BETUL KE MANDI BUNGA TERMASUK DALAM PERBUATAN SYIRIK ?

masa balik kampung baru-baru ni, kakak dengan Nur Aina tak tau nak buat ape.. hee~ kitorang decide nak jenjalan sekeliling rumah dan tengok la ape aktiviti yang kitorang boleh buat.. nampak banyak bunga tengah kembang-kembang cantik.. tak tau mana datang idea nak ajak Nur Aina mandi bunga..hahaha~ dalam tengah uruskan Nur Aina, kakak terfikir ( sebab macam pernah baca ) Betul Ke MAndi Bunga Termasuk Dalam Perbuatan Syirik ? woohoo—cuak kan ?

khasiat_mandi_bunga

tak lah !! manede syiriknya lahai.. hee~ sebab kakak bukan ada pape tujuan pun ( dan kalau ada tujuan sekali pun, takkan la kakak UP kat entri blog ni.. hee~ ) ini salah satu aktiviti bonding antara ibu – anak.. tapi kan !! kakak ade la baca-baca pasal aura bunga yang dapat membantu menaikkan seri dan menambah pesona seseorang wanita.. nah !! macam makin menarik jek..

biasanya amalan mandi bunga ni dilakukan oleh bakal pengantin.. eh !! lantak situ.. kakak pengantin lama pun mandi bunga untuk kecantikan dalaman, luaran dan mahu menyerap aura positif dari kembangnya bunga yang Nur Aina pilih..

MANDI BUNGA

ada yang mengatakan mandi bunga sangat berkesan secara saintifik untuk seimbangkan kembali aura tubuh badan sekaligus meransang organ-organ dalaman yang telah rosak.. eh !! ye ke ? hee~ kecelaruan sekejap kat situ.. menurut Dr. Fadzilah Kamsah memalui satu siri ceramahnya ada menyebut :


mandi bunga ini dapat menaikkan seri wajah kerana badan manusia itu kembali 
segar selepas mandi bunga ini di lakukan kerana khasiat yang terdapat 
pada bunga ini menyerap kedalam tubuh badan


jadi !! amalan ni tak de pun melibatkan syirik ke hape bagai sebaliknya mempunyai khasiat tertentu untuk energy dalaman seseorang.. tapi !! seeloknya dilakukan dengan niat kerana Allah SWT semata-mata dan tidak memetik mana-mana ilmu ( luar dari kepercayaan kepada Dia ) yang bercanggah dari landasan Islam..

ada kajian lain juga menyatakan :


mandi bunga membawa banyak faedah, bunga dikatakan pencerap tenaga 
matahari yang paling baik, mandi dengan air bercampur bunga 
memungkinkan kita mendapat kebaikan-kebaikan tenaga  matahari yang 
telah dicerap serta diproses oleh bunga


kakak tak nampak amalan mandi bunga ini salah tetapi pelaksanaan yang dilakukan semasa amalan ini dijalankan menjadikan amalan ini salah.. ala.. yang mcam berniat mempercepatkan jodoh la, nak tarik perhatian lelaki la.. yang macam gitu tu.. tak boleh ya.. kakak memang menolak 100% amalan ini sebagai penolak bala la bla bla bla bla dengan tujuan lain.. no.. no.. no..

kesimpulannya, setiap perkara yang dilakukan haruslah dengan sebaik mungkin dan mengambil kira hukum serta berdiri mengikit garis panduan mengikut Islam kerana setiap amalam yang kita lakukan semata mencari keberkatan dan pahala dari Allah SWT..

haa.. nak tau cemana kakak dan Nur Aina mandi bunga ? hee~ ini cara kami la.. maklum la.. dah kalau dengan Nur Aina, pendapat dia pun kena ambil kira.. kalau tak memang panjang lagi la cerita kami kat dalam bilik air..

khasiat_mandi_bunga_3
 

 CARA MANDI BUNGA


  • koyak koyak kan bunga tadi ( kami dapat 7 jenis bunga )
  • perahkan limau nipis ( kami ambil 3 biji )
  • biarkan sekejap

lepas tu kakak mandi kan Nur Aina.. settle kan semua.. sabun – syampu – berus gigi.. ( prop kali ni semua dari bilik air wan Nur Aina.. hahahaha~ habis !! berterabur kami kerjakan.. )

khasiat_mandi_bunga_2

  • kakak mulakan dengan bismillah dan selawat
  • jirus air disebelah kiri dulu dan diikuti sebelah kanan badan
  • siap ? mandi la sampai habis air rendaman bunga tadi sampai habis

dah siap semua ? tak payah bilas tau air bunga tadi.. biarkan kering..

ada sesetengah mengatakan jangan guna bunga dari pokok yang berduri.. hee~ ntah betul ntah idak.. tapi kakak dengan Nur Aina memang tak de niat pape melainkan cipta bonding antara ibu – anak.. jadi.. ape bunga pun tak pe kot kan.. ke tak boleh jugak ? hee~

khasiat_mandi_bunga_1


KEBAIKAN MANDI BUNGA

  • menaikkan seri wajah
  • atasi kulit kusam
  • memberi semangat
  • menambah keyakinan diri
  • memberi aura positif

oh !! lupa.. hee~ kan limau nipis tu kan.. kakak jadikan sabun.. habis kakak sental kat kaki / ketiak / badan Nur Aina.. keluar daki daki bagai segala..
princess memang kena mandi bunga kan ?
atiehilmi.com

7 comments:

  1. kalo kt spa...ada berendam ngan bunga..tkpn kalo yg p honeymoon ada bunga2 dlm bathtub..mandi bunga gk kn..syok hehe

    ReplyDelete
  2. takde mende laaa kan.. mandi jela saja suka2..

    ReplyDelete
  3. penah buat jg mandi bunga utk suka2 je... tp pastu kena kemas bilik air aduiiii

    ReplyDelete
  4. Menarik aktiviti ini untuk bonding..

    ReplyDelete
  5. Kalau niat salah memang salah jadinya... kalau niat cuma nak menyegarkan badan ok je.. pemilihan bunga pun penting tau...

    ReplyDelete
  6. mandi bunga sama je macam mandi dengan sabun..

    jangan ingat lain-lain kerana takut pesongan akidah oleh Syaitan

    ReplyDelete
  7. Da lamanye tak mandi bunga, time nk kawin je, patut boleh buat lagi, boleh segarkan badan😉

    ReplyDelete

Powered by Blogger.