VIRUS ZIKA PERTAMA DI SINGAPURA

haa.. kakak baru lepas baca artikel pasal VIRUS ZIKA ni.. huu~ tetiba rasa takut dengan kebersihan sekeliling rumah.. nasib la kakak tak de nak menanan pokok bagai yang menyebabkan air bertakung ke hape * tapi masih risau gak la.. *




pergh-- ni da dekat sangat ngan Johor ni..

APA ITU VIRUS ZIKA ? 

nama ia manja, ZIKA, macam nama awek awek cun jek kan tapi sebenarnya bahaya.. virus yang dibawa oleh nyamuk aedes * nyamuk yang sama menyebarkan denggi dan chikungunya * dan ia ditemui di hutan Zika, Uganda pada tahun 1947.. ianya mungkin penyakit baru di negara lain tetapi tidak di Afrika.. 

virus ni mula merebak sejak Mei 2015 di Brazil dan sejak itu ia mula merebak di sekitar negara barat yang lain..


SIMPTOM UTAMA DEMAM ZIKA
  • sakit kepala
  • ruam pada kulit
  • sakit sendi
  • mata kemerahan
ya.. hampir sama dengan demam denggi.. 


KESAN VIRUS ZIKA

virus Zika yang merebak boleh menyebabkan sejenis kecacatan otak dan boleh menyerang bayi di dalam kandungan.. hah ? cemana plak bayi kat dlaam kandungan bleh terkena ?

virus Zika boleh tersebar melalui jangkitan kuman kepada janin dan peringkat janin yang peling berisiko adalah dlaam trimester pertama ( kehamilan bulan pertama hingga bulan ketiga ).. sindrom MICROCEPHALY yang disebebkan oleh virus Zika akan menyebabkan bayi berhadapan dengan kecacatan sehingga membataskan kecerdasan pergerakan otot seumur hidup mereka..





Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ) mengesahkan TIADA kes virus Zika dikesan di negara ini, tetapi Malaysia mempunyai densiti nyamuk Aedes iaitu nyamuk pembawa virus Zika.. jadi.. sama sama la kita jaga kebersihan dan hapuskan segala tempat pembiakan nyamuk..

No comments:

Powered by Blogger.