TIPS MEMILIH MINYAK IKAN TERBAIK DI PASARAN

haa.. sebelum korang beli minyak ikan, korang WAJIB kena tau apa istimewanya minyak ikan yang korang nak beli tu.. pastikan minyak ikan yang korang beli tu mengandungi lemak tidak tepu ( PUFAs ) Omega 3 yang tinggi sebab Omega 3 ialah anti radang yang sangat penting untuk mengimbangi radang dalam badan..

kebanyakan penyakit ialah disebabkan radang terutamanya pesakit kronik yang mengalami radang sistemin ( seluruh badan ).. antara tanda-tanda yang korang boleh tengok :
  • kemerahan
  • bengkak
  • sakit
  • hilang fungsi
ni radang tau bukan meradang.. kalau meradang bukan kita panggil hilang fungsi tapi hilang akal.. hee~ dan.. radang ni boleh menyebabkan kerosakan di mana-mana bahagian tubuh badan kita ada tu radang otak, radang buah pinggang, radang salur darah, radang saraf, radang lutut, radang hati.. ya.. kat mana-mana jek..


Omega 3 ni terbahagi kepada dua :

1 : sumber tumbuhan : alpha linolenic acid ( ALA )
  • paling tinggi dalam flax seed
2 : sumber dari haiwan : eicosapentaenoic acid ( EPA ) dan decosahexaenoic ( DHA )
  • minyak ikan, minyak krill, minyak hati ikan cod
kesan anti radang daripada minyak ikan lebih bergantung kepada EPA.. DHA berfungsi lebih kepada perkembangan otak kanak-kanak dan juga meningkatkan saiz molekul LDL yang mana baik untuk mencegah penyempitan salur darah..

okay.. jom kita cek plak TIPS terbaik memilih minyak ikan..

1 : pilih gred pharmasetikan dan mempunyai persijilan IFOS ( international fish oil standard ) kerana minyak ikan sebegini akan melalui banyak proses penapisan serta mempunyai ketulenan yang tinggi..

2 : minyak ikan dari ikan kecil kerana jangka hayat ikan besar adalah lama.. dah la lama dorang siap kumpul toksin logam berat lagik..

3 : minyak ikan senang teroksida ( rosak ) terutamanya kalau disimpan lama.. kalau tak percaya, try pecahkan sebiji lepas tu nikmati baunya.. hee~ kalau bau tengik, sila ke tong sampah la jawabnya sebab minyak ikan yang dah rosak BAHAYA untuk kesihatan ye kengkorang..

4 : selain Omega 3, minyak ikan kod juga mengandungi vitamin larut lemak yang tinggi seperti vitamin A, D dan K2..

5 : kandungan Omega 3 dalam setiap softgel atau cecair ? haa.. tang ni kena pilih betul betul kengkorang ye.. kalau tak menjawabnya korang telan cecair filler jek la.. cemana nak tau kandungan setiap minyak ikan tu ?

  • jumlah kandungan minyak ikan untuk setiap softgel mungkin 1000mg atau 1200mg
  • periksa kandungan EPA dan DHA dan jumlahkan akan dapat jumlah Omega 3
  • tolakkan jumlahnya dengan Omega 3
  • korang akan dapat jumlah selain dari minyak ikan asli ( filler )

contoh bawah nih ye..

jumlah minyak 1000mg :
  • contoh brand 1 :  
    • EPA 180mg + DHA 120mg = jumlah Omega 3 ( 300mg )      
    • filler = 700mg
  • contoh brand 2 :  
    • EPA 396mg + DHA 264mg = jumlah Omega 3 ( 660mg )
    • filler = 340mg
  • contoh brand 3 : 
    • EPA  540mg + DHA 360mg = jumlah Omega 3 ( 900mg )      
    • filler = 100mg
hee~ faham tak ? faham tak ? rajah bawah nih faham kot..


gambar last ni lagik jelas kan ? sekarang dah faham ? hee~

No comments:

Powered by Blogger.