TIPS BERSIHKAN USUS DAN TURUN BERAT BADAN SEMUDAH EASY123

Jeng !! Tiap kali nak Raya, topik hangat kat mana-masa platform pun tetaplah menekankan isu KURUS dan RAMPING tapi semuanya nak jalan mudah semudah 1 – 2 – 3 katanya !! Hadoooooooo—?

Cara Mudah Turunkan Berat Badan

Memilih produk yang betul dengan kandungan semulajadi disamping tindakbalas produk terhadap badan merupakan aspek paling penting pada kakak untuk mengetahui bagaimana produk tersebut memberi kesan samada positif ataupun sebaliknya. JADI !! Kakak berani mati try EASY123 sebab kakak nampak perkataan E A S Y tu..


KENAPA KENA DETOKS ?


Setiap hari kita terdedah dengan pelbagai jenis kerosakan seperti pencemaran udara, racun serangga, ubat-ubatan, tekanan sehari-hari, asap rokok, makanan berproses dan juga plebagai jenis makanan tidak seimbang yang membuatkan badan mengumpul toksin dalam badan kita. NAH !! Kakak pun tidak terkecuali sebab simptom-simptom badan tidak sihat memang ada dan kalau korang pun mengalami simptom antaranya :

  • sembelit
  • sakit kepala
  • kerap letih dan tidak bertenaga
  • kembung
  • nafas berbau
  • perut berlipat
  • nafsu makan berlebihan
  • kulit kusam / berminyak / berjerawat
  • selulit
  • sistem imun badan lemah dan kerap tak sihat

Tips Mudah Turun Berat Badan

Memang korang dah kena bertindak untuk mengubah gaya hidup dan pengambilan makanan sehari-hari. Detoks dapat menyingkirkan sisa toksin yang mempengaruhi badan dan mengembalikan tubuh badan yang sihat.

Dah berumur ni, semua aspek kena jaga ya !! Hee~


EASY 123 PHYTONUTRIENS


Bukan kakak tak tau cara nak detoks untuk cuci usus sekaligus menurunkan berat badan tapi kadang-kadang kakak kecundang ditengah jalan bila tengok makanan sesedap. Hahahaha~ Takkan nak tengok saje kan ? Dan kalau rasa takkan pula sekadar rasa. Kakak tak suka sekat makan jadi kakak cari alternatif lain yang tidak menyekat rasa nak makan tu.


Superfoods Dalam Easy 123

Bertindak secara efektif terus membersihkan usus, Easy 123 adalah campuran revolusi 5 ELEMEN HI-SPEKTRUM iaitu : hi-fiber, prebiotics, probiotics, enzymes dan anti-oksidan untuk mengecas semula sistem tubuh badan dan menjadikan ia lebih sihat dan segar. Easy 123 mengandungi 20 jenis bahan premium termasuklah superfruits seperti Maqui Beri, Goji Beri, Manggis, Blueberi, Rasberi, Anggur, Strawberi, Lemon, Fiber Epal, Acaccium Gum ( Fibregum Tan ), Beet Root, Enzim betik dan Buah Arhat ‘Luo Han Guo’.


5 ELEMEN SPEKTRUM EASY 123


1. Hi-fiber
  • Menggalakkan pelepasan toksin
  • Menyerap kolesterol berlebihan

2. Enzim
  • Membantu memecah dan mencerna makanan dengan baik
  • Menggalakkan penyerapan nutrien
  • Memulihkan enzim sistem badan

3. Anti-oksidan
  • Melindungi sel dari kerosakan radikal bebas
  • Mencegah tekanan oksidatif
  • Menggalakkan pertumbuhan sel sihat
  • Mengelak penuaan sebelum usia

4. Prebiotics
  • Memainkan peranan penting dalam membina semula sistem imun yang sihat
  • Menyuburkan bakteria baik untuk usus

5. Probiotics
  • Menyingkirkan toksin dan bakteria jahat dari badan
  • Menyimpan keseimbangan mikroflora yang sihat
  • Baik untuk sistem pencernaan dan penyerapan nutrien dalam badan dan sangat penting untuk meningkatkan sistem imun
Tips Mudah Detoks Untuk Turunkan Berat Badan

EASY123 BERTINDAK


LANGKAH 1 - DETOKS

  • Serat larut menyerap air untuk berubah menjadi bahan seperti gel dan melekit yang membantu menghilangkan toksin terkumpul. Serat yang tidak larut membantu untuk menggerakkan toksin dan membersihkan sistem kolon yang berfungsi sebagai sejenis sirip kolon. FOS ( fructooligosaccharides ) adalah sejenis pemanis yang sihat yang merupakan bahan pemakanan pra-biotik yang boleh merangsang pengeluaran kesihatan bakteria yang bermanfaat dalam kolon kita untuk membantu penyerapan nutrien yang betul.

LANGKAH 2 - PULIHKAN
  • Apabila proses badan anda terganggu atau terjejas, ia memerlukan bantuan untuk memulihkan keseimbangan yang betul. Superfoods yang mengandungi nutrien super dalam Easy123 membantu mencapai kesihatan yang optimum. Enzim betik dan protein kacang soya mempunyai banyak nutrien untuk merangsang pemulihan kesihatan secara menyeluruh dengan bertindak balas anti-radang, sistem imun, membantu melarutkan lemak untuk dibersihkan dari badan, meningkatkan kelancaran kulit dan kelembutan serta mempercepat proses penyembuhan luka .

LANGKAH 3 - MEREMAJAKAN
  • Kebanyakan kita sering berasa letih kerana ketidakseimbangan proses dalaman dan pengumpulan toksin dalam badan dan korang memang memerlukan bantuan untuk meremajakan badan dari dalam. Easy123 mengandungi sejenis nutrien super yang dipanggil fitonutrien yang diberi tumpuan dari komponen organik tumbuhan dan buah-buahan tertentu. Phytonutrients di Easy123 mengawal proses anti-penuaan dan keseimbangan keseluruhan dalaman dengan bahan-bahan yang sangat bermanfaat seperti teh hijau, cranberry, bit merah, polyphenol teh dan asid sitrik dari buah sitrus.

PELAN DETOKS 30 HARI


Bila sebut je nak RAYA, berebut lah orang nak dapatkan bentuk badan ramping tanpa ada sebarang cela. Ha’ah. Kakak pun tak terkecuali ya anak-anak. Hahahaha~ Bukan tak bersyukur dengan bentuk fizikal sekarang tapi tu lah tu, kalau boleh nak lebih sihat dan kurus – ramping adalah BONUS. Memang cliche sangat tapi kakak bersungguh kali ni. Tidak sia-siakan apa yang kakak belajar masa demo Easy 123 kelmarin, kakak praktikkan pula di rumah.

Fokus kakak adalah MEMBERSIHKAN USUS – MENYINGKIRKAN TOKSIN supaya penyerapan nutrisi lain dari makanan atau supplement yang kakak ambil dapat memberi impak jauh lebih baik. Ye lah, kalau usus dah bersih sudah tentunya tindakbalas supplement lebih maksima sebab nutrisi dari supplement tidak perlu bersaing dengan toksin jahat tu. Hee~ Kakak bijak bukan ?

Beauty Blogger Malaysia

Hari pertama – hari kesepuluh :

  • Kakak akan ambil dua sachet sehari iaitu selepas sarapan dan selepas makan malam. Kenapa SELEPAS ? Hee~ Easy 123 berfungsi bukan – untuk – menyekat selera korang makan sebaliknya Easy 123 bertindak memecahkan lelemak makanan yang tidak sihat dan menyingkirkannya sekaligus. Sebab tu ramai jek yang consume Easy 123 ni berat tak naik-naik walaupun makan banyak. Kakak pernah skeptikal dengan pelbagai produk detoks yang lain, kalau sampai waktu nak membuang memang tak boleh nak tahan dah tapi dengan Easy 123 yang bertindak selepas lapan jam memang sangat sesuai dengan jadual sehari-hari kakak.

Maqui Berry

TAK !!

Memang tak de rasa memulas je dan time nak membuang memang tak perlu meneran. Well. Semua lancar. Hahahaha~ Badan pun semakin ringan dan paling best kesan nampak pada lukisan wajah. Haa—Kulit menjadi semakin lembut dan cerah tau. Dia bukan putih lah sebab kakak kan Melayu dah tentu tentu cekelat begitu. Tapi kalau tak pakai mekap pun nampak lah glow nya.

Hari kesebelas – ketigapuluh :

  • YA !! Menjelang hari kesebelas tu dah boleh ambil satu sachet sehari sebelum tidur untuk korang tercelik herlok pada awal pagi dengan segar selepas membuang ya anak-anak. Hahahaha~ Begitulah jadual sampai hari terakhir tapi seeloknya teruskan lah consume secara berkala. Jangan stop terus sebab proses detoksifikasi perlu berterusan untuk kekal sihat. Ye lah. Dah kalau makan macam dinosor, tak risau ke ? Haa--

EKSAITED lettew nak makan tapi nak kurus jugak. Kan ? Kan ? Kan ? Pegi lah beli.


Eh !!
Tak pe !!
Thanks me later – bila korang dah kurus / berat badan tak naik walaupun 30 hari puasa nanti setiap hari korang pegi bazaar Ramadhan dan borong sampai limaploh hengget. Yihhhhhhh--

Disclaimer : Kesan dan tindakbalas pada setiap individu mungkin berbeza. Dapatkan khidmat nasihat dari pengedar SAH. Pastikan produk yang dibeli merupakan produk ASLI dan bukannya TIRUAN. Tiada kesan sampingan untuk produk Easy 123 seeloknya ibu hamil tidak mengambil apa-apa produk berkaitan dengan detoks.

LOVE ;
ATIE ADNAN

No comments:

Powered by Blogger.