KARNIVAL UPIN IPIN 2017 BAKAL MENJADI FENOMENA TAHUNAN

setiap tahun dan belum pernah gagal, Upin Ipin dan kawan-kawan akan ‘muncul’ serta meraikan peminat cilik yang menjadi penunggu setia di kaca televisyen setiap hari.. nah !! Karnival Upin Ipin yang bertemakan #upinipinluarbiasa memang menepati temanya.. hee~ ye la.. memang luar biasa sungguh sampai #duanur minta pergi lagi keesokan harinya.. korang ghase ?

karnival_upin_ipin_2017_8 (2)

karnival yang berlansung selama ( 3 ) hari bermula dari 24 November 2017 hingga 26 November 2017 di MAEPS, Serdang ini sangat meriah dengan senyuman dan gelak tawa dari anak-anak kecil.. #duanur ? em.. tak payah cakap la.. memang menyengih sepanjang hari dan melakonkan semula dialog Upin Ipin dan kawan-kawan..

siri animasi kegemaran ramai yang sudah bersiaran di sisi televisyen selama sebelas ( 11 ) tahun ini telah diangkat menjadi Duta Pelancongan Malaysia seperti yang diumukna oleh YB Dato’ Seri Mohammad Nazri bin Abd Aziz ; Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia semasa pelancaran karnival pada hari Jumaat, 24 November 2017 lepas.. ya !! duta yang pertama dalam bentuk animasi !! sempoi a--

tahniah buat Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. !!

karnival_upin_ipin_2017_y

belajar dari pengalaman.. hee~ untuk tahun 2017 ni, nampaknya pihak penganjur lebih sistematik dan kakak suka.. dengan menyediakan ruang yang lebih besar dan luas, membuatkan aturan pembeli tiket dan penebusan tiket lebih lancar.. tak de la kes bersesak bagai kan ? pengunjung yang kebiasaannya dengan anak kecil pun akan merasa lebih selesa..

dan pemilihan MAEPS, Serdang merupakan lokasi yang sangat sesuai.. dengan ruang parking yang lebih luas ( kalau korang parking jauh pun akan ada tram yang akan bawa korang naik ke hall karnival ni.. jadi.. jangan risau.. ) ada yang berbayar serendah RM 5.00 sehingga RM 15.00 – betul betul sebelah hall.. tak kisah la kan.. alah membeli menang memakai, pilih la mana yang sesuai..

karnival_upin_ipin_2017_4 (1)

yeay !! tak payah beratur panjang.. laju jek sampai depan untuk dapatkan pass.. memang tak tunggu lama sebab dah nak sampai masa untuk majlis perasmian.. #duanur bagi peluang untuk ibu selesaikan tugasan ibu dulu baru lah dapat explore apa yang ada..

karnival_upin_ipin_2017_5

tergolek atas beanie weyh !! hahahaha~ macam anak tuan kapal korek bijih timah gayanya tu.. disebabkan ruang yang lebih luas dan besar, aircond memang kuat terasa.. sekali lagi.. tahniah !! tak de isu budak pengsan, meragam dan merengek sepanjang tayangan depan stage.. semua tersenyum jek--

karnival_upin_ipin_2017_13 (1)

sementara nak tunggu show, tayangan siri Upin Ipin episod baru menjadi halwa mata anak-anak.. semua pakat duduk tenang jek.. sejuk mata ibu menengoknye lahai hai hai..

karnival_upin_ipin_2017_20 (1)

“ramainya Upin Ipin..” – nah !! sekali keluar ramai Upin Ipin..

karnival_upin_ipin_2017_22 (2)

Ara ; dari siri Pada Zaman Dahulu pun ada..

kemuncak yang ditunggu-tunggu selepas Upin Ipin dan kawan-kawan adalah kemunculan Ultraman Ribut menentang rasaksa.. haa.. jangan tanya kakak apa nama Ultraman dan rasaksa tu.. hee~ Nur Aiman tak kelip mara tengok Ultraman berlawan.. katanya “jantung abang dup dap dup dap laju masa Ultraman jatuh.. tapi Ultraman superhero, mana boleh kalah..” – meleret senyum sampai ke malam weyh.. terpancar kegembiraan disekeliling kakak juga bila melihat riak wajah yang sama pada muka anak-anak yang turut leka merenung Ultraman berlawan di atas pentas..

karnival_upin_ipin_2017_8 (1)

biasa la tu kan kalau hero kalah dulu.. hee~ jap jap nanti dah bangkit, terus menang..

karnival_upin_ipin_2017_4 (2)

rasaksa yang lebih besar !! ya !! sebelum ni masa karnival Upin Ipin pun ada jugak persembahan Ultraman menentang rasaksa ni, tapi tak sangka keluar yang paling besar punya !!! waa.. kakak pun terpegun sekejap.. hee~

dah puas melasak dengan Ultraman dan rasaksa, ada pelbagai lagi persembahan yang menyusul.. memang seronok dan terisi masa bersama keluarga yang jarang-jarang dapat berkumpul sama.. masa ni la nak duduk sekali dan letak handphone dalam beg, melayan kegembiraan anak-anak yang masih kecil..

antara persembahan dan aktiviti untuk pengunjung di HALL A :


  • persembahan Puteri Limau
  • persembahan Pada Zaman Dahulu
  • persembahan Upin & Ipin Luar Biasa
  • Upin Ipin The Musical
  • persembahan Ultraman Ribut
  • tayangan episod baru Upin & Ipin
  • lelongan barangan jenama Upin Ipin
  • bergambar di mural 3D
  • melipat kertas origami di section Pada Zaman Dahulu
  • bermain maze
  • permainan interaktif ciptaan Les’ Copaque

dan yang pastinya !! pelbagai hadiah untuk dimenangi !! tahun ni, memang tak menyesal lansung dapat sama-sama memeriahkan Karnival Upin & Ipin ni..

karnival_upin_ipin_2017_2 (1)

dia frust sebab tak pakai gown princess, tapi meleret senyum lebar bila dapat tangkap gambar dengan Puteri Limau.. hee~

karnival_upin_ipin_2017_16

main game ni, nanti dapat hadiah.. memang laju jek la budak dua ketul ni ha.. hee~

karnival_upin_ipin_2017_13 (2)

kaki game ? memang kena singgah untuk lepas gian.. nasib kami berempat bukan sejenis itu.. dan memang niat nak lepak melayan kehendak anak-anak.. okay.. tutup mata.. hee~ jalan laju laju..

dah berpenat lelah dalam HALL A, kami mengambil langkah pantas menuju ke HALL C.. haa.. ada apa kat sana ? kalau nak diikutkan, boleh jek lepas amik tiket terus masuk ke HALL C.. punya takut terlepas persembahan Ultraman, nampak entrance HALL C pun buat buat tak nampak jek la.. kita pegi jek terus cari Ultraman.. – kisah benar ibu beranak 2.. hahahaha~

karnival_upin_ipin_2017_p

rupanya..

HALL C pun menarik juga !! mendedahkan aktiviti staff Les’ Copaque sendiri dalam menghasilkan Upin Ipin dan kawan-kawan untuk anak-anak kita berhibur.. wa.. kat sini memang kakak teruja.. sebelum masuk, pengunjung akan diberi sebuah buku untuk melengkapkan kelima-lima task yang telah diberikan.. bila lengkap jek, pengunjung akan mendapat sebuah medal..

tapi !!!!!

kami tak tau pun kewujudan buku dan task tu.. hahahahah~ makanya.. terlepas la untuk dapatkan medal sebagai kenangan.. okeh.. teruskan pengembaraan tanpa pedulikan hal medal bla bla bla bla bla bla..

di sini.. kami didedahkan dengan persekitaran ruang kerja di Les’ Copaque.. mungkin tak serupa tapi kakak rasa ada yang sama.. contohnya..

karnival_upin_ipin_2017_14

pengunjung berpeluang merakam suara !! nah !! budak ni memang tak penah nak lepaskan peluang.. hee~ wajib try katanya.. dan selesai jek.. boleh ambil wristband pendrive yang telah disimpan hasil recording tadi.. waa.. tetiba Nur Aina perasan retis uoollllssss..

karnival_upin_ipin_2017_l

jalan masuk ke dalam dan menikmati segala aktiviti yang telah disediakan memang menarik dan puas hati.. sebab ? ya.. sebab ada :

  • bilik nenek kebayan
  • Tadika Mesra
  • kebun kak ros
    • boleh bercucuk tanam dan bawa balik pokok yang korang tanam tu
  • persembahan wayang kulit
    • kegemaran Tok Dalang ni.. hee~
  • mengunjungi rumah Opah
  • bergambar dengan Ultraman
  • bilik cermin

karnival_upin_ipin_2017_11 (1)

bilik nenek kebayan ni memang gelap sikit, kakak dah tangkap beberapa keping gambar tapi blur.. mungkin bilik ni betul betul seram.. kan ? haish..

karnival_upinipin_2017

nah !! perigi buta Tok Dalang.. hahahaha~  siapa tau ni episod mana ?

karnival_upin_ipin_2017_18 (1)

kemain kan dua ketul tu ? hee~ seronok la tu masuk tadika dengan Upin Ipin dan kawan-kawan..

karnival_upin_ipin_2017_18 (2)

di mana-mana ada Ultraman gais.. jangan risau.. hahaha~ puaskan jek la hati anak-anak.. ye la.. baru lepas exam kan ? bagi can la anak-anak rehat dengan cara mereka tersendiri.. gittew—CUMANYA !! gelap.. huu~ jadi.. banyak gambar yang kakak try adjust brightness tapi tetap tak cantik..

kalau HALL C ni terang, mungkin gambar semua cantik..

disatu sudut di hall ini juga ada dipamerkan anugerah dan pelbagai kejayaan Les’ copaque sepanjang pembabitan mereka dalam industri animasi ni.. tapi tu la.. disebabkan gelap, kualiti gambar dari handphone kakak kurang.. jadinya.. tiada sebarang gambar kenangan di sudut ini.. sedeh--

KARNIVAL UPIN IPIN 2017

secara keseluruhan, kakak berpuas hati dengan pelaburan ringgit Malaysia yang dibayar dengan segala jenis persembahan yang disediakan untuk pengunjung seperti kami.. pelbagai aktiviti menarik disamping kemudahan lengkap yang ada membuatkan kami yang ada anak kecil, mudah untuk bergerak.. dengan keadaan sekeliling yang sejuk ( ya.. aircond dorang sangat kuat.. memang best.. ) membuatkan anak-anak lebih selesa untuk bermain dan memberi tumpuan..
sekali lagi..

sekalung tahniah buat team Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. dengan aktiviti tahunan yang BERJAYA ini !

karnival_upin_ipin_2017_m

semoga berjumpa lagi pada tahun akan datang dan seterusnya..

semoga terus maju dan memajukan industri animasi Malaysia..

semoga impian dan hajat dalam membangunkan Taman Tema Upin & Ipin menjadi kenyataan..

semoga akademi animasi Les' Copaque akan melahirkan lebih ramai lagi animator yang berkelas dunia..

semoga success selalu..

terima kasih untuk hiburan selama sebelas ( 11 ) tahun tanpa jemu..

untuk maklumat lanjut mengenai Les’ Copaque Production Sdn. Bhd., korang boleh lawati :


2 comments:

  1. Anak anak saya pun suka upin ipin tapi sayang tak dapat bawa dorg datang sini sebab ummi dia x sihat

    ReplyDelete
  2. Seronoknya budak-budak sekarang sebab ada event-event macam ni. Sesuai la mengikut peredaran zaman kan? Mak budak pun enjoy sekali :)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.