BAGAIMANA MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT SLIPPED DISC ?

by - December 15, 2016

haa.. minggu lepas kakak ade dapat sorang customer SLIPPED DISC.. kakak pun tertanya jugak cemana boleh jadiknya slipped disc nih sebab customer tu tak de la melasak mana.. hee~ mula la kakak bukak macam macam jurnal dan blog untuk mantapkan lagik pengetahuan.. a.. gittew-- kata SID PRO kan.. kena la tambah ilmu dan tak jemu belajar..


menurut kajian, hampir 80 % orang dewasa pernah mengalami sakit belakang sekurang-kurangnya sekali seumur hidup dan kebanyakannya disebabkan oleh aktiviti harian yang selalu dilakukan tapi dengan cara yang SALAH.. kesakitan yang melampau menyebabkan anggota badan menjadi kebas, pergerakan terbatas, otot kaki kejang..

tulang belakang manusia ada 'jelly - like - structure' yang dipanggil disc  dan ia berfungsi sebagai pad kusyen / pelindung antara tulang-tulang.. kalau nak diikutkan, disc  nih stabil sebab banyak ligamen tebal desekeliling tulang belakang..

SLIPPED DISC adalah istilah yang selalu digunakan dalam dunia perubatan terhadap kecederaan yang biasa berlaku terhadap tulang belakang.. secara ringkasnya, SLIPPED DISC bermaksud, disc pada tulang belakang terbonjol / tergelongsor keluar sehingga menekang urat saraf pada saraf tunjang..



selain slipped disc, penyakit ini juga dipanggil :


PUNCA MASALAH SLIPPED DISC

terdapat beberapa faktor yang boleh menyumbang kepada masalah berkaitan dengan penyakit slipped disc ni.. antaranya :

1 : FAKTOR MEKANIKAL
  • posture badan yang mungkin tidak betul semasa melakukan kerja-kerja kasar, mengangkat barang berat, bersukan atau berat badan berlebihan yang menyebabkan tekanan berterusan pada struktur tulang belakang
2 : FAKTOR TRAUMA
  • kecederaan otot atau patah tulang belakang mungkin akibat kemalangan, terjatuh atau kesilapan semasa dalam pergerakan aktif atau sewaktu bekerja
3 : FAKTOR NUTRIEN
  • kekurangan nutrien yang menyebabkan kemerosotan stabiliti atau elastisiti otot serta kerapuhan tulang ( osteoporosis ) akibat peningkatan usia
4 : FAKTOR GENETIK
  • sesetengah individu mungkin kurang bernasib baik kerana mengalami pembawaan genetik yang menyebabkan kemerosotan fungis disc, punca kepada slipped disc itu sendiri

TANDA TANDA SLIPPED DISC

sakit yang melampau dan tiba-tiba pada bahagian bawah belakang / bahu / tengkuk --> boleh menyebabkan sakit seperti mencucuk-cucuk dibahagian kaki dan tapak kaki.. sekiranya tidak dirawat, penyakit ini boleh melarat dan menyebabkan lumpuh..


CARA MENCEGAH SLIPPED DISC

  • jaga berat badan yang ideal
    • berat badan yang berlebihan memberi bebanan yang melampau pada tulang belakang
  • berhenti merokok
    • nikotin dalam rokok adalah toksin kepada disc.. ia menghalang disc mengekalkan sifat elastiknya kerana toksik menghalang penyerapan nutrien
  • amalkan posture badan yang betul

RAWATAN SLIPPED DISC

1 : RAWATAN THERMAL
  • bertujuan untuk mengurangkan sakit
2 : STEROID
  • suntikan stroid dapat menguatkan otot belakang dan mengurangkan rasa sakit
3 : FISIOTERAPI
  • kaedah senaman yang dijalankan bersama pakar untuk menguatkan otot termasuklan penggunaan tuala panas pada bahagian yang sakit
4 : PEMBEDAHAN
  • langkah terakhir !! disc yang terkeluar akan dikikis.. untuk kes kes yang lebih serius, kepingan besi akan dimasukkan untuk menyokong tulang belakang..
5 : PENGAMBILAN SUPPLEMENT UNTUK TULANG BELAKANG
  • merujuk kepada laman livestrong.com, ada beberapa jenis supplement yang membantu untuk memperbaiki slipped disc..

tapi !! korang kena tau.. macamana rawatan yang korang buat, penyakit slipped disc boleh berulang tak kira masa.. hee~ kalau boleh elakkan la punca punca yang mungkin berkaitan dengan kehidupan seharian korang.. tau..


You May Also Like

0 comments