BENARKAH WABAK RABIES HANYA DIBAWA OLEH ANJING ?

kakak tengah selak selak helaian berita online.. maklum lah, makin berumur makinbanyak masa terluang dan kakak memilih untuk membaca.. hee~ cuma ini cara kakak menambah sedikit pengetahuan dan mengetahui perkembangan dunia luar.. tertancap dengan wabak Rabies yang semakin berleluasa membuatkan kakak Google dan mencari punca wabak Rabies ni.. tapi.. BENARKAH WABAK RABIES HANYA DIBAWA OLEH ANJING ? haiwan peliharaan yang lain ?

APA ITU WABAK RABIES ?

RABIES atau dalam Bahasa Melayu - penyakit anjing gila yang membawa virus lyssaviruses tersebar apabila haiwan tersebut terkena jangkitan menggigit atau mencakar haiwan lain / manusia secara lansung yang boleh menyebabkan radang otak pada haiwan atau manusia yang dijangkiti ** okay.. kakak terdiam jap.. hee~ **

SEJARAH WABAK RABIES

penyakit anjing gila ini mula dikesan sebelum 2000 Masihi lagi bilamana rekod pertama mengenai penyakit ini ditulis dalam Mesopotamian Codex for Eshnunna yang merekodkan mengenai undang-undang yang menyatakan setiap pemilik anjing yang mempunyai simptom penyakit ini diarahkan untuk mengambil langkah pencegahan bagi mengelakkan anjing dorang menggigit manusia lain.. pemilik anjing boleh dikenakan denda yang berat sekiranya anjing dorang menggigit manusia dan mati akibat penyakit ini..

rekod penularan wabak ini berlaku pada tahun selepas Masihi di Boston pada tahun 1768 dan penyakit ini mula merebak pada tahun-tahun berikutnya di beberapa negeri lain di Amerika Syarikat, sebelum merebak ke seluruh rantau Amerika Utara..

pada masa itu di Perancis dan Belgium, di mana Saint Hubert sangat dihormati dan telah menerapkan pemikiran berteraskan magik dengan cara menandakan anjing-anjing menggunakan KUNCI SAINT HUBERT ( kunci dipanaskan dan digunakan untuk menyembuhkan luka ) dengan tanda kunci supaya dapat belindung dari serangan anjing gila.. ada berpendapat mengatakan, pada zmaan tersebut dorang tak takut lansung dengan wabak Rabies ni.. hee~ dan rawatan yang diberikan hanya dengan cara memotong lidah mangsa ** woah-- ** kerana ada orang ramai berpendapat disitulah tempat bermulanya wabak ini tersebar..

SIMPTOM RABIES

tidak ada simptom khusus yang mengatakan seseorang itu terkena wabak Rabies.. haa.. dah tu cemana nak tau ?

  • demam
  • sakit kepala
  • agresif
  • keseronokan tidak terkawal
  • takut air
  • kekeliruan
kalau lambat ke hospital untuk rawatan susulan, keadaan pesakit akan menjadi semakin teruk sehingga boleh menyebabkan kematian dalam tempoh seminggu.. pesakit akan menjalani ujian air liur / air kencing / darah bagi memastikan keputusan wabak..


HIDROPHOBIA

fobia terhadap air yang merujuk kepada simptom pertengahan yang membuatkan pesakit susah untuk menelan dan berlaku situasi panik dan sentiasa dahaga.. dalam peringkat ini, air liur yang terhasil akan menjadi terlampau banyak dan pesakit akan mengalami kekejangan otot yang teruk pada bahagian kerongkong dan lelangit.. tapi !! keupayaan virus ini berkurangan secara mendadak sekiranya pesakit mampu untuk menelan air liur / air minuman..

leboh 80% pesakit akan mengalami simptom hidrophobia manakala 20% lagi akan mengalami simptom TIDAK AGRESIF atau mendiamkan diri seperti otot lemah, hilang deria dan kekejangan..

DIAGNOSIS

pakar bersetuju mengatakan penyakit anjing gila susah nak dikesan sebab simptom yang dialami oleh pesakit sangat biasa dan tiada simptom khas.. haa.. dah tu cemana nak kesan ? hee~ ada kaedah rujukan yang digunakan untuk mengesan penyakit anjing gila ni dengan melakukan Flouracent Antibody Test ( FAT ) yang merupakan prosedur imunohistokimia diiktiraf pleh WHO..

keberkesanan ujian ini bergantung kepada pengesan molekul dengan antibodi khas anjing gila yang akan memperlihatkan antigen penyakit ini menggunakan teknik FAT tadi.. sampel yang diambil dari analisa mikroskopik ini merupakan langkah yang digunakan bagi menentukan kehadiran antigen penyakit ini dalam masa yang singkat.. 

diagnosis ini sangat berkesan dijalankan ke atas sampel otak pesakit yang telah meninggal dunia atau haiwan yang telah mati akibat penyakit Rabies ini.. selain itu boleh juga menggunakan sampel air liur, air kencing, cairan tulang belakang dan sampel otak..

BENARKAH WABAK RABIES HANYA DIBAWA OLEH ANJING ?

punca utama memang dari anjing tapi wanak ini merebak bukan sahaja melalui anjing tapi boleh jadi melalui kucing, serigala, arnab, tupai, kelawar dan kucing.. bagaimana ? ala.. haiwan haiwan ni kan dah pandai bersosial.. ya.. utamanya dari anjing tapi penyebaran BOLEH JADI dari haiwan lain melalui sentuhan.. sebab tu haiwan peliharaan korang pun kena mengambil suntikan anti rabies bagi mengelak penularan wabak ni.. hee~

semoga kita semua terus dilidungi dan jangan lupa tingkatkan kesihatan imun bagi mengelakkan jangkitan secara halus tanpa sedar..

16 comments:

  1. Woahh.. potong lidah? Takutnya. Semoga kita dijauhkan Dari rabies

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamiin.. sama2 ambil langkah keselamatan..

      Delete
  2. Replies
    1. hati hati ya.. jaga kesihatan dan kebersihan lebih dari biasa..

      Delete
  3. Anonymous18 July, 2017

    kalau yg kucing, rabbit smua tu dia kena gigit kita ke baru penyakit tu tersebar? takut pulak benda2 macamni. dahla saya selalu main dgn kucing huhu

    btw penyakit anjing gila ni buat saya teringat cerita spongebob time gary sebarkan wabak "penyakit siput gila" tu. sape kena gigit terus jadi zombie

    ReplyDelete
    Replies
    1. kucing / rabbit yang dah terkena jangkitan rabies baru dia gigit kita dan kita pun ikut berjangkit.. hee~ betul.. saya pun teringat cerita spongebob.. memang ade kaitan dengan zombie pun kes rabies ni.. semoga kita semua dilindungi..

      Delete
  4. macam-macam penyakit sekarang nie kan kak.. takut dibuatnye.. semoga kite semua sentiasa dilindungi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamiin.. semoga kita semua dilindungi..

      Delete
  5. Bagus sangat info ni. Terima kasih share. Semoga kita semua dilindungi dari wabak rabies ni. Amiiinnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamiin.. saling ingat memperingati.. in shaa Allah.. kalau kita ambil langkah berjaga-jaga, semua akan okay..

      Delete
  6. Bahayanya..
    Na'uzubillah.mohon agar kita semua djauhkan dri terkena, kan.. >,<

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa Allah.. kalau kita ambil langkah berjaga-jaga, semua perkara boleh dibendung dengan baik.. jaga kesihatan okay..

      Delete
  7. Risau pula saya yang bela ramai kucing ni. Moga semuanya dilindungi Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamiin.. tak pe.. jaga kucing baik2 dan bersihkan selalu tau..

      Delete

Powered by Blogger.