HEALING CRISIS ( KRISIS PENYEMBUHAN ) TANDA BADAN MULA MENERIMA 'BENDA' BAIK

February 20, 2014

Apakah itu healing crisis ? Ramai yang tidak tahu tentang healing crisis.. kan ? kan ? tak pe.. malam nih SAYA cerita sikit pasal HEALING CRISIS.

Ia berlaku apabila kita mengambil vitamin dari sumber semulajadi yang bertindak mengeluarkan toksin dan merawat kerosakan pada sel dan sistem dalam badan kita. Proses ini membuatkan seseorang itu berasa 'tak sedap badan' dan mungkin demam atau mengalami sakit pinggang atau sakit kepala yang teruk. Ini adalah tindakbalas biasa bila badan kita nak mengeluarkan toksin.
Kenapa plak jadik gitu ? Kenapa kalau makan ubat terus elok plak.. tak de pun HEALING CRISIS bagai nih.. haa.. sebab tu la nak cerita sekarang.. hee~ gini..

sekadar hiasan.. hee~
Bayangkan kereta BMW ( nak branded saje.. hakss~ ) kemek sikit kena langgar.. kita hantar la kat workshop.. kena la ketuk, cat bagai kan.. nak tutup kesan kemek tuh.. haa.. Proses pengambilan ubat sama macam kita sapu cat kat tempat kemek tuh laa.. Kereta kita tak nampak teruk tapi ia nampak tak rata sebab kita cuma 'tampal' cat ke atasnya..

Tak macam kita consume suplemen, ia umpama kita mengikis balik cat lama tuh lepas tuh kita meransang pemilihan semula cat baru.. Semasa proses mengikis cat, kereta kita nampak buruk, bertompok-tompok, tak lawa dan yuks.. tapi.. bila dah siap bagai, dengan cat baru.. cantik la kan.. hee~
Macam tu juga bila sistem badan kita bagi tindakbalas dengan vitamin semulajadi.. Sebelum menjadi cantik, kesemua "bahan" tak cantik dalam badan kenalah buang dulu..
Seperti kereta yang nampak buruk bertompok-tompok, badan kita akan mengalami healing crisis yang mana antara lain mungkin merasa:

  • Pening
  • Mual
  • Badan panas
  • Demam
  • Sakit kepala
  • Sakit pinggang
  • Mengantuk
  • Muntah-muntah
  • Berpinar-pinar
  • Ulser
  • Rasa tak larat
  • Emosi terganggu
Jangan risau kerana ini petanda yang sangat baik.

CARA MENGURANGKAN HEALING CRISIS

  • Minum air yang banyak -- air masak/air kosong
  • Cuba untuk berehat dan bertenang
  • Bersabar
  • Berdoa agar dipermudahkan
In shaa Allah, healing crisis bukan satu proses berpanjangan.. lepas semua toksin nakal dikeluarkan dari tubuh kita, khasiat dan zat yang baik akan mula terserap.. dan.. hasilnya CONFIRM puas hati.. semakin cantik + sihat + bertenaga dan.. awet muda gittew~~


FAQ HEALING CRISIS

Q : Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan ? 
A : Ia merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul didalam badan sepanjang hidup. Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau sintom yang membuatkan rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.

Q : Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengambil makanan tambahan ? 
A : Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen didalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan. Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin. Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu. Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru.



Q : Adakah krisis penyembuhan petanda yang baik ? 
A : Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang sintom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar. Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku.


Q : Adakah setiap orang akan mengalami petanda dan sintom yang sama semasa krisis penyembuhan ? 
A : Setiap orang adalah berbeza. Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain hanya akan merasai selepas satu atau dua bulan. Kesannya juga berbeza. Lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya.


Q : Secara umumnya, berapa lamakah tempoh bagi krisis penyembuhan ini ?
A : Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. ia mungkin mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya.


Q : Ramai orang bertambah baik selepas mengambil makanan tambahan, tetapi walaupun saya masih mengambil makanan tambahan, saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan, Mengapa ?
A : Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan,anda sepatutnya telah merasai perbezaannya (cth. Tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik, dll.) sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti:


  • Tidak mengamalkannya setiap hari
  • Tidak mengikut dos yang telah di cadangkan
  • Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya
  • Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
  • Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
  • Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan
  • Mengalami masalah emosi 

Q : Apakah nasihat kepada penguna Shaklee sekiranyan mengalami Healing Crisis ?
A :  Jangan berhenti dari pengambilan vitamin Shaklee. sebaliknya, kurangkan dos pengambilan. Contoh, kebiasaannya ambil 3 biji Alfalfa pada waktu pagi, tapi boleh kurangkan dos iaitu 1 biji Alfalfa pada waktu pagi. Amalkan pengambilan air masak sebanyak 3 liter minimum untuk seimbangkan kadar air dalam badan. Banyakkan berehat dan tenang. Berdoa supaya Healing Crisis cepat elok. 

You Might Also Like

0 comments

RAKAN BLOGGER !!

G+ FOLLOWERS