KEMERIAHAN SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK ANJURAN DEMC SHAH ALAM

by - November 29, 2017

sambutan hari kanak-kanak ? wah !! dah lama sangat kakak tak sertai majlis sebegini meriah dengan gelak tawa dan senyuman melebar dari setiap wajah kecil sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia yang akan diraikan oleh seluruh dunia pada setiap 20 November 2017..

hari_kanak_kanak_DEMC_2017_4 (1)

pada 25 November 2017 yang lepas, merupakan detik terindah yang mungkin tidak akan dilupakan oleh kanak-kanak yang bertuah menyertai sama sambutan Hari Kanak-kanak DEMC 2017..

HARI KANAK-KANAK


setiap hari, hari kanak-kanak..

dengan objektif ; meraikan kanak-kanak dan menyayangi mereka selayaknya sebagai seorang insan kecil yang sangat memerlukan kasih sayang dan perlindungan.. siapa lagi yang akan mendidik mereka kalau bukan ibu dan ayah yang lebih dewasa dan matang cara menimbang tolak keputusan.. hee~

dengan tema “children of today, keepers of tomorrow”, memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka dan mengekspresi diri mereka dengan cara yang lebih kreatif..


selaku salah seorang penaung DEMC Mama & Kids Club, Dr Fadzillah Ghazali ; Pakar Kanak-kanak diberi mandat untuk merasmikan sambutan Hari Kanak-kanak DEMC 2017 yang turut sama dimeriahkan oleh Dr Abd Razak Rahman Hamzah ; Pengarah Perubatan DEMC, Dr Fairuz A’shikin ; Pakar Sakit Puan, Dr Siti Noraida Mohammad Habibullah dan Encik Syukri adafi Hamdan ; Pengarah Divisyen DEMC..

hari_kanak_kanak_DEMC_2017_4 (2)

seawal jam 9.30 pagi, ruang legar tingkat ( 1 ) DEMC dipenuhi pengunjung yang tidak sabar untuk sertai pelbagai aktiviti menarik telah diadakan, antaranya :

  • permainan misi
  • seni pasir
  • pakaian beragam ( kostum )
  • clown
  • pertandingan mewarna
  • face painting
  • zumba

dan banyak lagi.. apa makna puas ? hee~ ini adalah kepuasan bilamana senyuman tidak lekang dari bibir mereka.. oh !! ada juga pelbagai booth yang menarik untuk ibu ayah mencuci mata dan memperlajari ilmu baharu..

hari_kanak_kanak_DEMC_2017_6 (2)

kemeriahan berada dikemuncak apabila persembahan khas oleh badut dan Dr. Bunny ( maskot DEMC ) di wad pediatrik untuk menghiburkan pesakit kecil yang tidak dapat menyertai aktiviti dengan mengedarkan patung belon dan menghabiskan masa dengan jenaka lucu mereka.. senyuman yang terpancar sangt tidak ternilai..

hari_kanak_kanak_DEMC_2017_2 (2)

sekalung tahniah diucapkan buat tenagakerja DEMC Shah Alam yang bertungkus lumus menjayakan sambutan Hari Kanak-kanak 2017 dengan meriah.. rugi plak rasa #duanur tak ikut sama.. hee~ kalau tak dah tentu banyak hadiah yang mereka sapu untuk dijadikan kenangan.. tahniah juga buat peserta dan ibu bapa yang memberi komitmen sehingga ke penghujung program..

semoga ada rezeki untuk bertemu pada majlis-majlis yang akan datang.. hee~

DEMC SHAH ALAM

ibarat mengunjungi 'butik kesihatan' kerana semua yang dilakukan di DEMC bermula dengan memberi tumpuan kepada penyampaian penjagaan kesihatan secara premium.. pelanggan dilayan secara eksklusif untuk mengurangkan rasa cemas dan takut semasa rawatan..

direka dengan struktur yang elegan di tengah-tengah Shah Alam, Hospital Pakar DEMC Shah Alam adalah sebuah bangunan 9 tingkat berkapasiti 130 buah katil turut menawarkan lebih daripada 35 perunding profesional bagi memastikan perkhidmatan mereka menjadi igauan pengunjung..


nah !! kakak sertakan link DEMC Shah Alam.. mesti ramai tak tau pasal DEMC ni kan ? yang kalau nama penuhnya DARUL EHSAN MEDICAL CENTRE..

LAMAN WEB : http://demc.com.my

atiehilmi.com

You May Also Like

4 comments

  1. wow... meriahnya... suka la anak2 cuti sekolah byk program.... salam ukhwah salam kenal sis

    ReplyDelete
  2. bukan main seronok lagi budak2 tu semua..respek ibu bapa yang bangun awal&bawa anak-anak ke sini hehehe

    ReplyDelete
  3. Klu dua anak anak atie join, mesti depa senyum sampai telinga...best event ni..kita jumpa tahun depan

    ReplyDelete
  4. Memang meriah betul dengan mascott n clown nya, face painting lah. hehe. btw Comel je bebudak dua orang berbaju putih tu^^

    ReplyDelete