TEBUS MAKANAN DAN MINUMAN DI PARADIGM MALL, PETALING JAYA SEMPENA TASTE OF PARADIGM

Syurga makanan untuk setiap dari kita adalah bertempat di pusat membeli-belah manakan tidaknya dah kalau Paradigm Mall, Petaling Jaya juga berbesar hati nak belanja korang makanan dan minuman pilihan sempena Spend And Be Rewarded yang telah berlangsung !!


Siapa tak nak kalau dibelanja mewah makanan dan minuman yang menjadi kegemaran. Kan ? Hee~ Jujurnya kakak yang suka mencuba pelbagai jenis makanan dan minuman sangat teruja bila dapat tahu tentang SPEND AND BE REWARDED yang mana bila kakak belanja setiap RM 30.00 dan kakak berpeluang mendapat SATU cop pada kad yang disediakan.


PARADIGM MALL, PETALING JAYA


Memang sedia tahu lah kalau ‘pesta’ makanan dan minuman sebegini pastinya mendapat sambutan hangat dari orang ramai tak kiralah pekerja yang bekerja di Paradigm Mall, Petaling Jaya ataupun mereka yang suka menyinggah di pusat membeli-belah tersebut ataupun korang yang tinggal berdekatan dengan lokasi – INI adalah peluang untuk korang menebus kembali apa yang korang makan.

Bunyi macam pelik. Kan ?
Hahahahaha~


Paradigm Mall, Petaling Jaya yang terletak di Kelana Jaya menyediakan lebih 100 kedai dan kiosk makanan serta minuman – menjanjikan kepuasan pada setiap anak tekak korang. Eh !! Kakak jugak. Hahahaha~ Ye lah !! Dah penat berpusing dalam shopping mall mesti lah nak isi perut dan melepaskan lelah, nak lepak mana lagi kalau bukan kedai dan kiosk yang ada. Anak tekak nak apa ? Sebut dan katakan sahaja – semuanya di bawah satu bumbung tanpa perlu ke tempat lain.





Memang jaranglah kakak sendiri kalau keluar ke pusat membeli-belah tapi tak duduk minum atau makan, ibarat kerat jari lah kalau tak buat begitu. Hee~


BELANJA DAN NIKMATI


Macam tak sabar sangatkan nak tau apa yang boleh ditebus dan bagaimana nak menikmati reward yang telah disediakan sempena Taste Of Paradigm ni dan kakak yakin semua pun nak benda FREE kalau ada peluangkan apatah lagi peluang yang terbentang depan mata memang berbaloi sangat !!


Cara pun senang je sebab semua orang boleh belanja dan dibelanja tak kiralah umur korang berapa asalkan korang membeli di dalam Paradigm Mall, Petaling Jay yang telah berlangsung bermula dari 19hb Ogos 2019 hingga 17hb November 2019. Bayangkan lah selama kempen berjalan korang boleh terus rebut peluang untuk dibelanja kembali !! Caranya ?

  • Terus pergi ke Kaunter Khidmat Pelanggan untuk dapatkan PASSPORT Taste Of Paradigm korang
  • Kumpul SETEM / COP setiap kali korang berbelanja minima RM 30.00
  • Penuhkan passport dan tebus apa-apa makanan atau minuman dari vendor yang terlibat

Senangkan nak makan dan minum FREE ?
Hahahahaha~

Cuma lepas tu korang akan pening kepala plak nak tebus yang mana satu untuk penuhi selera anak tekak korang sebab semua vendor yang terlibat memang BOOM habis !! Ada Sepiring, The Chicken Rice Shop, Waffuru Cafe, Seaweed Club, The Energy Club, Fish & Co, Warung Mama, Vanilla Mille Crepe dan Paparoti.



Nak makanan dan minuman selera apa ? Hee~ Kalau kakak memang suka bebenau lah dengan selera tempatan. Nasi lemak, Laksam, Daging Dendeng, kopi ais kaw, cendol dan pelbagai kuih-muih tradisional - sebab tu Warung Mama berjaya menambat selera kakak.




Gigih diet kettewwwwwwwwww ?
Hahahahah~ Jangan risau sebab ada banyak kedai makan dan kiosk yang menawarkan makanan - halal - untuk - si - pendiet - tegar dan sudah tentunya sedap !! Serius gais !! Kakak tak tipu gais !!



Terliur ?
Ya !! Kakak memang sengaja !! Hahahaha~ Jom terliur sama !!

BONUS !!


Dan kalau korang singgah Paradigm Mall, Petaling Jaya pada hari Rabu sekitar jam 11.00 pagi hingga 3.00 petang – korang berpeluang untuk membuat putaran TUAH dan memenangi pelbagai hadiah dan baucar menarik !! Sudah tentunya korang kena belanja di Paradigm Mall, Petaling Jaya. Hee~


Kakak memang suka sungguh lah bila ada kempen-kempen camni sebab kakak boleh berbelanja sambil berjimat untuk pada masa akan datang !! Weyyyyyyy—Sape tak suka benda BEST ? Meh kakak cubit !! Nak lagi jelas tentang kempen ni dan apa lagi yang ada sepanjang kempen, mungkin LINK kat bawah ni boleh membantu korang.






So !!
Hujung minggu ni jadi tak kita nak lepak kat Paradigm Mall, Petaling Jaya ? Hee~


LOVE ;
ATIE ADNAN

1 comment:

  1. Wow! boleh makan-makan dan minum-minum sampai fengsan ngeh! ngeh! ngeh!

    ReplyDelete

Powered by Blogger.