ANAK KURANG AJAR !!

July 05, 2015

Saat kakak menaip ni, kakak menikmati pemandangan terus dari tingkap SOHO ke taman permainan.. Nak rayakan, ramailah anak-anak kecik yang main bunga api dan mercun.. Tak cukup dengan itu.. Ada pulak dialog yang memedihkan hati..


"ko babi.. babi.. babi.."

"mak ko atak ajar ko ke ? babi.."


Mana silap tu ? 

Wallahualam.. Sikit sebanyak hati kakak ni sakit sangat.. Kakak sendiri tak tau nak jawab cemana.. Kalau dulu, perangai camgitu, kami adik beradik dah kena sesah dengan tali pinggang TAPI.. Zaman sekarang ada lagi ke kaedah gitu untuk mengajar anak ?



Dalam kes tersebut, nak salahkan siapa ? Mak ayah yang salah memberi didikan ataupun anak tersebut sukarela bertindak sedemikian ?

Bila anak itu dilahirkan ibarat kain putih yang bersih, corak yang indah adalah perihal dari kedua mak dan ayah tetapi bila anak tu dah mula berkawan, keluar, kenal dunia luar.. Adakah masih salah mak dan ayah ? Hee~ Complicated topik ni kan ? Tak pe.. Kakak share menerusi pembacaan dan pengalaman kakak ya..

Mungkin ada segelintir netizen mengeluarkan pendapat bahawa mak ayah yang tidak mampu memberi didikan yang terbaik buat anak-anak sehingga anak mampu bertindak sedemikian.. Ya.. Mak ayah yang disalahkan.. Memang didikan awal anak-anak adalah dari rumah TAPI sejauh mana kesan pendidikan dari rumah tu terhadap anak-anak ? Anak-anak akan membesar dan berkawan.. Adakah kawan juga dijadikan sebab anak-anak bertindak sedemikian ?

Kelakuan anak-anak yang comel bertukar menjadi rasaksa adalah mengikut perubahan usia dan sekeliling.. Jika pendidikan dari rumah yang diberi adalah sempurna tetapi pergaulan di luar rumah pula sebaliknya, maka tidak dapat dinafikan pergaulan di luar rumah juga merupakan punca selain dari pendidikan dari rumah.. Bila dah berkawan, macam-macam pelajaran dan mula menjadikan pembelajaran pula.. Kan ? Hee~ Kalau kawan-kawan lain buat, tapi dia tak buat, nanti kena kutuk dengan kawan-kawan plak.. Ya.. Ia juga merupakan faktor sama penting dengan penglibatan mak dan ayah..

Kehidupan seharian kita berpusing 24 jam.. Tiada cepat dan tiada lambat.. Perkembangan media sosial juga semakin pesat.. Adakah media sosial juga menjadi punca anak-anak semakin meliar dengan tindakan rasaksa ?

Jawapan kakak.. Ya.. Sebab tu mak dan ayah perlu memantau aktiviti seharian anak-anak supaya tidak terjerumus dalam kencah yagn tidak sihat.. Tak kisahlah anak tu suka ataupun tidak.. Tak kisahlah anak mengatakan kita ni melanggar hak peribadi mereka.. Tak kisahlah bila kita terpaksa berjumpa dengan guru..

Tak kisahlah kalau kita terpaksa memesan pada cikgu..

"cikgu, kalau perlu untuk rotan anak saya, rotanlah cikgu.." -- Hee~ Itu kelaku kakak masa mula-mula hantak #CEOaiman pergi sekolah hari tu..

Bila mencecah akil baligh, bermakna kita dah mampu menilai baik dan buruk.. YE !! Dunia di luar sana sangat menarik.. Tapi menarik lagi kalau dapat lepak syurga.. Kan ? Sebab tu dari awal kena didik anak BAGAIMANA cara terbaik untuk menerima dan memberi penerimaan terhadap dunia luar.. 


Nabi saw. bersabda :
"Redha Allah bergantung pada redha ibu bapa kamu dan murka Allah bergantung pada murka ibu bapa kamu." 
-- (HR al-Hakim)


Nabi saw. bersabda :
"Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kalian berbuat derhaka kepada ibu kamu"
-- (HR Bukhari )



Nabi saw. bersabda :
"Semua dosa akan ditangguhkan pembalasan sampai nanti hari kiamat, kecuali derhaka kepada ibu atau bapa, maka sesungguhnya Allah akan segerakan pembalasan kepada pelakunya dalam hidupnya (di dunia) sebelum dia meninggal dunia." 
-- (HR Hakim)

Luangkanlah masa yang berkualiti dengan anak-anak.. Jangan sampai anak-anak mencari keseronokan di luar bersama kawan-kawan yang entah siapa-siapa.. Berapa pun umur anak-anak kita, mereka tetap bayi dari pandangan hati mak dan ayah..


You Might Also Like

0 comments

FOLLOW LE KAKAK !!

G+ FOLLOWERS