4 + 1 TIPS ATASI MASALAH RABUN

December 14, 2015

haa.. korang sedar tak kalau dulu susah sangat nak jumpa kanak-kanak seawal usia 7 tahun pakai cermin mata.. kan ? sekarang ni seawal 4 tahun dah ada yang 'bergaya' dengan cermin mata.. rupa-rupanya golongan ber-spek-mata semakin ramai dan meningkat hari demi hari.. tak selesa hoccay-- nak berlari payah, nak bergaya tudung kembung kat sisi dan paling tak best bila terlupa bawak cermin nata, mula lah orang COP kita ( yang rabun-rabun ni ) sombong.. hee~


kakak ade EMPAT petua kurangkan rabun yang paling berkesan.. nak tak ? hee~ baca sampai habis eh..



KORANG TAU TAK ? semakin maju dan padat membangun sesebuah negara tu, semakin meningkat statistik golongan spek mata kerana kurangnya kesedaran tentang penjagaan mata.. dengan perkembangan teknologi semakin hari semakin pesat, merupakan salah satu punca dari sudut lain yang merupakan penyumbang tertinggi dalam statistik.. haa.. cuak tak ? rasa nak campak gadget ? hee~ 




paling mudah adalah mengawal pemakanan.. senang tak ? eh !! senang la.. cuma ambil makanan yang kaya dengan vitamin A dan D macam lobak merah, betik dan mangga.. sesekali buat la SPA MATA.. hee~ urut perlahan-lahan antara dua kening, hujung mata dan bawah mata..

senang tak ?


tak jugak ? hee~ aduhai.. tapi tak pe sebab kakak ade jalan paling mudah ni..



EMPAT PETUA KURANGKAN RABUN :


1 : korang pengguna komputer tegar ? kalau ya.. pada setiap 10 minit, alihkan pandangan ke arah objek yang jaraknya 3 meter jauhnya ( lebih kurang laa.. ) tengok jek la pape.. pokok ke, kereta ke, bintang ke, bulan ke.. haa.. nak lagi best, tengok la pokok.. tumbuhan hijau.. dalam 3 - 5 minit jek termenung merenung objek tu.. lepas tu sambung la keje balik..


2 : bermusuh dengan permainan video macam playstation atau xbox.. permainan ni memberi ketegangan yang tinggi pada mata dan kalau korang biarkan tanpa kawalan boleh menyebabkan kerosakan pada mata..


3 : belajar fokus.. contoh : jangan tengok semua benda sambil mata melilau ke kiri dan ke kanan kerana ia menyebabkan mata cepat letih dan menurunkan kecepatan proses penyembuhan mata.. tapi jangan sampai memaksa plak sebab kalau korang memaksa boleh berlaku ketegangan pada mata.. stress..


4 : tampalka setem pada tingkap rumah atau pejabat kemudian berdiri depan setem dengan jarak 30 sentimeter.. fokus kat setem kemudian alihkan pandangan kejap kejap kat luar tingkap.. lepas tu tengok balik.. ulang sebanyak 11 kali.. bila korang rasa otot mata dah mula kuat, boleh la tambah bilangan.. ni latihan untuk melatih kekuatan otot mata dan berpotensi menyembuhkan rabun..

hee~ gagah ke korang ? kalau tak cukup gagah, kakak share killer tips.. nak tak ?




haa.. nak tak ? nak tak ? kalau nak, roger kakak eh.. hee~ nikmati la kehidupan REMAJA korang tanpa cermin mata.. terganggu kot--

with love ;

You Might Also Like

0 comments

RAKAN BLOGGER !!

G+ FOLLOWERS