RUTIN PAGI TERBAIK UNTUK SURIRUMAH BERGAJI

by - April 10, 2016

hee~ tengok tajuk pun kakak dah berdebar habis nak cite pasal ni.. nak dekat setahun jugak la kakak cuba fikirkan cara terbaik untuk lebih produktif, bertenaga dan sudah tentu lebih bahagia.. dan.. ya.. kira lebih kurang macam resolusi la kan.. tapi jangan plak salah faham eh, kakaksangat gembira dengan hidup kakak secara keseluruhan..




kakak mempunyai 2 orang anak yang tengah membesar, bijak kemahen dan seorang suami yang terbaik di dunia secara keseluruhan.. macam tu jugak keluarga dari kedua dua belah kakak mahupun suami.. nak ape lagikan kalau semua serba lengkap.. hee~ alhamdulillah.. dan kakak tak boleh la nak demand kemahen nak itu ini serba sempurna.. cukup dengan kebahagiaan ini..





tapi.. hari demi hari ( kadang kadang membawa ke minggu dan bulan ) ada masa masanya kakak tak rasa nak buat pape.. suasana jadik muram, rasa macam nak mengunyah snack jajan jajan, kakak malas nak berdandan sampai nak tengok cermin pun malas.. korang ade rasa tak ape yang kakak rasa ? hee~


dua 'malaikat' kegembiraan kakak yang sudi jadi BIGEST WHY..
terima kasih anak..


budak paling manja.. hee~ kesihatan kena jaga dan kakak masih dalam proses memujuk.. sebab tu la kakak kena happy.. kalau kakak tak happy, cemana beliau nak happy.. kan ?


bukan nak komplen tapi kengkadang tu ade la rasa "malas" tu.. dan kakak ade listkan solusi yang mengubah hampir keseluruhan hidup kakak dan mula positif ( lebih dari biasa ) kadang kala tu.. hee~ jom semak.. kot korang boleh gunapakai nanti..




1 : BANGUN TIDUR SEBELUM ANAK-ANAK

  • trettt-- bangun super awal ( bukan takat awal jek-- ) adalah pilihan kakak.. resolusi yang kakak bina memang memerlukan pengorbanan yang BESAR gile dan selalunya kakak bangun pada jam 4.30 pagi dengan keadaan luar masih gelap dan orang lain baru nak mula bermimpi.. hee~ 
  • yang kakak perasan.. bila kakak bangun super awal, kakak dapat melabur masa untuk perkara perkara lain yang jauh lebih penting..

2 : MENGURUT
  • kakak jarang jarang buat tapi bila ade hari yang kakak akan memanjakan diri dengan losyen terapi.. haa.. nak tau losyen ape ? hee~ nanti la cite..
  • kenapa kena mengurut waktu pagi ? sape nak tolong urutkan ? mesti korang fikir camtu kan ?
    • menyegarkan badan dari hujung rambut hingga hujung kaki
    • melancarkan peredaran darah
    • menenangkan urat saraf
    • memelihara stamin yang lebih baik sepanjang hari
    • melembutkan kulit
  • tak lama pun.. sekitar 10 minit jek main sapu sapu losyen ni.. hee~ selain losyen, korang pun boleh guna minyak aromaterapi tapi kakak tak minat bau bau minyak, badan pun berlengas dengan minyak.. kakak guna losyen HERBAL BLEND cuma.. bukan jek manfaat kat atas tu kakak dapat tapi dapat jugak tegangkan kulit kulit yang semakin makan dek usia..

klik SINI untuk buat pembelian losyen yang menjadi kegilaan mak mak.. memang wajib ade la kat rumah..



3 : KUASA LIPSTICK
  • ye.. kakak memang suka kumpul listick.. tak kira warna.. hee~ tapi paling kakak suka kaler merah.. nampak seksi dan kuat.. kan ? tu pun salah satu terapi.. wlaaupun dok merenyah pagi pagi siapkan bento untuk encik suami dan #CEOaiman tapi kaka tetap yakin bila dok intai tatap muka kat cermin.. bila tengok plak tu, confirm tersenyum.. hahaha~ 


4 : BELI JIWA YANG GEMBIRA

  • kakak suka muzik dan inilah cara kakak pelhara jiwa kakak.. hee~ pakai jek earphone lepas tu layan lagu sambil menari.. ala.. pagi pagi kan.. bukan ade sape pun nak gelak kalau tarian sumbang.. hahaha~ nih ha.. kakak layan lagu ni hampir setiap pagi..

  • mesti ade yang tertanya, APSAL TAK DENGAR AYAT AYAT AL-QURAN ? hee~ kakak dengar.. in shaa Allah.. belum lupa asal usul dan kebergantungan kepada Siapa.. 

5 : SANTAI
  • bahagian paling menarik daripada rutin pagi kakak.. dengan segelas teh o suam yang kakak masukkan rose bud.. buatkan kakak segar lepas berperang kat dapur siapkan bento sambil menari dan menyanyi.. hee~ duduk kat SOHO dan nikmati pemandangan luar.. menghela nafas lega.. hee~
  • kakak pernah try bermeditasi tapi ni dah lama tinggal.. nanti nak try balik la sebab bila kita relax, tanpa fikirkan pape.. kita dapat serap aura positif.. lapang jek otak rasanya..

yang kakak perasankan sebelum sebelum ni kan kalau kakak bangun lambat, kakak jadik seorang ibu / isteri yang crankiest pada waktu pagi.. hahaha~ kakak jadik rimas bila dengar suara anak anak nak itu ini, nak pulak anak nak bermanja peluk peluk, mesti kena marah.. tapi sekarangkan.. kakak dok tertunggu jek anak anak bangun dan nak tunjukkan betapa ibu dorang tengah happy siap joget joget haa.. encik suami pun dapat la ciuman pagi dari lipstick merah.. hee~

ini rutin pagi kakak yang kakak konsisten yang menjadikan kakak seorang isteri dan ibu yang bahagia, positif, cantik, wangi, menawan dan bertenaga.. sebenarnya kakak ade lebihan tenaga dan kakak juga ade me-time sejam sehari..

dan lebih bermakna kalau korang pun share rutin pagi korang setiap hari kat komen kat bawah tu sebab kakak sentiasa nak carik idea baru untuk meningkatkan kualiti hidup kakak.. hee~ BOLEH TAK ?


You May Also Like

0 comments