RUMAH MAMPU MILIK DI CYBERJAYA, SELANGOR MELALUI SKIM RUMAH PERTAMAKU

Bagi menyahut saranan kerajaan negeri bagi menyediakan rumah pada harga berpatutan, sekali lagi PKNS memberi komitmen sepenuhnya selari dengan hasrat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ( KPKT ) yang menyasarkan 1 juta unit RMM dalam tempoh 10 akan datang..

perumahan PKNS di Selangor


HARGA RUMAH SUSUT SEBANYAK 10%


Kalau korang memang mengikuti perkembangan hartanah semasa dan peka dengan Belanjawan 2019 yang telah dibentangkan mesti korang tahu dan sedar betapa harga hartanah mula menyusut dan memberi peluang kepada pembeli membuat pemilikan dengan kadar segera. Bersempena pengumuman kerajaan pada pengecualian SST ke atas perkhidmatan pembinaan dan juga bahan binaan, Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia 9 REDHA ) telah bersetuju untuk mengurangkan harga rumah  yang tidak tertakluk kepada kawalan harga untuk projek.

Pinjaman untuk golongan B 40 juga tersedia sekiranya mereka mahu memiliki rumah untuk kali pertama dan dana yang telah diluluskan berjumlah RM 1 billion yang akan dikendalikan sepenuhnya oleh Bank Negara untuk pembelian rumah mampu – milik berharga sehingga RM 150,000.00 turut melibatkan AmBank, Maybank, RHB Bank, BSN dan juga CIMB Bank.


RUMAH MAMPU MILIK DI CYBERJAYA, SELANGOR 


PKNS telah melancarkan 864 unit termasuk empat unit orang kurang upaya ( OKU ) Selangorku Idaman Residensi di Seksyen 6, Selangor Cyber Valley ( SCV ) pada harga RM 232,000.00 seunit dengan keluasan 1,000 kaki persegi. Pangsapuri yang dibina dengan dua blok iaitu Blok A ( 14 tingkat ) dan Blok B ( 15 tingkat ) dijangka akan siap pada  Disember 2020 manakala Sijil Perakuan Penyiapan dan Pematuhan ( CCC ) akan diperolehi pada pertengahan tahun 2021.


Selangorku Idaman Residensi, Cyber Valley




Menggabungkan ciri-ciri seni bina unik dan moden yang dibina atas tanah berkeluasan 14.41 ekar ( 58, 328 meter persegi ) di mana setiap unit dilengkapi dengan tiga biik tidur dan dua bilik air serta dua parkir kereta bagi setiap unit. Ia turut dilengkapi dengan ruang pejabat pengurusan, surau, dewan serbaguna, tiga unit ruang kedai, bilik pengurusan jenazah, taman permainan, tadika, lif dan empat tingkat tempat letak kereta bertingkat.

rumah mampu milik di Selangor
Bilik tidur utama disertakan dengan bilik air.
Bilik tidur kedua dan ketiga.
Ruang dapur yang luas.

Ciri-ciri yang ditekankan untuk perskripsi rumah OKU adalah seperti kedudukan unit pada tingkat bawah, mengurangkan penggunaan tebing, bukan luas setiap pintu lebih besar dan lebar, tanda khusus untuk OKU ( di bilik tidur utama ) - diharap dengan inisiatif dari PKNS dapat membantu lebih ramai yang memerlukan.



Terletak berdekatan Cyberjaya dan Putrajaya, SCV yang merupakan pusat pertumbuhan baharu ke-11 dibangunkan oleh PKNS dilihat mampu menjadi kawasan tarikan kerana SCV mudah diakses :

  • Lebuhraya NKVE, LDP, SKVE, ELITE dan MEX
  • Putrajaya  ( 17 km )
  • KLIA ( 29 km )
  • D’Pulze ( 7 km )
  • Shaftbury Square ( 8 km )
  • Centrus Mall ( 7 km )
  • Universiti Multimedia - MMU ( 4 km )
  • Kolej Sains Perubatan Universiti Cyberjaya - CUCMS ( 5 km )
  • Universiti Teknologi Kreatif Lim Kok Wing ( 10.5 km )
  • Universiti Islam Malaysia ( 7 km )
  • Sekolah Antarabangsa Brainy Bunch ( 8 km )
  • Sekolah Antarabangsa ELC ( 6 km )
  • Sekolah Antarabangsa Korea ( 1 km )
  • Kolej FTMS ( 5 km )
  • Kolej Antarabangsa Kirkby ( 6 km )
  • Kolej Universiti Mahsa ( 11 km )

Belum mendaftar untuk memilik rumah pertama ? Nah !!
Untuk maklumat lanjut berkenaan projek, mungkin link kat bawah ni dapat membantu.


atau boleh terus hubungi wakil jualan di talian :
019 2139991  |  018 2051713  |  017 3634821  |  013 5224122  |  019 6994004  |  03 89262000 - Pejabat Jualan Hartanah Wilayah Selatan


LOVE ;
ATIE ADNAN

No comments:

Powered by Blogger.