PERTANDINGAN MEMASAK IBU DAN ANAK ANJURAN LEE KUM KEE

kakak jarang turun event masak masak ni.. hee~ bukan tak minat tapi memang bukan kepakaran kakak.. dan minggu lepas kakak diberi peluang bersama-sama dengan rakan blogger yang lain untuk turut serta memeriahkan pertandingan My Fun Cooking 2017 anjuran Lee Kum Kee dengan kerjasama Desa Home.. wah !! sedikit eksyen la di situ.. jangan main main.. ya !! seperti tajuk di atas, My Fun Cooking 2017 ni merupakan Pertandingan Memasak Ibu Dan Anak dalam tujuan menggalakkan anak-anak muda di Malaysia meneroka bakat masakan mereka..


LEE KUM KEE

perniagaan yang ditubuhkan pada tahun 1888 oleh encik Lee Kum Sheung telah membina kepercayaan jenama dari segi kualiti dan pemasaran di lebih 100 negara dan wilayah.. lebih dari tiga abad, Lee Kum Kee telah menjadi syarikat Cina yang sangat terkenal dan berdaya saing dengan menawarkan lebih 200 jenis pilihan sos..


pelbagai jenis pilihan sos.. yang penting !! disahkan HALAL tau.. hee~
untuk mempromosikan misi ini di Malaysia, sebanyak empat pusingan My Fun Cooking 2017 akan berlansung di One Space @ The Square, One City bermula dari 15 Oktober 2017 sehinggalah 12 November 2017 ( Ahad ) dan sebanyak 12 pasukan yang akan bertanding untuk melayakkan diri ke Pusingan Akhir.. dan paling best.. serius.. kakak pun termenung jugak ni.. hee~ setiap pasukan yang menang dari tiga pusingan pertama, akan bertanding dengan selebriti, Peter Davis..

dia macam.. pergh !! bertanding dengan selebriti weyh !! kalau menang memang syok gile la kan.. hahaha~


"Malaysia telah lama menjadi pasaran utama Lee Kum Kee dengan asas produksi 
kami yang ditubuhkan di Kuala Lumpur sedekad yang lalu.. 
pertandingan ini berfungsi sebagai platform yang tepat untuk 
anak-anak menikmati pengalaman memasak yang menyenangkan dengan 
keluarga mereka dengan pelbagai aplikasi sos Lee Kum Kee.."

Cik Lim Lim
Pengarah Urusan - Asia Tenggara, Timur Tengah, Afrika & India Lee Kum Kee



setiap pasukan yang mengambil bahagian memerlukan dua ahli keluarga dengan salah seorang daripada mereka adalah anak yang berusia antara 10 hingga 18 tahun dan seorang lagi adalah ibu / ayah mereka.. peserta muda diberi belanjawan untuk membeli-belah bahan masakan yang diperlukan dari SK Market yang juga merupakan salah satu penaja untuk My Fun Cooking 2017 ini.. dalam tempoh satu jam, setiap pasukan perlu menyediakan hidangan utama berdasarkan tema yang telah ditetapkan dengan menggunakan sos Lee Kum Kee..

hati hati memilih cik kak.. nak tambah apa lagi dalam resepi tu ?
untuk pusingan pertama yang baru sahaja berlansung, peserta di beri tema AYAM.. haa.. kejung la dok fikir resepi ayam kan.. hahahah~ tapi semuanya berjalan lancar..

hadiah yang ditawarkan untuk pusingan pertama ; 12 Oktober 2017
kesemua peralatan elektronik yang digunakan semasa pertandingan ini ditaja sepenuhnya oleh Electrolux dan Desa Home Teater Sdn. Bhd... 

DESA HOME

pengedar peralatan rumah yang telah beroperasi sejak tahun 1995 sememangnya tidak asing lagi !! hee~ pernah memenangi Malaysia Top Five Award selari dengan jenama terkenal seperti Sony, Samsung dan LG.. pengedar emas yang diberi kepercayaan oelh Sony, Samsung, LG, Toshiba, Philips, Haier, JVC, Yamaha dan banyak lagi ini sentiasa meletakkan pelanggan dikedudukan nombor 1.. dilatih dan diperakui oleh ISF dan THX, pasukan Desa Home sangat profesional dalam menjalankan tanggungjawab sebagai penjual dan pengedar dalam masa yang sama..

gelagat seorang peserta.. tekunnya dia memotong.. hee~
yang paling seronok.. hee~ bila kesemua peserta juga akan diber hadiah !! nampak ? tak sia sia lah para peserta yang join ye.. balik sudah tentu bukan dengan tangan yang kosong..


TARIKH PERTANDINGAN

PUSINGAN 1
  • 15 Oktober 2017
PUSINGAN 2
  • 22 Oktober 2017
PUSINGAN 3
  • 29 Oktober 2017
PUSINGAN AKHIR
  • 12 November 2017
nak tau sape pemenang untuk pusingan pertama ? hee~ mesti la nak tau kan !!

Encik Vincent Chui, Pengarah Pemasaran Lee Kum Kee Malaysia menyampaikan hadiah kepada pemenang Pusingan 1

PEMENANG PUSINGAN 1

ibu : Kat Kok Han Teng
anak : Chloe Chong Cheng Yee ; 11 tahun
nama masakan : Kum Kee Golden Patties

kakak tengok juri makan pun kakak ikut terliur dekkkkkk.. tengok tengok dah habis.. memang tak merasa la kakak makanan yang dimasak oleh pemenang tu.. hee~

untuk maklumat lanjut mengenai My Fun Cooking 2017, korang boleh hubungi Cik Ling di talian 03 - 4287 0039 atau 011 2608 8034..

atau..

boleh jek singgal media sosial mereka..


PENAJA RASMI

LAMAN WEB LEE KUM KEE : www.lkk.com
LAMAN WEB DESA HOME : www.desahome.com



16 comments:

  1. seronok klau dpt join event masak2 ni... tapi lagi syok dapat join memasak dgn anak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak.. atie tak tau pertandingan ni.. kalau tak boleh jadi jadi peserta gak ni.. hee~

      Delete
  2. Hakak npe tak masuk. Resipi dapur color pink pun byk yg sedap juga tu. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah~ tak tau pon ade pertandingan ni.. tapi kalau akak masuk sape nak cover event plak ? aci tak ?

      Delete
  3. jenama legend ni lee kum kee

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh !! serius ? kite tak pernah tau pasal brand ni.. lepas dapat jemputan baru buat research tau.. hee~

      Delete
  4. ala2 masterchef gitu ekk...

    ReplyDelete
  5. Best nya kalau dapat join pertandingan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan !! kakak pun fikir camtu gak.. best kalau dapat join.. hee~ bonding dengan anak2..

      Delete
  6. dari dulu sy teringinnnn sgt nk msk pertandingan mcm ni tp tu laa mama.. msk power2 ni kureng sket😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke tak power ? hee~ peserta haritu pun masak biasa2 jek.. cuma kena maintain rasa dorang la.. tak pe.. mana tau lepas ni lebih alert dengan pertandingan masak masak cam ni.. boleh join.. kan ?

      Delete
  7. Saya menyenangkan bisa mengikuti kompetisi memasak seperti ini. Bisa saling memberikan skill cooking yang handal dan rasa masakan yang super enak.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.