PUNCA KULIT MUKA KUSAM DAN CARA MERAWATNYA

April 07, 2015

Memiliki kulit yang putih, sihat dan berseri adalah dambaan setiap wanita di dunia. Ada yang sanggup berhabisan untuk mencantikkan kulit supaya sentiasa nampak awet muda dan sedap dipandang.



Wajah yang kusan, kotor, berjerawat serta berminyak merupakan salah satu masalah kullit wanita yang sering menjadi mimpi ngeri kaum wanita dan mimpi ngeri itulah yang menjadi punca kulit menjadi kusan dan tidak bermaya.

Berikut adalah penyebab-penyebab lain yang mendorong terjadinya kulit muka menjadi kusam :



1. Stress

  • Stress merupakan gangguan psikologi yang juga merupakan musuh besar untuk mempengaruhi penampilan samada secara fizikal mahupun menta. Stress menyebabkan kelenjar dalam tubuh seseorang tidak dapat mengawal emosi sekaligus menyebabkan  wajah mudah berjerawat, psoriasis ( sejenis penyakit kulit ), eczema, gatal-gatal dan juga bintik-bintik merah.

2. Diet yang tidak sehat dan kurang teratur
  • Ada diantara andara sedang diet ?
  • Adakah jadual anda tersusun dan teratur ?
  • Ada sesetengah program diet yang dijalankan tidak teratur, tidak sihat dan tidak seimbang sehingga tubuh kekurangan tenaga dan nutrisi penting untuk tubuh badan sekaligus memberi impak kepada wajah. Sementara itu, bagi mereka yang mengalami gangguan nafsu makan seperti anoreksia atau bulimia akan kekurangan protein dan vitamin yang menyebabkan kulit menjadi kering dan mudah mengelupas.

3. Efek dari sinar ultraviolet
  • Seharian bekerja di luar atau ruang terbuka juga mempercepat perubahan pigmentasi kulit dan penuaan kulit dan mulalah kulit menunjukkan tindakbalas dengan bintik-bintik noda hitam / cokelat ( jeragat ). Kalau dibiarkan berterusan, boleh menyebabkan kanser kulit. Minimakan aktiviti luar supaya dapat mengelak dari tergnaggu dengan radikal bebas kesan dari pancaran sinar matahari.

4. Kurangnya waktu istirehat
  • Pola tidur tidak teratur juga mempengaruhi wajah menjadi lebih cepat tua berbanding usia kerana kulit wjah juga memerlukan waktu rehat yang secekupnya bagi mengelakkan menjadi tidak bersemangat dan layu. Waktu tidur yang teratur adalah 6 - 7 jam sehari. 
  • Keperluan waktu tidur sangat diperlukan setiap individu. Kekurangan waktu tidur yang berkualiti akan membuatkan tubuh mengeuarkan hormon stress. Hormon stress yang dihasilkan akan menyebabkan munculnya jerawat, lingkaran hitam disekeliling mata, warna kulit terlihat lebih kusam dan membengkak serta tubuh kekurang darah.


5. Suka minum alkohol

  • Kandungan yang terdapat dalam minuman alkohol juga menjadi salah satu penyebab kulit wajah menjadi kusam seperti tidak dijaga rapi. Minuman beralkohol membutkan kulit kekurangan air dan kelihatan lebih kering dan berkedut.


6. Merokok

  • Bahaya rokok lebih besar risikonya terhadap wanita berbanding lelaki kerana pada hormon estrogen pada wanita tidak mampu mengembang secara baik kesan dari kandungan rokok yang dihisap. Kerana itu rokos dijadikan salah satu penyebab gangguan kesihatan fisikal dan mental bahkan ada sebuah kajian yang berpendapat bahawa wanita yang merokok akan kelihatan 10 tahun lebih tua berbanding usia asalnya.
  • Rokok menyekat bakteria baik yang terkandung di dalam perut. Selain itu, rokok juga menghapuskan perngaliran darah dan oksigen ke kulit. Rokok juga menjadikan kulit wajah menjadi kusam dan kotor serta berjeragat.

7. Pola makan yang tidak teratur


  • Ada beberapa jenis kulit yang mudah berjerawat, berkudis, berkurap dan berpanau terutama sekali kulit wajah yang sensitif dan kelihatan lebih tua berbanding usia. Elakkan makanan dan minuman yang mengandungi garam, gula, serbuk perasa dan minyak secara berlebihan.

8. Berat badan yang mudah naik dan turun
  • Ada diantara kita memiliki berat badan yang mudah naik dan turun secara tidak selari dan berikut merupakan salah satu punca susah mengembalikan keadaan bentuk tubuh dan berat yang ideal. Perubahan yang terjadi pada berat badan yang mudah naik dan mudah turun juga menjadikan wajah kelihatan tidak segan dan tua berbanding usia asal.

9. Kesan sampingan dari penggunaan kosmetik
  • Jenis kulit setiap orang adalah berbeza. Produk kosmetik dipasaran kini kebanyakkan nya mempunyai merkuri, alkohol dan campuran bahan kimia yang lain untuk memberi impak maksima kepada si pengguna. 
  • Contohnya : merkuri memberi impak putih dengan segera tetapi sangat merbahaya dan boleh menyebabkan kanser.
  • Untuk itu, anda disarankan bijak dalam memilih produk kecantikan dan pilihlan produk yang sesuai dengan tubuh anda.


INGIN TAMPIL FLAWLESS TANPA SEBARANG KESAN MEKAP ?
INGIN WAJAH SENTIASA AWET MUDA TANPA SEBARANG CELA ?

boleh mulakan dengan..




You Might Also Like

0 comments

FOLLOW LE KAKAK !!

G+ FOLLOWERS