STAR VENDORS MEGA RAYA FEST 2019 MENGHIMPUNKAN 436 JENAMA TERKEMUKA MALAYSIA

Buat pertama kali, Star Vendors Mega Raya Fest 2019 berjaya menghimpunkan 436 jenama termasuk dari koleksi 36 artis di bawah satu bumbung. Nah !

Ifa Raziah Menjadi Penganjur Festival Raya 2019

Majlis yang telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Norashikin dengan paluan gong sebanyak tiga kali memberi simbolik bahawa Star Vendors Mega Raya Fest 2019 akan berlansung dari 24hb Mei 2019 hingga 27hb Mei 2019 telah bermula.


STAR VENDORS MEGA RAYA FEST 2019


Tengku Norashikin turut mencemar duli melawat satu persatu tapak perniagaan sebagai tanda keperihatinan dan sokongan baginda terhadap industri perniagaan tempatan yang dapat membantu golongan artis dan usahawan menjana pendapatan sekaligus memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat setempat.

Bazaar Raya 2019 Ifa Raziah

Edisi pertama Star Vendors turut menampilkan beberapa nama besar dalam industri hiburan dan perniagaan tempatan seperti Datuk Rosyam Noor, Datuk Aznil Hj. Nawawi, Siti Nordiana, Rita Sosilawati, MUA Bellaz dan ramai lagi. Menawarkan harga yang terbaik dipasaran, Star Vendors menyasarkan pengunjung disekitar Kuala Lumpur, Selangor dan negeri-negeri berdekatan untuk sama-sama memeriahkan PWTC dan membuat persiapan Aidilfitri yang bakal tiba.


“Inilah peluang pengunjung untuk berbelanja Raya sekaligus bertemu artis 
kesayangan masing-masing, dan festival akan berlarutan selama 24 jam sehari..”
- Ifa Raziah ; CEO Star Vendors


Bijak mencuri hati dan menghargai sokongan kepada 1,000 pengunjung terawal, Star Vendors turut memberi paket duit raya yang mengandungi sejumlah duit sebelum mereka masuk ke pintu utama sebelum membeli-belah. Hee~ Belum membeli dah dapat duit raya. Best kan ?

Meletakkan kelebihan kepada para usahawan dan juga pembeli dengan kaedah win-win, Star Vendors yang berlansung selama 72 jam tanpa rehat merupakan inisiatif lain untuk para pembeli membuat pilihan dalam persediaan menyambut syawal yang bakal tiba tidak lama lagi. Dengan tawaran harga serendah RM 20.00 untuk pakaian dan juga lambakan kuih raya bermula dari harga RM 15.00, sudah pastinya ia merupakan harga yang cukup berbaloi.

Lokasi Membeli-belah Kelengkapan Raya Di Kuala Lumpur 2019

Jangan tak tau, banyak jenama butik terkenal seperti Jubahsouq, DAmani, B.M.O 1980, Raznil dan juga Shanel Harun turut memberi harga terbaik yang belum pernah diberi !! Jadi !! Kalau nak pakai baju raya berjenama artis dengan buatan eksklusif – Star Vendors mempunyai segalanya dari hujung rambut hingga hujung kaki. Hee~ Pusing-pusing satu hall, confirm ada yang berkanan.

Baju Raya Murah KL 2019

Trend Baju Batik 2019

Lebih Vouge. Lebih Havoc, Ini Barulah Raya.

Lan Baharin Pereka Kasut Lelaki Malaysia

Tak cukup cash ? Jangan pening-pening kepala sebab korang boleh guna QRPAY Maybank untuk kesemua produk niaga yang ada di sana dan tiada had pada harga pembelian, korang layak mendapat diskaun tambahan sebanyak 20% !! TAPI !! hanya boleh guna dua kali je – dua kali transaksi menggunakan Maybank2u. Dah murah, dapat murah lagi. Apeniiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii--

Baju Melayu Murah Kuala Lumpur 2019

BONUS !!
Jangan lepaskan peluang untuk menyertai cabutan bertuah yang menawarkan hadiah bernilai sehingga RM 10,000.00 dan juga HAPPY HOUR di mana para vendor akan buat jualan harga runtuh tak masuk akal !! Pehhhhh—Korang pergi ramai-ramai dan buat dorang rugi terok cepat !! Hahahahah~ Memang takkan dapat harga terbaik macam apa yang ditawarkan di Star Vendors.




KENAPA PWTC ?????


Ada je yang mengeluh teruk bila mendengar nama PWTC. Hahahaha~ Jem katanya. Tak lah. Kakak ke sana okay je, tak de sesak pun dan dah kalau nama PUSAT BANDAR – sudah tentulah pelbagai kemudahan ada di sana termasuklah ruangan parkir berbayar, kenderaan awam seperti bas dan juga LRT. Tak best ? Pakat dengan kawan-kawan share duit dan naik Grab. Kakak tak rasa susah pun sebab Star Vendors memang tak tutup sepanjang operasi selama tiga hari ni. Ya !! Sampai hari Isnin. Adjust lah masa korang.

Resepi Sambal Garing Che' Nor

Lepas terawih ke, sebelum sahur ke. Selepas subuh pun boleh. Benda boleh bincang, gaduh buatpe ? Hee~




Lebih Vogue ! Lebih Havoc !! Ini Baru Raya !!!

LOVE ;
ATIE ADNAN

5 comments:

  1. wah dapat duit raya bestnya.. lagi semangat nak shopping kalau macam tu

    ReplyDelete
  2. Lawa.. banyak tu pilihan..

    ReplyDelete
  3. Memang best! Meriah terookkkk dapat bila dapat shopping kat sini

    ReplyDelete
  4. wahhhh 24jam ye, lebih banyak masa nk try ke sana... sbb kalu tak siang time mlm2 pun boleh ke sana... da jugak nampak kt ig ifa raziah... mmg nampak meriah betul

    ReplyDelete
  5. Ada Mrs. a tengok kat TV Erra Fazira tengah promote barang dia haish! seronok.
    Rugi tak dapat pergi.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.