MENJALANI PEMBEDAHAN LEBIH 50 KALI UNTUK MENYERUPAI IDOLA.. BERBALOI KE ?

by - December 02, 2017

dua tiga menjak ni berlegar-legar kat Instagram, mengenai seorang remaja berusia 19 tahun dari Iran berani mengambil risiko !! gile ah.. kalau jadi cantik serupa sebijik tak pe weyh.. tapi.. em.. tengok la sendiri.. hahahaha~

angelina_jolie


OBSESI

ya.. yang kakak boleh huraikan adalah obsesi untuk menjadi cantik dan lebih cantik ; kononnya.. mungkin pada awalnya tak seteruk camni kot.. tapi bila kakak baca, dia menjalani lebih 50 kali pembedahan plastik dlaam masa beberapa bulan untuk menyerupai idolanya iaitu Angelina Jolie, bunyi macam “damn !! gile hape ? duit ko banyak banyak membazir gitu jek ?”

melalui akaun instagramnya Sahar Tabar yang telah mengumpul seramai 594 +++ followers di Instagram menjadi viral apabila wajahnya yang kengkonon nak dijadikan mirip Angelina Jolie tetapi menjadi sebaliknya apabila wajahnya ada iras iras Corpse Bride dari filem animasi Tim burton 2005.. tapi kan !! apsal kakak nampak macam efek mekap jek lebih eh ? sebab, bila dia tak mekap, tak de pulak tajam nau hidung dia tu.. hee~

corpse_bride_sahar_tabar

dia juga yang nampak kurus berbanding tubuh remaja seusia dengannya hanya memiliki berat badan sekitar 90 pound mengamalkan diet dan kemungkinan besar diklasifikasikan sebagai anorexia – yang merujuk sebagai gangguan makan yang dicirikan ketakuan memiliki berat badan ideal sebaliknya anoreksia melihat diri mereka sebagai gemok walaupun sebenarnya TIDAK.. huu~ menakutkan gile bila badan nampak tulang jek tak de isi.. biar la ade isi sket, sedap nak peluk.. kan ?

plastic_surgery_goes_wrong


5 FAKTA TENTANG SAHAR TABAR

1 : dilaporkan hilang 88 puond berat badan dan menjalani lebih 50 pembedahan plastik untuk menyerupai Angelina Jolie, idolanya..

2 : ada yang berpendapat, Sahar Tabar menggunakan teknik prostetik dan tidak menjalani pembedahan pada mana-mana bahagian tubuhnya..

sahar_tabar

3 : menjadi viral dalam masa 5 hari

  • tak tau apa punca dan niat sahar Tabar tapi beliau masih viral di Instagram dan pelbagai laman sesawang.. hee~ senangkan nak viral, buat jek perangai pelik sket, terus orang share.. dan pada Khamis petang minggu lepas, Instagram beliau mempunyai 365 +++ pengikut dan pagi ni ( masa kakak tengah menaip ni ) pengikutnya sudah mencecah lebih setengah juta..
  • transformasi viral remaja tersebut memcahkan rekod seorang wanita dari Texas yang berusia 42 tahun ; Claudia Sierra yang telah menjalani pembedahan plastik untuk kelihatan seperti Melinia Trump..
4 : dia telah memadam gambar aslinya di akaun instagram..

5 : sebaliknya, gambar tersebut telah berlegar-legar diruang Twitter.. nah !! mana nak lari ? hee~

  • walalupun Sahar Tabar tidak mempunyai akaun Twitter, tapi gambar beliau telah menarik perhatian Twittersphere.. ye la.. lain dari yang lain plak kelaku dia kan.. hee~ beberapa pengguna Twitter memaparkan gambar ‘sebelum’ pembedahannya..

KESAN PEMBEDAHAN PLASTIK

menurut Persatuan Amerika bagi Pembedahan Plastik Estetik, pada tahun 2007 yang telah mencatatkan lebih 11.7 juta pembedahan plastik kosmetik termasuklah liposuction, rhinoplasty, pembesaran payudara atau pemindaan rambut dan setiap dari satu pembedahan tersebut mempunyai kesan dan risiko yang perlu ditanggung oleh pesakit.. mana-mana prosedur yang memerlukan pembedahan sentiasa ada ruang untuk pengguna mengalami komplikasi dan kesan sampingan..

antaranya :

  • loya dan munta-muntah
    • kesan sampingan yang paling biasa ini berlaku apabila ubat bius habis digunakan selepas beberapa jam menjalani pembedahan..
  • darah beku boleh mengakibatkan serangan jantung atau strok
  • komplikasi pernafasan
  • jangkitan kuman
  • anesthesia
    • saluran pernafasan tersekat dan menyebabkan kerengsaan pada saluran pernafasan yang mengabungkan ligamen yang menghalang kemasukan udara ke dalam paru-paru.. jika ini berlaku, pakar bius perlu memasukkan tiub dan membuat pemotongan pada tekak untuk membolehkan pesakit bernafas..
bukan kakak nak menakut-nakutkan, tapi dah banyak kes pembedahan plastik tak success kot.. hee~ korang Google jek nanti mesti jumpa muka-muka yang sebelum dan selepas dibedah.. dan paling teruk, semakin tak cantik plak lepas pembedahan plaktik yang dilakukan..

atiehilmi.com

You May Also Like

8 comments

  1. erkkk.. macam2 jenis manusia.. yang ni nampak macam hantu putih jerr huu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaah~ yang baik kita ikut, kalau sebaliknya.. kita senyum jek la..

      Delete
  2. huhuhu.. kita tengok pun menakutkan :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan !! tapi katanya dia tak operate pun.. teknik mekap jek.. ntah la.. hee~

      Delete
  3. ada tgk org share kt fb...baik la rupa asal lg ok..

    ReplyDelete
  4. Ishhhhh akhirnya akak tgk cam bukan muka org tapi ala ala kartun corpse's bride (hantu pengantin dalam kartun tu)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha~ kan !! corpse bride tu.. em..

      Delete