BERAPA KALI KORANG KENTUT DALAM SEHARI ? JOM !! SEMAK SINI !!

August 29, 2015

Eeeyyyeewww-- Ape plak cerita pasal kentut ni.. Hahahha~ Ala, kentut jek kot.. Korang tau ke cemana boleh terkentut ? Haa.. Mesti tak tau kan.. Kan ? Jom kakak ceritakan sedikit sebanyak pasal kentut, dan korang tergolong dalam kentut yang mana satu.. Hee~

1 : Kentut terdiri daripada kira-kira 59% nitrogen, 21% hidrogen, 9% karbon dioksida, metana 7% dan 4% oksigen.. Hanya kira-kira satu peratus daripada kentut mengandungi gas hidrogen sulfida dan merkaptan, yang mengandungi sulfur.. Sulfur adalah bahan yang membuatkan kentut berbau busuk..

2 : Kentut membuat bunyi kerana getaran rektum.. Kekuatan ini mungkin berbeza-beza bergantung kepada tekanan dan kekuatan otot sfinkter..

3 : Kenapa kentut berbau busuk ? Lebih banyak sulfur  dalam makanan yang anda makan, lebih dahsyat bau kentut anda.. Sesetengah makanan mengandungi sulfur yang lebih daripada yang lain, jadi sebab itulah bila anda makan benda-benda seperti kacang, kubis, keju, soda, dan telur boleh menyebabkan gas kentut yang dihasilkan berbau busuk !!

4 : Rata-rata orang menghasilkan kira-kira setengah liter kentut setiap hari, dan walaupun ramai wanita tidak akan mengaku, wanita kentut sama saja sekerap lelaki.. Malah, kajian telah membuktikan bahawa apabila lelaki dan wanita makan makanan yang sama, wanita cenderung untuk mempunyai gas kentut lebih pekat daripada lelaki.. Hahahaha~ Tetiba kakak rasa nak pengsan..

5 : Manusia biasanya kentut lebih dari 14 kali sehari secara purata..

6 : Jika seseorang kentut secara berterusan selama 6 tahun dan 9 bulan, mereka akan menghasilkan gas dengan tenaga yang sama dengan bom atom.. Hahahah~ Kalau korang nak cipta bom atom sendiri, kepam la kentut korang tu.. Perghhh-- Tak boleh imagine cane rupa bau dia nanti.. Menusuk !!

7 :  Sesetengah pakar berpendapat bahawa kentut adalah sebahagian daripada sistem pencernaan semulajadi anda, jadi  menahan kentut tidak akan memudaratkan anda.. Tetapi ada juga yang berpendapat menahan kentut boleh menyebabkan kembung, dan gejala tidak selesa yang lain, dan paling teruk, boleh menyebabkan buasir..

8 : Gas metana dan hidrogen yang dihasilkan oleh kentut sebenarnya boleh membuat gas kentut anda sangat mudah terbakar.. Inilah sebabnya mengapa sesetengah orang berfikir adalah satu helah pihak yang menyeronokkan untuk menahan kentut dan menghasilkan api dari gas kentut mereka tetapi ini sangat berbahaya !

9 : Anai-anai kentut lebih banyak daripada mana-mana haiwan lain, yang menghasilkan gas metana.. Menurut Agensi Perlindungan Alam Sekitar, “pelepasan Global metana kerana anai-anai dianggarkan antara 2 dan 22 Tg setahun, menjadikan mereka sumber semula jadi kedua terbesar pelepasan metana.. Metana dihasilkan dalam anai-anai sebagai sebahagian daripada proses pencernaan biasa , dan jumlah yang dihasilkan berbeza antara spesies..

10 : Kentut akan keluar secara semulajadi biarpun semasa anda sedang tidur.. Hahahah~ Kesian partner tido korang.. Buatnye la dia memang jenis telinga lintah, confirm terkejut dengar bunyik tembakan angin azimat korang tu..

Hahahaha~ Seriously.. Kakak tak terfikir pun semua ni cuma memang kelaku kakak, sape kentut kuat memang tak sopan atau lebih mesra dengan panggilan "kongaja !!" Dah la kentut kuat, berbau plak tu.. Hahahah~ Pengsan dowh !!


Kentut dan lega.. Hahahah~


Kentut halus tapi bau menyengat.. Pfffftttt-- Menikam jiwa !!


Dah kentut salahkan orang lain.. Hahahah~ Buruk perangai.l


Hubungkait kentut dan gelak.. Hahahah~ Peratikan kawan-kawan korang.. Mesti ade sorang kelaku gini..


Kentut ala-ala princess.. Hee~ Orang perempuan wajib praktikkan..


Kentut dalam selimut dan nikmati bau sensorang.. Hahahah~ 

Pecah perut kakak tume menaip ni.. Rahang pun sakit sebab ketawa.. Hahahah~ Korang dok dalam kategori kentut yang mana ?

Nak kentut, kentut jugak tapi biar sopan.. Hee~ Jangan nanti orang cakap.. 
"muka cantik / hensem tapi kentut bersepah.."



You Might Also Like

0 comments

FOLLOW LE KAKAK !!

G+ FOLLOWERS