air..
menurut First International Exercise- Associated Hyponatremia Consencus di Cape Town, Afrika Selatan pada Mac 2005 ( BACA SINI ) wanita, penari, atlet yang mempunyai berat badan yang rendah lebih berisiko terkena hiponatremia dan keadaan tersebut dapat dikesan apabila rutin tidur tidak normal.. tido kejap kejap.. gittew--


RAWATAN HIPONATREMIA

kalau masalah hiponatremia korang berpunca dari diet dan water intake korang terlampau banyak, mungkin doktor akan syor kan korang kurangkan pengambilan air sebaliknya ambil air dengan kadar normal iaitu 8 gelas sehari / 3 liter sehari..

tapi !!

kalau korang dah sampai tahap kronik, mungkin doktor akan suggest :

  • suntikan intravena
    • penyelesaiannya mungkin doktor akan menyuntik natrium untuk meningkatkan tahap sodium dalam darah korang.. ape lagik ? check in hospital la jawabnye.. hee~dan macam biasa la, kena la makan uabt ikut prescription penyakit korang.. nak lari mana ? kalau dah sakit, buat cara sakit.. hee~

ALTERNATIF


kalau korang rasa letih sikit jek, mesti korang carik minuman isotonik.. kan ? hee~ toksah la.. gula tinggi kot.. tak takut eh ? haa.. nih kakak nak sembang sikit.. minuman isotonik tapi tak de gula !! acane ? acane ?

KELEBIHAN PERFORMANCE DRINK

dah tentulah ada HEBAT dia.. kalau tak,takkan kakak nak sembang kot.. bazir masa weyh.. nah !!

  • tidak berkarbonat
  • tidak mengandungi lemak
  • tidak mengandungi kolesterol
  • tiada bahan pewarna tiruan / perisa tambahan dan pengawet
  • less sugar
  • dirumus KHAS dengan kandungan sodium + potasium + karbohidrat yang mencukupi
  • kadar natrium yang rendah dan mempercepatkan kadar penyerapan elektrolit ( cecair ) ke dalam tubuh badan
  • mengatasi masalah dahaga kritikal terutamanya semasa bulan puasa
  • bersifat ISOTONIK
    • kepekatan karbohidrat yang ada dalam PD adalah sama dengan darah kita yang membuatkan proses penyerapan menjadi mudah.. kesannya ? dah tentulah badan lebih cergas dan bertenaga.. hee~
kalau musim bulan puasa, PD nih memang hot la sebab orang yang faham tentang kesihatan nih sebaik mungkin akan jaga kesihatan, lagi lagi nak dekat raya kan.. hee~ kalau takat RM 82.50 untuk 1 tong dan korang boleh minum selama sebulan, ape nak heran kan.. nah !! puasa pun macam main main jek tak de rasa penat pon..

nak ? haa.. g kejar SID yang dekat dengan korang.. sekarang !!! sebelum stok habis..


19 February 2017

3 FAKTA TENTANG SAYA YANG MUNGKIN RAMAI TIDAK TAHU

Memang jujurnya tak de ape pun yang menarik pasal kakak. Serius. Hahahaha~ Tapi mungkin korang tak tau pasal 3 perkara nih. Haa. Dah tak tau, kena la tau. Kan ? Ape kata korang buat buat amik tau ? * nah !! siap kena paksa lagik.. hahahaha~ *


Lefthanded

BOLEH GUNA KEDUA-DUA BELAH TANGAN



Memang major kakak tangan kiri tapi disebalik itu, kakak boleh guna kedua-dua belah tangan kakak tau. Hee~ Kakak boleh menulis dengan kedua-dua belah tangan, gunting pun boleh guna dua dua tangan, sudu - garfu - pisau pun sama. Cuma masalah kakak. Bila main golf. Jeng !!! Kena beli kayu golf khas untuk orang kidal dan blom ade bajet lagik.


Kadang bila tengah masak, tangan kiri kacau lauk atas dapo, tangan kanan menaip kat telefon. Itu rutin harian kakak sebagai work at home mom.


Tambahan :


Korang nak tau tak yang orang kidal nih lebih mudah mengawal emosi berbanding orang bukan kidal tau. Itu fakta pasal tangan kiri, kalau dua dua tangan ? Haa. Nampak betapa kakak boleh switch pelbagai perasaan ke perasaan yang lain. Nak kata tak de hati dan perasaan pun ade gak kengkadang. Tapi kakak lagi suka diam dari berdebat dengan orang yang kakak rasa dia akan kalah. Hee~ Fakta ? Ye. Kakak suka fakta dan logik. Sebab tu sesetengah mereka yang suka carik masalah dengan kakak kena perbaiki ilmu dorang dulu.


Kesimpulan : Orang bertangan kidal nih boleh control apa yang dia rasa. Kalau dia suka, nak switch ke tak suka pun dia mampu. Haa. Jangan main main tau.



PERFUME VANILLA




Dah banyak brand perfume kakak try, tapi tak boleh IN. Hee~ Dda tu sampai termuntah muntah bila bau. Blom lagik masuk bab loya, pening bagai. Eh !! Bukan pasal kakak pregnant. Bukan. Tapi tak tahan bau sesetengah perfume. Mungkin pada korang, wangi. Tapi bukan pada kakak.


Masa zaman pra remaja kakak pakai Impulse tapi spesifik tau. Pakai yang botol hijau jek. Sekarang nih tah ade lagik ke idok perfume tu. Tapi bau dia memang best. Lepas tu dah pandai sikit, kakak pakai Escada Love. Wee~~~ ini lagik syahdu. Bau dia sangat sangat sangat super best. Tapi pasal mahal, tak mampu nak beli selalu. Hahaha~


Lepas tu macam macam perfume kakak cuba dan satu yang paling serasi.

Perfume Vanilla
Ddia punya semerbak dik non, jangan cerita la. Syok. Memang la murah sebab Avon kan ade promo. Kalau promo kakak mesti grab 2 - 3 botol buat stok. Tu belum yang calit calit punya buat simpan dalam handbag.





Memang kakak rekomen la. Lagi lagi kat korang yang badan ada sikit bau tak menyenangkan. 'Sorok' bau badan dengan bau vanilla nih adalah jalan paling bijak. Hee~



PERNAH TAK TIDUR LEBIH 18 JAM




Masa nih kakak kerja partime sebagai photographer. Haa. Tengok kakak kecik kecik ginih, kakak pernah pikul DSLR 2 bijik tau. Lenguh gak la bahu sebab lense 400mm f/2.8 kot. Memang mengah la tapi hasil gambar super puas hati. Time time tu kakak memang dah pandai tak berapa nak lena tido. Kadang malam la time nak edit gambar. Bila dah mula edit, memang membawak ke subuh la. Bila siang nak pegi keje plak. Haa. Hamik !!! 


Hahahaha~ Ini bukan rekod tau tapi benda nih jadik pada awalnya macam "damn !! aku kena berjaga siapkan keje.. kalau tak siap, mati la aku.." lepas tu setakat 24 jam pon relax jek-- Ntah !! Tak tau mana silap tapi rasa ke-ter-paksa-an tu la yang menebal buat badan tak nak rehat, mata tak boleh lelap.


Risiko Insomnia
Ha ? Kakak insomnia ? Ye ke ? Hee~ TAK. Jawapan dia tak. Sebab kalau kakak balik kampung ke, time tak sibuk ke, time tak de ape nak buat ke ( konon nih !!! ) boleh jek tido awal. Boleh jek cukupkan 8 jam sehari. Haa.


Jawapan dia. Bila ko dalam tekanan kerja, tapi ko enjoy buat kerja. Sekarang nih ade jugak la rasa effect dari keje keje berat yang kakak pernah buat masa zaman muda dulu. Eh !! Sekarang pun muda lagik tapi dulu muda remaja. Sekarang muda bergetah. H. hahahahah~ Gittew-- Antara kesan yang kakak terasa OSTEOPOROSIS.






Sakit ?
Em. Tak sakit tapi tulang ade bunyik keriuk keriuk. Bila nak turun sujud, mesti ade sendi berderap. Macam pijak ranting patah tu. Kakak ada masalah osteoporosis / tulang tak padat. Hee~ Ingatkan tu masalah orang tua jek ? Tak !! Buktinya, kakak pun kena. Sebab kakak memang tak minum susu. Ko tadah la susu ape pun, memang tak boleh nak telan weyh. Last last kakak makan tablet susu baru lah lega. Haa. Bukan kata sembuh tapi bunyik tu dah kurang dan jarang dengar.


Gittew--


Dah la eh. Cukup la kot 3 perkara yang korang mungkin tak tau pasal kakak tapi sekarang dah tau. Haa. Jangan mengata * gaya Nur Sajat.. * hahahaha~ selamat berhujung minggu !!!



LOVE ;
Atie Adnan




16 February 2017

IMPIAN YANG TERTANGGUH DARI TAHUN 2016

bila cakap pasal tahun baru, semua mesti dah pasang impian kan.. hee~ impian kakak ? ntah.. macam tak banyak jek.. tapi besar besar belaka haa.. hahaha~ nak buat semua sekali jalan memang MUNGKIN akan semput la jugak, tapi kalau pelan pelan dan konsisten, siapa tahu semua akan tertunai.. kan ? yang penting usaha.. lenlain kita berbalik kepada hubungan kita dengan Maha Pemberi Rezeki..

KIDZANIA, KUALA LUMPUR


dah lama plan sebenarnya dan kebetulan, rezeki bangman dengan aina dapat tiket FREE.. hee~ jangan tanya la mana dapat tapi dah tertulis ada rezeki dorang.. siap dapat duit The Bank Of Kidzania lagik.. cuma !! masa dengan kederat tu tak de lagik.. asal weekend jek, kakak ada kelas.. kesian dorang kan.. in shaa Allah.. dalam bulan Februai atau Mac nanti kitorang sampai nasib expiry date nye jauh lagik..

senang cerita, sampai seru.. sampai la.. hee~

PABLO CHEESE TART


menyesal btol kakak tolak invitation Pablo Cheese Tart aritu.. hahahah~ sampai ke harinih dia punya terliur.. tak boleh nak cerita.. memang kalau kakak nak balik rumah mak kat Kota Damansara dari Bukit Jalil, boleh jek kalau nak singgah One Utama tu tapi time nak lalu tu mesti TAK INGAT !!! sakit betul hati.. nih tengah santai santai nih boleh plak teringin sangat !! damn !! tak best betul perasaan nih.. tapi kakak akan dapatkan satu hari nanti.. hee~ jangan tanya bila !!!!! bila free untuk singgah One Utama, dapat la.. sebab dia ade kat sana jek.. huu~ sedeh kan ?

eh !! harga dia pun boleh - tahan - mahal - jugak tau.. hahahaah~ harap kena la dengan selera kakak..

DETOLF GLASS DOOR CABINET IKEA

murahkan ? hee~ takat bonus Shaklee kakak, boleh jek nak beli.. konon nak display barang shaklee dalam tu la.. lahai.. cantiknye kan !! tapi nak letak kat mana ?? huu~ lagi satu risau betul kalau pecah weyh.. dah la anak-anak tengah nak membesar.. em.. tapi dah bincang-bincang dengan encik suami kakak, nak beli jugak.. hahahaha~ eh !! kena beli jugak.. kalau tak beli nanti kempunan..

OPEN WARDROBE


siapa kenal kakak, mesti tau kakak sangat simple orang nya.. kan ? hee~ sebenarnya hajat nih hajat tahun lepas tapi kakak tak sempat tunaikan, kakak drag ke tahun nih.. bilik sembahyang kami kecik jek tapi ada seketol almari besar kat situ.. tu yang kakak nak jual almari tu lepas tu nak buat open wardrobe gini.. tak tau la jimat ruang ke lagik menyempitkan ruang.. hahaha~

tapi kakak nak jugak buat dalam tahun nih.. nanti kakak share ye..

RANK SUPERVISOR


dah agak lama kakak bersantai santai dengan bisnes sendiri rupanya.. hahahaha~ kakak rasa dah ready untuk satu langkah kehadapan.. tetiba terngiang kata-kata mentor kakak.. "buat apa naik rank kalau banyak benda yang awak tak tau.. kan ? belajar, jangan berhenti.." masa kakak menaip nih, eh !! tetiba rasa dah ready ngat ngat ngat ngat.. hahahaha~ 

tu sijil mock up jek tau.. blom dapat yang original lagik.. 

EMAS DINAR

sebelum nih kakak ade jugak la simpan goldbar yang 1 gram 999.9  tu tak de la banyak, tapi cukup la kot nak guna time sesak sesak nanti ( bukan mintak tapi mana la tau.. ) dengan beberapa aksesori emas 916.. hee~ tapi !! tahun nih.. kakak nak dapatkan 1 dinar nih pon jadik la.. paling kurang 1.. 1 jek-- kenapa ? ntah.. sebab kakak ade baca, pada tahun 2020 nanti 1 gram emas = RM 503.00.. hahahah~ nampak ? permainan jelas kat situ.. matawang kita makin jatuh tapi bukan nilai emas.. 

berapa eh nilai 1 dinar nih ? ade sesape tau ?

LEGOLAND, MALAYSIA


in shaa Allah.. in shaa Allah.. hee~ kalau ade orang nak sponsor tiket lagik ( hahahaha~ jenuh harap orang sponsor saje haa.. ) sampai la kot.. bangman dah besar, aina pon sama.. rasa dah boleh bawak kot.. tapi dengan syarat kena periksa nombor 1.. lalalal.. kalau nombor lain, lain la hadiah dia.. haa.. boleh gitu ? hee~ tak.. in shaa Allah ini reward untuk #duanur untuk tahun nih.. menghadap susah senang dengan kakak dan suami.. kena marah, kena tinggal dengan opah, kena cubit.. hahahaha~

dah siap tarikh tu.. sempat la kakak nak topup tabung travel kami.. eh !! tak.. kami tak pakai kredit kad dah.. cash semua.. in shaa Allah..

ORIGINAL MORPHE MAKEUP SET

hee~ kakak segan sebenarnya nak bagitau.. hahahaha~ sebenarnya.. kakak dalam training jadik MUA ( makeup artist ).. ya.. ya.. sila gelak.. sila gelak.. hahaha~ kakak pon gelak kan diri sendiri sebenarnya tapi bila sampai satu tahap, dia jadik seronok plak.. ala.. bukan la nak mekap retis pon.. adik beradik kakak ramai yang tak kawen lagik.. kakak rasa, dari dorang melabur kat MUA yang mahal mahal, baik bayau kat kakak jek.. hee~ nampak ? permainan dia.. buat masa nih kakak dah ade fullset tapi campo campo brand la macam cikgu kakak ajar.. banyak jugak dah duit melayang kat situ * berpeluh-- * tapi rezeki tak tau kan.. 

mana la tau kalau korang nak kawen ke nanti, nak bertunang ke.. bila kakak dah GRAD nanti, boleh la upah kakak jek..


SELESAIKAN HUTANG PIUTANG


last but not list.. huu~ bila sampai jek part nih mesti badan jadik seram sejuk, takut semua ada.. kalau ada kakak terhutang kat sesape, hutang yang kakak belum lunaskan, hutang yang kakak lupa, hutang yang secara tak sengaja.. kakak mohon, tuntutlah dari kakak.. tak pe.. whatsapp jek cakap "tie.. ko ade hutang aku sekian sekian nilai.." in shaa Allah.. kakak akan cuba bayar berapa sekali pun amount dia.. ya.. jangan diam diam tau.. kakak takut sangat..

lain lain ? ha ? pergi umrah ? baju mahal dari pereka terkenal ? handbag branded ? bercuti luar negara ? kereta baru ? hotel 7 - 8 bintang ? ape lagik ? hee~ kat atas tu semua kakak nak settle kan dalam tahun nih jugak.. in shaa Allah.. kalau Dia pinjam kan kuderat untuk membanting tulang mencari rezeki * gandingan duet bersama encik suami.. gittew-- * kakak pasti, semua akan dipermudahkan..

secara kasarnya, tahun 2017 adalah tahun untuk kakak lawan diri kakak sendiri dan tengok sejauh mana kakak boleh pergi.. dan kakak tau, tahun ni tahun yang sukar tapi tak salah kalau ada sedikit kental dalam hati.. kan ?

lagik ? hee~ nanti kalau ade, kakak masukkan dalam part 2.. a.. gittew-- macam ade followers plak nak baca kan.. adoi !!! 

korang doakan jek baik baik untuk kakak ya.. terima kasih !!


15 February 2017

CARA MAKAN PEPPERMINT GINGER PLUS SHAKLEE DENGAN CARA YANG BETUL

haa.. sebotol kecik yang femes dengan pesakit kembung perut dan gastrik !! tadaa-- Peppermint Ginger Plus yaw-- tapi bukan itu jek tau.. ada kelebihan lain yang korang kena tau..

FUNGSI PEPPERMINT GINGER PLUS

  • melegakan rasa loya + morning sickness ibu hamil
  • melegakan mabuk laut
  • melancarkan proses pembuangan angin dari dalam badan
  • meredakan masalah gastrik
  • memudahkan proses pencernaan
dan paling best, sebab pil kecik kaler hijau tua nih telan menjalani ujian klinikal dan membuktikan keberkesanannya !! maksudnya.. korang makan, CONFIRM membantu mengurangkan rasa tak besat dalam badan korang tu.. hee~

KANDUNGAN PEPPERMINT GINGER PLUS



  • melegakan otot perut
  • ia mempunyai kesan penenang
  • membantu proses penghadaman
  • membantu mengurangkan mabuk laut / darat
  • melegakan kesan sampingan seperti muntah dan hilang selera makan yang timbul kesan dari kimoterapi
  • pudina meransang pengeluaran peluh
  • rasa sejuk dan menyegarkan daripada pudina membantu memelihara pemikirang yang jelas dan menigkatkan fokus

  • meransang enzim salvia untuk pencernaan makanan
  • melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid, loya dan mual angin ketikamengandung, selepas melahirkan dan semasa pantang
  • satu kajian di United Kingdom menunjukkan bahawa halia menghalang muntah selepas pembedahan

  • orang-orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. ia melegakan perut senak dan mengelakkan gelaja selesema sekaligus membentu mengatasi masalah elergi dalam saluran usus

  • digunakan oleh orang-orang Mesir Purba
  • melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak
  • meransang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit
  • memberi peredaran tenaga dalam badan dan lembut pada perut

CARA MAKAN PEPPERMINT GINGER PLUS

ada dua cara untuk menikmati khasiat Peppermint Ginger Plus nih tau..

1 : telan jek gitu

2 : boleh campur 2 biji ke dalam minuman kegemaran korang.. tapi kalau boleh air suam la supaya lebih mudah larut.. 

korang amalkan 2 - 3 kali sehari.. in shaa Allah.. semua selesai..

nanti kakak cerita ya.. macamana Nur Aina boleh terjebak minum larutan Peppermint Ginger Plus nih.. hee~

TESTIMONI PEPPERMINT GINGER PLUS

apa kata pengguna ? hee~ alhamdulillah.. buat masa nih semua baik baik saja dan memang Peppermint Ginger Plus sangat membantu..




sebotol comel nih cuma berharga RM 45.00 jek pon.. semua mampu kan ? kalau nak dibandingkan dengan minum minuman halia kat luar sana, korang hanya dapat manfaat halia.. tapi nih ade 4 manfaat dalam 1 botol.. best ke hebat ?


klik ICON tu untuk buat pembelian.. 

dan lepas tu jangan lupa hubungi kakak untuk konsultasi khas.. hee~



11 February 2017

RESEPI AYAM MASAK CENDAWAN PALING MUDAH YANG PENTING TANPA BAHAN PERASA

in shaa Allah, sebulan sekali kakak memang akan buat detoks parasit dan tiap kali detoks ada makanan-makanan yang kakak tak boleh makan seperti makanan berproses, gula putih dan kafien.. hee~ awal dulu pening kepala jugak la sebab dah terbiasa masa guna pati ayam serbuk tu.. tapi sekarang dah taraf pro dah-- masak pun tak pakai bahan perasa tapi sedap dia tetap sama.. hee~ * sesekali angkat bakul, korang baca jek la ye.. *


bahan dia pun boleh tahan simple la sebab kakak tak pakai buku resepi, main taruk taruk jek.. hee~ sukatan hape bagai pon tak de.. main hagak hagak.. macam mak mak kita dulu masak la.. manede main sukat sukat..


BAHAN - BAHAN

1 : cili kering
2 : bawang putih
3 : bawang besar
4 : halia
5 : cendawan shitake
6 : isi ayam 
7 : minyak untuk menumis
8 : air ( kalau korang nak berkuah sikit laa.. )

semua bahan tu ikut anak tekak korang.. tak de halangan nak terlebih halia ke, nak lebih bawang putih ke, nak lebih ayam ke.. pepandai korang la.. hee~


time detoks, minyak kelapa merupakan bahan anti-fungus terbaik !! tapi.. kakak pakai sikit jugak.. hee~ sebab tak suka la lepas masak minyak berlendir jek kat dalam mangkuk.. asal cukup untuk naikkan bau bawang putih dengan hali pon dah okay.. tapi !! konsep nye.. ikut suka korang la.. 


hagak hagak minyak masak dah panas, korang tumis la bahan 3 beradik tu.. sampai naik bau.. kalau betul cara, satu rumah berbau halia tu weyh.. pitam jap hakak..




masuk plak cili kering yang korang dah gunting gunting tu.. haa.. masak la sampai agak agak garing cili tu.. kacau !! jangan malas.. kang hangit kang.. dah agak cili kering tu garing sikit, korang masukkan la isi ayam tadik.. biar sampai isi ayam tu masak.. 


kakak suka cendawan tu lembut dan ada bau cam petai.. hahaha~ siapa suka makan cendawan. korang tau la cendawan nih bau dia cemana.. jadik, kakak masukkan last skali.. biar dia ala ala nak masak ke tak nak.. haa.. gitu.. tambah la air sikit kasik berkuah..


tadaa-- siap !! hee~ kakak bubuh garam bukit sikit untuk ada la rasa masin masin sikit gitu.. tak de la plain sangat rasa dia.. kan ? rasa lepas siap masak ? em.. cane nak explain eh.. hahaha~ rasa sayang kot.. sebab masak makanan berkhasiat nih bukan untuk diri sendiri jek, tapi untuk family..


makan dengan nasik panas memang pilihan kakak.. kenyang dia bukan mahen.. menyandor jek lepas makan haa.. ada sesetengah orang akan guna kicap manis untuk naik kan rasa.. hee~ sebenarnya, pada kakak kicap manis tu akan tenggelamkan rasa ada laa.. 

eh !! korang kena try nih.. walaupun tak guna bahan perasa, tapi rasa dia lengkap.. jangan plak korang letak garam sesenduk.. darah tinggi nanti.. hee~