BAHAYA ANEMIA SEMASA HAMIL

by - July 13, 2015

Ada mommies yang anemia ke ?

Anemia semasa hamil berlaku apabila kendungan hemoglobin ( sel darah merah ) berada pada tahap yang rendah dan tidak dapat membawa oksigen ke setiap sel-sel tisu dalam badan.. Mommies yang mengandung memerlukan bacaan hemoglibin 11g / dl dan ke atas untuk memastikan baby dalam kandungan tidak terganggu..

Sebab tu la sel darah merah yang betul-betul sihat sangat penting untuk mommies dan baby..



BAHAYA SANGAT KE ANEMIA SEMASA HAMIL NI ?

Ya.. Bahaya kerana pesakit anemia kekurangan folate atau asid folik boleh mengakibatkan beberapa jenis ketidaksempurnaan pada mommies mahupun baby seperti tiub neural tidak normal atau baby tak cukup berat dan paling teruk boleh mengakibatkan kelahiran baby pramatang..




BAGAIMANA NAK ATASI MASALAH ANEMIA SEMASA HAMIL ?


  1. Makanan yang kaya dengan zat besi, asid folik dan vitamin B12.
    • seperti kerang, lalal, tiram, ikan bilis dan daging
    • pengambilan sekurang-kurangnya 4 kali seminggu
  2. Buah-buahan
    • mommies digalakkan mengambil buah-buahan yang mengandungi vitamin C seperti jambu batu, mangga, kimau, delima, tembikai dan betik
  3. Sayur-sayuran
    • sayuran yang berwarna hijau dapat membantu mengatasi masalah anemia mommies ketika hamil
    • mommies digalakkan mengambil sayuran yang tinggi zat besi dan asid folik seperti pegaga, daun pudina, ulam raja, pucuk gajus, bayam merah, kangkung, cekur manis, pucuk paku, pucuk keledek, daun remunggai dan peria

APA YANG PERLU DIELAKKAN ?
  • makanan yang mengandungi caffien dan teh kerana ia boleh menghalang penyerapan zat besi, asid folik dan vitamin B12

SHAKLEE TAK BOLEH BANTU KE ?

Dah tentulah boleh.. Shaklee juga menawarkan Set Kehamilan Shaklee yang mengandungi :



1 : Vita Lea Iron Formula
  • Membantu menaikkan kadar haemoglobin

2. B-Complex
  • Asid Folik, mengelakkan stres, sakit kepala dan mengelakkan kecacatan pada janin

3. Sustained Release Vita-C Plus

  • Antioksidan, membantu menyerapkan iron dalam Vita lea (perlu diambil bersama), mematangkan bayi dalam kandungan supaya ia tidak keluar sebelum pada ia matang sepenuhnya

4. ESP

  • Sumber protein Non-GMO yang membantu penyerapan semua vitamin yang diambil oleh ibu
  • Ia juga merupakan makan sel dan baik untuk kulit ibu dan bayi yang bakal dilahirkan nanti.

5. Ostematrix

  • Sumber kalsium yang memberi kelegaan kepadaan tulang belakang ibu, elak krem (kejang otot atau simpul biawak), memberi tidur yang lena, mengatasi sembelit dan gusi berdarah ketika hamil

LOVE ;

You May Also Like

0 comments