3 LANGKAH PENJAGAAN KULIT PADA WAKTU MALAM DENGAN PRODUK KLAIRS

by - January 24, 2018

weehooo—kakak bukan Beauty Blogger yang sangat mahir dengan selok belok ‘menggoreng’ ayat tentang kecantikan.. hee~ tapi kakak try la eh.. mana la tau selepas kakak share night routine kakak menggunakan produk Dear, Klairs ni membuka mata sponsor.. haa.. nampak permainannya di situ ? hahahah~


yang mana peka terhadap kecantikan, mesti kenal dengan jenama terkenal dari Korea ni kan ? tak sangka akhirnya kakak betul-betul jatuh segedebuk atas paha kakak untuk melengkapkan rutin penjagaan kecantikan kulit muka kakak.. ingatkan susah nau la nak jaga kulit muka, rupanya senang jek tapi kena pilih produk yang sesuai dan tidak mengandungi bahan kimia yang terlarang.. dan !! Klairs sangat sesuai untuk semua jenis kulit sebab, prduk Klairs tidak mengandungi paraben, alkohol, wangian mahupun kandungan daripada haiwan..

cara nak handle pun tak cerewet sangat dengan hanya 3 ( tiga ) langkah yang betul bersama penggunaan BB Cushion pada keesokkan harinya sangat membantu menaik seri.. wah !! jangan main main tau.. hee~ kakak guna :

  1. Klairs Gentle Black Deep Cleansing Oil
  2. Klairs Freshly Juiced Vitamin E Mask
  3. By Wishtrend Pure Vitamin C21.5 Advanced Serum, dan
  4. Klairs Mochi BB Cushion

haa.. tu dia.. apa kandungan semua produk ni ? hee~ kakak ni cerewetkan ? habis semua kakak geledah – singkap sampai puas hati dan yakin produk tersebut adalah produk yang selamat..

STEP 1 : KLAIRS GENTLE BLACK DEEP CLEANSING OIL

mula-mula kena la cuci muka !! jeng !! tanjat kakak sebab cleansing oil ni tak sama macam pelbagai jenis pencuci muka yang ada kat pasaran sebaliknya Klairs Gentle Black Deep Cleansing Oil merupakan minyak yang diformulasi dengan Black Bean Oil + Black Sesame Oil + Black Currant Seed Oil untuk membersihkan kulit semaksimum mungkin.. kenapa Klairs menggunakan minyak ? macam pelik kan ?

  • BLACK BEAN OIL
    • membantu mengawal pengeluaran sebum dan meningkatkan keanjalan kulit
  • BLACK SESAME OIL
    • bertindak sebagai anti-oksidan untuk kulit yang mampu mencegah dehidrasi dan penuaan sebelum usia
  • BLACK CURRANT SEED OIL
    • menguatkan lapisan kulit dan memberi perlindungan menyeluruh bagi mengelakkan kulit kering disamping menggalakkan pertumbuhan semula sel kulit yang lebih sihat
kalau korang yang mempunyai tekstur kulit yang kasar, kulit muka yang sensitif memang sangat digalakkan menggunakan Klairs Gentle Black Deep Cleansing Oil ni sebab ia mampu menyerap lembut sehingga ke dalam kulit dan merawat kulit dari dalam.. bestkan ?


cara nak guna pun senang, cuma picitkan sikit kat tapak tangan yang kering dan urut perlahan-lahan kat muka terutamanya kat kawasan yang bermasalah, lepas tu bilas dengan air suam sampai bersih.. jangan gunakan kapas muka ataupun tuala ya..

korang boleh dapatkan Klairs Gentle Black Deep Cleansing Oil kat sini –> https://goo.gl/cS8exV

STEP 2 : KLAIRS FRESHLY JUICED VITAMIN E MASK

dah basuh muka ? okay !! sekarang kita main masker pulak dan kakak pilih Klairs Freshly Juiced Vitamin E Mask tapi bukan guna ‘dia’ saja tau, sebaliknya kakak gunakan bersama Vitamin C Serum untuk mempercepatkan tindakbalas positif vitamin E dan vitamin C sekaligus.. hee~ bijak tak ? ye la.. dah 30’s kot.. semua kena cepat tak boleh lambat-lambat..

apa yang best sangat dengan gabungan kedua-dua vitamin cantik tu tadi ? nah !!

  • vitamin E akan teroksida apabila oksigen aktif hilang berpunca dari pertahanan utama
  • vitamin C membantu mengurangkan keseimbangan vitamin E yang teroksida dan mengaktifkannya semula
  • vitamin E mengaktifkan agen anti-penuaan dan memperbaiki sel kulit yang telah rosak
  • vitamin C memberi kesan toning yang kuat dan seimbang

untuk kecantikan, memang kakak sendiri pilih Klairs Freshly Juiced Vitamin E Mask .. kenapa ?

  • ia melindungi kulit daripada kerosakan sel yang disebabkan oleh cahaya matahari
  • ia membantu melegakan keradangan kulit
  • ia bertindak sebagai agen anti-penuaan dengan mengekalkan membran sel daripada peroxidation lipid
  • ia menghalang pengoksidaan dalam produk kosmetik
  • ia mengurangkan pigmentasi dengan menghalang pigmen melanin berpindah ke epidermis
  • ia menindas rembesan sebum dan mematikan akar jerawat yang disebabkan oleh kulit berminyak
  • ia menstabilkan pengambilan vitamin C
  • ia dirumuskan dengan kepekatan yang mencukupi ( 2 % )
  • ia ramuan aktif yang telah ditetapkan dlaam dos maksimum untuk berfungsi menangani kedutan
  • ia menguatkan percambahan fibroblast dalam lapisan derma dan menggalakkan sintesis kolagen
  • ia memiliki sifat anti-radang yang kuat dan terbukti berkesan dalam proses penyembuhan luka
kakak juga jadikan Klairs Freshly Juiced Vitamin E Mask sebagai pelembab pada waktu siang !! hee~ didatangkan dalam tekstur seperti puding, ia mampu menyerap lembut ke dalam kulit dan menyimpan lembapan sehingga 8 jam walaupun kulit korang kering !! best gile !!

hanya calit calit dan ratakan puding tadi kat kulit muka korang dan urut lembut supaya lebih cepat menyerap.. nah !! confirm kulit lembut persis awek Korea nanti ni.. hee~

meh dapatkan stok Klairs Freshly Juiced Vitamin E Mask korang kat sini –> https://goo.gl/oTChdT

STEP 3 : BY WISHTREND PURE VITAMIN C21.5 ADVANCED SERUM

last !! last sebelum beradu.. hee~ apply serum vitamin C ( kan kat atas nun kakak ada cerita gabungan vitamin E dan vitamin C –kakak pilih INI !! ) yang telah diformulasi oleh By Wishtrend ni dengan peningkatan 21.5 % vitamin C tulen berbanding 20 % sebelumnya untuk memberikan kesan yang jauh lebih baik.. haa.. jangan kata lepas ni tak glowing ye.. cubit nanti..


fungsinya yang lebih kurang sama dengan penggunaan vitamin E, vitamin C lebih khusus menumpukan kepada :

  • menambah kelembapan kulit
  • meningkatkan kelembutan kulit
  • meremajakan kulit
  • menyamaratakan nutrien penting dalam membantu memulihkan kulit yang telah rosak
sebotol kecik comel ni muat jek nak sumbat kat dalam handbag dan bawa ke mana sahaja.. cara menggunakan Pure Vitamin C21.5 Advanced Serum ni mudah je, titis kan kat kulit muka korang dan urut lembut dari bawah ke atas mengikut turutan ( dagu – pipi – hidung – dahi )

gabungan menarik untuk mask vitamin E korang, boleh dapatkan kat sini –> https://goo.gl/gmWcnU

STEP 4 : MOCHI BB CUSHION

haa.. rutin sebelum tido dah settle ? mesti la kan.. nak cantik kot.. hee~ kengkonon drag terus ke siang la ni ha.. jangan amik berat waktu malam jek, sebab waktu siang korang pun perlu lah cantik.. gittew—nak senang dan cepat, lengkapkan rutin korang dengan Mochi BB Cushion ni jek..


didatangkan dalam bentuk comel yang isinya diperbuat dari sejenis balm ( bukan cecair tau !! ) bertindak menutup rapat liang-liang pori yang terbuka pada kulit muka korang supaya nampak lebih gebu.. tak nampak dah la lubang lubang tu kalau pakai BB cushion nih ha.. menampakkan lebih flawless, Mochi BB Cushion mempunyai tona warna apricot – beige mengikut warna kulit asli dan redness secara semulajadi..


memang nampak tona warna dia sedikit gelap, tapi tak sebenarnya.. sesuai jek dengan kulit kakak ni ha.. habis semua cela dia kasi tutup yang paling ketara tu kat mata panda tu.. hahahaha~ best !! teruja betul kakak haa.. guna jek macam korang biasa guna compact powder tu, dap dap dap jek sampai rata.. oh !! kalau habis balm dia tu, nanti korang boleh dapatkan refill dia tau.. jangan dibuang bekas comel tu..

comelnye awak, Mochi BB Cushion –> https://goo.gl/ccPt47

haa.. amacam ? mudah dan simple kan ? yang penting, tidak menggunakan produk yang mengandungi bahan kimia terlarang dan bahaya.. nasib ada HERMO !! beli kat situ jek senang, penghantaran terus depan pintu sis..

LAMAN WEB : https://www.hermo.my
FACEBOOK : https://www.facebook.com/HermoMalaysia
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/hermomy

You May Also Like

7 comments

  1. Wah,hebatnya produk-produk hakak nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa la dekkkk.. hakak dah berumur.. risau gak.. hahahaha~ kena pilih produk yang betul.. baru betul betul..

      Delete
  2. comelnyaaa mochi BB cushion tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan !! tak sampai hati nak pakai tau.. hee~

      Delete
  3. Best kan produk ni. Qiss suka Mochi BB Cushion tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. best qiss !! hee~ kakak suka masker vitamin E tu.. best.. kulit jadi lembut..

      Delete
  4. Kakak, kita tertarik dgn BB cushion yg tomel tu. Rasa nak beli je juga.
    Lepas ni makin cun lah kulit kakak dapat pakai produk dr korea ni kan. 😍

    ReplyDelete