LUNAVIE BREASTMILK STORAGE BAG ; MENEPATI PIAWAIAN MEDIKAL

by - January 12, 2018

ibu-ibu yang baru melahirkan bayi confirm sedikit pening nak memilih pelbagai barangan kelengkapan bayi seawal dari mereka dalam perut sehinggalah ibu kena keluar kembali bekerja.. kan ? hee~ antara ‘benda’ yang penting adalah plastik penyimpanan susu ibu.. haa.. ada terfikir tak mana nak beli dan bagaimana untuk menggunakannya ?

lunavie_breastmilk_storage_bag
untuk ibu yang memang dah pasang niat untuk menyusukan bayi sehingga 2 tahun ataupun lebih, BENDA ini sudah tentunya menjadi pilihan.. kalau yang jenis botol tu pun ada jugak tapi kakak nampak macam susah sket la nak simpan sebab makan space peti sejuk.. kan ? hee~ dan kebanyakan kawan-kawan yang kakak tanya, dorang pun prefer menggunakan plastik..


LUNAVIE BREASTMILK STORAGE BAG



nah !! memperkenalkan !! hee~ baru ni tau, sangat baru..

lunavie_breast_milk_storage_bag

untuk korang yang memang mencari, kakak rekomen kan jenama Lunavie ni.. sebab :

  • produk Lunavie hanya menggunakan bahan yang diluluskan oleh FDA, selamat dan sangat sesuai untuk penyimpanan peti ais beku
  • pre-sterilized dan bersedia untuk digunakan – Medical Grade Sterillization
  • double zip lock  – mengelak kebocoran
  • diperbuat dari bahan tanpa BPA dan tidak mengandungi bahan kimia merbahaya
  • direka dengan bentuk beg plastik mampu berdiri bagi memudahkan penyimpanan
  • mempunyai label untuk merekodkan :
    • tarikh
    • nama
    • jumlah
  • ‘pembaris’ dicetak khusus untuk mengukur auns / ml dengan tepat

lunavie_breastmilk_storage_bag


ARAHAN PENYIMPANAN


  • berhati-hati tuangkan susu ibu kedalam beg penyimpanan
  • tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan plastik apabila susu membeku
  • lock – zip plastik supaya kedap udara dan tidak menjejaskan kualiti susu
  • labelkan beg dengan tarikh dan masa
  • letakkan dalam peti sejuk

GARIS PANDUAN PENYIMPANAN

cara_penyimpanan_susu_ibu_di_dalam_peti_sejuk

haa.. senangkan ? disebabkan ianya plastik, mudah bentuk dan regang ( tak macam botol ) sekaligus penggunaan plastik ni sangat bagus untuk korang menjimatkan ruang peti sejuk.. susun la cecantik sket ikut tarikh korang buat stok tu barulah susu tak tercemar dan diyakini segar sama seperti terus dari badan..


firman Allah SWT:

وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلَادَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ ۖ

Maksudnya : 
Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama 
dua tahun genap Iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu..

Surah al-Baqarah, 2:233


CARA PENGGUNAAN


  • pek penyimpanan susu ini perlulah disimpan dalam peti sejuk
    • cairkan susu beku dan tuang ke dalam botol susu
  • panaskan susu tadi dengan suhu sederhana ( 40°c )
  • buang pek penyimpanan

semoga niat ibu ibu yang ingin menyusukan anak sehinga berusia 2 tahun dipermudahkan.. eh !! Nur Aiman menyusu badan lebih 2 tahun tau.. hee~ alhamdulillah, segalanya dipermudahkan.. dan semoga urusan kalian dan bayi juga dipermudahkan hendaknya..

untuk info lebih, korang boleh singgah link bawah ni :



You May Also Like

0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...