#jurnalduanur : KENANGAN HARI PERTAMA SESI PERSEKOLAHAN 2018

by - January 05, 2018

tahun yang agak drama buat ibu dan ayah sebenarnya sebab anak-anak memang excited nak ke sekolah tapi ibu ayah macam belum redho nak terima hakikat anak-anak dah membesar dengan baik.. hahaha~ alhamdulillah.. rezeki kakak dan encik suami, kenangan hari pertama sesi persekolahan 2018 yang sangat penat tapi seronok !!

kembali_ke_sekolah_2018

teruja memang teruja cuma bila mengenangkan masa kakak kat rumah dah tak sama macam sebelumnya sebab tak de sape yang teman gaduh.. ye la.. haritu cuti lama kan, habis tonggang terbalik rumah #duanur kerjakan.. dah 4 hari sekolah, sunyi tu masih bersisa.. sebab Nur Aiman sekolah pagi ( KAFA ) dan petang ( sekolah kebangsaan ) cuma ada tuisyen malam ( 30 minit ) setiap Isnin dan Khamis.. dan Nur Aina plak sekolah pagi dari jam 8.30 pagi sampai 2.00 petang macam tu..

nampak ?

lama kan kakak dok sensorang termangu menghitung kesunyian.. hahahaha~


BACK TO SCHOOL 2018

kelengkapan persekolahan anak-anak memang kakak dah standby awal cuma rezeki Nur Aina berubah sikit kali ni.. alhamdulillah.. rezeki baik hendaknya.. jenuh nak memilih tadika yang menteri kecik tu nak, kalau tak kena pada layanan cikgu dan persekitaran memang dia pandang sebelah mata jek la.. dengar tak dengar jek lepas tu masuk dalam kereta dia mengutuk.. hee~ budak kan..

hari_pertama_ke_sekolah_2018_2019

kakak memang tak paksa anak-anak untuk jadi pandai tapi mereka perlu PANDAI untuk survive pada masa akan datang.. dan ada juga persepsi sesetengah dari kawan-kawan kakak yang menganggap pelaburan untuk tadika anak-anak tak perlu berlebihan.. dan bila kakak tanya “apa yang berlebihan tu..” – ditujukan “kenapa tak hantar anak-anak masuk KEMAS atau PRA SEKOLAH..” dan isu ni pun berlegar antara saudara mara kakak.. dah lali dah..

hahahaha~

#DUANUR

senang nak kejut #duanur ni, tak banyak ragam.. Nur Aina jek la suka mengelat sebab dia tak suka mandi.. hahahaha~ paksa jugak la.. dan tak de istilah air panas / suam untuk dorang.. dua dua mintak mandi air sejuk ; biar segar otak kata Nur Aiman.. anak dah besar kan, boleh buat keputusan dalam pengawasan ibu ayah.. jadi.. kita ajar dorang buat keputusan untuk sesetengah perkara yang mereka perlu..

sekolah_KAFA_puncak_jalil
masa ni ibu dah kena halau balik dah.. ahahaha~ biar la ibu nak tengok anak ibu kat sekolah pun..
rutin akan mengikut giliran..

  • Nur Aiman masuk kelas KAFA – 7.30 pagi
    • waktu rehat 30 minit Nur Aiman balik rumah, makan kat rumah
  • Nur Aina masuk kelas – 8.30 pagi
  • Nur Aiman pergi sekolah kebangsaan – 12.30 tengahari
  • Nur Aina balik sekolah – 2.00 petang ( kadang-kadang awal )
  • Nur Aiman balik sekolah kebangsaan – 6.05 petang ( Khamis dan Jumaat 6.30 petang )
dan yang BEST – nya.. hahahaha~ sekolah Nur Aina siap sediakan ‘tabung’ kat bawah kelas.. risau ibu sebab dia mintak duit belanja, nak menyinggah shopping mana tak nya bila kedai terlampau meriah dengan pelbagai tarikan kat mata kanak-kanak, ibu mampu tepuk dahi jek la.. memang tak la ibu nak melayan kerenah semua tu..

tak percaya ?

sekolah_tadika_puncak_jalil
nampak tu ? ada dua kedai untuk sesi 'melontar'.. hahahah~ pintu sekolah Nur Aina yang kaler cokelat dekat belon tu..
balik sekolah, terus balik rumah dan tiada agenda menyinggah melainkan BILA PERLU jek.. selagi boelh elak, memang kena elak sebaik mungkin la kan..

rutin_harian_seorang_ibu
** jemput Nur Aina ; hantar Nur Aiman **

"menuntut ilmu itu wajib atas setiap Muslim.."


HR. Ibnu Majah


sebelum pergi sekolah memang kakak sediakan makanan untuk anak-anak supaya tak lapar dan dorang ni sebenarnya diwajibkan bawa bento.. tapi !!! Nur Aiman dah pandai malu dah sebab kawan-kawan tak bawak, dia jek yang bawak dah tu kawan-kawan makan bento dia.. hahahaha~ duit belanja bawak, bento pun kadang-kadang bawak..

karekter Nur Aiman memang sangat abang-abang tau.. KAFA dia tak nak duit belanja sebab waktu rehat dia balik makan kat rumah sebab rehat 30 minit, sempat la nak melepak bergaduh dengan ibu.. dan sekolah kebangsaan, Nur Aiman bawa RM 2.00.. kebiasaan dia akan belanja cuma RM 1.00 untuk beli nasi lemak ( nasi lemak kat kantin sedap !! ibu pun suka.. hee~ ) dan baki RM 1.00 dia akan simpan dalam tabung untuk aktiviti ‘melontar’ dan tanam saham kat mana-mana kedai mainan / jam tangan..

sekolah_rendah_di_puchong
okay lah 36 orang.. okay lagi ni.. hee~ sebab ada anak kawan kakak, dalam kelas nya 40 orang..

backtoschool_2018
Nur Aiman jeles bila ibu borak dengan kawan dia..

sibling_goals_2018
masa ni ibu dengan ayah dah kena halau balik tapi nak jugak tunggu sampai Nur Aiman masuk kelas.. sejenis ibu ayah tak boleh move on.. hahahaha~
tamat sudah minggu pertama persekolahan dan anak-anak masih bersemangat walaupun dah mula ada homework.. biasalah.. nak senang bukan senang nak.. bila ada ilmu, nanti semua akan okay.. ni pun Nur Aiman minta carikan kelas untuk hari Sabtu sebab Nur Aina sekolah sampai Sabtu.. takkan dia nak duduk termenung jek kan.. hee~




اَللَّهُمَّ أَلْهِمْهُ التَّأْوِيْلَ وَعَلِّمْهُ الْحِكْمَةَ

Ya Allah, ilhamkannya Takwil ( tafsir al-Quran ) 
dan ajarkannya hikmah ( ilmu yang tepat )


ibu tak banyak harapan sangat untuk tahun 2018 ni, biarlah anak-anak ibu menjadi anak yang soleh dan solehah ; cintakan ilmu lebih dari segalanya.. ** lap airmata.. ** untuk masa depan anak-anak, kakak tak plan ape pun cuma kakak standby mental dan fizikal dalam melengkapkan keperluan dorang.. WAJIB pandai ? ya.. hanya yang pandai jek mampu survive dalam dunia ni.. hee~

terima kasih anak-anak sebab menjadi kekuatan untuk ibu dan ayah..
atiehilmi.com

You May Also Like

15 comments

  1. Moga berjaya hendaknya 2 nur kat sekolah masing2.

    ReplyDelete
  2. ibu sunyi ye ank2 pi sekolah...hehe...ibu bole bertenang seketika hehe....selamat ke sekolah utk ank2 atie

    ReplyDelete
  3. 6.05 awalnyaa.. sini kecuali rabu jer balik awal.. 6.10 sebab ada koku.. kalo hari lain 6.40.. jumaat awal skit 6.30 hehehe

    ReplyDelete
  4. Hanya ILMU yg akan menjadi bekalan utk kalian teruskan di alam kehidupan duhai anak..

    ReplyDelete
  5. sonoknye bace pengalaman ibu uruskan anak2 yg dh start school. tak sabar nak alami pengalaman tu

    ReplyDelete
  6. Sebagai ibu atau bapa memang itu milestone manis... hantar anak ke sekolah first time..hehehe

    ReplyDelete
  7. haha and you start to be busy again! and while they are off to school, it must be quiet at home!

    ReplyDelete
  8. rajin-rajin belajar ye Aina dan Aiman :) dah besar nanti boleh tolong ibu ayah pula

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  9. Tula seronok tgk kwn2 update fb anak 1st time masuk sekolah..sunyi bila ank xde kat rumah. Penuh rutin harian sis ye..xde masalah masuk mane2 preschool tapi xperlu la nak bandingkan..geram jugak baca isu hot tu..yg penting anak jadi org..

    ReplyDelete
  10. bagus entry ni, nnt anak2 besar diorang boleh baca =)

    ReplyDelete
  11. mesti banyak pengalaman nak uruskan budak2 nak pergi sekolah. sure dah buat persiapan awal2. terbaik :)

    ReplyDelete
  12. Alahai, tak sabar nak tunggu Aneeq pulak masuk sekolah. Awalnya sekolah budak-budak ni bagi homework?

    ReplyDelete
  13. haah untuk pendidikan ni, kena pantau dr kecil supaya diorang tak terlepas apa2... maklumla skang zaman mencabar, siapa yang lebih berilmu dan pandai mengatur strategi pastinya akan berada di depan...

    ReplyDelete
  14. Semoga anak-anak Atie cemerlang dunia akhirat..

    ReplyDelete
  15. They look so happy to start schooling. Excited when both of you accompanied them.

    ReplyDelete