7 CIRI-CIRI MATA ANDA BERISIKO MENGALAMI MASALAH KATARAK

May 02, 2017

katarak ? selaput kat bahagian anak mata yang biasanya kita dengar terjadi pada warga emas.. em.. tapi.. tak pelik kalau ada je orang muda muda pun kena katarak.. kan ? ha ? betul ke orang muda pun boleh kena katarak ? ape punca katarak ? jom !! kita tengok apa ciri-ciri mata yang berpotensi mengalami masalah katarak..


APA ITU KATARAK ?

katarak merupakan kekaburan pada kanta mata yang boleh membawa kepada masalah penglihatan.. semakin tebal katarak, semakin kabur penglihatan.. beberapa penyebab katarak termasuk masalah penuaan, kencing manis, keracunan logam berat, pendedahan kepada radiasi, kecederaan pada mata dan penggunaan ubat-ubatan tertentu seperti steroid..

KATARAK KONGENITAL

  • biasanya berlaku pada bayi yang baru lahir dan berlarutan sehingga remaja.. ianya berlaku disebabkan kelainan kromoson dari ibu / ayah yang menyebabkan katarak biasa menjadi semakin teruk..

KATARAK PADA USIA EMAS

  • kebiasaannya dialami oleh orang tua sehingga mengakibatkan penglihatan menjadi tidak jelas.. pada awalnya pesakit masih boleh melihat dengan bantuan cermin mata dan cahaya yang terang tapi semakin hari katarak akan berkembang dan menyebabkan gangguan penglihatan..


CIRI-CIRI MATA BERISIKO MENGALAMI KATARAK

1 : AWAN MENDUNG PADA MATA

  • pada awalnya, katarak terbentuk dalam saiz yang sangat kecil tapi pesakit akan mengalami sedikit kabur.. jika dibiarkan pandangan akan menjadi lebih kabur seperti melihat awan gelap.. ( em.. dapat bayangkan kan ? ) lensa mata menjadi kurang fokus dan mengalami perubahan warna ianya terjadi kerana bola mata tidak boleh memandang sebuah objek dengan fokus..
2 : LAPISAN KUNING ATAU COKLAT

  • awalnya mata yang terkena katarak akan kelihatan kekuningan atau kecoklatan.. keadaan ini menyebabkan pesakit tidak dapat melihat dengan jelas pada waktu malam.. pada masa tertentu bola mata menjadi tidak peka terhadap cahaya.. korang mengalami masalah katarak pada peringkat awal ? nasihat kakak, jangan memandu pada waktu malam..
3 : SILAU

  • biasanya mata yang ada katarak tidak tahan terhadap cahaya.. tak kisah la cahaya apa pun samada cahaya lampu ataupun matahari, akan ada rasa sakit pada mata.. pada keadaan ini, katarak belum lagi parah dan masih boleh dirawat.. dirawat ye.. bukan menyembuhkan.. hee~
4 : CINCIN SUMBER CAHAYA

  • ini adalah salah satu tanda katarak yang menyebabkan cahaya tidak dapat masuk ke bahagian mata dan menghasilkan pembelauan sehingga pantulan yang berasal dari cahaya menyerupai cincin pada bahagian sumber cahaya.. kebiasaannya pesakit mengalami katarak jenis ini menghadapi masalah kesihatan yang lain seperti kencing manis, glaukoma dan strok..
5 : PANDANGAN KABUR

  • sudah menjadi kebiasaan kalau kita dihalang, pandangan akan menjadi kabur.. sama juga dengan pesakit katarak.. walaupun adapat diatasi dengan memakai kaca mata, tapi ia tidak boleh bertahan dalam masa yang lama.. pandangan akan tetap kabur dan semakin lama katarak akan menebal..
6 : PANDANGAN KUNING

  • beberapa pesakit katarak pada awalnya akan melihat warna kuning televisyen / skrin komputer mengalami perubahan.. pada dasarnya, hal ini disebabkan cahaya yang masuk ke lensa mata mengakibatkan semua warna tidak tertangkap dengan baik.. tu yang nampak kabur - kabur - kekuningan tu..
7 : PANDANGAN BERGANDA

  • semua pesakit katarak akan melihat semua objek menjadi dua / berganda.. keadaan ini terjadi bila bahagian kanta pandangan tidak kelihatan dalam saiz dan bentuk yang sebenar.. ujian boleh dilakukan dengan menutup salah satu mata secara bergilir, jika keadaan tetap sama, kemungkinan ia adalah simptom awal masalah katarak..

MENCEGAH KATARAK

kalau nak ikutkan, memang seram la kan kalau tetiba pandangan kabur padahal tak rasa sakit kat mana-mana bahagian pun.. kan ? dan sikap sambil lewa tu jugak menyebabkan pesakit katarak semakin berkembang saban tahun.. 

MAKANAN MENCEGAH KATARAK

  • pengambilan makanan yang mengandungi vitamin dan antioksidan yang tinggi seperti :
    • buah oren
    • lobak merah
    • betik
    • sayuran hijau
    • kekacang
  • kurangkan merokok dan tidak mengambil sebarang minuman beralkohol..
    • asap rokok pun boleh menjadi punca kerosakan pada retina
  • kawal pengambilan makanan manis sebab.. kebanyakan pesakit katarak mempunyai sejarah kencing manis yang kronik.. em.. bukan jek katarak tapi menjurus kepada BUTA..

VITAMIN MATA SHAKLEE


baru-baru ni gempar dengan testimoni 2 minggu.. hee~ siapa tak happy kan ? kos pembedahan membuang katarak lebih kurang RM 3000.00 kalau dihospital swasta.. tapi kalau kat hospital kerajaan mungkin tak sampai sebanyak itu.. tapi kena beratur panjang la..

ALTERNATIF

bukan kakak nak overclaim, tapi benda baik.. takkan kakak nak tengok dan diam kan saje.. kan ? paling tak, bila kakak menaip dan menyebarkan benda baik kemungkinan untuk pesakit jumpa artikel ni ADA.. hee~ kenapa nak kena buat pembedahan ( merawat ) dengan kos ber - ribu - ribu kalau ada jalan penyelesaian ( mencegah ) yang dah tentu jauh lebih murah ?


You Might Also Like

2 comments

  1. mata tu aset penting yang Allah bagi.. katarak ni mmg kene elakkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. usaha la elak walau cemana pun.. ye.. sama2 jaga amanah Allah..

      Delete

RAKAN BLOGGER !!

G+ FOLLOWERS